Nuffnang Ads

Saturday, November 19, 2016

Air Ketuban

Macam mana ye air ketuban? Bagi yang belom berpengalaman mesti teragak2 bila ada keluar air. Terpikir2 tu air ketuban ke?

Macam Ainn sendiri. Mula2 keluar air sikit je. Risau bercampur excited masa tu. Mintak hubby tanyakan adik dia macam mana masa mula2 keluar air ketuban ni. Memang betul2 sikit je, macam terkucil gitu. Tapi Ainn tak terus pergi klinik pon. Esoknya sempat lagi berjalan sampai ke Gua Musang!

Malam esoknya pulak keluar lagi air. Kali ni banyak sikit. Dah mula confuse air apa. Nak dikatakan air mani baunya busuk semacam. Pagi esoknya lepas solat Subuh keluar lagi. Kali ni sampai meleleh kat celah paha. Terus pergi klinik pagi2 buta tu.

Bila nurse tanya kenapa tak terus datang klinik pukul12malam tadi. Selamba je Ainn jawab, confuse kot2 air mani ke. Dah tak malu dah masa tu cakap aje lepas bersama dengan hubby. Hihihi.

Pagi tu jugak terus pergi Hospital Gua Musang. Sebab check pagi tu tekanan darah Ainn tinggi, Ainn pulak memang obes, dan air yang keluar malam tu bercampur warna kes Ainn direfer ke Hospital Kuala Krai. Tapi takde pulak air keluar lagi lepas tu.

Sehinggalah hari Rabu 3.30pagi lebih kurang waktunya tu. Ainn bangun nak pergi toilet. Memang Ainn jenis bangun malam nak buang air kecil. Habit dari kecil lagi. Turun je katil tiba2 keluar air banyak, lencun kain yang Ainn pakai tu. Alamak! Terkencing dalam kain ke aku ni? Malunya!!!

Nasib baik semua orang tengah syok tidur. Takde la malu sangat. Hihihi. Baru je kaki ni melangkah setapak air keluar lagi, memang banyak. Lagi banyak dari yang keluar tadi. Terus Ainn teringat cerita Ainn pernah baca air ketuban keluar sampai lencun kain. Oh macam ni rupanya air ketuban. Baru terjawab persoalan selama ni.

Kes 'Menumpang'?

Aisy sedap je tidur atas pangkuan abi dia, teman abi buat kerja ye sayang. Ada masa ni ummi ambik kesempatan mengarang kat belog ummi ya. Saje2 je buat belog ni, isi masa lapang macam ni je.

Oke kali ni Ainn nak cerita pasal kes menumpang pulak. Ni biasa terjadi pada ibu2 yang bekerja di luar kampung halaman sendiri, tup2 nak bersalin kat kampung. Macam Ainn la. Hihi nak jugak bersalin kat kampung, dekat dengan family kononnya.

Mula2 of course la kena tukar tempat check up untuk pregnancy. Dah masuk minggu2 akhir ni appointment weekly la pulak. Masa Ainn balik kampung dulu kandungan Ainn dah nak masuk minggu ke38.

Walaupon tinggal 2x je lagi appointment kalau diikutkan due, nurse suruh jugak bukak buku baru. Kiranya buku untuk rujukan klinik kampung Ainn ni la. Selalunya kalau setakat 2,3 kali appointment macam ni xbukak buku pon, ada kertas khas untuk yang menumpang. Leceh sebenarnya nak bukak buku baru ni. Nak pulak format bukunya tak sama. Lama jugak urusan bukak buku aje, belom lagi check. Hurmmm.

Kali ni pulak pasal kad/buku untuk perancang. Nurse 'jaga' Ainn suruh bukak buku tu kat sini. Sebabnya 3bulan Ainn cuti, 3x jugak la nak kena ambik perancang kat sini. Sebabnya Ainn ambik ubat apa entah yang nak kena makan setiap hari, kena repeat ambik ubat tu kat klinik setiap 28hari. Tapi bila dah pergi klinik nurse yang kat kaunter cakap tak payah bukak buku tu kat sini sebab kes Ainn ni kes menumpang. Alasannya habis cuti 3bulan ni Ainn dah nak balik Johor semula.

Mula2 ni je ambik ubat tu, bukan makan pon. Sebenarnya Ainn plan nak ambik injection je untuk perancang. Means 3bulan sekali kena inject. So far darah nifas pon belom habis, plus pantang bersama kan 100hari. Ainn plan Aisy 3bulan nanti baru nak mulakan ambik injection tu. Sempat la inject kat klinik kampung ni je sebelom balik Senai.

 Bila Ainn check balik kalendar, 21 Mac nanti cuti sekolah. Kena inject kat sini jugak. 21Jun belom cuti lagi kena inject kat Kulai la. 21September selalunya cuti pertengahan penggal 2, tapi tahun depan cuti awal. Kiranya kena inject kat Kulai jugak. Lepas tu 21Disember pun kat kampung, inshaa Allah. Last injection 21Mac2018 biasanya pon cuti pertengahan penggal 1. Berapa kali je inject kat Kulai berbanding kat kampung ni? Kat mana sebenarnya yang menumpang?

Semoga Mimpi Ini Menjadi Kenyataan

Ada tak yang percayakan mimpi? Ainn sebenarnya tak percaya mimpi, kecuali mimpi pasal jodoh. Mimpi pasal jodoh ni Ainn cerita next time ye. Sebabnya malam ni Ainn nak cerita pasal mimpi Ainn 2malam lepas.

Mimpi tu ringkas je. Masa tu kat rumah tok ayah. Mak biasalah baring/tidur kat tempat biasa kat bawah lampu tu. Tok ayah pulak duk dekat tempat dia jugak. Ainn dengan hubby duk dekat tengah2 antara diorang tu. Tiba2 je mak bangun dan berjalan, siap bercakap lagi. Apa lagi terkejut la kitorang. Tok ayah pon pelik mak tiba2 je boleh berjalan, siap bercakap.

Walaupon tu hanya mimpi, Ainn berharap sangat ianya jadi kenyataan suatu hari nanti. Mak sekarang ni sahkan kata nak berjalan, nak bangun pon tak boleh. Bercakap boleh la sikit2, tapi tak jelas sangat butiran percakapan dia tu.

Tapi dalam mimpi tu Ainn dah ada anak 2orang. Yang kedua masih baby lagi. Kalau betullah Ainn dapat anak kedua nanti mak dapat pulih macam dulu, tak tahulah tu bila. Harap2 takde la lama sangat.

Yang tak bestnya selalunya Ainn mimpi akan jadi sebaliknya in reality. Tapi entahlah yang ni Ainn rasa macam jadi kenyataan, sama macam mimpi pasal jodoh tu. Harap2 betullah. Amiin.

Keep Reminding Your Child as Daily Routine

1st of all, sorry for my bad English. Dah tahu tak pandai English tapi berangan nak buat tajuk in English. Bak kata teacher yang ajar MUET, redah aje lah. Biarlah nak berterabur ke apa. Teacher Fathini pulak pernah cakap, asalkan orang paham apa yang kita nak sampaikan dah la. Tapi kalau tak sampai jugak macam mana? Memang kena lah dengan berteraburnya tu. Tak sempat nak sampai dah licin kat tengah jalan. Huhuhu naya.

Oke, berbalik kepada apa yang Ainn nak ceritakan hari ini. Rasanya kena cerita dulu baru paham tajuk Ainn tu kan. Baru paham apa sebenarnya yang Ainn nak sampaikan.

Wan Xuan ni salah seorang anak murid Ainn. Biasalah murid2 Pendidikan Khas, tambah pulak yang low function. Diorang bukan ingat sangat pon hari ni hari apa, tarikh hari ni. Tapi Wan Xuan ni setiap kali nak mulakan kelas, bila Ainn tanya hari dan tarikh sebelom tulis kat whiteboard dia mesti boleh jawab dengan betul.

Sebab suka sangat dengan kebolehan dia berbanding rakan2 sekelas yang lain, Ainn share dengan mak dia. Rupanya setiap hari mak dia akan tanya hari dan tarikh dekat Wan Xuan ni, setiap pagi masa hantar Wan Xuan ke sekolah. Every day without fail. Kadang2 jawapannya betul, pujilah dia. Kadang2 jawapannya tak betul, betulkan dia.

Sehinggalah terjadi satu peristiwa yang tidak diingini. Biasalah remaja baru nak up, kata orang. Pulak baru2 je lagi baligh. Yang boleh berfikir dengan waras pon kecundang, apa lagi diorang yang down syndrome ni. Yang memang dalam kategori sedikit advance berbanding kita dalam bab 18sx. Pulak tu diorang manalah pikir benda tu baik ke tak baik.

Walaupon sekadar sentuhan kecil, kami sebagai cikgu2 yang mendidik mereka2 ni agak risau. Yelah mula2 sikit2 la dulu. Kemudian? Sebelom terjadi perkara yang lebih besar awal lagi diorang ni dah kena warning. Tak lupa jugak kitorang akan inform parents diorang pasal ni. Takut pulak nanti jadi pape kita pulak yang dipersalahkan kerana tak bagitau pape.

Sekali warning je nampak perubahan Wan Xuan. Dia dah takde nak sentuh2 dengan kawan lelaki. Kalau ada kawan lelaki nak sentuh dia, dia akan marah dan bagitau cikgu. Kalau terjadi kat kawan2 dia pon dia akan marah dan bagitau cikgu jugak. Siap cakap lagi, 'lelaki tak boleh sentuh perempuan. Tak boleh!' Kadang2 Cikgu Jeli suka menyakat dia, buat2 nak sentuh dia atau murid perempuan lain depan dia. Suka dengar dia marah dengan lenggok Cina dia tu, dengan sebutannya satu per satu.

Bila bagitau mak dia pasal ni, mak dia share rahsia dia. Sama macam hari dan tarikh tadi. Mak Wan Xuan akan remind dia everyday. 'Lelaki boleh sentuh perempuan tak? Perempuan boleh sentuh lelaki tak? Kalau ada kawan lelaki sentuh Wan Xuan nak kena buat apa?' Everyday oke, without fail.

Apa pengajarannya kat sini? Anak2 nak kena sentiasa diingatkan. Bukan saja anak2, kita yang dah besar ni pon nak kena selalu ingatkan jugak. Ainn cuba aplikasikan cara ni dekat Aisy. Setiap hari Ainn akan bagitau dia apa yang Ainn nak dari dia, apa yang Ainn harapkan dari dia.

Salah satunya bab berjaga malam. Awal2 dulu Aisy selalu berjaga malam, tidur dengan lenanya di sebelah siang. Banyak hari jugak ambik masa dia nak berubah. Mungkin masa Ainn bisik kat telinga Aisy dia dah tidur dengan lenanya. Ainn pesan kat dia, malam kena tidur. Semua orang tidur. Ummi ngan abi pon nak tidur. Siapa nak jaga Aisy? So Aisy kena tidur la malam. Nak 'main' tunggu hari siang. Alhamdulillah lepas 2,3 hari Aisy akan berjaga siang je.

Sehinggalah sekarang Aisy berjaga malam untuk menyusu aje. 2 hingga 3kali setiap malam. Tiap kali Aisy baru tidur malam, biasanya 8.30pm waktu tidur dia, Ainn akan bisik kat telinga dia. 'Aisy tidur ye malam ni. Bangun untuk menyusu je. Dah siap menyusu Aisy sambung tidur semula ya.' Tapi malam tadi Aisy tidur awal. Belum jam 8 lagi Aisy dah tidur. Tak sempat nak bisik kat dia.

Dalam pukul 12 Aisy jaga. Ainn dan hubby dah siap2 nak tidur. Takde apa yang peliknya kat situ. Tu kira waktu jagaan Aisy yang pertama untuk menyusu. Ainn susukan Aisy macam biasa, macam malam2 sebelom ni.

Rupanya dah siap menyusu pon mata Aisy celik seluas2 tidak. Ainn perasan awal lagi, masa Aisy duk menyusu tu takde pon matanya lali macam selalu. Spotlight dia tu terang benderang. Sah Aisy taknak tidur lagi.

Boleh pulak siap menyusu tu dia suruh angkat pulak. Nak bangun la pulak hero sorang ni. Nasib baik Ainn baring letak dia atas perut Ainn dia oke aje. Takde la mintak nak berdiri ke, nak berdukung ke.

Tak cukup dengan tu nak borak pulak tengah2 malam buta ni. Mula2 bolehlah layan. Bila dah masuk pukul satu tak tahan jugak mengantuk. Hubby dah off lampu pon Aisy still sengih2, angguk2, cakap apa benda entah yang takde butirnya keluar suara aje. Nak suruh dia tidur? Asal baringkan dia je terus nangis.

Pandai ye, tahu2 je abi nak ambik gambar dia tengok je kat abi sampai senget mulut. Dah tak pandang ummi duk pegang ni

Hubby try ulik Aisy macam2 gaya. Yelah Aisy ni kalau nak tidur siang hari macam2 gaya dia, berbeza ikut hari. Kadang2 nak diulik, kadang2 nak dihenjut atas lengan, kadang2 nak dihenjut atas paha, kadang2 nak beriba, kadang2 nak berdukung.

Aisy's favorite sleep style for last 2weeks

Bila dah penat berdiri jangan sesekali nak letak Aisy kat bawah. Landing je macam ni, asalkan dia boleh melekap lagi kat dada

Jangan tak percaya, kadang2 Aisy nak tidur dalam keadaan dia didudukkan macam ni

Aisy menangis dah tak hirau dah. Hubby try jugak nak tidurkan dia. Pangku Aisy kat lengan keliling bilik ni sambil henjut lengan tu. Ainn awal2 lagi surrender la nak buat macam ni. Lenguh tangan sakit belakang oii. Akhirnya tidur jugak dia. Padahal mengantuk tu, berapa kali entah dia menguap. Tak tahulah kenapa susah sangat nak tidur. Dekat pukul 2 baru kitorang boleh tidur. Dah takde dah jagaan Aisy yang kedua untuk menyusu. Jaga pagi tadi dah pukul 4.45am.

Ambik pengajaran kat sini. Dont give up, dont forget, dont delay, keep reminding our child. Everyday without fail ya.

Monday, November 14, 2016

Supermoon vs Wechat

Supermoon? Rata2 orang duk cerita pasal supermoon yang berlaku malam ni. Dari semalam lagi ramai yang duk share pasal ni, dan saling mengingatkan untuk menyaksikan kejadian yang berlaku 18tahun sekali ni. Kat atas ni antara yang Ainn dapat daripada family dan rakan2 yang share kat group WhatsApp, Telegram dan moment WeChat.

Kejadian ni 18tahun sekali je terjadi. Kalau 18tahun lalu Ainn baru 11tahun. Mungkin tak didedahkan lagi pasal ni, atau Ainn dah lupa menyaksikan kejadian ni. Maklumlah dah 18tahun. Benda yang agak jarang diceritakan, lagi la cepat lupa.

Ainn antara jutaan manusia yang tak ketinggalan menyaksikan kejadian supermoon malam ni. Risau jugak tadi kot2 tak boleh tengok, kan musim hujan sekarang ni kat pantai timur. Alhamdulillah ada jugak rezeki Ainn malam ni.

Mula2 keluar rumah nak tengok tadi tak nampak sangat. Sebab bulan tu kat bawah so terlindung dengan pokok kelapa. Takde lah frust sangat, sebab boleh tengok jugak. Lagi sayang orang yang tak boleh tengok langsung sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan.

Tak puas hati dengan yang tadi, ada masa sikit lagi tadi Ainn keluar lagi sekali. Alhamdulillah bulan dah semakin meninggi, dah boleh nampak dengan jelas. Tapi sayangnya tak nampak sangat la saiz bulan yang lebih besar dan jaraknya lebih dekat dengan bumi macam tadi. Isy menyesal pulak tak snap gambar awal2 tadi. Harap2 diberi kesempatan la untuk tengok kejadian ni lagi. Inshaa Allah. Amiin.

Tapi apa pulak kaitannya supermoon ni dengan WeChat? Hurmm cuba tengok gambar yang kat atas sekali tu. Ada nampak macam cover WeChat kan? Cover? Betul ke cover namanya tu? Alah yang kalau bukak aplikasinya tu kan dia akan keluar tang tu dulu. Apa entah orang panggil bendanya tu. Malas nak pikir benda tu.

Yang pastinya ia mengingatkan Ainn dengan kad undangan majlis Ainn dengan hubby dulu. Kami memilih tema ni sebab nilah medium perkenalan kami, walaupon duk sekampung. Hihihi.

»ada ke yang try dirikan telur malam ni?

Bengkung Bayi Elakkan Kembung Perut

Chik Ana keluar bilik ambik kain bengkung untuk Qaseh lewat malam tadi buatkan Ainn teringat kisah masa pergi rumah Chik Ana 2minggu lepas. Dengan harapan dapat membantu ibu2 semua supaya lebih berjaga2 untuk elakkan baby kembung perut, Ainn rasa nak share kisahnya tu. Walaupon Ainn pasti ibu2 semua dah tahu, tak salah rasanya untuk kita saling mengingatkan. Ingatan untuk Ainn sendiri dan untuk suami jugak.

Masa nak pergi rumah Chik Ana tu hubby yang packed barang2 Aisy. Sebab taknak bawak barang banyak2 kitorang bawak ngam2 aje, termasuk barang keperluan Aisy. Kecuali pampers dia la kitorang bawak 1bag tu terus. Dah plan nak balik esoknya, so bawak serba 2 je. Untuk pakai malam nanti dan esoknya.

Entah macam mana boleh terlupa kalau Aisy buang air besar memang banyak sekali buang tu. Selalunya sampai terkena kain bengkungnya tu. Bukan setakat kain bengkung, siap melimpah terkena seluar pon ada. Dan begitulah pagi esoknya, sebelom bertolak balik rumah abah.

Nak tukar pampers takde masalah, ada bawak banyak. Kain bengkungnya tu dah tak ada. Semalam punya pon dah kena bunga2 kuning, pagi tu pon kena jugak bunga2 kuning tu. Nak taknak terpaksa biarkan Aisy pagi tu dengan tak berbarut perutnya.

Malam tu Aisy menangis kuat. Menangisnya tu macam sakit kena gigit semut hari tu. Dah puas belek tapi takde pon semut ke apa yang boleh buat Aisy sakit. Ainn ni dah mula cuak. Hubby pon tak tahu nak buat macam mana. Ma pulak takde sebab temankan Chik Ana nak bersalin, belom balik lagi.

Bila Kak Ngah suruh check perut Aisy rupanya kembung perut. Sebab tu la dia menangis je. Sakit la tu perut dah masuk angin. Hubby cepat2 panaskan tungku tuam kat perut Aisy. Dalam 5minit terus tertidur. Penat sangat menangis tadi kot.

Bila dah jadi macam tu baru Ainn teringat paginya tu tak dibarut perutnya. Dah sampai rumah Abah tengahari tu pon tak terus dipakaikan. Langsung lupa pasal tu. Seharian dari pagi sampai petang dibiarkan perutnya macam tu je. Dalam 7jam jugak macam tu. Kesian Aisy sakit perutnya masuk angin.

So moral of the story, jangan sesekali abaikan bengkung baby. Elakkan baby terkena kembung perut. Patutlah ma pernah cakap barut perut baby at least sampai 3-4bulan. Dah tak sanggup tengok Aisy kena macam tu lagi.

Sunday, November 13, 2016

Main Masak-Masak

Seronok blog walking, sampai lupa nak update belog sendiri. Ainn memang suka jalan2 kat belog orang, walaupon tak dijemput. Kalau menarik belog tu lama la Ainn stay kat rumah orang tu.

Sehinggalah Ainn jumpa dapur Kak Ita. Seronok sangat kat situ. Banyak resipi2 yang dishare. Bukan senang tau orang nak share masakan yang sedap2 taraf hotel 5bintang. Dengan dekorasi gambar2nya. Hadoii baru tengok gambar je dah terliur. Belom lagi rasa.

Tengok belog Kak Ita mula lah timbul rasa nak belajar memasak membuak2. Elok sangat duk rumah wan kena masak. Setiap hari masak. Sempat la masak masakan yang simple2.

Hari pertama masak Ainn masak daging singgang Kelantan. Menu ni agak popular kat Kelantan dan Terengganu. Sebab dah lama tak makan masakan ni Ainn try jugak masak walaupon tak tahu resipi yang sebetulnya. Yang penting sekali hirup kuahnya memang terasa sedapnya. Hihihi.

Hari kedua terpaksa tukar menu daripada plan asal. Asalnya Ainn nak masak sup ayam. Tapi sebab tak cukup bahan Ainn masak ayam goreng kicap. Main campak2 je apa yang ada. Nasib baik menjadi jugak.

Esoknya tu barulah Ainn masak sup ayam. Walaupon still tak cukup bahan, Ainn on je la masak sup ayam tu. Makan style orang Kelantan. Secukup rasa.

Dan hari last sebelom balik rumah abah Ainn masak sayur campur je. Senang, ringkas, cepat. Yang penting sedap.

Alahai semuanya sedap2 je kan Ainn masak. Hihihi masuk bakul angkat sendiri. Alah kalau bukan sendiri yang nak puji sape lagi? Suami? Nak kena tanya dulu sedap ke tak. Tak payah tanya pon takpe, kalau makan sampai bertambah nasinya tu kira sedap la tu.

»jangan lupa klik kat nama menu tu untuk dapatkan resipi special Ainn. Hahaha.


Monday, October 17, 2016

Beauty is Pain

'Bakpo lamo doh tok paka bekung?'
'Kenapa dah lama tak pakai bengkung?'

Fuhh siap translate lagi dialog hubby. Hahaha harap2 pasni takde la yang so hard need to translate, yang berbelit lidah nak baca.

Huh ni gara2 ma tiba2 tegur pasal perut Ainn. Dah nampak kemas, kempis sikit perut. Sebab pakai bengkung ke? Mulut celupar ni pulak senang je jawab, hari tu pakai 2,3 hari je. Hah kan dah kena tegur ngan hubby pulak. Patut la dia diam je tak cakap apa, tak puas hati la tu Ainn dah lama tak berbengkung.

Bukannya taknak pakai bengkung. Yang tak bestnya bila lepas 2,3jam mesti bengkung tu akan berkumpul kat 1tempat je. Yang bawah akan bergulung ke atas, yang atas pulak akan bergulung ke bawah. Berkumpul la diorang kat tengah2 perut.

Kenapa ye jadi macam tu? Tak nak nafikan la salah satu sebabnya perut Ainn ni buncit. Itu yang sampai menggelungsur kain belacu tu, bergulung2 jadinya. Ke sebab cara pakai tu tak betul? Ketat sangat kot. Ketat la best, nampak dan rasa slim aje. Hahaha.

Malamnya dah kena paksa ngan hubby pakai bengkung. 'Kata nak cantik!' Betul kan orang cakap, seksanya la hai nak cantik.

Pagi tadi hubby perasan kain bengkung kat sebelah tilam. Bila bukak ni? Huhuhu dia tak tahu pakai 3jam je malam tadi. Tak tahulah dia terima ke tak alasan Ainn kain tu bergulung. Oke hari ni cuba ikat tak payah ketat2 sangat ya. Tengok hasilnya macam mana, bergulung ke tak. 

Thursday, October 13, 2016

Kenapa Bayi Menangis?

Takut sangat bila baby tiba2 aje menangis. Kalau menangis biasa2 je takpe, dibuatnya menangis yang kuat tu. Nak pulak bagi new mommies, tak tahu nak buat apa.

Aisy kalau menangis suka sangat meneran. Sampai merah2 mukanya. Sebelom2 ni kalau Aisy nangis sebab lapar atau tak puas menyusu. Senang nak tahu kalau dia lapar. Dia suka hisap jarinya, walaupon dah pakai 'sarung guni'. Dan kalau dah riba dia akan mencari puting. Haa dah tahu dia lapar kena cepat2 la, lambat karang tu yang buat dia menangis sampai meneran tu.

Satu lagi Aisy akan menangis kuat2 bila dia dah kenyang, then nak tidur. Ini yang tak faham. Kadang2 dia akan tertidur dengan sendirinya. Kadang2 dengan puting kat dalam mulut tu dia tiba2 menangis kuat2, itu pon tandanya dia dah kenyang dan nak tidur. Tapi dia taknak tidur dengan posisi menyusu tu. Nak kena ampu dia tinggi2, sambil henjut badan dia ala2 dalam buai gitu. Ini kerja abi dia la, nak harapkan ummi dia memang tak larat nak ampu dia tinggi2 gitu.

Tapi malam tadi lain pulak. Dalam Aisy duk syok menyusu tu tiba2 dia menangis. Ingatkan dia dah kenyang menyusu. Ainn pass Aisy kat hubby. Puas hubby dodoikan tapi Aisy tetap jugak nangis. Ainn ambik balik, cuba susukan. Alhamdulillah dia menyusu. Tapi tiba2 Aisy menangis lagi. Hubby cuba pujuk tak jalan, ma dodoikan pon tak jalan. Macam ada yang tak kena je.

Ma suruh tengok kot2 ada semut ke apa. Bukak semua pakaian dia termasuk his mitten and booties takde apa2 pon. Bila kakngah bukak kain barut perut dia rupanya ada semut! Ya Allah, patutlah Aisy nangis melalak2. Kita yang besar ni pon sakit kalau kena gigit semut, apa lagi Aisy yang baru 3minggu. Elok aje dia lepas buang semut tu, diam aje.

Tak cukup dengan tu. Tidur malam Aisy nangis lagi. Kuat betul dia nangis kali ni. Ainn sendiri rasa macam nak menangis tengok dia. Malam tadi kuat sangat Aisy nangis sampai ma masuk dalam bilik. Sebelom ni ma tak pernah masuk bilik kitorang malam2 buta macam tu. Ma kata mungkin perut dia masuk angin kot, sebab lambat barut semula perut dia lepas buang semut tadi. Ma tekan2 perut Aisy, memang kembung.

Lepas ma urut perut Aisy, siap guna tungku baby lagi, barulah Aisy senyap sekejap. Lepas tu Aisy nangis lagi. Tak tahulah ma buat apa kat Aisy, lepas tu ma kata hidung dia tersumbat. Susah nak bernafas, itu yang melalak2 nangisnya tu. Baru je Ainn cerita pasal ni, dah jadi kat Aisy. Betul2 menakutkan. Ma suruh offkan kipas, lepas tu barulah Aisy dapat tidur. Tapi tak lama la, 5pagi macam biasa dia dah jaga dah.

Lepas mandi pagi tadi ma sapu minyak kunyit kat hidung Aisy. Lepas tu basahkah kapas letak kat kepala. Selalu jugak la Ainn dan hubby basahkan kapas yang dah kering, dan sapu air kat ubun2 dia. Kalau selesema kan rasa panas kat dalam, bagi Aisy rasa selesa sikit.

Hubby melaksanakan tanggungjawabnya membersihkan hidung Aisy. Lena betul Aisy tidur hari ni. Dari 9pagi sampai 5petang, bangun untuk menyusu je. Dah kenyang menyusu terus tidur. Malam ni tidur dengan lena ya sayang.

Air Ketuban Sudah Pecah?

Macam mana ye nak pastikan air yang keluar tu air ketuban? Masing2 ada pengalaman sendiri. Masa mula2 Ainn sendiri confuse. Betul ke tu air ketuban? Duk tertanya2 ngan hubby yang sama2 takde pengalaman, yang sama2 tak tahu.

Masih ingat lagi, pagi 17 Sept. Masa tu kitorang tengah breakfast. Tiba2 je rasa macam ada air keluar. Masa keluar tu macam keputihan, sikit je. Tapi bila tengok cair aje, tak pekat macam keputihan. Macam terkucil gitu.

2kali air tu keluar. Ainn terus mintak hubby tanyakan adik dia macam mana air ketuban keluar. Seingat Ainn pernah baca sorang kakak ni pernah share pengaman dia air ketuban keluar banyak. Sampai lencun kainnya. Ainn punya ni sikit je.

Bila moknik cakap air ketuban keluar sikit je dah mula la rasa cuak. Dah nak bersalin ke? Baca habis ayat dia, sikitnya tu lebih kurang macam kita kencing la. Tu dia punya la, yang masa mula2 air ketuban dia keluar. Huh Ainn punya takde la sebanyak tu.

Yang kelakarnya bila dah jadi macam ni baru sibuk nak kemas barang2 nak pergi hospital. Yang kemas sebelom pergi HSA hari tu dah entah ke mana. Hahaha. Teruk betol kan? Dan esoknya tak padan dengan air ketuban dah keluar, sempat lagi berjalan ke Gua Musang. Sampai ke petang pulak tu. Takpe, kalau dah nak bersalin hospital dah dekat dah. Hihi.

Oke, Aisy tengah merengek ni. Nanti Ainn sambung kesinambungan ketuban pecah lagi malam tu. Susah pulak nak menaip dengan tangan sebelah.

Wednesday, October 12, 2016

Bayi Songsang Part 2 - Jumpa Pakar La Pulak

Nak sambung cerita semalam. Pasal baby songsang la, takkan cerita bapak mertuaku yang rajin cuci kereta menantunya ni pulak. Hihi.

Dah sampai hari yang dijanjikan, nak kena jumpa pakar kat Hospital Sulatanah Aminah. Entahlah ya, Ainn rasa redha je kalau nak kena czer pon. Rasa tak sabar pon ada, nak cepat2 jumpa dengan baby. Dah tak kisah dah bersalin kat mana. Kat Johor boleh kat Kelantan pon boleh. Serah diri je la nanti, tak payah nak pusing2. Kalau nak bukak 'tingkap' bukak aje la.

Hubby siap mintak maaf dengan Ainn. Dia takut semua ni sebab Allah makbulkan doanya. Dia cerita dia selalu berdoa mintak dengan Allah supaya Ainn tak rasa sakit masa bersalin. Ye la kalau kena bukak tingkap kan tak rasa sakitnya sebab dibius, kalau bersalin normal kan ramai yang cerita sakitnya masa bersalin tu. Tapi kalu bukak tingkap azabnya masa berpantang la. Pikir dari sudut positif terharu sebenarnya bila tahu selama ni suami doakan macam tu. Sebab dia tak nak isteri dia ni sakit. Mulia je niat dia tu. Tak terpikir pon nak kena bukak tingkap ni. Takpe syg, sy tak salahkan syg pon. Semua ni aturan Dia.

Dalam pada excited tak sabar nak jumpa baby ni sebenarnya bercampur jugak dengan rasa nervous. Nervous takot kena cesareandelivery, nervous kot2 ambik masa lama sangat nak betul2 sedar lepas kena bius tu, nervous bila pikir tengah doktor buat kerja tu tiba2 rasa sakit sebab bius dah habis, nervous bila pikir nanti nak pantang kat Johor ke berdua dengan hubby, nervous nanti nak balik kampung macam mana dengan perut berjahit takkan nak duduk dalam kereta lama2 macam tu. Macam2 la terpikir effect daripada bukak tingkap ni.

Pergi ke HSA pergi kat poliklinik bahagian perbidanan & ginekologi. Tak tahu kat mana tanya je staf kat kaunter kat pintu masuk tu. Malu bertanya sesat jalan, buang masa je nak cari tempat. Dalam masa duk tunggu turn Ainn tu tak henti2 duk baca doa supaya baby pusing biar kepala dia duk bawah. Kalau dia tak puas berpusing lagi sekali pon biarlah masa jumpa doktor nanti kepalanya duk kat bawah.

Sampai turn Ainn masuk bilik jumpa doktor. Doktor kata check baby dulu. Dia pegang perut Ainn dia cakap kepala memang dah kat bawah. Nak confirmkan betul2 doktor scan. Alhamdulillah kepala baby betul2 dah kat bawah. Allah je yang tahu macam mana perasaan Ainn masa tu. Syukur sangat2. Lepas ni dah tak payah pergi jauh2 ke HSA lagi nak jumpa pakar. Sambung je check up kat klinik macam biasa.

Balik tu hubby siap singgah lagi kat tepi jalan seberang HSA. Ambik angin laut kejap sambil tengok pemandangan seberang Singapore. Lepas tu terus ke Aeon Mall Kulai, pekena cafe latte kegemarannya kat Kenny Rogers. Esoknya lepas waktu sekolah terus blah balik kampung, walaupon doktor tak bagi jalan jauh. Hahaha lantak la, nak jugak dekat dengan family bersalin nanti.

»gara2 baby songsang tertangguh plan nak pekena steamboat kat Kangkar Pulai huhu

Cara Mengatasi Ketiak Hitam

Hubby selalu jugak dok mengusik pasal ketiak Ainn hitam. Memang tak dinafikan ketiak Ainn memang hitam. Ainn perasan lepas beberapa bulan kahwen ketiak Ainn pelan2 berubah jadi hitam. Mula2 perubahan ketara part garis2 bawah ketiak je, lama2 hampir keseluruhan ketiak tu jadi hitam.

Bukan ketiak aje. Hubby jugak cakap celah paha Ainn pon makin hitam. Bukan sikit, besar jugak part hitam tu. Mula2 dulu Ainn selalu cakap sikit je la hitam tu. Ye la paha Ainn kan besar, bila asyik bergesel je tu yang jadi hitam. Nak2 pulak bila period, pakai pad lagi la akan jadi hitam. Tapi takde la hitam betul pon, setakat gelap sikit je.

Satu hari tu bila Ainn tengok sendiri kat cermin Ainn sendiri terkejut tengok celah paha Ainn tu. Dekat ari2 pon sama. Bukan setakat terkejut, takot pon ada. Tak pernah weh sehitam tu. Besar pulak tu tang hitamnya.

Dan Ainn memang perasan kat leher pon sama. Ketara hitamnya kat belah kiri dan kanan leher. Belakang tak tahulah pulak, hubby tak pernah cakap pape pon.

Sebenarnya bukan malu sangat pon kat hubby, cuma nak jaga keterampilan untuk suami. Kononnya. So Ainn pon cari la petua nak mengatasi masalah ni. Dan terjumpa la artikel ni. Semangat ni baca. Ada beberapa tips yang dikongsi. Siap pilih dah nak buat yang mana.

Tapi bila baca subtopik yang last tu, 'KETIAK HITAM KETIKA MENGANDUNG', oh rupanya perkara biasa la ni. Perubahan hormon semasa mengandung. Itu yang jadi hitam legam je tu ya. So tak payah nak bazir duit bazir tenaga nak pakai ubat ke pencuci apa2. Tak guna je semua tu. Sebabnya ia akan pulih selepas 2 hingga 3 bulan lepas bersalin. Dan yang bestnya itu tanda2 nak dapat baby boy!

Yes, Ainn betul2 dapat baby boy. Mungkin betul itu salah satu tanda nak dapat baby boy, mungkin jugak hanya kebetulan je. Tak kisahlah yang tu, yang penting Ainn dah selamat melahirkan Aisy. Dan sekarang ni tunggu masa je untuk tanda2 tu semua pulih seperti sedia kala. Sabar ye, baru 3minggu. Kena tunggu 3bulan bukannya 3minggu.

Pengalaman Memandikan Bayi

Hari ni Aisy dah masuk 3minggu. Dan hari ni baru ummi dan abi dia mandikan dia. Sebelom2 ni harapkan tok ma dia je la. Masa kat wad nurse yang mandikan.

Sebelom ni sempat 2kali Ainn tengok ma mandikan Aisy. Nampak macam senang je. Memang yakin boleh mandikan sendiri. Bila hari ni ma nak berkejar masa nak pergi mahkamah terpaksa Ainn mandikan sendiri Aisy. Huh baru tahu susah senangnya tu.

Semalam ma pergi melawat jiran yang sakit dan tengok anak jiran yang baru lahirkan anak. Agak lewat Aisy mandi petang semalam. Ingatkan semalam nak mandikan Aisy sendiri. Hubby dah  siap jerang air. Ainn pulak tanggalkan baju Aisy. Bukan main susun baju nak pakai lepas mandi, rupanya terbalik cara letak kain barut perut Aisy. Hihihi. Pulak tu sepatutnya kena susun diaper kat bawah barut perut, Ainn pulak letak diaper atas sekali. Nasib baik ma sempat balik. So semalam Aisy mandi dengan tok ma dia jugak la. Hari ni ye baru merasa mandi dengan ummi dan abi.

Nak mandikan Aisy ni bukan mandikan dengan air paip ye. Takde pemanas air kat sini. Sebab tu la hubby kena jerang air dulu. Dan jugak takde bath tub ye. Walaupon ada sesetengah orang mandikan dalam besen je pon, sebab Ainn tengok ma mandikan Aisy atas riba je so hari ni Ainn mandikan atas riba jugak la. Cuma ma mandikan Aisy sorang2, Ainn pulak berdua dengan hubby. Sorang pegang Aisy sorang jirus air.

Hubby suruh Ainn yang pegang Aisy. Nak pegang baby yang takde pakai pape tak sama dengan pegang baby yang pakai baju. Ketara sangat bezanya. Lembik je rasanya Aisy ni, nak pegang pon tak berani. Tapi terpaksa beranikan jugak. Kalau nak dilayan rasa tak berani tu alamatnya tak mandi la Aisy pagi ni.

Ni cara kitorang mandikan Aisy tadi. Mula2 confident je letak Aisy atas pangku. Ainn duduk atas kerusi ye, dengan kain diselak ke atas. Tak selak kain kang lencun pulak kain Ainn. Haa kaki tu kena rapatkan la.

Lepas tu hubby tegur, bontotnya kena letak atas sebelah paha bukannya letak tengah2 paha gitu. Kalau letak kat paha kiri baby menghadap ke kanan. Lepas tu sebelah tangan ampu badan dia kat bahagian dada. Haa macam tu la caranya Ainn pegang Aisy tadi. Siap kena marah dengan hubby lagi, 'Orang suruh tengok ma mandikan Aisy tak nak!' Eh2 suka2 hati dia je, orang dah tengok la. Biasa la lupa dalam keadaan macam ni. Dia tu takpe la ada adik berderet, ada pengalaman.

Oke, sambung ya. Hubby jiruskan air ke badan Aisy, sebelah tangan lagi ni boleh la guna nak gosok2 badan tu. Kat bahagian depan badan tu pusing aje badannya nanti. Yang ni kitorang buat last sekali. Takde la asyik nak main pusing2 baby. Nak pegang pon takot ada hati nak main pusing baby banyak kali.

Tang kepala ngan muka jangan pulak nak jirus, karang lemas pulak si kecik tu. Ambik air dengan tangan je then usap ke muka. Sama jugak untuk cuci kepala. Kat celah2 pon jangan lupa ye gosok. Bawah ketiak, celah paha, celah punggung. Oke dah siap.

Tuesday, October 11, 2016

Bayi Songsang Menjelang Kehamilan 37, Apa Yang Perlu Dibuat?

Agaknya apa perasaan apabila tiba2 doktor bagitahu anak yang kita kandung songsang? Terkejut? Takut? Risau? Cuak? Redha? Tak rasa apa2?

Ini pengalaman Ainn. 30Ogos lepas jumpa doktor untuk kali yang ke3. Doktor cakap nak scan, Ainn terima aje la. Masa tu kandungan Ainn dah 36minggu nak masuk 37minggu. Scan kali ni Ainn tak nampak sangat screen tu. Paham2 la ye scan kat klinik kerajaan. Bukan condemn tapi setakat Ainn scan macam tu la, kat mana2 pon klinik kerajaan. Huhuhu. Tambah pulak screen tu serong, tak menghadap betol2. Lagi la tak nampak.

Mula2 scan doktor tak cakap apa2 lagi pasal baby songsang. Macam biasa dia fokus pada jantung baby. Lepas tu tunjuk tangan baby. Dan bila part kepala tu la baru doktor persoalkan kenapa kepala baby kat atas. Alamak Ainn dah cuak masa tu. Lama doktor duk main2 kat situ sebelom dia sahkan baby songsang.

Doktor kata kena refer ke Hospital Sultanah Aminah. Diberi 2pilihan sama ada Ainn nak pusing atau tak. Doktor bagi masa bincang dengan hubby. Ainn keluar tanya hubby, then dia cakap pusing aje. Doktor bagi memo refer ke HSA. Tarikhnya dia akan call kemudian sebab masa tu dia call tak bersambut.

Dah on the way balik baru bincang betul2. Ni yang geramnya dengan hubby. Tup2 dia tak bagi pusing pulak. Alasannya tak nak Ainn sakit. Dan kalau pusing pon ada kebarangkalian baby akan pusing balik dengan kedudukan asal, songsang! Tak ke sia2 je menahan sakit masa pusing tu?

Oke, berbalik kepada topik perbincangan. Apa yang nak kena buat bila tahu baby kita songsang? Atau lebih tepat lagi, apa yang Ainn buat? Oke Ainn share pengalaman Ainn dengan baby songsang ni.

1st bagitahu dan bincang dengan suami. Ini yang Ainn ceritakan tadi. Awal2 lagi hubby dah tahu. Dan perbincangannya bukan setakat kat klinik tadi yang tak sampai 5minit tu. Hasil perbincangan dengan hubby dia tak bagi pusing pon. Kalau tak nak pusing takot kena terus operate macam Kak Siti je. Pon dia tak bagi jugak. Dan kata putusnya minggu depannya tak payah pergi HSA. Walaupon nurse tadi dah col dan dah bagi tarikh untuk appointment dengan pakar kat HSA minggu depan.

Lepas tu Ainn bagitahu family dan saudara terdekat. Tak lupa jugak kawan2 yang rapat. Ainn bagitahu kat group whatsapp je. Group family dan group cikgu2 PK. Walaupon diorang takde pengalaman at least diorang boleh tunjukkan 'jalan' apa yang patut kita buat. Antaranya diorang suruh banyakkan berjalan, banyakkan merangkak dan berurut. Banyak lagi sebenarnya, tapi dah lupa hihi. Dan yang penting baru kita tahu siapa sebenarnya yang betul2 care dengan kita.

Bagitahu jugak orang berpengalaman. Korek tips dan pengalaman dia la. Ainn of course la chat dengan Kak Siti pasal ni. Lama jugak la duk ngadu kat dia. Rupanya pergi HSA minggu depannya pakar akan sahkan dulu baby betul2 songsang ke tak. Lepas tu pakar akan tanya lagi sekali sama ada kita nak pusing ke tak. Masa tu kena buat keputusan betol2 la, dah tak boleh nak tukar2 lagi. Kalau tak nak pusing kena stay kat wad dulu sehari sebab esoknya nak bukak 'tingkap'.

Kalau taknak dua2 macam mana? Sebolehnya Ainn nak selamat kat kampung dulu. Lepas tu tak kisah dah nak bersalin dengan cara macam mana sekali pon. At least dekat dengan family, takde berdua je dengan hubby. Dan bila kat kampung pandai2 la 'orang tua' nak buat apa. Masa Ainn tanya doktor kat Kulai Besar tu dia memang tak galakkan Ainn balik kampung. Lagi pon ini kes kat Johor takkan nak bawak balik kes ni ke Kelantan pulak. Kalau takde kes ni pon agak bahaya perjalanan jauh dengan kandungan Ainn yang dah dekat nak bersalin.

Berurut. Ramai yang kata berurut atau pusing dengan bidan tak sakit macam pusing kat hospital. Bidan buat pelan2 je. Tapi mana nak cari bidan? Bukan sebarang bidan ye boleh pusing. Setakat yang Ainn tanya takde pon yang nak pusing. Sama ada sebab memang tak reti pusing, atau pon tak berani nak pusing sebab kadungan dah besar. Sudahnya tak buat pon yang ni.

Tanya2 orang pon dah, cari jugak petua dekat internet. Selain daripada tips baca jugak pengalaman yang dishare. At least kita ready sebarang kemungkinan nak jadi. Petua dan tips nak pusingkan balik baby supaya kepala dia ke bawah tu kena buat la ya. Setakat baca aje tak guna jugak. Ainn takde la buat semuanya, buat mana yang termampu je.

Antaranya yang Ainn buat banyakkan aktiviti merangkak. Ainn tak merangkak macam baby tu, just buat je macam merangkak. Kadang2 sambil2 tonton tv Ainn duduk dalam keadaan merangkak dalam 5 hingga 10minit. Rehat, buat lagi.

Sebelum2nya memang manja. Kalau duduk ke baring ke, nak bangun mesti nak kena mengada ngan hubby, kena hubby yang angkatkan. Nak jugak bergantung kat dia. Tapi sejak tu tak lagi. Kalau dalam keadaan baring misalnya, Ainn pusing badan mengiring dulu kemudian angkat bontot dengan menahan pada lengan kat lantai. Jangan lupa posisi ala2 merangkak, baru bangun. Pon sama jugak angkat bontot dulu baru bangun.

Ainn try buat kaedah panas-sejuk. Macam mana tu? Letakkan ais kat bahagian atas perut, dan air panas kat bahagian bawah perut. Ikut teori ni baby akan pusingkan kepala mencari haba. Yang ni Ainn buat sekali je. Lepas tu Ainn buat guna air panas je letak kat bahagian bawah perut.

Bercakap dengan baby. Mintak dia pusing kepala dia turun ke bawah. Ainn pernah nangis masa bercakap dengan baby, merayu2 dengan dia. Mintak jugak hubby cakap kat baby, manalah tahu kot2 baby tak nak dengar cakap maknya tapi dia nak dengar cakap bapaknya.

Berdoa. Mintak dengan Dia. Ini kelebihan kita sebagai orang Islam. Kita buatlah apa pon kalau Dia tak izinkan bendanya takkan jadi. Ainn baca doa nak pusingkan baby.

Doa ni baca selalu. Tak semestinya lepas solat. Sambil2 nonton tv, buat kerja, sambil2 usap perut baca doa ni. Masa solat sujud lama2. Nak pulak sujud terakhir. Baca doa ni banyak2.

Kalau search kat internet semuanya bagi tips yang sama je, ayat je lain2. Ada tu siap kopi pasta pon ada. Ainn share apa yang Ainn buat je. Sebab Ainn nak share pengalaman Ainn dengan baby songsang je.

Bapa Mertuaku Yang Rajin

Kotor sangat gamaknya kereta menantu dia yang sorang ni. Dah balik 3minggu lebih dah pon masih lagi tak bercuci. Duk dengan kotor gitu aje. Kesian kut tengok mangosteen tu dalam keadaan kotor, petang ni abah tolong cucikan.

Bapak mertuaku yang sedang mandikan mangosteen. Walaupon tak bersabun tak bersyampu, oke la daripada duk dalam keadaan kotor gitu. Nak harapkan hubby? 'Kereta sendiri pon malas, nak cuci kereta orang lain?'

Sampai berjengket2 kakinya nak cuci kat bahagian bumbung. Hubby ikut ma la kot tingginya tu. Kalau ikut abah mesti ketot jugak. Hihihi. Sempat lagi ye mengata abah, dah la abah siap tolong bersihkan mangosteen. Alah gurau je lah bah. Lagi pon abah memang bukan dalam kategori tinggi pon kan? Hurmm nak jugak...

Cara Membersihkan Hidung Bayi

Bangun pagi semalam terkejut tengok hidung Aisy bertahi. Kalau sikit takpe la jugak. Belah kanan hampir menutup seluruh lubang hidung dia, belah kiri ada separuh.

Ain teringat masa zaman sekolah dulu pernah baca majalah, seorang ibu share pengalaman anak dia menangis tak henti2. Bila bawak pergi hospital rupanya anak dia menangis sebab lubang hidungnya penuh dengan tahi. Macam mana nak bernafas, terpaksa la bernafas kut mulut. Itu yang sampai anak dia nangis2. Lepas doktor sedut barulah anak dia berhenti nangis. Terpikir jugak nak bawak Aisy pergi klinik tapi abi dia tidur lagi. Takot jugak dibiarkan karang Aisy nangis pulak. Dia tu kalau nangis sekampung boleh dengar.

Lepas tu teringat pulak kawan Ainn pernah cerita adik dia (baby) demam selesema sampai hidungnya tersumbat dengan tahi hidung. Mak dia basahkan kain bersihkan hidung adik dia. Tengok lubang hidung Aisy ni macam kecik je sangat2, takut pulak nak buat macam tu. Bayangkan sendiri la bayi punya hidung sebesar mana je.

Bila bagitau abi dia masing2 tak berani nak keluarkan. Kalau ada kat hujung boleh la tarik pelan2. Yang belah kiri yang separuh je tu berjaya tarik dengan hujung jari. Sebelah lagi macam mana? Hubby guna cotton bud yang kecik tu, yang untuk baby tu tarik keluar. Takot jugak la sebab Aisy tengah tidur. Tiap kali hubby masukkan cotton bud ke dalam hidung dia bergerak. Pulak tu geraknya ke depan, takut tercucuk je. 4,5 kali try jugak baru berjaya tarik ke hujung. Pastu tarik ngan jari je la.

Dah setel dua2 lubang hidung Aisy dikerjakan baru terpikir, kenapa la tak search je kat internet? Mesti ada jugak yang baik hati nak share cara nak bersihkan lubang hidung baby kan? Sebab tu la orang tua2 pesan buat keputusan dalam keadaan tenang.

Monday, October 10, 2016

Set Bersalin @ Set Berpantang Yang Mana Jadi Pilihan

Set bersalin? Dah dekat nak bersalin dah pon, kandungan dah nak masuk 36minggu tapi tak prepare pon lagi set untuk berpantang. Ikutkan awal2 dulu nak beli set bersalin ni dengan bidan kampung Ainn je. Tapi ma datang lepas Ainn kena admid ward hari tu dia tak beli pon lagi set tu. Pengalaman Ainn kena admid ward Ainn dah cite ye. Hihihi ingatkan dah nak kena bersalin masa tu.

Tak tahulah nak cakap apa dengan kitorang laki bini ni. Isteri pernah kena tahan wad pon bukannya nak prepare awal2 barang2 nak bersalin. Nak jugak tangguh2. Tapi kenapa Ainn tak nak beli je dengan bidan kampung Ainn tu? Satunya sebab takut terberanak kat Johor, tak sempat balik kampung. Keduanya sebab ma cakap masa dia nak datang hari tu Mok Yoh bidan kampung tu cakap ada 1set je dengan dia. Kandungan Ainn masa tu baru 7bulan, kan lebih baik kalau bagi kat orang yang dah dekat2 nak bersalin. Ainn punya tunggu je la dia restok lain. Means produk tu bukan produk dia la kan? Entah2 set bersalin moden jugak. Dengan tak tahu brand apa lebih baik Ainn cari sendiri.

Dari awal lagi memang teringin nak guna set bersalin Sendayu Tinggi. Sebabnya jeles tengok Melati berpantang dengan set bersalin Sendayu Tinggi masa lahirkan Durrah dulu. Datangnya dia balik Senai, mak aii badannya slim melim mengalahkan zaman anak dara dulu. Wajah dia pon cantik berseri. Betul2 macam anak dara. Padahal masa dia anak dara dulu tak secantik tu pon, muka berminyak je jugak. Tengok testimoni depan2 mata macam ni sape yang tak percaya? Dengan hasil kebaboom macam tu sape tak jeles?

Godek2 kat internet, tengok produk2 yang digunakan. Cara nak consume pon senang. Produk tu lebih kepada penjagaan keintiman. Bagus la part tu la paling kena jaga, nak pikat balik encik suami. Ni pendapat Ainn la. Tapi sayangnya banyak2 kedai online yang Ainn jelajah semuanya takde stok untuk set lengkap Sendayu Tinggi.

Tanya kawan2, Kak Wahida dia cakap dia guna set bersalin Salindah. Dah serasi dengan set bersalin tu. Dari anak pertama lagi, ni anak dah nak masuk 5orang setia je dengan set bersalin Salindah. Ainn try jugak search set bersalin Salindah ni kat internet, tengok sekali lalu gitu je sebab macam tak berminat sangat.

Kak Ain setahu Ainn dia guna set bersalin Leesa Formula. Tapi tak tahu kenapa Ainn langsung tak search testimoni ke apa ke pasal set bersalin Leesa Formula ni. Senang cakap sebab Ainn tak berminat la kot.

Dila pulak pernah cerita dia guna set bersalin D'Herbs masa bersalinkan Aaqil. Suka betul dia guna produk Abang Terlajak Laris tu ye. Tapi saje2 je Ainn tanya, rupanya masa bersalinkan Aiman dia guna set bersalin Nona Roguy pulak. Dan dia memang suggest set bersalin Nona Roguy ni. Best katanya set ni. Apa dah jadi dengan set bersalin D'Herbs? Tak best rupanya. Huhuhu.

Walaupon Dila tak bagitau pon apa yang bestnya set bersalin Nona Roguy ni, Ainn teruja nak search pasal set ni. Godek punya godek banyak yang positif jugak set bersalin ni. Biasalah testimoni yang positif je la orang meniaga nak war2kan. Kalau bagitahu yang negatif karang orang tak nak beli pulak. Ye dok? Daripada testimonials yang Ainn baca paling tak sabar nak guna PhytoNatal la. Ramai yang cakap yang ni paling best dalam set bersalin Nona Roguy ni.

Set bersalin Nona Roguy ni produknya tak semeriah set bersalin Sendayu Tinggi. Yang Ainn suka set bersalin Sendayu Tinggi ni selain daripada jeles dengan Melati macam Ainn cakap tadi, sebab set bersalin Sendayu Tinggi ni pil dia asingkan ikut peringkat. Ada hari 1-10, 11-20, 21-30, 31-40, 41-50, 51-60. Termasuk jugak lain2 produk. Set bersalin Nona Roguy ni setakat Ainn baca macam fokus kepada dalaman, untuk urat2.

Kat rumah sambung lagi search pasal set bersalin, walaupon dah janji ngan hubby nak pergi Bandar Baru Uda nak dapatkan set bersalin Sendayu Tinggi. Nak try pergi branch Sendayu Tinggi sendiri mana tahu kot2 boleh dapatkan set penuh.

Tak puas lagi godek pasal set bersalin hubby dah ajak pergi BBU. Dah memang nak Sendayu Tinggi kan, buat apa nak tengok yang lain lagi? Macam tu lah my hubby, percaya kat satu2 produk je. Kalau yakin dengan produk tu tak payah nak tukar2 lagi.

Berusaha ni pergi BBU, memang takde stok la untuk set lengkap Sendayu Tinggi. Buntu. Tiba2 teringat pernah temankan Kak Ain beli set bersalin Leesa Formula kat Angsana. Nasib baik dekat je. Cuma masalah Ainn selalu sesat dalam Angsana. Hahaha. Apa lagi nak ingat kat level mana, kat bahagian mana Kak Ain beli set tu.

Cari punya cari jumpa jugak stall yang jual barangan jamu2 ni. Ada dalam 5 ke 6 stall rasanya. Biasalah, pilihan Ainn mestilah kat kedai yang bagi servis yang baik.

Akak stall tu suggest beberapa brand. Tapi kalau ada budget lebih dia memang suggest Nona Roguy. Ainn dah pilih Sendayu Tinggi tadi, tapi takde set lengkap. So Ainn serahkan pada hubby la untuk buat pilihan. Lepas dia belek2 setiap brand dia pon pilih Nona Roguy jugak. So Ainn berpantang dengan set bersalin Nona Roguy la ya. Tapi set ni takde bengkung, beli je bengkung brand lain yang paling murah. Nak tahu brand apa? Terlajak laris la. Hihi.

Dah beli dah pon, dah sampai rumah baru teringat Dila pesan pagi tadi 'kalau nak beli online je. Kalau beli kat kedai, mahal!'. Memang pon. Ainn search online tadi harganya rm200++ je. Sebab beli kat kedai Ainn dapat harga rm300. Huhuhu. Mungkin rezeki akak tu kan, tu yang lupa.

Rasa tak cukup dengan 1set, sebab Ainn rasa macam untuk pantang 40hari je. Manja2 ngan hubby sikit pujuk nak beli 1set lagi. Kali ni beli online je. Dan nak tambah phytonatal yang 180biji sebotol.

Ingatkan nak beli phytonatal kat lazada. Bukak lagi sekali harganya dah naik dah. Dari rm130 dah jadi rm180. Godek punya godek akhirnya Ainn beli kat Bubuleno je. Phytontal 180biji dapat rm155. Sekali dengan set bersalin jadi rm400. Means set bersalin tu rm245 je. Free postage lagi. Hihi ni la yang bestnya.

Bukan main semangat beli set bersalin sampai 2set, siap extra phytonatal lagi. Masuk hari ni baru 2,3hari Ainn guna set ni. Nanti dah habis pantang Ainn cerita ye pengalaman Ainn guna set ni. Positive and negative, both of them Ainn cerita.

Kembali Bersiaran

Agak lama ye Ainn tak bersiaran kat sini. Bermula dengan mood down sebab baby songsang, walaupon masa tu dah masuk minggu ke37 kandungan. Takot weh kot2 kena cesarean. Seboleh2nya Ainn nak bersalin normal. Tapi semuanya ketentuan Illahi. Kita hanya mampu merancang, semuanya Dia yang tentukan. Dan kita sebagai hambaNya kena menerimanya dengan seadanya. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Dan Alhamdulillah, 21 September lepas tepat jam 4.20pm Ainn selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.46kg. Saat bersalin yang sangat menyeronokkan, tak dapat digambarkan dengan kata2. Seronoknya bersalin melebihi seronoknya kawen. Hihihi.

Kalau nak diikutkan banyak benda Ainn nak share. Dari pengalaman Ainn sendiri bila doktor bagitau baby songsang, usaha2 supaya tak kena cesarean ataupon nak kena pusing baby dalam kandungan tu, pengalaman bersalin, haisy banyak la kalau nak list one by one. Nanti Ainn pelan2 kayuh, pelan2 Ainn cite satu2 oke.

Saturday, September 10, 2016

Bila Tarikh Lahir Suami Saya?

Confuse sekejap bila semalam rata2 adik beradik hubby wish happy birthday utk dia kat group WhatsApp family. Ingatkan salah tengok kalendar. Ainn yakin sangat2 10hb jatuhnya hari Sabtu. Sebabnya dah berapa lama duk menunggu tarikh 9hb(Jumaat). Tak sabar nak balik kampung, itu yang duk menunggu aje. Hihihi.

Bila family hubby pakat duk wish tu cuak la jugak. Ingatkan nak jadi orang pertama yang wish kat dia tahun ni. Tapi dah berderet abang, kakak dan adik2 dia dah wish. Huh tak dapatlah jadi yang pertama.

Tak puas hati, Ainn tengok kalendar. Eh, betul la 10hb jatuhnya hari Sabtu, bukan Jumaat oke. Hari ni *semalam* baru 9hb! Tak mungkin kalendar kat hp Ainn ni salah kan. Ke Ainn yang salah save the date? Hah tu la zaman bercinta dulu taknak ambik pot benda2 ni sume. Dah kahwin boleh salah2 tarikh pulak.

Ic number dia! Weh betol la 900910 means 10 September kan? Ma ngan abah pon siap join lagi duk kata 9hb birthday uda. Ish pelik nih. Ke jadi macam kak long? Mak lahirkan dia 20dis1984, tapi kat surat beranak buatnya 1jan1985. Sorry ye syg sy tak tahu cerita kalau syg pon kes macam ni jugak. So wish ikut ic syg je ye. Terpulang la syg nak merajuk ke apa, lantak la.

Dan petang tadi terjawablah keconfusan semalam. Wahh English word bila diletakkan imbulan awalan dan akhiran jadik macam tu ye. Hahhahhah. Pergi umah abah tadi baru diorang duk cerita pasal silap wish semalam. Baca moment WeChat Ainn la tu. Fuhh nasib baik Ainn tak silap. Nasib baik jugak Ainn tak wish semalam. Dibuatnya Ainn ikut wish sekali semalam maunya dia merajuk berbakul2, betol2 tak ingat birthday dia. Dan sehingga saat itu Ainn masih simpan lagi my wish untuk dia, walaupon dah petang. Hahahah *gelak jahat oke!*

Happy Birthday syg! Surprise tak?

Hihihi punyalah lama simpan wish ni, buat2 tak tahu je. Langsung tak sentuh pasal birthday dia. Plan baik punya dah buat. Tapi plan sendiri je la. Macam tak nak jalan je plan tadi asalnya, puas ajak pergi Secret Recipe dia tak nak, alasannya 'Kan baru je pergi?' Hah tu la buat alasan nak minum cafe latte, tak sampai pon seminggu pekena cafe latte kat Kenny Rogers hari tu memang tak terima alasan tu. Tapi bila kata kita nak payung boleh pulak pusing pergi situ ye syg. Takpe sy paham syg tengah kering. Nak guna banyak untuk baby nanti.

Dan credit untuk adik manis kat Secret Recipe Gua Musang tadi. Lepas order makan dan minum, Ainn pergi kat kaunter kek konon nak tengok kek apa je yang ada. Bisik kat adik tu keknya nak kemudian, lepas makan. Siap mintak tag Happy Birthday untuk kek durian cheese. Dia siap bagi sekali dengan lilin lagi!

Walaupon kecik je celebration ni tapi Ainn puas hati sangat2. Satunya sebab berjaya seperti yang dah diplan. Hubby siap cakap lagi 'Ingatkan lupa..' Hihi mana boleh lupa. Tapi syg tak merajuk pon dah petang tak wish lagi. Alasannya? 'Merajuk pon bukannya nak pujuk...' Hahaha tahu takpe. Oke, keduanya sebab dapat penuhi keinginan dia nakkan kek durian. Dah banyak cafe Secret Recipe yang kitorang masuk kat sini baru ada. Dan rasanya? Wallaweii seimbang rasa durian dan cheese tu!