Yuhhuuu! Bertemu kita lagi. Agak lama jugak ye kita tak bersiaran. Kalau muncul pon sekejap2 je. Lama pulak menghilang then muncul kejap. Huhuhu macam tu lah hakak bambam sekarang ni ye, asyik on off je. On kejap je, off tu yang lama.
Timbulnya kesedaran nak kembali aktif main belog ni bila tengok Aisy yang masya Allah tak tahu nak cakap perkembangannya tuh macam mana. Rasa bersalah pulak bila tak dapat nak tunaikan niat di hati. Ikutkan masa mengandungkan Aisy dulu nak ceritakan semua perkembangan Aisy kat sini. At least bila Aisy dah besar nanti bila rasa rindu Aisy masa keciknya boleh la baca sini, sebagai ubat rindu. Maafkan ummi ye sayang, inshaa Allah ummi cuba update pekembangan Aisy kat sini ye.
Sebenarnya ada sebab2 tertentu kenapa Ainn sepi seketika dalam dunia belog ni. Di awal kelahiran Aisy dulu rasanya kerap jugak Ainn singgah jenguk2 belog, walaupon banyak jugak cerita2 yang kononnya nak update tapi tertangguh jugak. Semuanya gara2 memory card!
Ya, memory card. Memory card yang kita pasang kat handphone tu la. Apa dah jadi? Tak tahulah di mana silapnya tiba2 je memory card tu rosak. Handphone tak boleh detect. so semua kenangan, gambar2 dan video2 yang ada disimpan dalam tu hilang. Termasuk gambar2 dan video2 Aisy. Rasa down sangat2. Masuk awal tahun tu rasa je nak transfer ke laptop tapi asyik tertangguh je. Sudahnya semua hilang macam tu je. Yang selamat? Sikit je la mana2 yang dipost kat moment wechat je la. Itu pon berapa keping je gambarnya. Video langsung la xde simpan kat mana2. Harapkan handphone hubby? Ada la 2, 3 keping gambar Aisy. Ada jugak kot 1 video. Itu je la yang selamat.
Lama jugak tempoh berkabung dengan kehilangan kenangan2 Aisy tu. Bulan Mac pulak kitorang pindah rumah. Yayyy akhirnya dapat jugak duduk rumah sendiri!! Seronoknya bukan main. Walaupon penat, mana tak penatnya nak kemas barang semua. Dari mencuci rumah baru, packing barang2 yang nak dipindahkan *walhal hubby yang banyak buat part ni*, pindah barang sikit2 ngan kereta je *barang2 besar je masuk lori*, pastu nak kemas rumah yang baru ni pulak. Hadoi ngan anak kecik bukan kerja senang.
Belom habis penat pindah rumah sibuk pulak dengan latihan sukan. Latihan tu waktu sekolah je, petangnya ada bengkel pulak antara jurulatih2 *wakil sekolah*. Pernah sekali sampai 6.30pm! Nak pulak time tu jugak ada orang atasan nak datang sekolah. So pengetua kerah kitorang siapkan kebun kat belakang kelas ni, penyelaras pulak uruskan hal2 dalam kelas. Sudahnya Ainn sorang2 je terkontang-kanting nak uruskan anak2 kat padang. Dah la Ainn bukannya reti pon bab sukan ni. Nasib baik Ima tolong 'lepaskan' masa acara balapan. Kalau dia takde mintak tolong murid lain. Hahaha untuk acara lompat jauh, lontar peluru pulak memang harapkan anak2 je la. Dengan penat bersukan, nak kena observe lagi.
Belom pape timbul pulak masalah baru. Kes kecurian kat kelas! Aha, yang ni Ainn ada cerita sikit2. Pasal handphone Raudhah hilang, dan duit Raudhah pon hilang jugak. Yang kemuncaknya bila seminggu tu ada 3kes kecurian yang disedari. Hari Isnin duit Dila hilang RM50, esoknya handphone Hafis hilang. Kemuncak segala kemuncak 2hari lepas tu duit Ainn pulak hilang! Bukan sikit weh, RM1050!! Mungkin bagi orang banyak duit anggap nilai tu sikit je. Bagi Ainn yang memerlukan banyak duit masa tu *almaklum baru pindah rumah* rasa nilai tu sangat2 banyak. Yang ni kalau rasa free dan rasa ada mood nak cerita Ainn cerita kemudian ye. Rasanya macam nak tanam 'kenangan' tu kat sini.
Ikutkan kes kehilangan tu tak settle pon lagi sampai sekarang. Kami semua dalam keadaan berhati2 je la dengan barang2 kami. Pandai2 la jaga. Kes kecurian duit tu pada hari kitorang kena observe, sebelom hari sukan daerah. Kiranya musim ni musim penat la. Sukan kena buat cepat2 la sebab dah nak puasa kan. Takkan nak buat sukan ari puasa pulak? Cikgu pon penat apa lagi murid2 yang nak kena lari.
Cuti sekolah 2minggu Ainn balik kampong je, jaga kak long sakit. Yang ni pon Ainn kemudian jugak ye. Yang sedihnya dapat berita 'penderitaan' kak long pada hari yang sama dengan hari duit Ainn kena curi. Bertimpa2 je rasanya diri kena hempap dengan masalah.
Naik cuti sekolah pulak kitorang baut exam je. Tenang je anak2 menjawab soalan dalam puasa ye. Cikgu pon tenang je jugak jaga anak2 dalam puasa ni. Tenang ke? Rasanya ada jugak yang menjerit2 dalam kelas tu. Haisy budak2 ni cakap pelan2 tak makan dek saman. Dah habis exam kena menanda pulak. Hahaha cara Ainn senang, diorang hantar je terus tanda. Tak payah nak tangguh2.
Naik cuti raya ada bengkel pulak untuk Tingakatan 2 punya KSSM. Alah 2hari je bengkel tuh. Acah2 busy la kan. Sebab bengkelnya tu kan dari pagi sampai petang, sebab tu la yang penatnya.
Next weeknya pulak start beraya. Yang bestnya kat Johor ni raya betol2 sebulan! Program kelas beraya almost 2weeks jugak la, sebab tahun ni ramai murid Melayu. So dapat la beraya banyak rumah trip ni. Belom kira lagi jiran2 dan cikgu2 punya open house. Boleh kata tak payah masak sebulan ni. Tapi open house rumah sendiri kena masak la ye.
Bila dah habis musim raya ni boleh la kot nak berjinak2 luangkan masa dengan belog nih. Nak tambah sikit je lagi. Kalau awal tahun hari tu sedih sebab memory card rosak, tengah May lepas handphone tu pulak yang rosak. Bukan setakat rosak je, retak sejuta! Silap Ainn jugak. Lagi la tak boleh nak buat apa dengan semua kenangan handphone tu.
Dan sebab paling utama slow sikit dengan belog ni bila dah ada anak la kan. Masa ngan anak memang tak boleh buat apa. Kena main ngan dia je. Nak pulak Aisy ni sangat2 manja ngan ummi dia. Balik sekolah je nak berdukung. Huh tak kuasa la nak dukung dalam rumah. Time tengah masak bila Aisy bergantung kat kaki sambil nangis terasa jugak kat hati ni. Yelah ibu mana yang sampai hati tengok anak macam tu. Bila dah pandai main ni nak kena sentiasa tengok2 dia. Tak boleh alpa, mata nak kena tengok je. Paling risau bila dia suka mengutip dan masuk mulut, dan jugak suka panjat tangga.
Lagipon Aisy memang tak suka ummi dia 'main' handphone. Baru je pegang kejap terus je dia ambik kat tangan ummi ni. Kadang2 nak marah punya pasal dibalingnya handphone ni. Hah ni baru handphone, belom lagi on laptop. Nak baling tak boleh kan? So dia tekan kat monitor tu, tak pon tekan2 kat keyboard. Nak buat kerja macam mana macam tu gayanya? Nak buat kerja sekolah pon tak boleh apa lagi nak update belog. Yang tahunya nak kita main ngan dia aje. Bila Aisy tidur masa ni la nak buat kerja lain. Tak pon nak rehat. Hihi.
Bila pikirkan nak update perkembangan Aisy Ainn cuba curi2 masa sikit untuk belog ni. Inshaa Allah, i'll try my best.
Lagipon Aisy memang tak suka ummi dia 'main' handphone. Baru je pegang kejap terus je dia ambik kat tangan ummi ni. Kadang2 nak marah punya pasal dibalingnya handphone ni. Hah ni baru handphone, belom lagi on laptop. Nak baling tak boleh kan? So dia tekan kat monitor tu, tak pon tekan2 kat keyboard. Nak buat kerja macam mana macam tu gayanya? Nak buat kerja sekolah pon tak boleh apa lagi nak update belog. Yang tahunya nak kita main ngan dia aje. Bila Aisy tidur masa ni la nak buat kerja lain. Tak pon nak rehat. Hihi.
Bila pikirkan nak update perkembangan Aisy Ainn cuba curi2 masa sikit untuk belog ni. Inshaa Allah, i'll try my best.
No comments:
Post a Comment