Pening bila fikirkan pasal bajet nih. Dah la Si Oren tu baru je kerja. Berapa sen sangat la yang ada. Ainn pulak takde la banyak sangat gaji, hutang aje yang lebih. Tolak tu tolak ni tinggal berapa sen aje lagi. Nak kawen ni perlukan kos yang tinggi.
Oke la kira boleh cut cost la sebab kitorang tak bertunang, terus nikah aje. Tapi bila akadnya hari lain majlisnya dikemudiankan pon sama jugak jadi 2majlis jugak nak kena buat. Rasanya mungkin save sikit la berbanding ngan wat majlis tunang.
Satunya cincin yang ditempah nak buat untuk tunang dah jadi cincin kahwin. So dah save kat situ tak payah nak tempah gelang lagi. Walaupon ada yang cakap nanti majlis mintak la gelang tu. Ainn pulak pikir nakkan gelang tu nanti anniversary la. Mungkin bagi sesetengah orang suka dapat hadiah pada waktu2 yang tak terjangka, Ainn pulak suka kalau dapat hadiah tu dengan simboliknya kenapa dapat hadiah tu. Setakat hari majlis takde makna apa kot bagi Ainn. Rasanya takde orang nak sambut ulang tahun majlis, orang sambut ulang tahun nikahnya tu bila je. So untuk majlis nanti takde la gelangnya.
Duanya boleh save untuk hantaran tunang. Paling2 tidak pon nak kena sediakan jugak 3dulang hantaran masa tunang tu. Mana nak kena gubah lagi. Semua tu kos oke.
Tiganya tak payah sewa baju + mini pelamin. Oke la kalau wat simple2 pakai aje baju sendiri. Baju sendiri pon nak kena beli kainnya jugak, nak kena upah tailor lagi. Sebab nikah terus boleh mintak baju akad nikah sekali ngan pakej pelamin tu. Ikutkan Ainn macam nak ambik jugak mini pelamin untuk akad nikah ni, tapi wan kata tak payah ambik. Kan nak nikah di masjid takkan nak usung mini pelamin tu pegi masjid pulak. Lepas makan2 boleh terus buat outdoor shoot. Amboi berangan kau nak buat outdoor shoot, sape entah nak jadi cameraman nanti. Dah la berangan nak shoot kat Kuala Koh sana nu hah!
So sekarang ni sebab takde majlis tunang boleh fokus untuk majlis akad nikah je. Baju akad nikah ni pon satu hal, susah nak cari. Bila dah last minute plan macam ni nak buat baju sendiri pok dah tak sempat. Nak tak nak kena sewa jugak la baju akad nikah tu. Tapi nak kena cari warna2 pastel je la. Takkan nak pakai kaler striking pulak untuk akad nikah!?
Tapi bila pikir2 balik daripada dok sewa bukan ke lebih baik ambik sekali ngan pakej pelamin je terus. Lagi jimat rasanya. Kalau nak ambik pakej pelamin Ainn berkenan antara Tiey Bridal ngan Rezki Mewah je la. Masalahnya Tiey Bridal tutup last week, minggu ni mana la nak sempat nak buat baju akad nikah tu. Rezki Mewah memang ada sepasang baju putih memang muat la ngan Ainn. Tapi macam tak berkenan la pulak potongan macam ni.
Nampak macam baju kurung je kan? Kalau ikut Ainn suka yang dress je, nampak elegen. Nampak jugak Ainn ni slim dan tinggi sket. Memang la baju ni pon dia sekali harung baju ngan kain tu, tapi bila dia buat potongan lace macam tu nampak macam baju & kain tu berasingan la pulak. Oke la baju ni Kak Jilah kata dia nak touch up manik ngan batu, tengok je la nanti macam mana. Harap2 cantik la. Kalau tak cantik pon nak tak nak kena pakai jugak, abes tu yang ni je yang ada.
Soal baju dah setel, cuma kasut lelaki la tak disediakan. Oren ada ke kasut? Kasut futsal ada la. Ainn suruh dia pakai sandal je, macam cantik je tengok orang lelaki pakai baju melayu ngan sandal tapi dia pulak kata tak pernah orang nikah pakai sandal. Takkan pakai kasut kot!?! Ainn pun risau jugak kot2 takde kasut yang muat ngan kaki Ainn ni. Nak kena pegi ambik sendiri la baju ni nanti, boleh try dulu siap2.
Seperkara lagi photography la. Bagi Ainn part ni la paling penting. Biarlah pelamin tak cantik pon takpe, mekap biasa2 je pon takpe, baju pengantin tak mewah pon takpe, yang penting gambar ni ha nak simpan nak buat kenangan. Memang nak kena ambil profesional punya, biar nampak cantik sket angle nak shoot tu. Edit pon nanti cantik aje gambarnya.
Yang ni memang nak kena book awal2. Diorang ni tak boleh bertindan hari dengan orang lain. Sebelom nak book tu pon nak kena tetapkan hari dulu nak buat majlisnya tu bila. Setakat ni yang Ainn tengok cantik Amin ngan Lock May. Tapi harganya boleh tahan la. Rm2800 untuk dua2 pihak, sekali ngan outdoor. Kalau nak murah kena ambik ngan Anas Photo je la, baru rm1500. Tapi Anas edit macam tak cantik je huhuhu. Ada lebih kurang seminggu je lagi ni nak survey photography mana area Gua Musang ni. Harap2 ada la yang free lagi ngan tarikh kitorang pilih nanti.
Lain2 pon kena pikir jugak. Mana nak buat kad, takkan nak jemput mulut gitu aje. Zaman it sekarang ni pon kad orang tetap nak jugak. Pastu kena sediakan goodies jugak. Takkan tetamu nak balik ngan tangan kosong aje. Hadoi pening2, nak korek mana la nak buat semua ni.
Yang penting kewangan mengizinkan la nak buat semua ni. Inshaa Allah ada rezeki lepas nikah nanti. Inshaa Allah Dia permudahkan majlis tu nanti. Amiin.
No comments:
Post a Comment