Tiba2 je datang angin nak jugak cari photographer untuk majlis bertandang. Ikutkan plan asal nak guna servis photographer ni masa majlis sanding je, pastu nak buat outdoor shoots. Itu je la yang boleh buat kalo nakkan service by Karl Lidz.
Kenapa Karl Lidz? Sebabnya masa akad nikah hari tu kitorang guna servis dia, Karl Lidz dan isteri. Masa majlis akad nikah tu Ainn rasa puas hati ngan servis dia sebab tu la nak dengan dia jugak.
Hihihi mula2 tu bukan sebab servis baik dia tu. Asalnya sebab nak cut cost la, ambik pakej terus akad nikah + sanding + bertandang. Tapi sebab majlisnya nanti tak ditetapkan lagi, dibuatnya majlis tu nanti dia dah ada yang book ke, so terpaksa la asingkan pakej akad nikah ngan majlis nanti.
Dalam banyak2 fotografer yang Ainn dok chat tanya itu tanya ini, dia sorang je yang layan baik. Mula2 je la agak terganggu sikit. Dah la masa tu dok syok chat ngan fotografer lain jugak. Kiranya Karl Lidz ni bukan pilihan la awal2nya. Mana taknya bila send je susah betol nak dapat double ticks. Pastu last seen pulak kadang2 sampai setengah jam ago. Masa dia nak bagi pakej2 yg dia offer, dia bagi via pictures, boleh pulak ada 1 pic tertinggal lambat baru dapat yang tu. Hahahaha rupanya line problem. Hukhukhuk.
Sejujurnya bukan nak bodek dia ke apa, dia bukan bukak pon belog Ainn nih. Cuma nak bagitau je Ainn suka servis dia dari awal2 lagi. Lepas aje masalah line tu oke je dia reply. Makan hari jugak la dok berbalas WhatsApp ngan dia. Kadang2 malam pon ada. Ikut suka Ainn je datang rasa terlintas nak tanga Ainn chat la dia. Hihihi.
Mula2 tu ada rasa berbelah bahagi jugak la nak guna servis fotografer untuk majlis akad nikah ni. Tapi macam nak jugak gambar yang cantik2. Kenangan tu, nak tunjuk anak cucu nanti. Bila pikir setakat nikah pon kat masjid takkan nak berlama2 kat masjid kan? Macam tak perlu je. Lagi pon tak mengaharap sangat ada yang free lagi, sebab majlisnya kurang seminggu kot baru dok cari fotografer!
Ada sebabnya kenapa at last minute, sehari sebelom akad nikah Ainn ambik jugak servis fotografer. Dan semestinya la dengan orang yg bagi servis yg terbaik, dok layan kerenah Ainn yang mengada2 banyak tanya tak kira masa ni. Karl Lidz!
Oke nak sambung cite untuk majlis pulak nanti. Disebabkan servis yang terbaik Ainn dapat dari Karl Lidz so untuk majlis pon nak servis dia jugak la. Dah ada yang baik takkan nak cari lain jugak kan? Sebab dah lewat lagi 3bulan majlisnya ada 14 & 16 Mac je tarikh yang boleh seminggu tu. Sebab nak jugak servis Karl Lidz ni Ainn nak jugak buat majlis 14 Mac. See? Kalau dah bagi good service, customer pulak yang kejar.
Ikutkan untuk bertandang nak buat selang sehari, elok bebenor la kalau bertandang 16 Mac. Tapi Ainn fikirkan family Ainn. Yang kerja nak kena cuti extra, yang tak kerja pon nak kena lama2 dok rumah Ainn. So bincang ngan Oren majlis bertandang buat esoknya je la. Rabu 16 Mac tu boleh buat untuk outdoor shoot je. Kiranya untuk majlis bertandang takde profesional fotografer la :-(
Sebab Ainn ni nak jugak gambar yg cantik, nak jugak guna servis profesional fotografer so Ainn nak jugak cari mana2 fotografer untuk majlis bertandang nanti. Dan semestinya kepeningan bermula!!
Mula2 mesti la ngadu kat group WhatsApp. Tanya member2 fotografer mana suggestions diorang. Dan tak lupa jugak yang Ainn pernah tanya Lieja dulu. Nak kena korek balik semua contacts yang dulu2. Tak sia2 Ainn save maklumat tu dulu kat sini :-)
Apa2 pon nak nak kena servey dulu. Nak kena timbal balik jugak mana patut. Dan hasil perkongsian kat group ada la nama baru; Rosdi Rashid, PKM Solutions.
Taknak pening kepala lagi, wat pelan2. Huh pelan2 lagi ke? Majlisnya cuti sekolah ni, dah ada yang book tarikh tu melepas la. Kalau dah rezeki tak ke mana pon kan?
No comments:
Post a Comment