Nuffnang Ads

Friday, April 6, 2018

Hotel Oh Hotel, Bila Tukar Hotel Itinerary Pon Kena Tukar

Dah lama hubby bagitau dia nak kena pergi Seksyen 3 Shah Alam Subang Bestari. Alang2 kat sana nak jalan2 kat sana la. Google la tempat menarik dan tempat makan kat Shah Alam! Macam yang Ainn cerita malam tadi, siap buat itinerary bagai. Dah siap dah plan nak pergi ke mana, nak makan kat mana. Ikut itinerary tu kitorang stay kat hotel area i-city. Memang Ainn dah aim dah nak hotel tu. Ikut budget, untuk hotel RM200 je untuk 2malam. Tapi hotel tu terlebih jugak bila kena bayar tax bagai. Dalam RM225 macam tu.

Balik dari celebrate birthday Ayman dan Aakil anak jiran sebelah ni hubby terperap je kat office dia, Aisy pulak dah tidor. Ainn ambik kesempatan ni nak book hotel siap2. Lepas ni dah tak payah pikir apa dah. Mula2 mesti bukak agoda dulu. Entah, bagi Ainn agoda lagi murah berbanding yang lain2. Saja2 bukak Trivago, search hotel yang Ainn berkenan kat agoda tadi. Eh2 lagi murah la! Agoda punya jugak?! Total payment kat Trivago RM200.XX. Dah lupa berapa sennya tu. Pelik, tapi itulah kenyataannya. Tricknya bila dah aim mana2 hotel try another web. Tapi tak semua yang ada kat agoda ada jugak kat Trivago.

Ainn booking via shopback.my. Tapi kat shopback takde Trivago. Ainn saja2 try masuk Booking.com. Scroll punya scroll macam berkenan pulak kat 1 apartment ni. Bilik kat apartment la kot. Harganya jauh lagi murah berbanding hotel yang Ainn dah aim tadi. View and facilities pon menarik. Tanya hubby dia oke je so Ainn pon on je la dengan yang baru ni. Dah malas dah nak survey2 lagi.

Masalahnya 'hotel' baru pilihan Ainn ni letaknya kat Setia Alam. Agak jauh jugak tu dari hotel yang Ainn aim sebelom ni. Nampak gayanya nak kena ubah itinerary la ye.

Jangan kata kerja2 ni semua buang masa je, buat penat je. Mana2 yang dah short listed tu kita on aje. Accommodation je yang bertukar. So itinerary je la nak kena adjust balik.

Oke, mata dah mengantuk. Esok2 je la kita buat kerja2 ni semua. Dah taknak cakap besar macam malam tadi kononnya nak post another entry. Sekali duk edit tu, tambak link bagai tahu2 je dah berat mata. Oke readers *ada ke?* Good night 😉

No comments:

Post a Comment