Memang dah jadi kebiasaan jika ada apa2 makanan yang tak habis dimakan, atau makanan tu terlalu banyak untuk disimpan di rumah, atau dapat apa2 makanan dari sesiapa tetapi makanan itu kita tak makan, atau dah diamanahkan untuk bagi kat mereka, atau saja2 nak bagi anak2 *murid2 Pendidikan Khas* makan kitorang akan bawak je ke sekolah. Nanti makanan2 tu akan dikongsi2 sesama mereka, termasuk jugak cikgu2 pon join sekali.
Tengah buat kerja tadi Ainn dengar Param duk bahagi2 sesuatu dengan kawan2nya. Dah dapat agak, makanan la tu. Agaknya ada lagi biskut raya atau kerepek yang belom habis dimakan.
Sampai ke tempat Ainn duk buat kerja Param hulur jugak kat Ainn suruh Ainn ambik. Gula2 rupanya. Ainn tak suka sangat gula2 ni, so Ainn tolak cara baik je lah. Biar je dia bagi kat kawan2 yang lain.
"Birthday dia lah!"
Dengar Kak Ain jerit dari belakang. Oh Param sendiri punya, ingatkan yang mana2 cikgu bagi. Tak sedap jugak nak tolak macam tu je, dah la dia bagi tu sempena birthday dia.
Ingatkan nak ambik 2bijik je. Main seluk je dalam bungkusan dapat 3bijik pulak. Hihihi.
Ini dia birthday boy kita untuk hari ni, Paramasivam a/l Thinakaran. Dah besar panjang dah pon orangnya. Mana taknya dah 19tahun dah. Mula2 masuk umur 15tahun pon ramai duk ingat dah tahun akhir *19tahun*. 2tahun lepas pergi beraya ramai parents duk ingatkan dia cikgu, sebab badan dia tu yang besar panjang. Pulak tu suka pakai kurta, bukannya kemeja t macam murid2 lain.
Tak percaya? Bandingkan dia ngan Ainn. Ikutkan Ainn dah besar tapi Param lagi besar. Tinggi? Tengoklah dia dah bongkokkan badannya pon still lagi tinggi dari Ainn. Ke Ainn yang kontot?
No comments:
Post a Comment