Nuffnang Ads

Saturday, April 21, 2018

Pra Misi Mencari Udang Galah

'Weekend ni nak pergi Rompin!'

Rompin? Masing2 persoalkan kenapa Ainn nak pergi Rompin. Masing2 bertanya, apa ada di Rompin. Sejujurnya Ainn tak tahu apa yang menariknya Rompin melainkan udang galah. Oke, ada jugak tempat menarik di Rompin, contohnya banyak pantai dan semestinya Taman Negara Endau-Rompin. Tapi kami suami isteri kalau ke mana2 yang utamanya bab makan. Nak tempat menarik? Tempat lepak tu la yang seronoknya.

Sebenarnya dah lama kami ke Rompin. Pertengahan bulan Januari lagi. Takpe la cerita dah lama, nak jugak sematkan dalam diari belog Ainn ni.

Disebabkan plan ke Rompin ni semata2 nak makan je so kami pergi 1malam je la. Pagi Jumaat baru gerak. Hihihi kononnya nak merasa makan nasi beriani kat Kari Kambing 40 Hari, tapi dah lewat. Hubby nak breakfast dekat2 je. Kalau dekat2 dalam Kulai ni pekena nasi lemak je la. Tapi tutup hari tu. Pusing2 dalam ni hubby singgah di Kulai Cafe. Memang dekat je ngan rumah tapi tak pernah try makan kat sini.

Aisy tengah menunggu nak makan kat Kulai Cafe. Cantik kan lukisan mural kat belakang tu.

Ainn order bihun soto. Sedap. Tapi gatal tangan nak letak kuah kicap. Pulak tu letak 1sudu. Nampak macam kecik je sudunya tu, tapi melengkung macam mangkuk. Ambik kau, langsung tak boleh makan lepas tu. Tak tahan pedas!

Hubby pulak order nasi lemak ayam. Aisy pon, time orang nak makan ni la sibuk nak beriba. Kesian abi nak makan pon tak senang.

Oke. Dah tak pelik bila ada anak kecik ada je yang offer nak pegang. Masa ni Aisy duk main2 ngan 'nenek' dan 'atuk', dapat la abi makan dengan tenang. Ummi perhati je Aisy main ngan atuk nenek tu. Risau jugak jadi perkara tak diingini.

Dah siap makan jom mulakan perjalanan ke Rompin. Udang galah, we're coming!

No comments:

Post a Comment