Wahh 3entries hari ni ye Cik Ainn kita ni kasi! Hihihi jangan marah ya. Sementara in mood nak post ni kita post la kaw2. Biarlah internet slow je pon. Malam ni last la nak kena top up yang lain pulak.
Oke, kali ni nak cite pasal burger. Inilah burgernya.
Alang2 Balqis nak 'payung' ambik la peberet Ainn je terus. Mesti nak double beef special. Memang sedap sangat, sehingga menjilat jari! Sos2 kat wrapping paper tu pon sampai licin!!
Apa yang specialnya burger ni? Entah la Ainn sendiri pon tak tahu. Yang Ainn tahu memang sedap je la. Macam mana dia masak beef tu rasanya dia bakar macam biasa je jugak, roti dia tu pon. Sos dia pon biasa2 je, setakat sos cili, mayo, sos lada hitam. Sayur pon sama, kubis, timun, tomato. Itu aje. Yang pastinya daging dibakar garing, sos dia meleleh2, sayur2 dia pon menimbun. Ada la dalam 3slices timun dia ketak, kira cover habis roti tu, pastu tomato pulak cover timun. Kubis tu memang menggunung. Ni yang Ainn punya, tak nampak sangat sos dia meleleh2. Balqis punya memang nampak, sedap!!! Kiranya ni la the best burger I had.
Kalau dok kat Senai Ainn suka beli burger kat simpang dekat ngan Pasaraya Johan kat Taman Aman tu. Dah rasa yang ni malam tadi memang kalah la burger abang kat Taman Aman tu. Harga pon berpatutan. Untuk double beef special ni rm4 je.
Kalau ikut kata Nad mak dia pesan kalau nak beli makanan, yang nak jadi darah daging kita ni beli dari orang yang baik2. Takkan nak tanya dulu dia tinggal solat ke tak kan? Tengok pemakaian dia aje pon takpe. Means tengok yang zahir je la. Kalau tudung pon tak pakai reject aje terus kedai tu. Air tangan orang yang membuat tu pon penting jugak. Akak yang buat burger ni malam tadi pakaian Alhamdulillah sopan, siap bertudung walaupon berniaga depan rumah je.
Macam mana Ainn tahu gerai burger ni? Hihihi dari group ni la..
Burger kat rumah Nuar aka Pok Wa tu dah banyak kali Ainn makan. Biasa2 je kot bagi Ainn. Kat rumah Nazirah ni la yang paling sedap. Bukan nak promote sebab dia kawan Ainn, yang berniaga tu kakak dia. Alah yang baca ni pon tahu ke tak Aring ni kat mana pon tak tahu kan? Saja nak share apa yang Ainn rasa. Nak bagi resepi pon gitu aje la yang boleh Ainn bagitau. Kalau nak rasa jugak datang je la ke Felda Aring 1, Gua Musang. Then cari la rumah Pok Him Hitam, gelaran untuk ayah dia :-)
No comments:
Post a Comment