Nuffnang Ads

Saturday, November 5, 2016

Turun 7kg Dalam Masa 2 Minggu!!!


Wahhh...tajuknya kemain lagi ye. Macam ye je Ainn berjaya turunkan berat badan 7kg dalam masa 2minggu! 2minggu je? 7kg? Biar betik!!

Semalam hubby cakap, dia tak kisah sebenarnya kalau Ainn tak kurus pon. Memang dia dapat Ainn pon dalam keadaan Ainn dah memang gemok. Ya, bonus kat situ bagi Ainn. Sebab kitorang kenal bukannya dalam keadaan Ainn selim melim. So kalau Ainn tak kurus jugak lepas bersalin bukan perkara mustahil la. Dan hubby tak bolehlah nak komplen apa. Memang sejak kawen lagi dah gemok. Masa kenal pon memang dah gemok. Hubby tak pernah tengok Ainn dalam keadaan kurus, melainkan dalam gambar. Tu pon sebenarnya dalam kategori gemok jugak. Cuma sekarang ni terlebih banyak gemoknya. Walaupon hubby cakap macam tu, Ainn taknak ambik kesempatan ya. Nak jugak cantik untuk suami.

Apa yang Ainn buat nak dapatkan target nak kurangkan at least 7kg dalam masa 2minggu ni? 1st Ainn study dulu pasal tips nak turunkan berat badan selepas berpantang. Sehari jugak la ambik masa, almost 24hours. Dari malam Ainn bagitahu pasal target Ainn ni, sampai malam esoknya. Yang geramnya hubby gelak je masa Ainn bagitahu tu. 'Penipuan paling besar!' Itulah komen hubby. Tak boleh nak salahkan dia jugak, memang sebelom ni Ainn yang tak bersungguh2 nak berdiet. Cakap je nak makan nasi sikit je. Ya, memang lepas tu makan nasi sikit je. Tapi sehari dua je la. Pastu makan penuh pinggan jugak. Siap menambah lagi! Tapi kali ni Ainn betul2 serius. Dan Ainn akan buktikan apa yang Ainn cakapkan tu. Walaupon masanya hanya 2minggu, Ainn akan buktikan!

Dah puas study mulalah Ainn beli mana2 yang patut. Untuk pemakanan Ainn banyakkan beli buah2an. Untuk sumber protin pulak Ainn beli ikan, nak makan ikan bakar je. Dan jangan lupa tali skipping! Tali skipping ni salah satu alat untuk exercise. Yang lain2 exercise tu tak payah alat pape. Kalau nak jugak beli je la floor mat ke. Tapi Ainn bedal je kat lantai dalam bilik ni.

Yang bestnya Ainn menyusukan Aisy secara exclusive, so far. In shaa Allah Ainn akan teruskan exclusivity ni sehingga Aisy 6bulan. Apa yang bestnya? Sebab bila kita susukan baby secara tak langsung ia membantu proses kita nak buang lemak2 yang diternak ni. Hurmm macam mana tu? Oke, macam ni. Mengikut kefahaman Ainn study, lemak2 yang terternak secara tak sengaja tu *kebanyakan ibu naik badan semasa mengandung* akan diproses untuk menghasilkan susu. Bila baby hisap susu, lemak2 akan diproses lagi, akan ditukar lagi kepada susu. Means lagi banyak baby menyusu, lagi banyak lemak ditukar kepada susu, lagi senang kita nak kurus. Hah senang je kan nak paham ni?

Dan yang keduanya, Ainn memang banyak minum air kosong. Dan Ainn memang tak suka minum air manis. Bukannya tolak terus air manis, cuma tak suka. Kalau nak hilangkan dahaga Ainn prefer air kosong. Ainn boleh habiskan 500ml air kosong dengan sekali teguk aje. Nak2 pulak bila dah susukan Aisy lagi banyak la Ainn minum air. Kadang2 Aisy tengah menyusu pon Ainn sempat teguk air. Hubby la yang tolong suakan ke mulut. Huh memang dahaga air bila susukan Aisy. Aisy ni kalau menyusu memang banyak. Terpaksa ummi top up siap2 air tu sebelom Aisy siapkan penyusuan dia *betol ke ayat nih?*. Air kosong ni penting ya untuk melancarkan proses pencernaan, nak buang mana yang badan tak perlu simpan tu. Buat menyemak je nak simpan lama2, buang je terus. Badan pon rasa selesa.

Untuk meningkatkan kadar metabolisme Ainn minum teh hijau. Ainn beli teh Boh je. Itu je yang Ainn jumpa kat Econjaya Gua Musang ni. Brand lain ada tapi yang instant punya. Sebolehnya Ainn nak elakkan apa2 makanan/minuman jenis instant. Bancuh sendiri je lebih terjamin. Tanpa gula ya! Nak kasi sedap Ainn perah limau kasturi 3biji. Haa hubby siap cakap lagi, ni untungnya dengar kata suami. Bila suami kata 3biji betul2 ambik 3bijik, tak kurang tak lebih. Hasilnya? Wallaaaa sedapnya tak terkata menghirup teh hijau yang sebenarnya Ainn tak boleh telan tu. Hihihi tak sedap pon nak jugak minum kan, nak jaga badan punya pasal. Hah ni dah ada resipi nak kasi sedap takde masalah la nak minum lagi kan.

Yang menjadi masalahnya, yang menjadi dilemanya, berjaya ke Ainn nak turunkan 7kg dalam masa 2minggu ni? Bukan sikit 7kg tuh. Dan bukan lama masanya 2minggu tuh. Dan tips yang Ainn baca tu diorang berjaya turunkan berat berkg2 dalam masa singkat dalam tempoh berpantang. Ainn ni dah habis berpantang, Aisy dah 45hari baru sibuk nak kurus. Lagi satu diorang tu gemok, naik badan berganda2 semasa mengandung. Ainn pulak memang asalnya gemok dari zaman anak dara lagi. Dan tak naik badan pon masa mengandung!

Mula2 mengandung, atau lebih tepat lagi sebelom mengandung berat Ainn 80kg. Nak masuk labour room berat Ainn 92kg. Lepas bersalinkan Aisy berat Ainn 81kg. Hah dengan bersalin aje berat Ainn dah turun 11kg! Berat Aisy 3.46kg, uri +-500g, dan selebihnya air ketuban, darah, lendir, semua2nya yang Ainn tak tahu. 1st target Ainn nak dapatkan berat asal sebelom mengandung dalam tempoh 40hari berpantang. Alahai setakat 1kg je? Tak sampai 2minggu berat Ainn 78.5kg. Dan seminggu lepas tu turun lagi jadi 77kg. Dan berat ni maintain sampai sekarang. Huh awal2 pantang *masa yang paling cepat nak kurus* pon Ainn hanya turun 2.5kg je dalam masa 2minggu. Ini nak turun sampai 7kg? Boleh ke?

Huhuhu inilah cabaran Ainn sebenarnya. Nak jugak capai target yang Ainn dah tetapkan masa ngandungkan Aisy dulu. 2nd phase nak capai berat macam mula2 posting 6tahun lepas selepas 60hari bersalin. Dan target yang nak dicapai ni ada masa 2minggu je lagi. Tapi berat yang nak dibuang ada lagi 7kg. Nak dicapai 21November nanti *extra 1hari hihi*. Malu la 1st phase senang2 je nak capai. 2nd phase?

Agak2 berjaya tak? Tunggu ye Ainn update keputusannya nanti. Kita tengok berapa kg je yang turun. Dan semestinya Ainn akan share apa yang Ainn buat nak capai target tu, tak kira tercapai atau tak. Yang penting sekarang usaha. Chakde Nurul Ain!

2 comments: