Nuffnang Ads

Wednesday, October 12, 2016

Cara Mengatasi Ketiak Hitam

Hubby selalu jugak dok mengusik pasal ketiak Ainn hitam. Memang tak dinafikan ketiak Ainn memang hitam. Ainn perasan lepas beberapa bulan kahwen ketiak Ainn pelan2 berubah jadi hitam. Mula2 perubahan ketara part garis2 bawah ketiak je, lama2 hampir keseluruhan ketiak tu jadi hitam.

Bukan ketiak aje. Hubby jugak cakap celah paha Ainn pon makin hitam. Bukan sikit, besar jugak part hitam tu. Mula2 dulu Ainn selalu cakap sikit je la hitam tu. Ye la paha Ainn kan besar, bila asyik bergesel je tu yang jadi hitam. Nak2 pulak bila period, pakai pad lagi la akan jadi hitam. Tapi takde la hitam betul pon, setakat gelap sikit je.

Satu hari tu bila Ainn tengok sendiri kat cermin Ainn sendiri terkejut tengok celah paha Ainn tu. Dekat ari2 pon sama. Bukan setakat terkejut, takot pon ada. Tak pernah weh sehitam tu. Besar pulak tu tang hitamnya.

Dan Ainn memang perasan kat leher pon sama. Ketara hitamnya kat belah kiri dan kanan leher. Belakang tak tahulah pulak, hubby tak pernah cakap pape pon.

Sebenarnya bukan malu sangat pon kat hubby, cuma nak jaga keterampilan untuk suami. Kononnya. So Ainn pon cari la petua nak mengatasi masalah ni. Dan terjumpa la artikel ni. Semangat ni baca. Ada beberapa tips yang dikongsi. Siap pilih dah nak buat yang mana.

Tapi bila baca subtopik yang last tu, 'KETIAK HITAM KETIKA MENGANDUNG', oh rupanya perkara biasa la ni. Perubahan hormon semasa mengandung. Itu yang jadi hitam legam je tu ya. So tak payah nak bazir duit bazir tenaga nak pakai ubat ke pencuci apa2. Tak guna je semua tu. Sebabnya ia akan pulih selepas 2 hingga 3 bulan lepas bersalin. Dan yang bestnya itu tanda2 nak dapat baby boy!

Yes, Ainn betul2 dapat baby boy. Mungkin betul itu salah satu tanda nak dapat baby boy, mungkin jugak hanya kebetulan je. Tak kisahlah yang tu, yang penting Ainn dah selamat melahirkan Aisy. Dan sekarang ni tunggu masa je untuk tanda2 tu semua pulih seperti sedia kala. Sabar ye, baru 3minggu. Kena tunggu 3bulan bukannya 3minggu.

No comments:

Post a Comment