Nuffnang Ads

Tuesday, July 10, 2018

Check In Check Out Rompin Beach Resort

Cerita yang sangat2 dah lama. Alang2 dah upload gambarnya kat sini so Ainn cerita jugak la.

Masa plan nak makan2 udang galah kat Rompin terpikir jugak nak stay kat mana la nanti. 2, 3hari jugak duk survey hotel kat google. Kami dah biasa stay hotel je kalau berjalan ke mana2. Kali ni saja2 nak try chalet pulak. Last stay chalet masa lawatan ke Selangor tahun 2011. Dah lama sangat dah tu.

Rompin Beach Resort jadi pilihan. Selain daripada harganya, Ainn ada baca review pasal resort ni jugak. Kak Linda pon pernah stay kat resort ni. Tapi dia stay bilik hotel, yang dekat ngan swimming pool.

Dah lepas check in, kunci dah dapat. Sementara tunggu hubby ambik beg kat kereta kononnya nak la ambik gambar kat sini. Kan ada namanya tu ROMPIN BEACH RESORT. Pulak tu ada kolam ikan ni, lagi cantik berbanding depan kaunter tadi. Biasalah Aisy jadi model. Baru je nak snap dia dah terkam air dulu. Aduhai anak, cepat aje kalau air ya.

Inilah bilik kami. Agak ke belakang. Chalet ni semi D. Bukan rumah je tau ada semi D. Tak silap semi D kluster. Gambar ni ambik hari last, dah nak check out dah.

Ada jugak bangunan 2tingkat macam ni. Sebelah je. Rasanya bangunan ni paling belakang.

Bila masuk bilik katil la jadi tumpuan dulu. Nampak katil ni biasa2 je. Takde apa yang pelik, takde apa yang special. Bila dah landing kat katil ni baru rasa kelainannya. Apesal goyang2 ek? Macam tak sama tinggi pulak kakinya. Ainn turun katil, intai tang mana yang buat rasa kurang selesa katil ni.

Dah tahu dah. Inilah puncanya. Bila Ainn ambik gambar tunjuk kat hubby dia tak paham. Adoi la.

Bila dah letak thumb macam ni boleh nampak tak? Tak nampak jugak lagi apa masalahnya ngan katil ni?

Angle lain pulak, dari atas sikit. Dah nampak kan? Tak nampak jugak tak dapat nak tolong la. Sebenarnya kaki belah sini siap boleh masukkan thumb kat bawahnya. Memang kakinya tak sama. Itu yang buat katil tu goyang2.

Kat sisi katil ada meja kecik. Disediakan jugak telefon. Kat meja kecik ni la letaknya suis lampu. Biasanya suis2 ni melekap kat dinding. Agak2 berapa berat meja ni?

Masa kami ke sini Aisy baru 1tahun 4bulan dengan berat 10kg. Bayangkan budak usia Aisy ni boleh alihkan meja ni. Pulak tu dengan menarik meja tu, bukannya menolak. Dan disebabkan suisnya pada meja ni so banyak la wayar2 elektrik kat belakang meja ni. Agak bahaya bagi Ainn. Rasanya lebih baik kalau suis2 tu dilekapkan terus pada dinding tu. Dan meja ni boleh diletakkan di sisi katil yang sebelah lagi.

Masuk bilik air. Shower siap ngan heater. Tengok kepada heater tu macam dah lama. Brand apa entah dah lupa. Rasanya bagus brand ni, sebab tu tahan lama. Tak penting baru atau lama, yang penting dapat berfungsi dengan baik. Disediakan jugak tempat letak towel. Towelnya diletakkan dalam alamari.

Ini satu lagi pujian untuk resort ni. Mungkin button untuk flush tu dah rosak, mungkin jugak penutupnya tu dah pecah. Inisiatifnya tutup je ngan papan. Potongan ngam2 je ikut bentuk. Kreatif! Cuma air paip ni kecik sangat la. Xpuas.

Dalam bilik ni jugak disediakan alamari, siap ngan hanger. Dalam alamari tu ada towel dan sejadah. So tak payah risau la kalau tertinggal sejadah. Dan ada jugak meja kopi yang bulat tu, dengan 2kerusi. Dan yang bestnya sebelah tv ada cermin besar! Oke semua ni Ainn tak ambik gambar pon.

Oke sikit lagi complaint. Ni laluan nak ke chalet. Tak tahu kenapa diletakkan kerusi plastik tu kat situ. Dari kami check in, nak check out pon masih ada kat situ. Ikutkan boleh je lalu ikut bawah tu je, tapi disebabkan adanya kerusi plastik tu kami perlu lalu ikut 'jambatan' ni. Masa turun hubby tergelincir sebab licin. Nasib baik tak jatuh.

Oke dah selamat 1malam bermalam kat Rompin Beach Resort ni. Nak kata recommended bagi Ainn so2 je. Kalau berjodoh lagi dengan resort ni nak try bilik hotelnya pulak.

Monday, July 9, 2018

Jom Main Boling

Tahun lepas Ainn share jugak bawak anak2 syurga main boling. Tahun ni kami pergi lagi. Dah namanya acara tahunan, so tiap2 tahun la kami pergi. Sama seperti tahun lepas kami ke Palm Bowl, Le Grandeur Golf Resort. Tujuannya tetap sama. Nak intai2 siapa yang berkebolehan untuk wakil sekolah.

Tahun ni punya pertandingan untuk peringkat daerah esok la. Last 2weeks kami buat saringan ni. Boleh la kan dinamakan saringan. Tapi kali ni Ainn punya cerita tak nak sama macam cerita tahun lepas. Kali ni nak cerita gelagat cikgu2 pulak.

Sebelom start main bergambar la dulu. Bukan main lagi korang bergambar ye, Cikgu Nurul tengah sibuk berurusan kat kaunter time ni la korang nak bergambar.

Ha Abang Boling pon join sekali. Hahaha suka2 hati je panggil Abang Boling. Dah dia kerja kat situ, nak senang panggil je la Abang Boling. Apa entah nama adik ni.

Group ke3. Eh ada lagi Abang Boling ni? Bukan Abang Boling je, Cikgu Raudhah pon ada jugak. Kalau boleh semua gambar nak kena ada muka dia. Masa Cikgu Ain ambik gambar 1st tadi siap marah sebab dia tak sempat masuk dalam gambar 😅

Tak nak la tunjuk gaya kami cikgu2 yang tak pandai main boling ni. Ha ni resultnya. Awal lagi Cikgu Amer dah snap ye, tak sempat kami2 yang lain nak menyudahkan. Sebenarnya yang dalam kategori boleh main Cikgu Amer sorang je. Itu pon takde la pandai sangat. Yang lain semua ke longkang. Nak2 pulak Cikgu Raudhah dan Kak Yah. Yang belakang2 tu dapat strike, spare, semua tu sebab Acap yang baling. Nak harapkan baling sendiri takde maknanya nak dapat macam tu.

Piala kemenangan? Poyo ajelah. Gambar ni ambik siap2 sebelom start main lagi. Piala tu pon pinjam je kat kaunter.

Kakak PPM pon taknak kalah. Nak jugak. Bagi chance je la kat diorang.

Saje nak share jugak kerajinan Chan Jing Ting menyusun bola2 boling ni. Sementara menunggu kawan2 yang belom habis main lagi. Ini gambar pagi tadi. Buat latihan untuk esok la.

Yayy voucher boling RM5 per pax. Siap ngan shoes rental. Malam sebelom bawak anak2 ni main boling Ainn bagitau hubby. Dia kata dia pon dah lama tak main boling. Sepanjang Ainn kenal dia tak pernah pulak dia cerita dia main boling. Dah lama betul tu.

Dah alang2 Ainn beli je terus voucher ni. 1booklet ni RM50. Ada 10keping. Boleh la 2kali main. Sekali main 2games, sekali lagi main 3games. Dah tanya kat kaunter, boleh bawak anak kecik masuk sini. Any risks kena tanggung sendiri. Boleh la bawak Aisy nanti. Voucher ni valid till 31st December 2018. Apa lagi sementara dapat yang murah ni. Biar la balingan ke longkang pon.

Bila Aisy & Abi Tidur

Amboi bukan main 2beranak ni tidur ye. Sorang ambik sebelah bahagian sofa. Tengah2 tu khas untuk ummi ke?

Ada yang nak tolong sambung tak tajuk entry kali ni? Bila Aisy & Abi tidur...?
Ummi kebosanan la. Sorang2 ni tak tahu nak buat apa. Hihi dapat idea nak update belog yang dah bersawang ni. Hidup lagi rupanya belog ni ye. Ingatkan dah hilang dari radar dh.

Tak tahu nak cerita apa sebenarnya untuk entry kali ni. Oke ni gambar semalam.

Ainn balik sekolah selalunya keluar dari kereta je dah dengar suara Aisy duk jerit2, bukan main suka ummi dah balik kerja ye sayang. Tapi semalam senyap je takde dengar pon suara Aisy. Dah boleh agak, Aisy tidur la ni. Kadang2 Aisy tidur jugak tengahari.

Takpe lah pelan2 Ainn bukak selak grill. Takot bunyi kuat boleh kejutkan Aisy dari tidur. Bukak grill pon pelan2 gak. Try bukak pintu, eh tak kunci la. Mesti hubby dah bukak siap2 taknak Ainn ketuk pintu. Ketukan pintu pon boleh kejutkan tidur Aisy kan.

Bila bukak pintu rupa2nya bukan Aisy je tidur. Abinya pon sekali! Tutup pintu letak kunci kat tempatnya. Eh2 sedapnya la tidur. Langsung tak jaga ye kita dah balik. Bukan bebel kat Aisy ye, sememangnya taknak kacau dia tidur. Bapak dia tu hah!

Yes! Dapat idea. Ainn letak handbag tersorok sikit, Ainn masuk bilik. Konon2 menyorok la. Mana tahu hubby duk kata Ainn tak balik lagi dah lewat pon. Mesti dia whatsapp tanya 😁😁

Sejam duk menyorok dalam bilik. Tunggu punya tunggu sampai terlena. Sedar2 je sebab hubby peluk. Sape yang surprised ni? Hahahaha.

Oke, karipap dah masak. Nak makan karipap jap. Dah ada idea ni nak cerita pasal apa. Tunggu next entry ye 😉

Saturday, May 19, 2018

Penjagaan Rambut Cara Ainn

Belek2 rambut hubby, mak aiii banyaknya kelemumur!!! Berketul2 kelemumur kat kulit kepalanya tu. Bila dah belek2 tu dah semestinya la dia mintak Ainn garu2 nak bersihkan kelemumurnya tu. Sekejap2 takpe la, dah lama2 rasa rimas jugak. Bukan rimas apa, rimas kat kuku ni la. Bayangkan kelemumur yang berketul2 tu kat celah2 kuku ni.

Nampak sangat tak syampu kan?!
"Syampu la..."
Syampu apa bendanya macam ni. Hah, syampu tu kat *bahagian* mana?
"Rambut lah!"
Amboii bukan main ek dia menjawab. Yakin aje. Ada ke patut syampu kat rambut? Syampu kat kulit kepala la syg! Yang taruk kat rambut tu namanya conditioner. Duk syampu kat rambut macam mana la kelumumur tu nak bersih? Dah bersyampu tapi teknik tu salah, tak guna jugak.

Tapi itu kisah mula2 kahwin dulu la. Sekarang hubby dah pandai cuci rambut sendiri dah. Syampu aje la, hubby tak guna pon conditioner.

Oke, alang2 teringat kisah yang hampir 2tahun lepas ni Ainn nak share sikit la syampu dan perapi kegemaran Ainn. Kecik2 dulu memang guna je la apa2 je syampu yang wan beli. Bila dah stay kat hostel dah start beli sendiri. Masa tu famous sangat iklan rejoice. So Ainn beli rejoice la. Ingat lagi, 1 botol kecik tu RM3.50. Kat hostel ada jual rejoice dan sunsilk. Kadang2 Ainn beli jugak sunsilk yang warna hitam. Kan nak hitamkan rambut.

Bila dah masuk matrik Ainn tukar kepada dove pulak. Sepupu Ainn yang cakap dove tu oke. That's why la Ainn try. Tapi tak sesuai pon ngan rambut Ainn. Agaknya la.

Dalam tempoh bertahun2 Ainn mencari syampu yang sesuai. Macam2 Ainn try. Ikut je apa yang orang suggested. 1 je yang Ainn akan elakkan. Pantene!

Sebabnya? Kak ngah Ainn memiliki rambut panjang yang cantik. Masa tu Ainn form3 ke form4, Ainn perasan rambut dia jadi kering menggerbang. Ainn perasan dia guna syampu pantene. Dari situ Ainn buat andaian syampu pantene ni memang tak menjadi!

Sehinggalah 1 hari. Ainn pergi rumah Kak Ina. Duduk kejap je Zalikha turun. Wah baunya harum semerbak! Lembut gitu baunya. Bila tanya, Ika kata bau syampunya! Dan semestinya dia suggest Ainn gunakan syampu yang digunakan.

Nak tahu syampu apa?
PANTENE!!!

Mulanya agak ragu2 jugak Ainn nak guna. Dah la rambut Ainn bermasalah. Kering, bercabang, gugur. Kelumumur pon ada jugak.

Nak dijadikan jodoh Ainn ngan pantene, suatu hari tu Ainn pergi Sutera Mall dengan Kak Ina, Abang Omar dan Zalikha. Kat situ ada sale, termasuk la pantene. Apa lagi, Zalikha sebolehnya paksa Ainn dapatkan syampu tu. Siap dengan conditioner sekali.

Bila Ika asyik duk paksa je, plus Ainn memang berkenan dengan baunya tu so Ainn ambik la. Untuk permulaan Ainn nak atasi masalah kelemumur dulu. So Ainn ambik anti dandruff syampoo.

 
Untuk conditioner takde anti dandruff. So Ainn padankan dengan hair fall control conditioner. Lagipon kelemumur pon boleh jadi faktor rambut gugur.

Selalunya lepas mandi kebanyakan orang suka sapu serum rambut. Ainn pulak tak suka. Pernah Ainn beli set syampu + conditioner + serum. Rasanya serum tu buat rambut Ainn lagi menggerbang. Entah2 rambut kak ngah dulu pon sebab tu jugak. Alah, perapi tanpa bilas. Yang tu dia guna dulu.

Untuk lepas mandi Ainn suka guna minyak. Kecik2 dulu arwah nenek suka guna minyak madubala. Sekarang ni macam susah je kan nak jumpa minyak tu. Ainn suka sangat minyak johnson's baby ni. Yang warna hijau ni la yang jadi pilihan Ainn.

Sebelom kawan Ainn perkenalkan Ainn dengan minyak hijau tadi Ainn suka guna yang ni. Always purple. Lavender pulak tu. Wangi baunya! Macam susah je nak dapatkan yang ni.

Sekarang ni masalah kelemumur Ainn dalam keadaan terkawal. Ainn bertukar kepada hair fall control syampoo pulak. 
Brand tetap sama, masih lagi guna pantene. Hubby kata kalau dah serasi dengan brand tu tak payah try2 yang lain. Bukan bab syampu je, produk lain pon.

Untuk conditioner pulak Ainn tukar kepada total damage care. Masalah rambut bercabang dah takde sebenarnya. Cuma ada sedikit kering dan menggerbang. Itu pon Ainn gunakan bantuan minyak johnson's. Tak tahu nak pilih yang mana so Ainn ambik je la yang ni.

Mula2 Ainn guna pantene Ainn bersyampu setiap hari! Masuk botol ke2 Ainn selang hari je guna. Sekarang ni kadang2 3,4hari sekali.

Hasil guna pantene rambut jadi lembut sangat2. Kalau ikat rambut memang tak lekat la. Kak Ina suggested Ainn guna getah tempe *ribbon band* je. Mulanya memang Ainn guna getah tempe tu, tapi sakit bila nak bukak. Lepas tu Ainn guna getah rambut yang selalu kita ikat untuk anak2 tu. Kena sediakan stok banyak2 la, at least sehari nak kena guna 2.

Tips Ainn nk share ye. Tips ni Ainn dapat dari Maya Karin. Dah lama dah, masa tu dia jadi duta pantene. Bukan direct dia bagitau Ainn, kut tv rasanya Ainn dapat. Oke, ini tipsnya.

Masa syampu rambut tak payah letak kat rambut. Kan kita nak syampu kat kulit kepala. Yang nak dirawatnya akar rambut. Banyak atau sikit syampu yang nak kena guna bukan bergantung kepada panjang pendek rambut kita, tetapi bergantung kepada besar kecik saiz kepala kita.

Dah letak syampu, urut kulit kepala guna hujung jari, bukannya guna kuku. Ini sebab nak elakkan kulit kepala luka. Urut tu wajib ye, bukan gosok2 je. Supaya segala 'ubat' dalam syampu tadi dapat diserap dengan baik. Oke, part ni Ainn tak ikut. Tak puas rasanya. Nak jugak guna kuku.

Bersyampu pulak tak perlu lama2. 2 ke 3minit cukup. Syampu kalau lama sangat boleh rosakkan rambut. Ainn punya cara agak2 je dah ratakan seluruh kulit kepala, semua bahagian kulit kepala dah di'urut' Ainn terus bilas. Tak sempat la nak tengok2 jam. Lagipon Ainn tak pernah letak jam dalam bilik mandi.

Dah siap bersyampu bilas syampu sebersih2nya. Syampu yang tak dibilas dengan bersih tu boleh buat kulit kepala berkelemumur, tak bersih. Part ni memang Ainn buat lama. Nak pastikan syampu betul2 dah bersih.

Oke, conditioner pulak. Conditioner ni la nak letak kat rambut. Kuantiti nak guna banyak mana tu la bergantung kepada panjang atau pendek rambut kita. Dah namanya pon conditioner kan, mesti la kita nak 'rapi'kan tu rambut. Sebab tu la kena letak kat rambut. Nak2 pulak hujung rambut. Hujung2 tu la yang banyak masalahnya. Elakkan daripada terkena kukit kepala. Yang ni Ainn lupa apa alasannya. Kat bahagian kepala Ainn ambik sikit je conditioner, sapu kat bahagian atas rambut kat kepala. Aduh, paham  tak ni? Rambut yang kat bahagian kepalanya tu, bahagian luarnya aje disapu. Lepas tu sapu je ke seluruh rambut bawah2. Senget2 la kepala duk buat part ni.

Kalau syampu kena sekejap je. Conditioner pulak kena lama la sikit, kasi 'ubat' tu meresap ke dalam rambut. Dah siap usap2 rambat Ainn tunggu sekejap sebelom bilas. Sambil2 tu cuci tangan dulu. Tangan dah bersih baru bilas conditioner kat rambut tadi.

Dah siap bilas rambut, dah siap mandi semua bukan terus pakai minyak rambut ye. Oke, untuk serum Ainn tak tahu macam mana. Ainn sendiri fail so far bab serum. Sebelom sapu minyak rambut pastikan rambut betul2 dah kering. Minyak dan air, memang tahu kan air lebih tumpat. Bayangkan rambut kita masih lagi basah, ada air. Lepas tu kita sapu minyak. Minyak tu terus 'lock' air kat rambut tadi. Kepam baunya dik! Sebab tu kena keringkan betol2.

Oke, tu je tips penjagaan rambut cara Ainn. Gambar2 atas tu Ainn google je ye. 

Saturday, April 21, 2018

Udang Galah LC Pembuka Tirai Jalan-Jalan Cari Makan Udang Galah @ Rompin

Ikut plan nak lunch kat Udang Galah LC nampaknya tercapai. Sebelom pergi Rompin dah set siap2 nak makan kat mana, nak makan hari apa, waktu bila. Disebabkan dari rumah ni akan jumpa Udang Galah LC dulu sebelom jumpa tempat penginapan, so Ainn set makan lunch dulu sebelom check in. Lagipon banyak belog2 yang Ainn baca diorang suggest makan tengahari kat sini.

Agak berpusing2 jugak la kami nak mencari restoran ni. Guna Google Maps ada ke patut dia suruh masuk ikut jalan yang tak boleh masuk. Kalau setakat melawan arus tu boleh je bedal, tapi ni siap ada penghadang jalan. Memang nampak jalan tu baru ditukar. Means baru je tak boleh masuk ikut situ. Kiranya kat Google Maps belom update lagi. 2,3 kali pusing agak boleh redah sendiri kami redah sendiri je la.

Yayy akhirnya jumpa jugak Udang Galah LC. Perut dah lapar ni, jom masuk.

Dah namanya nak makan udang galah, wajib ambik udang galah. Bukannya takde lauk lain ye kat sini. Banyak lagi pilihan lauk lain. Udang galah masak lemak cili api ni pilihan hubby. Ainn rasa macam nak try jugak ambik 2 la.

Dan 1 lagi extra untuk Ainn. Udang ni dalam gambar je nampak kecik. Ikutkan memang besar. Sorang makan sekor pon siap boleh ratah lagi. Apa lagi Ainn ambik 2ekor. Besar2 pon Aisy macam tak cukup je. Mana taknya, makan udang aje. Nasi tak nak makan.

Selain lauk2 udang ni Ainn ambik ulam. Maaf ye gambar ulam takde. Dan jugak 2gelas air. Total semua agak2 berapa?

Sebab udangnya tu memang besar Ainn budget dalam RM100. Bila bayar, harganya tak sampai pon RM70. Murah kan? Udangnya bukan aje besar, fresh lagi.

Oke perut dah kenyang. Jom kita check in dulu.

Pra Misi Mencari Udang Galah

'Weekend ni nak pergi Rompin!'

Rompin? Masing2 persoalkan kenapa Ainn nak pergi Rompin. Masing2 bertanya, apa ada di Rompin. Sejujurnya Ainn tak tahu apa yang menariknya Rompin melainkan udang galah. Oke, ada jugak tempat menarik di Rompin, contohnya banyak pantai dan semestinya Taman Negara Endau-Rompin. Tapi kami suami isteri kalau ke mana2 yang utamanya bab makan. Nak tempat menarik? Tempat lepak tu la yang seronoknya.

Sebenarnya dah lama kami ke Rompin. Pertengahan bulan Januari lagi. Takpe la cerita dah lama, nak jugak sematkan dalam diari belog Ainn ni.

Disebabkan plan ke Rompin ni semata2 nak makan je so kami pergi 1malam je la. Pagi Jumaat baru gerak. Hihihi kononnya nak merasa makan nasi beriani kat Kari Kambing 40 Hari, tapi dah lewat. Hubby nak breakfast dekat2 je. Kalau dekat2 dalam Kulai ni pekena nasi lemak je la. Tapi tutup hari tu. Pusing2 dalam ni hubby singgah di Kulai Cafe. Memang dekat je ngan rumah tapi tak pernah try makan kat sini.

Aisy tengah menunggu nak makan kat Kulai Cafe. Cantik kan lukisan mural kat belakang tu.

Ainn order bihun soto. Sedap. Tapi gatal tangan nak letak kuah kicap. Pulak tu letak 1sudu. Nampak macam kecik je sudunya tu, tapi melengkung macam mangkuk. Ambik kau, langsung tak boleh makan lepas tu. Tak tahan pedas!

Hubby pulak order nasi lemak ayam. Aisy pon, time orang nak makan ni la sibuk nak beriba. Kesian abi nak makan pon tak senang.

Oke. Dah tak pelik bila ada anak kecik ada je yang offer nak pegang. Masa ni Aisy duk main2 ngan 'nenek' dan 'atuk', dapat la abi makan dengan tenang. Ummi perhati je Aisy main ngan atuk nenek tu. Risau jugak jadi perkara tak diingini.

Dah siap makan jom mulakan perjalanan ke Rompin. Udang galah, we're coming!

Roti Bakar Lemak Berkrim

Tak tahulah mood apa hari ni. Nak update belog aje memanjang. Dari tadi hubby duk menganjing. Masa ada mood ni la nak update banyak2. Bila datangnya mood malas takdenya nak update apa2. Senyap aje la belog ni.

Oke, cerita bab masak memasak lagi. Kali ni Ainn nak share menu untuk breakfast lagi. Tadi breakfast agak berat, spaghetti goreng. Kali ni light2 je. Tapi kalorinya tetap tinggi. Hahahaha.

Nampak pon dah tahu senangnya nak buat. Nak buat menu breakfast yang sedap ni perlukan 3bahan je. Betol, 3bahan je! Roti, telur, susu pekat.

Pecahkan telur dalam piring, masukkan susu pekat. Kacau sebati. Sukatannya, Ainn guna 1biji telur : 1tbs susu pekat. Celupkan roti ke dalam bancuhan ni, bakar dalam nonstick pan. Tak payah guna minyak.

5keping roti ni sekali hadap je kalau Ainn makan. Bayangkan susu pekat + telur macam mana rasanya. Dah la senang nak buat, sedap pulak tu.

Tali Pusat Telur Ayam

Pernah baca kat belog mana entah. Katanya nak buat kek yang elok kemenjadiannya kena guna telur yang masih fresh. Nak tahu telur tu masih fresh ke tak tengok pada tali pusatnya. Kalau tali pusat masih ada means telur tu masih fresh.

Masa Ainn baca tu baru tahu, la rupanya telur ayam pon ada tali pusat jugak? Lepas tu Ainn perhatikan aje telur2 yang Ainn guna. Macam semua masih ada tali pusat je. Walaupon dah lama Ainn beli telur tu. Ye la sekampit telur yang 30biji tu stok untuk sebulan. Pulak tu Ainn beli Econsave punya je. Bukannya yang ada Omega 3 ke apa.

Bila bercerita kat kawan2 semuanya bagi respon pelik. Tak tahu pulak talur ayam tu ada tali pusat. Ingatkan Ainn sorang je yang tak tahu.

Sehinggalah suatu hari tu, Ainn dah lupa nak masak apa. Yang pastinya menggunakan telur. Macam biasa Ainn pecahkan telur dalam mangkuk. Dan bila nak buang tali pusat tu Ainn perasan bentuk tali pusat tu betul2 jelas. Ainn yang jakun ni ambik la gambar. Walaupon dah lama kejadian ni takpe la Ainn share jugak ye.

Nampak tak dalam telur putih yang pekat tu nampak macam tali putih? Tak nampak ek? Takpe kita zoom sikit.

Alamak, dah zoom macam lagi tak nampak pulak. Pencahayaan kot. Takpe Ainn ambik gambar kot lain pulak.

Aha yang ni macam dah jelas kan? Kalau tak nampak lagi tak dapat nak buat apa la. Guna kamera kat handphone je, bukannya guna kamera mahal.

Mungkin tali pusat yang macam ni la kot yang akak blogger tu maksudkan. Yang selalu Ainn jumpa tu tak nampak jelas talinya tu. Macam tali kembang je. Mungkin tu menunjukkan kesegaran telur tu dah berkurang. Agaknya la.

And this is the 1st and last Ainn jumpa benda alah ni so far.

Maggi Sup Air Tangan Suami

Menu kegemaran sekeluarga dah, menu kegemaran daebap pon dah. Sempat kot Ainn share menu kegemaran hubby pulak. Ini kegemarana hubby je ye. Ainn pon suka jugak makan, tapi takde melambung2 pujian masakan ni sedap. Tukang masaknya je yang duk puji2 dia punya resipi ni sedap. Oke, sedap la daripada yang Ainn masak. Nak buat pon a bit cerewet bagi Ainn.


Walaupon Ainn tak pernah masak menu ni tapi Ainn tahu step by step tu. Meh Ainn share ya.

Macam biasa la guna je mana yang ada kat rumah. Bahan2 yang diperlukan:
Maggi kari 1 bungkus
Daging
Udang
Ikan bilis
Telur
Sayur kangkung

Cara nak masak:
Rebus daging hingga empuk. Daging yang dah siap hiris ya. Keluarkan daging masukkan dalam mangkuk. Gunting kangkung ke dalam mangkuk.
Celurkan maggi. Keluarkan maggi, then masukkan dalam mangkuk daging tadi.
Dengan air yang sama je dari air rebusan daging tadi, masukkan perencah maggi dan udang. Tunggu hingga udang masak. Off dapur. Tuang kuah ke dalam mangkuk.
Goreng telur separuh masak aka telur goyang. Masukkan ke dalam mangkuk maggi.
Goreng ikan bilis. Masukkan ke dalam mangkuk maggi.

Bila dah digaul baru nampak bahan2 yang duk bawah maggi tadi. Rasa? Memang sedap la air tangan hubby kita ni. Tak caya, cuba try test.

Puding Roti Karamel Kegemaran Aisy Mikaeil

Tadi dah cerita pasal menu kegemaran Ainn sekeluarga. Kali ni nak cerita pasal menu kegemaran Aisy Mikaeil pulak. Ikutkan Aisy memang pemakan orangnya. Apa aje makanan yang ummi dan abi makan, Aisy pun makan jugak. Paling ketara Ainn perasan, selain buah Aisy suka makan roti. Kalau pergi pasaraya wajib beli roti. Roti sandwich tu Aisy makan macam tu je.

Sekali tu Ainn terlebih rajin. Ain cuba buat puding roti caramel. Nak membuatnya sangat mudah. Bahan2 inshaa Allah ada je kat dapur.

Ainn buat sikit je. Guna loyang 6". Bahan yang digunakan 1 1/2 sudu gula, setengah tin susu cair, setengah tin susu pekat, setengah penutup botol esen vanila, 2biji telur, 3keping roti. Macam mana nak dapatkan setengah tin susu tu, Ainn timbang. Guna separuh daripada berat yang dinyatakan pada tin.

Mula2 buat dia punya karamel dulu. Panaskan gula. Ainn panaskan dalam loyang siap2. Suhu dapur perlahan je. Bila gula dah cair lagi kena turunkan lagi suhu dapur. Bila dah jadi warna keemasan cepat2 angkat loyang. Walaupon dapur dah off panasnya tu boleh buat karamel tadi jadi hangus.

Dalam mangkuk, pecahkan telur. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati.

Roti tadi koyakkan dan celup dalam adunan dalam mangkuk tadi. Susunkan dalam loyang yang ada karamel tadi. Tuangkan semua lebihan ke dalam loyang. Kukus dalam 25 minit.

Kalau ada boleh letak buah2an. Macam ceri kering ke, kismis, nanas, kurma. Taburkan aje kat setiap lapisan roti tadi.

Hasilnya bila dah masak, dah ditelangkupkan dalam pinggan. Kali ni Ainn guna loyang petak.

Bila dah dipotong boleh nampak buah2 yang diletakkan. Yang ni Ainn letak ceri kering *hijau dan merah* dan nenas potong dadu.

Zoom sikit. Nak tunjuk kuah karamel tu. Geram tengok kuah karamel tu je.

Ada yang suka makan dengan sos kastard. Ainn makan macam ni je. Dah rasa sedap je. Tak pernah buat sos kastard. Kalau ada sos kastard lagi sedap agaknya ye. Hihi.

Spaghetti Goreng Kegemaran Sekeluarga

Sebelom kahwin Ainn memang suka masak western food. Sebabnya ia lebih senang. Tak seperti kebanyakan masakan Melayu yang bagi Ainn agak complicated. Bila dah kahwin hubby pulak tak makan western food. Betul2 tekak Melayu. Tapi Ainn tak mengalah, pelan2 Ainn ajar hubby cuba western food. Bermula dengan lamb chop. Kini Ainn ajar hubby makan spaghetti goreng pulak.

Kalau lamb chop jadi pilihan pertama sebab hubby dah biasa makan daging kambing, cuma cara masakan je tak sama. Spaghetti pulak hubby memang tak pernah makan. Ada ke patut dia cakap spaghetti ni keras macam ranting kayu? Belom masak memang la nampak keras, dah masak lembut macam mi je. Rasanya lain ya.

Bermulanya hubby makan laksa Johor kat rumah Kak Ina. Baru dia tau spaghetti tu tak sekeras yang disangka. Ingat spaghetti ni macam kayu manis, dah masak pon still keras? Bila Ainn tengok hubby makan laksa Johor tu sampai menambah2, dapat idea nak 'ajar' dia makan spaghetti pulak. Untuk permulaan rasanya tak boleh bagi spaghetti bolognese atau carbonara. So Ainn buatkan spaghetti goreng je. Takde la kebaratan sangat.


Spaghetti goreng cara Ainn memang senang. Guna bahan mana ada kat rumah je. Bahan2nya semestinya kena ada spaghetti. Kalau takde spaghetti tak jadi la spaghetti goreng namanya tu. Untuk lauk2 Ainn letak udang dan sotong. Pernah jugak letak kupang ke apa entah yang shell dia warna hijau tu. Kalau memang plan nak masak ni Ainn beli la. Kalau takde plan tiba2 je nak masak, guna lauk mana ada aje la. Dan bahan2 lain; bawang besar, kicap, garam, oregano, black pepper. Minyak kena guna jugak untuk menumis bawang besar.

Ini cara Ainn rebus spaghetti. Panaskan air sama2 dengan kulit udang. Bila air dah menggelegak baru masukkan spaghetti.

Dalam kuali, panasakan minyak. Ainn suka guna minyak zaitun. Tak pon guna minyak bekas goreng ikan. Make sure baru sekali guna ye, kalau dah 2kali guna buang je. Tak elok guna minyak berulang banyak2 kali.

Minyak dah panas tumiskan bawang besar yang dah dipotong dadu. Bila bawang dah layu masukkan udang dan sotong. Kacau2 sekekap je, terus masukkan kicap dan garam. Nampak berkuah tu sebab air daripada sotong dan udang tu. Terus masukkan spaghetti tadi. Kacau rata2. Then taburkan black pepper dan oregano. Kacau lagi. Nak off dapur dulu baru masukkan black pepper dan oregano pon takpe.


Taraa!!! Dah siap pon. Senang aje kan? Sangat2 mudah. Sekarang ni dah jadi menu wajib untuk breakfast. Bukan setiap hari wajib makan spaghetti ni, at least seminggu sekali. Hubby dah pandai goreng sendiri. Ainn rasanya 2kali je goreng, lepas2 tu hubby je yang goreng.

Bukan hubby je. Aisy pon memang suka makan spaghetti. Bila masak spaghetti je mesti makan kat sofa, sambil2 tengok tv.

Ya, spaghetti lagi. Aisy ni nak kena pesan banyak2 kali. Asyik nak kena tegor. Suka sangat makan ngan tangan kiri.

Mandi pon belom. Dengan baju tidor lagi dah ngadap spaghetti goreng. Lepas makan baru mandi.

Habis sepinggan Aisy makan. Kadang2 tak cukup.

Lepas ni kita cuba masakan spaghetti lain pulak ye.