Tengok kat facebook orang duk buat roti goreng dengan sosej. Dah lama rasanya Ainn tak buat roti goreng macam tu. Walaupon Ainn punya resipi sedikit berlainan tetap ada jugak rasa rindu pada menu Ainn yang selalu buat masa zaman anak dara dulu.
Ikut resipi kat facebook tu sosejnya digoreng terlebih dahulu. Ainn punya cara rendam je dalam air panas. Kalau rajin stimkan atau rebus.
Kat facebook tu salut dengan breadcrumbs. Ainn pulak memang tak tak suka breadcrumbs so takde la salutan tu. Nak rasa lemak2 sikit Ainn letak susu pekat dalam telur.
Cara goreng pon ada perbezaan jugak. Kat facebook tu goreng dalam minyak yang banyak. Kiranya deep fry. Ainn pulak lebih suka guna minyak yang sikit je, takot roti tu serap minyak. Guna pan lagi senang, golek2 la dalam pan tu.
Oke, terliur punya pasal jom la kita buat. Semalam pergi Tesco nak beli diapers Aisy boleh la beli bahan2 yang nak guna tu. Semua bahan nak kena beli, kecuali telur dan minyak je dah ada kat dapor tu. Hihihi.
Untuk roti memang Ainn beli roti gardenia je. Melainkan beli roti kat lori yang masuk sekolah, Mighty White la yang dapatnya. Mighty White ni lembut yang amat. Tapi nak bagi Aisy makan macam tu je kena bagi gardenia. Dah bagi Mighty White tak makan la pulak Si Daebap tu.
Sosej pulak Ainn memang prefer Econsave punya. Kak Siti la yang ajar Ainn makan brand ni. Sejak tu kalau beli sosej mesti ambik brand Econsave. Tapi belanja kat Tesco mana nak dapat brand Econsave? Kebetulan pulak Ayamas ada promo Ainn grab Ayamas je la. RM2.90 untuk 10pcs cun sangat la harga tu.
Oke, bahan2 semua dah ada bila nak buat? Malam tadi kan celebrate birthday Ayman dan Aakil. Pagi ni la baru kita buat semua tu. Jom kita buat sama2.
Sediakan bahan2nya dulu.
Roti, telur, slice cheese, susu pekat, sosej. Yang ni je dulu oke.
Sosej dah rendam air panas siap2. Make sure dah defrost ye. Lepastu keringkan dengan tisu.
Pecahkan telur dalam piring yang besar, ataupon dalam pinggan yang kecik. Kalau ada pinggan yang dapat free beli sabun Daia pon boleh je guna yang tu. Senang kata dalam bekas leper la, senang nak golek2 roti bila telur dah nak habis nanti. Lepastu letakkan susu pekat dalam tu. Ikut suka la nak manis letak lebih. Ainn guna nisbah sebiji telur : 1tbs susu pekat. Kacau2 rata.
Ambik sekeping roti, lenyek2kan. Tujuannya untuk kurangkan penyerapan minyak masa menggoreng nanti. Tak tahulah betul ke tak formula ni, Ainn bantai sendiri je. Kalau ada yang kata takdenya nak serap banyak minyak, kan salut dengan telur nanti. Mungkin la. Kan Ainn dah bagitau Ainn bantai sendiri je. Lagi satu Ainn perasan nak gulung sosej nanti lagi senang kalau dilenyekkan roti tu.
Panjang pulak cerita pasal lenyek roti. Oke, roti dah lenyek2. Letakkan 1slice cheese kat atas tu. Nak jimat boleh potong 2 dulu cheese tu. Letakkan pulak sosej kat hujung roti, then gulungkan.
Panaskan minyak dalam pan. Sikit je minyak tu ye. Macam nak goreng telur je. Sambil2 tunggu minyak panas golekkan roti yang dah digulung tadi ke dalam telur. Gorengkan ia.
Ini hasilnya yang buat tadi. Perasan tak yang kanan tu macam gemok sikit berbanding yang lain? Ni Ainn nak tunjuk perbezaannya bila roti tu dilenyekkan dan tak dilenyek. Bila roti tu dilenyek dulu nak gulung jadi senang, jadi lebih kemas. Untuk 5 ketul *penjodoh bilangan apa yang sesuai ye?* Ainn gunakan sebiji telur je.
Kita potong roti tu tengok dalamnya macam mana. Melting tengok cheese tu! Bila makan seketul pon dah kenyang sebenarnya.
Mudah dibuat, mudah dimakan, mudah kenyang, hati senang 😚
No comments:
Post a Comment