Throwback yang semalam punya. Bermulanya mesyuarat persediaan awal tahun 2016. Kononnya cuti tahun ni kena datang awal seminggu tak sabar nak tunggu 28hb, boring je dok rumah. Dah sampai tarikh tu takde maknanya semangat nak datang sekolah. Cuma ada rasa cuak jugak la sebab tahun ni tak jaga SPM, sebulan asyik dok bangun lewat je. Maunya malam tu tak boleh tidur. Tidur pon asyik terjaga je takot terlajak. Ingatkan Ainn sorang je gini, masing2 dok cite asal terjaga malam je terus cari jam tengok dah pukul berapa.
Datang sekolah ngan status baru, tak ramai yang tahu. 1st dapat wish dari Kak Ain. Dila jugak. Dalam dok meeting tu, tau la dok belakang. Kak Faridah dok tanya je pasal majlis akad nikah hari tu. Nak kena cerita dari A sampai Z! Rehat tu Fatimah pulak dok bertanya. Aduh nak kena ulang cerita yang sama lagi. Yang bestnya, yang buat kembang idung ni sket bila ramai yang dok kata muka berseri2 je. Yang bertambah kembangnya bila yg cakap tu xtau pon Ainn dah nikah. Seri pengantin lettew. Hahaha perasan je lebih.
Nak cite jugak, kantin sekolah pon dah tukar tender. Dewan makan dah cat warna biru, nampak luas. Susunan meja pon diubah. Kat kaunter siap ada banner lagi. Nampak pengurusan macam bagus je. Kantin pon bersih. Yang penting masakan dia sedap! Menambah weh makan. Asal jangan harga pon mahal dah la.
Kelainan lain, meeting kali ni buat kat dewan?! Pelik je kenapa tak buat kat bilik mesyuarat macam tahun2 sebelom ni. Sesi kedua baru tahu rupanya ada buat renovation untuk sistem pendawaian kat blok tu, dan xsiap lagi. That's why buat kat dewan je. Alah dua hari je kot. Esok dah meeting panitia, buat kat merata2 ikut panitia masing2. 2hari je la melepak kat dewan ni.
Bila dah dok dalam dewan camni teringat pulak 11tahun lepas dok jawab soalan SPM. Tapi masa tu takdenya dok ngan partner gini. Jarak ngan meja sebelah pon lagi jauh. Kata Kak Min, 'Dah macam dalam dewan kuliah je,' Aish nak kena present ke jap lagi? Hihihi.
Masuk kelas tengok ada paper bag besar nih kat atas meja. Sape punya pulak ni letak kat meja nih? Bukannya meja orang lain banyak barang pon, nak jugak letak kat meja Ainn yang bersepah tu kan? Hihihi rupanya Kak Ain yang letak, hadiah nikah katanya. Awalnya bagi? Tunggu je la majlis nanti. Dah alang2 dia carikan hadiah untuk Ina yang dapat pindah kira sekali harung je la beli untuk Ainn sekali. Ni kira hadiah pertama la yang dapat ni.
Hikhikhik ingatkan dapat set freezer mate, rupanya dapat set fridge. Oke la boleh guna bawak bekal nanti :-)
Cerita pintu sebelah:
Petang tu pegi ambik Oren balik kerja singgah Econsave jap. Terasa nak makam maggi kari. Nak masak maggi mesti kena ada cili. Masa dok que nak timbang cili Oren siap tanya nak beli barang banyak ke, kaki dia lenguh ni. Ainn paham la dia penat baru balik kerja. Lepas ambik maggi Ainn capai air Sunkist kat rak sebelah. Nak cepat2 la ni nak gi bayar. Eh2 boleh pulak Oren jalan arah lain. Pastu dok main angkat-letak-angkat-letak tin susu kat situ. Ni dah kenapa pulak? Rupanya rak sebelah susu tu rak coklat! Adoii nak coklat cakap je la. Malu la tu nak cakap nak makan coklat. Dah jadi jantu coklat dah kan? Hari2 mesti nak makan coklat :-D

No comments:
Post a Comment