Baru je semalam Ainn cerita pasal kesibukan Ainn selama ni sampai abaikan beloh ni. Dalam tu ada la cerita sikit2 pasal bengkel antara pengelola pasukan sekolah masing2 untuk sukan PK yang berakhir sehingga 6.30petang. Hari ni pon kena hadap lagi. Walaupon Ainn dah tahu hari ni ada bengkel lagi untuk tujuan post mortem tapi tak dinyatakan waktu bengkel tu sehingga pukul berapa.
Sebab taknak selalu masuk lewat je, Ainn decided tak balik la tengahari tu. Terus je pergi bengkel tu lepas sekolah. Lagipon bengkel tu kat sekolah VIP, kalau nak balik rumah dulu duk main pusing2 la. Sekolah VIP tu dalam 10minit je dari sekolah Ainn. Kalau nak balik dalam 20minit jugak kot, mesti Aisy mintak layan dia dulu, pastu nak patah balik ke sekolah VIP pulak, banyak masa dihabiskan di perjalanan je. Belom lagi kira nak makan, nak solat. Sebab tu Ainn decided solat je kat sekolah, lepas solat terus gerak ke sekolah VIP.
Sampai kat bilik sumber *tempat bengkel nak diadakan* tak ramai yang dah sampai. Ainn ambik kesempatan whatsapp ngan hubby. Sedihnya rasa bila hubby bagitahu Aisy langsung taknak makan, rindu ummi dia kot. Hurmm dah la hari ni ummi gi sekolah sendiri, Aisy tak hantar pon. Sebelom pergi sekolah tadi Aisy tak menyusu pon ngan ummi. Aisy menyusu sikit je sebelom ummi mandi, itu pon dalam keadaan mamai. Memang time tu time Aisy menyusu.
Kan tak mula lagi bengkel Ainn sempat videocall ngan hubby. Jangan tiru ye bab ni, video call sangat2 tidak bagus untuk baby. Ainn sendiri ini first time Ainn 'main' ngan Aisy. Hubby on camera kat Aisy je. Ainn tahu Aisy tengok Ainn kat handphone abinya tu. Ada ketikanya camera fokus dekat ngan muka Aisy, sampai jadi blurr sebab dekat sangat. Ainn tahu tu dahi Aisy.
Tak lama pon duration video call tu. Ainn tahu tak elok kan, cukup la sekadar nak lepaskan rindu Aisy kat ummi dia je. Hubby bagitau Aisy cium Ainn. Tersentuh sangat rasa hati ni. Rupanya Aisy sendiri yang cium umminya dalam handphone tu. Ainn mati2 duk ingatkan hubby yang dekatkan handphone dengan Aisy seolah2 nak Aisy cium. Rupanya Aisy yang pandai sendiri nak cium umminya. Cerdik betol anak ummi ni.
Start bengkel tadi Cikgu Wong tunjukkan tentatif bengkel, bersurai pukul 6petang! Ainn berdoa je mintak habis awal, walaupon sebelom ni pernah habis 6.30pm walaupon tentatifnya setakat pukul 6 petang je.
Alhamdulillah bengkel habis awal walaupon tak awal sangat. Balik tadi pukul 5 lebih jugak. Agak lama Ainn tinggalkan Aisy hari ni. Selalunya bila Ainn pergi sekolah sendiri balik tengahari tu Aisy nak main2 cak cakk dulu ngan Ainn. Petang tadi dia terus hulur tangan nak ngan Ainn.
Dah masuk dalam rumah hubby cerita sayunya hati dia tengok Aisy masa video call tadi, rasa macam nak menangis je. Rupanya masa video call tu sebelom Aisy cium dia usap2 dulu skrin handphone macam dia selalu duk main kat muka Ainn.
Allah! Tak kuat rasanya. Mungkin sebab ni Allah bagi Ainn kerja cikgu, bukam kerja office hour yang nak kena tinggalkan anak dari pagi sampai petang tiap2 hari. Ainn ni baru sehari dah tak tahan rasanya. Macam mana agaknya ya mommies yang kerja office hour? Lagi2 yang kerja shift lagi la kena double ttrip kuatnya.
Ni baru sehari sayang. Ummi tinggal pagi, petang dah balik. September nanti ummi kena pergi kem 2malam sayang. Kita sama2 kuat ye sayang. Ataupon ummi cuba cari alternatif lain.
No comments:
Post a Comment