Nuffnang Ads

Thursday, August 3, 2017

Bila Si Kecil Tak Suka Mandi

Sape yang tengok Little Princess Aaisyah episod 1 mesti tahu kan puteri kesayangan Che Ta sorang tu punyalah susah nak mandi. Sama aje ngan si bambam Aisy ni, nak2 pulak bila mandi petang. Yang bezanya Aisy kecik lagi, tak pandai lagi nak berhelah macam Aaisyah.

Masa baby dulu Aisy memang kena mandi ngan air panas je. Kalau tak cukup panas air tu melalak dia masa tengah mandi tu. Dah besar sikit siap panjat2 atas kita nak lari dari air tu. Kat kampong takde water heater kat bilik mandi, so kena masak air dulu la letak air panas tu dalam baldi campur dengan air paip sikit. Hah mandi tu kena cepat2 la, bila dah suam sikit je terus melalak.

Dah besar ni susahnya nak mandi bukan main. Tak kira ngan air panas pon susah nak mandi. Nak2 pulak dah pandai merangkak ni, pandai la dia 'lari' sendiri. Tapi kalau bab nak main air punyalah suka. Kalau cuci tangan kat sinki dua2 tangannya nak dicuci. Lama2 pon takpe. Air paip kat sinki tu bukannya air panas pon! Kalau main air kat lantai bilik air pon sama. Boleh je. Bila disiram air nak mandikan dia terus 'lari'.

Suatu hari hubby dapat idea. Aisy tak suka mandi tapi Aisy suka main air. So kitorang mandikan dia dengan air hujan! Lagipon Aisy dah besar. Hari pertama kami mandikan Aisy dengan 'air hujan' Aisy dah 9.5bulan. Okelah tu setakat nak mandi hujan je. Aisy sendiri pon punyalah seronok dapat main 'hujan'. Tak percaya, tengok je la gambar2 kat bawah ni.





Cantik berbaju merah ni hari pertama kami mandikan Aisy ngan air hujan. Tengoklah tu, bukan main seronok lagi ye dapat mandi hujan. Lama2 pon takpe. Selagi ummi tak angkat masuk rumah selagi tu la nak mandi air hujan ni.

Nampak seronok sangat Aisy mandi hujan, esoknya kitorang mandikan lagi sekali. Kali ni je la kita bagi Aisy mandi hujan 2hari berturut. Lepas tu berselang hari la. Kita layan Aisy mandi hujan esoknya pulak.

Oke, hujan baru turun.

Eh2 tak dapat2 lagi la nak tangkap air ni.


Bukan muka je bulat, ngan mata dan mulutnya sekali bulat nak menadah air hujan tu.


Tak dapat nak tangkap air tepuk2 je la air tu kira oke lah.


Wajah keriangan dapat mandi hujan.

Alamak, gambar2 kali ni kantoi pulak getah paip tu. Kan dah kantoi mandikan ngan air paip je. Huhuhu takkan la nak bagi Aisy mandi hujan yang betul tu pulak kan. Demam pulak nanti debab ni. Yang peliknya mandi ngan air paip ni takde pulak nak kena panaskan dulu air tu. Elok je mandi ngan air sejuk tu, lama2 pon takpe. Bukannya nak mandi sangat sebenarnya, nak main air je kan.

Oke, ini yang terbaru pulak. Kelmarin punya ceritalah. Bukak je baju siap2 macam nak mandi tu. Kadang2 seluar pon tak sempat nak bukak. Diapers tu pakai la, malu pulak jiran2 tengok anak bogel je duk main depan rumah. Jom layan gambar, sikit je Ainn share untuk kelmarin punya ni.

Comel le tu kononnya buat muka gitu? Aisy yang suka selpi, suka bergambar.

Wahh macam duk bawah pancuran air terjun je. Ni bukan simbah kepala Aisy betul2 tau. Jangan sesekali buat macam tu, lemas budak debab ni nanti. Simbah dekat2 je ngan dia biar terkena percikan sikit2 je. Kalau nak hala terus kena kat badan je takpe.

Dah lama sangat kan main hujan, kiranya bilasan terakhir la ni. Ni Aisy sibuk nak pergi kat pokok nanas je.

Kalau ikutkan hari ni Aisy dapat mandi hujan lagi. Agak2 dapat tak? Tengok la petang nanti. Sebenarnya dengan mandikan Aisy dengan air hujan ni dapat elakkan Aisy dari tidur petang. Bila tak tidur petang malamnya Aisy tidur awal. Takde la nak bergaduh ngan Aisy lagi bila ummi dah ngantuk tapi Aisy nak main lagi.

Mommies yang ada anak masalah macam Aisy *susah nak mandi atau nak elakkan anak tidur petang* boleh la try cara ni. Ikut je rentak anak, dalam masa sama kita control.

No comments:

Post a Comment