Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2016

Bayi Songsang Menjelang Kehamilan 37, Apa Yang Perlu Dibuat?

Agaknya apa perasaan apabila tiba2 doktor bagitahu anak yang kita kandung songsang? Terkejut? Takut? Risau? Cuak? Redha? Tak rasa apa2?

Ini pengalaman Ainn. 30Ogos lepas jumpa doktor untuk kali yang ke3. Doktor cakap nak scan, Ainn terima aje la. Masa tu kandungan Ainn dah 36minggu nak masuk 37minggu. Scan kali ni Ainn tak nampak sangat screen tu. Paham2 la ye scan kat klinik kerajaan. Bukan condemn tapi setakat Ainn scan macam tu la, kat mana2 pon klinik kerajaan. Huhuhu. Tambah pulak screen tu serong, tak menghadap betol2. Lagi la tak nampak.

Mula2 scan doktor tak cakap apa2 lagi pasal baby songsang. Macam biasa dia fokus pada jantung baby. Lepas tu tunjuk tangan baby. Dan bila part kepala tu la baru doktor persoalkan kenapa kepala baby kat atas. Alamak Ainn dah cuak masa tu. Lama doktor duk main2 kat situ sebelom dia sahkan baby songsang.

Doktor kata kena refer ke Hospital Sultanah Aminah. Diberi 2pilihan sama ada Ainn nak pusing atau tak. Doktor bagi masa bincang dengan hubby. Ainn keluar tanya hubby, then dia cakap pusing aje. Doktor bagi memo refer ke HSA. Tarikhnya dia akan call kemudian sebab masa tu dia call tak bersambut.

Dah on the way balik baru bincang betul2. Ni yang geramnya dengan hubby. Tup2 dia tak bagi pusing pulak. Alasannya tak nak Ainn sakit. Dan kalau pusing pon ada kebarangkalian baby akan pusing balik dengan kedudukan asal, songsang! Tak ke sia2 je menahan sakit masa pusing tu?

Oke, berbalik kepada topik perbincangan. Apa yang nak kena buat bila tahu baby kita songsang? Atau lebih tepat lagi, apa yang Ainn buat? Oke Ainn share pengalaman Ainn dengan baby songsang ni.

1st bagitahu dan bincang dengan suami. Ini yang Ainn ceritakan tadi. Awal2 lagi hubby dah tahu. Dan perbincangannya bukan setakat kat klinik tadi yang tak sampai 5minit tu. Hasil perbincangan dengan hubby dia tak bagi pusing pon. Kalau tak nak pusing takot kena terus operate macam Kak Siti je. Pon dia tak bagi jugak. Dan kata putusnya minggu depannya tak payah pergi HSA. Walaupon nurse tadi dah col dan dah bagi tarikh untuk appointment dengan pakar kat HSA minggu depan.

Lepas tu Ainn bagitahu family dan saudara terdekat. Tak lupa jugak kawan2 yang rapat. Ainn bagitahu kat group whatsapp je. Group family dan group cikgu2 PK. Walaupon diorang takde pengalaman at least diorang boleh tunjukkan 'jalan' apa yang patut kita buat. Antaranya diorang suruh banyakkan berjalan, banyakkan merangkak dan berurut. Banyak lagi sebenarnya, tapi dah lupa hihi. Dan yang penting baru kita tahu siapa sebenarnya yang betul2 care dengan kita.

Bagitahu jugak orang berpengalaman. Korek tips dan pengalaman dia la. Ainn of course la chat dengan Kak Siti pasal ni. Lama jugak la duk ngadu kat dia. Rupanya pergi HSA minggu depannya pakar akan sahkan dulu baby betul2 songsang ke tak. Lepas tu pakar akan tanya lagi sekali sama ada kita nak pusing ke tak. Masa tu kena buat keputusan betol2 la, dah tak boleh nak tukar2 lagi. Kalau tak nak pusing kena stay kat wad dulu sehari sebab esoknya nak bukak 'tingkap'.

Kalau taknak dua2 macam mana? Sebolehnya Ainn nak selamat kat kampung dulu. Lepas tu tak kisah dah nak bersalin dengan cara macam mana sekali pon. At least dekat dengan family, takde berdua je dengan hubby. Dan bila kat kampung pandai2 la 'orang tua' nak buat apa. Masa Ainn tanya doktor kat Kulai Besar tu dia memang tak galakkan Ainn balik kampung. Lagi pon ini kes kat Johor takkan nak bawak balik kes ni ke Kelantan pulak. Kalau takde kes ni pon agak bahaya perjalanan jauh dengan kandungan Ainn yang dah dekat nak bersalin.

Berurut. Ramai yang kata berurut atau pusing dengan bidan tak sakit macam pusing kat hospital. Bidan buat pelan2 je. Tapi mana nak cari bidan? Bukan sebarang bidan ye boleh pusing. Setakat yang Ainn tanya takde pon yang nak pusing. Sama ada sebab memang tak reti pusing, atau pon tak berani nak pusing sebab kadungan dah besar. Sudahnya tak buat pon yang ni.

Tanya2 orang pon dah, cari jugak petua dekat internet. Selain daripada tips baca jugak pengalaman yang dishare. At least kita ready sebarang kemungkinan nak jadi. Petua dan tips nak pusingkan balik baby supaya kepala dia ke bawah tu kena buat la ya. Setakat baca aje tak guna jugak. Ainn takde la buat semuanya, buat mana yang termampu je.

Antaranya yang Ainn buat banyakkan aktiviti merangkak. Ainn tak merangkak macam baby tu, just buat je macam merangkak. Kadang2 sambil2 tonton tv Ainn duduk dalam keadaan merangkak dalam 5 hingga 10minit. Rehat, buat lagi.

Sebelum2nya memang manja. Kalau duduk ke baring ke, nak bangun mesti nak kena mengada ngan hubby, kena hubby yang angkatkan. Nak jugak bergantung kat dia. Tapi sejak tu tak lagi. Kalau dalam keadaan baring misalnya, Ainn pusing badan mengiring dulu kemudian angkat bontot dengan menahan pada lengan kat lantai. Jangan lupa posisi ala2 merangkak, baru bangun. Pon sama jugak angkat bontot dulu baru bangun.

Ainn try buat kaedah panas-sejuk. Macam mana tu? Letakkan ais kat bahagian atas perut, dan air panas kat bahagian bawah perut. Ikut teori ni baby akan pusingkan kepala mencari haba. Yang ni Ainn buat sekali je. Lepas tu Ainn buat guna air panas je letak kat bahagian bawah perut.

Bercakap dengan baby. Mintak dia pusing kepala dia turun ke bawah. Ainn pernah nangis masa bercakap dengan baby, merayu2 dengan dia. Mintak jugak hubby cakap kat baby, manalah tahu kot2 baby tak nak dengar cakap maknya tapi dia nak dengar cakap bapaknya.

Berdoa. Mintak dengan Dia. Ini kelebihan kita sebagai orang Islam. Kita buatlah apa pon kalau Dia tak izinkan bendanya takkan jadi. Ainn baca doa nak pusingkan baby.

Doa ni baca selalu. Tak semestinya lepas solat. Sambil2 nonton tv, buat kerja, sambil2 usap perut baca doa ni. Masa solat sujud lama2. Nak pulak sujud terakhir. Baca doa ni banyak2.

Kalau search kat internet semuanya bagi tips yang sama je, ayat je lain2. Ada tu siap kopi pasta pon ada. Ainn share apa yang Ainn buat je. Sebab Ainn nak share pengalaman Ainn dengan baby songsang je.

No comments:

Post a Comment