Masa hari pertandingan kawad kaki Sabtu lepas jumpa Fatimah. Ainn pernah cerita Fatimah ni kawan yang Ainn kenal melalui Melati, ex-housematex Ainn. Hari tu dia bertugas di bahagian kedatangan murid. Kaunter tu kat kaki lima sebelah kelas Pendidikan Khas. Dah alang2 tu borak2 la kejap. Tak disangkanya Fatimah baru je baca belog Ainn ni malam tadi *malam sebelom kami jumpa*! Boleh pulak dia layan belog entah apa2 ni sampai tertangguh nak buat kerja.
Fatimah orang ke2 yang baca belog Ainn. Pembaca yang Ainn kenal la. Hubby tak kira la ye. Orang pertama Kak Rohaida. Pelik tiba2 masa tengah makan sama2 tu Kak Ida boleh tanya pasal Warung Pak Abu. Rupanya dia baca cerita Ainn pasal Warung Pak Abu. Malu jugak la bila ada senior yang baca belog kita ni. Macam Fatimah tu takpe la memang sebaya. Kak Ida ni dah macam mak2 dah ngan Ainn ni. Nasib baik Kak Ida takde komen apa2 pasal belog Ainn ni. Agaknya Kak Ida baca entry pasal Warung Pak Abu tu je kot.
Berbalik cerita Fatimah tadi. Katanya siap baca satu2. Kalau dah baca satu2 memang tak terbuat la kerja tu Kak Moh oii.
'Pandai jugak Ainn bersastera?'
Sastera? Aduhai Ainn main karang aje la. Ikut sedap Ainn je. Ni kan diari Ainn.
'Ada masa Ainn nak buat belog!'
Kalau perhati betol2 tarikh setiap entry tak akan keluarnya kenyataan sebegini. Ainn post entry kat belog ni ikut masa, ikut mood. Takde masa *masa digunakan untuk perkara lain* tak bukak pon belog ni. Takde mood lagi la. Tu yang sampai berbulan2 takde update apa2 entry. Kalau ada mood, masa pon mengizinkan, kadang2 sampai 3entry Ainn post. Apa nak kisah, diari Ainn kan. Ainn punya suka la.
Macam sebelom ni Ainn duk cerita pasal cuti Raya Cina. Takde mood la ni nak sambung cerita. Ikutkan ada lagi tak diceritakan pasal aktiviti sepanjang cuti tu. Mood punya pasal la. Masa pon tak mengizinkan.
Bila cerita kat hubby, senang je dia jawab.
'Bila nak berjalan, dalam tempoh berjalan2 tu rajin la update belog ni. Lepas tu senyap!'
Hihi ada betulnya jugak apa hubby cakap tu. Dah habis cuti, telefon rosak, senyap je belog ni. Ni sebab hubby ajak pergi Shah Alam mood nak aktif belog ni mula datang la.
Taraa!!! Plan nak ke Shah Alam nanti. Walaupon tak lama plan tu kena teliti. Bukan main buat list hotel, tempat makan, tempat nak jalan2. Short listkan, lepas tu plan itinerary pulak. Siapa yang macam Ainn 🙋
Dah sampai masanya nanti Inshaa Allah Ainn share ceritanya. Ni nak mencari idea/bahan nak buat next entry pulak 😉
No comments:
Post a Comment