Cuti hari ni macam takde plan pulak. Lepas pergi bank tadi hubby tanya, nak pergi mana2 lagi tak? Ingatkan nak pergi Modern Living Home Expo kat Sutera Mall. Bila hubby tanya macam tu nampak sangat dia tak berminat nak gi sana.
Dah tak tahu nak pergi mana Ainn ajak pergi Warung Pak Abu. Lagipon tengahari belom makan lagi. Mengantuk sangat tengahari tadi hubby nak pergi masjid tak hantar pon dia kat kereta, just salam dalam bilik je. Pastu tidor. Hahaha bangun pon hubby kejutkan.
Dah lama sebenarnya teringin nak makan kat Warung Pak Abu ni. Tengok kat group Khas Penduduk Kulaijaya la tahu pasal warung ni. Kiranya menu special kat sini mi bandung udang. Udangnya besar2 tau. Ikutkan masa tu tengah ngandungkan Aisy. 3kali jugak try pergi asyik tutup je warungnya. Mungkin masa kitorang pergi tu belom waktu bukak lagi kot.
Dah lepas bersalin ni Ainn tanya Azman pasal warung tu. Entah kenapa sebelom ni langsung tak terpikir nak tanya Azman. Ikutkan warung Pak Abu ni sekangkang kera aje ngan rumah Azman. Belom rezeki Ainn lagi kot nak merasa masa tu. Ikutkan kata Azman warung tu bukak dari pagi. Sebelah pagi ada masakan pagi, tengahari ada lauk-pauk makanan tengahari, petang sampai malam ada masakan panas. Dan hari Sabtu TUTUP. Patutlah...
Bila Ainn bagitahu hubby takde la dan2 hari tu jugak dia terus bawak Ainn makan kat situ. Rasanya dalam seminggu lepas tu jugak baru kitorang pergi.
Untuk pertama kali kitorang pergi tu macam biasa la Ainn mesti order menu special kat situ. Apa lagi? Mi bandung udang la! Hubby pulak order mi goreng udang. Huhuhu cerita ni dah lama sangat, gambar2 tu semua ada dalam memory card yang dah rosak tu. So tak boleh la share gambarnya tu. Yang Ainn ingat mi goreng tu antara mi goreng yang Ainn suka. Tak kering sangat, tak basah sangat. Yang penting takde rasa kapur!
Untuk hari ni ingatkan nak makan mi goreng udang tu. Masa dalam kereta tadi hubby cakap dia nak makan mi goreng. Alang2 hubby dah nak order mi goreng Ainn order yang lain aje, boleh jamah hubby punya je mi goreng tu nanti. Sebab Ainn teringat2 lagi kesedapan mi bandung kat situ so Ainn order mi bandung jugak la kali ni.
Tadi cakap nak mi goreng udang kan? Tup2 bihun bandung pulak yang diordernya. Nampak tak kuahnya yang pekat tu? Takde la pekat sangat macam kuah kacang, kira pekat la berbanding kuah mi bandung yang pernah Ainn makan sebelom2 ni.
Udangnya 4ekor oke. Besar2 pulak tu. Ikutkan kecik je ni. Yang kitorang makan before lagi besar udangnya.
Zoom sikit tengok udang ni. Terliur tak? Murah je dik non, harga warung2 je.
Air? Tak ambik pulak gambar air. Milo O aisnya memang kaw! Air tu je boleh komen setakat ni. Takkan kita nak komen makanan/minuman yang kita tak makan/minum pulak.
Soal service memang laju. Tak payah panggil, duduk kejap je dah ada orang datang ambik order. Nak tunggu makanan siap pon tak sempat panas bontot. Punyalah laju diorang punya service, air hubby yang belom habis diminum dah pon diangkatnya.
Hihihi alkisahnya masa tu kan Aisy kecik lagi. Hubby makan dulu Ainn pegang Aisy. Sebab tangan Aisy duk gapai2 je apa yang ada depan Ainn so Ainn jauhkan sikit dari tempat duduk hubby yang tengah makan tu. Takde la jauh sangat, muat la sorang nak mencelah antara Ainn ngan hubby. Bila hubby dah siap makan dia pulak pegang Aisy. Ainn ambik makanan dan air Ainn je letak depan Ainn. Air hubby baru minum 2,3teguk tu Ainn biar situ je. Hubby pulak dukung Aisy tunjuk pokok2 bagai. Tup2 hubby tanya, 'air sy mana?' Huhuhu dah diangkat la kot. Mungkin orang yang angkat tu ingatkan air tu orang lain punya, kan jauh sikit dari tempat Ainn duduk. Nasib baik air hubby, kalau air Ainn terpaksa la order lain.
Ada rezeki pergi lagi sekali nak order mi goreng udang pulak. Tak boleh percaya dah kalau hubby kata nak order mi goreng jugak.
Oh lokasinya? Dari Kulai menghala ke Skudai, masuk simpang selepas Petronas Jaya Sepakat. Bila dah masuk kawasan Senai tu je Petronas yang ada. Masuk simpang tu ikut laluan sebelah kanan ye. Laluan kiri tu nak ke Taman Jaya Sepakat, warung Pak Abu ni kat Kg Jaya Sepakat. Ikut je jalan tu, jalannya agak sempit sikit. Terus je sampai jumpa warung tu kat selekoh sebelah kanan. Sebelom warung tu ada rumah besar yang dah terbiar.
Nak senang sikit masuk simpang selepas kedai cermin. Ke depan sikit lagi lepas simpang Petronas tadi, nanti akan jumpa Shell, Caltex, kedai cermin kereta. Tiga2 tu sebelah2 je. Ada simpang betul2 selepas kedai cermin kereta tu. Simpang tu tak nampak sangat, bila dah dekat je baru nampak. Masuk je simpang tu dalam 100m-200m ada jambatan kat selekoh, kanannya ada simpang kecik, dah macam simpang 3 jadiknya. Warung tu kat selekoh tu la sebelah kiri. Dekat dengan jambatan tu.
»Kalau dari JB kena u turn dulu kat Senai Utama
No comments:
Post a Comment