Nuffnang Ads

Saturday, April 21, 2018

Puding Roti Karamel Kegemaran Aisy Mikaeil

Tadi dah cerita pasal menu kegemaran Ainn sekeluarga. Kali ni nak cerita pasal menu kegemaran Aisy Mikaeil pulak. Ikutkan Aisy memang pemakan orangnya. Apa aje makanan yang ummi dan abi makan, Aisy pun makan jugak. Paling ketara Ainn perasan, selain buah Aisy suka makan roti. Kalau pergi pasaraya wajib beli roti. Roti sandwich tu Aisy makan macam tu je.

Sekali tu Ainn terlebih rajin. Ain cuba buat puding roti caramel. Nak membuatnya sangat mudah. Bahan2 inshaa Allah ada je kat dapur.

Ainn buat sikit je. Guna loyang 6". Bahan yang digunakan 1 1/2 sudu gula, setengah tin susu cair, setengah tin susu pekat, setengah penutup botol esen vanila, 2biji telur, 3keping roti. Macam mana nak dapatkan setengah tin susu tu, Ainn timbang. Guna separuh daripada berat yang dinyatakan pada tin.

Mula2 buat dia punya karamel dulu. Panaskan gula. Ainn panaskan dalam loyang siap2. Suhu dapur perlahan je. Bila gula dah cair lagi kena turunkan lagi suhu dapur. Bila dah jadi warna keemasan cepat2 angkat loyang. Walaupon dapur dah off panasnya tu boleh buat karamel tadi jadi hangus.

Dalam mangkuk, pecahkan telur. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati.

Roti tadi koyakkan dan celup dalam adunan dalam mangkuk tadi. Susunkan dalam loyang yang ada karamel tadi. Tuangkan semua lebihan ke dalam loyang. Kukus dalam 25 minit.

Kalau ada boleh letak buah2an. Macam ceri kering ke, kismis, nanas, kurma. Taburkan aje kat setiap lapisan roti tadi.

Hasilnya bila dah masak, dah ditelangkupkan dalam pinggan. Kali ni Ainn guna loyang petak.

Bila dah dipotong boleh nampak buah2 yang diletakkan. Yang ni Ainn letak ceri kering *hijau dan merah* dan nenas potong dadu.

Zoom sikit. Nak tunjuk kuah karamel tu. Geram tengok kuah karamel tu je.

Ada yang suka makan dengan sos kastard. Ainn makan macam ni je. Dah rasa sedap je. Tak pernah buat sos kastard. Kalau ada sos kastard lagi sedap agaknya ye. Hihi.

No comments:

Post a Comment