Masa nak keluar jalan2 petang tadi ada sebuah peronda polis masuk lorong rumah Ainn. Hah ni mesti kes semalam. Petang semalam uncle yang rumah hujung tu bergaduh dengan pekerja2 yang renovate rumah sebelah rumahnya. Punca pergaduhan tu tak pasti. Hubby cerita ada bunyi bising kat luar, dia jengah kot tingkap nampak uncle tu tengah berperang mulut dengan pekerja situ. Tak lama lepas tu ada polis datang. Agak lama jugak, masa Ainn balik semalam polis tu baru je pergi. Hubby tak bagitahu pulak sejak pukul berapa pergaduhan tu, dan bila polis sampai. Ainn pon tak tanya, bila hubby cakap LAMA tu bunyinya lebih sejam lah ye.
Bila hari ni polis datang lagi. Dan memang betul pon diorang pergi ke rumah yang tengah renovate tu. Haisy macam ada kes besar je. Ainn ngan hubby pon bukan main la buat andaian macam2. Ye lah sampai melibatkan kes polis tu.
Ainn agak mungkin diorang buat kerja sampai merosakkan bahagian dinding rumah yang dishare dengan rumah uncle tu kot. Mungkil drill sampai berlubang ke. Mana tahu kan? Tapi hubby pertikai, takkan nak drill dalam sangat. Setakat nak buat wiring je takkan sampai berlubang kot dinding tu.
Hubby pulak cakap mungkin diorang duk usha2 anak uncle tu kot. Yelah yang buat kerja tu kan semuanya lelaki. Uncle tu pulak ada bunga yang sedang berkembang mekar. Boleh jadi diorang duk ngintai amoi tu. Huish kalau betol jadi macam tu bapak mana yang tak marah? Tapi sempat lagi yek diorang tu buat 'kerja' tu semua. Bukannya nak siapkan buat renovation tu cepat2, nanti cepat la dapat duit.
Balik dari jalan2 tadi peronda polis masih ada lagi kat situ. Ainn nampak 2orang pegawai duk ambik gambar rumah tu. Banyak shoot jugak kot, dan angle berlainan. Mungkin sebab buat renovation tak apply ngan Majlis kot. Kan dia tambah dinding beranda, tukar pagar beranda, pasang awning, dan tukar kedudukan pintu dan tingkap. Tapi semua tu kena apply majlis jugak ke? Kalau kena apply jugak sah2 rumah Ainn pon kena saman jugak. Kitorang pon tambah jugak dinding kat beranda, pasang awning jugak kat beranda ni. 2benda lagi tu je tunggu duit datang dulu. Hahah.
Bila pegawai polis tu balik hubby ajak Ainn keluar tengok2 rumah hujung baris rumah Ainn. Rumah tu lagi la buat renovation besar2an. Ada duit, dapat pulak corner lot memang best la.
Alah konon2 nak tengok rumah corner lot tu helah je. Padahal nak gi tengok surat yang polis tu tampal.
Agak2nya surat saman kes apa ya?
Jeng! Jeng! Jeng!
Sebabnya gangguan bising bunyi drill. Itu je? Adat lah duk taman baru. Masing2 nak renovate dulu rumah tu. Bukannya selamanya pon. Dah siap nanti takde la bunyi2 bising tu. Lagipon diorang buat kerja siang hari, dari pagi sampai petang je. Masa polis datang tadi diorang dah balik dah pon.
Jiran sebelah rumah Ainn ni elok aje duk 'main' drill malam2. Sendiri paham la, diorang renovate sendiri rumah tu. Tukar pintu pon sendiri. Siangnya kerja, malam je la yang ada nak buat semua tu. Tengah syok tengok tv, manja2 ngan hubby dan Aisy tiba2 bunyi drill, bunyi tukul. Maafkan aje lah.
Intan dan Harry yang duk sebelah rumah corner lot tu lagi kesian. Diorang buat kerja cuti hari Ahad je. Nasib baik Sabtu je pasangan ni nak kena hadap bunyi2an tu semua. Masa nak pecahkan dinding rasa macam nak runtuh je rumah tu. Masa nak pasang ceracak lagi la rasa bergegar. Kitorang yang selang 2buah rumah ni pon terasa apa lagi Intan dan Harry.
Bila kita pikirkan orang nak renovate rumah sebelom masuk, bukannya lama diorang buat kerja tu, bukannya 24/7 diorang buat bising, tak timbul masalah sampai nak bergaduh siap buat police report.
Hidup berjiran macam ni la. Toleransi tu kena ada. Sekarang ni kita yang kena ganggu, bila dah ada duit sikit lagi kita pulak yang ganggu jiran. Orang yang jenis tak boleh nak bertoleransi macam ni kena duduk dalam hutan je la. Haiwan2 bunyi bising bergaduh je ngan haiwan2 tu semua. Sama2 tengok siapa yang menang.
Agaknya semalam uncle tu baru nak tidur terkejut tiba2 bunyi drill kat dinding rumah dia. Yelah uncle tu kan berniaga kat pasar malam. Siang2 ni nak rehat la.
Yang peliknya bunyi drill kan memang dah kuat. Boleh perlahankan ke bunyi drill tu? Nak2 pulak bila nak pecahkan tiles.
»bunyi bising anjing menyalak tu kita pakat2 buat police report jugak nak?
No comments:
Post a Comment