Nuffnang Ads

Thursday, February 22, 2018

Udang Goreng Kunyit Yang Mudah Dan Sedap

Teringat makan udang goreng kunyit kat Atan Seafood Restaurant terasa nak cuba buat sendiri. Kebetulan baru lepas belanja barang2 basah kat Pasar Pandan, udang dikira fresh lagi tu. Walaupon tak sefresh makan kat Atan Seafood Restaurant.

Ini hasil tangkapan di Atan Seafood Restaurant. Agak kering. Siap hidang sekali dengan sos, boleh dimakan begitu aje. Macam udang goreng tepung crispy pon ada. Tak macam untuk dibuat lauk makan dengan nasi pon. Ainn pulak nak masak udang goreng kunyit ni nak makan dengan nasi, buat basah2 sikit. Boleh gaul dengan nasi, jadi kuah.

Inilah udang goreng kunyit yang Ainn masak sendiri. Macam lagi sedap Ainn punya je. Hihihi siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Terliur tak? Meh Ainn share resipinya yang sangat2 mudah ni.

Bukan setakat nak masak je senang, bahan yang digunakan pon memang yang dah ada kat dapur rumah kita. Kiranya ni bahan asas masakan je. Stok bahan2 ni confirm tak akan pernah putus kat dapur tu. Melainkan yang masaknya setahun sekali je.

Mula2 cuci udang bersih2. Udang ni besar, so Ainn belah belakangnya. Gaulkan udang tu dengan garam dan kunyit. Biarkan sekejap, boleh la buat apa yang patut. Memang Ainn suka perap lama2.

Bila dah nak masak boleh mula kopek bawang besar dan potong bulat2. Ainn letak sayur, senang tak payah masak banyak menu. 1menu je dah ada dua2 protein dan sayur. Jimat masa, jimat kos. Sayur guna mana yang ada dalam ice box je. Cuci semua sayur dan bawang tadi. Toskan.

Bila dah ready semua boleh panaskan minyak. Tumis bawang sekejap. Lepas tu masukkan udang. Tak payah tunggu udang betul2 masak. Agak2 dah masak separuh tu boleh masukkan sayur. Sayur yang Ainn guna tu kena masak lama sikit. Kalau guna sayur yang cepat masak macam kubis ke, masukkan sayur tu bila udang dah masak atau dah hampir2 nak masak. Kacau2 sikit, dah siap.

Inilah hasilnya. Saja close up sikit. Untuk sayur Ainn guna carrot dan cauliflower, dua2 ni favourite hubby. Sebab tu sentiasa ada dalam ice box.

Memang senang je kan. Kalau Ainn yang tak pandai masak ni pon boleh takkan yang dah pandai masak tak boleh buat lauk simple macam ni. Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment