Nuffnang Ads

Thursday, December 8, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Lamb Chop & Chicken Grill @ Gle'wak Cafe

Hubby share gambar kitorang makan maggi ketam & maggi udang galah kat Relax Cafe kat group WhatsApp family dia, pokteh terus ajak keluar makan malam tu kat Gle'Wak Cafe. Tapi Aisy dah penat, dah mula meragam. Ummi dan Abi Aisy pon sama, penat jugak. Cuma tak meragam macam Aisy. Lagipon esoknya *semalam* kan dah nak mula misi jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu.

So malam tadi kitorang makan kat Gle'wak Cafe. Walaupon ikut plan yang Ainn dah buat Gle'wak Cafe ni takde pon dalam list. Mokteh cakap cafe ni baru lagi beroperasi. Sebelom ni cafe ni hanya hidangkan menu tengahari je, baru je lagi mulakan menu untuk malam.

Ainn try google nama cafe ni petang semalam, tak banyak sangat info yang yang dapat. Banyaknya share makan western food. Katanya chicken chop kat situ sedap.

Bila dah ada lamb chop Ainn mesti nak lamb chop. Dah taknak dah chicken chop. Ini lamb chop special. Dihidangkan bersama sos lada hitam, telur goreng, fries, coleslaw dan spaghetti.

Ini pulak chicken grill. Nak order chicken chop untuk hubby takut dia rasa muak pulak asyik makan ayam bersalut tepung je. Chicken grill ni pon yang special jugak. Sama je dengan lamb chop tadi, bezanya tang ayam tu je la. Besar paha ayam yang digunakan. Hubby just makan ayam dengan telur dan coleslaw je. Fries dengan spaghetti tu Ainn la yang bedal semuanya. Hihihi.

Coffee latte untuk hubby, laici kang untuk Ainn. Comel je bila serve dalam jar macam ni. Lupa pulak nak bagitahu taknak ais. Tak boleh nak habiskan perut cepat rasa penuh bila minum air sejuk. Hubby pulak complaint tak puas hati dengan coffee latte tu. Rasa macam nescafe ais biasa je.

Bagi Ainn makan kat sini so-so je. Mungkin Ainn pernah makan lamb chop yang berganda2 lebih sedap berbanding kat sini. Lamb tu dimasak penuh, tak rasa juicy. Dan Ainn rasa diorang guna mutton, bukan lamb. Gravy dia pon kalau dipekatkan sikit je lagi baru oke pada Ainn. Tak tahu nak komen macam mana. Macam Ainn cakap tadi just so-so. Hubby senang je cakap, 'tak sedap pon makan sini!'

Suggestion Ainn? Mungkin Ainn tak recommend la untuk letakkan cafe ni dalam list jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni. Kalau tempat makan sedap2 kat tempat lain semuanya dah pernah try boleh je nak try kat sini pulak. Melainkan kalau tekak macam Ainn, telan je, asalkan makanan tu bukan dalam kategori betul2 tak sedap. Jangan salah paham dengan 'tak sedap' hubby tu. Maksud hubby tu kesedapannya tu takde apa yang nak dibanggakan pon. Masih boleh diterima. So-so. Soal harga pon sama je dengan tempat2 lain yang Ainn pernah pergi.

Bergambar kenangan dengan pengantin baru sebelom makan. Memang pasangan 2 Rabiul Awal ni suka makan2 ek?

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Tempayan *Roti Naan* @ Ali Baba Tempayan

Masa nak masuk kat bahagian receptionist Destiny Riverside Hotel tengahari tadi cepat je mata Ainn tangkap restoran sebelahnya. 'Ohh kat sini rupanya Ali Baba Tempayan yang hangat diperkatakan tu.' Terus plan nak try makan kat situ petang nanti.

Ikutkan hubby ajak makan kat Nasi Ulam Cikgu untuk makan tengahari. Tapi masih kenyang lagi makan roti titab tadi. Pergi lewat2 sikitlah. Lagi pon Nasi Ulam Cikgu bukak sampai petang.

Tengok Aisy sedap je tidur tak sampai hati pulak nak kacau dia. So Ainn suggest kat hubby makan je kat Ali Baba Tempayan. Lagi pon malam nanti Pok Teh ajak makan kat Gle'Wak Cafe.

Bergambar sementara menunggu makanan sampai. Tengoklah tu Aisy tidur bukan main sedap lagi. Qadha yang malam tadi la tu. Ada pulak malam2 nak berdukung, nak berjalan. Hubby cakap Ainn tak pesan kat Aisy, sebab tu Aisy taknak tidur.

Ini pilihan kitorang. Ikutkan hubby nak naan cheese dengan kari kambing je. Kalau nak rasa bukan ke lebih baik kita pilih yang berlainan, boleh sama2 rasa. So pilihannya naan biasa dan naan cheese. Kuahnya pulak kari ayam dan kari kambing. Ada sejenis lagi kari daging cincang.

Naan biasa tu rasanya biasa2 je. Dah nama pon naan biasa, takde apa yang luar biasa pon. Naan cheese tu bagi Ainn memang sedap. Walaupon cheesenya takde meleleh atau tertarik bila ditarik setiap piecenya macam naan cheese kat tempat lain tapi rasanya tetap sedap. Kalau nak rasa roti naan kat Ali Baba Tempayan ni Ainn suggest order naan cheese. Naan biasa harga RM2, naan cheese pulak RM5.

Kuahnya pulak. Bagi Ainn kuah kari ayam tu pon biasa2 je rasanya. Takde pulak rasa sedap sehingga menjilat jari. Kuah tu licin sebab Ainn suka makan roti cicah kuah banyak. Tak cukup kuahnya bagi Ainn. Kari kambing pulak ada sedikit berbau hamis. Ada orang suka makan kambing berbau, baru ada nikmat makan kambing katanya. Ainn pulak akan sakit kepala kalau makan kambing bau hamis. Yang tak suka kambing hamis memang Ainn tak recommend kari kambing. Oke harganya. Kari ayam RM2.50, kari kambing RM7.

Ainn pernah baca kat belog orang lain sebelom turun makan kat Ali Baba Tempayan ni tadi. Katanya roti tu saiznya kecik, makan sekeping tak kenyang. Sebab tulah Ainn order 2keping. Bagi Ainn sekeping pon dah cukup, kan roti naan ni cepat kenyang.

Ini dia kedudukan restoran Ali Baba Tempayan, betul2 sebelah Destiny Riverside Hotel. Masa Ainn makan petang tadi belom ada lagi customers lain. Kat luar ni takde orang pon, panas lagi. Gambar ni Ainn ambik masa jalan2 petang tadi.

Ramai yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan sedap hingga ada yang datang lagi, dan lagi, dan lagi. Ainn pulak rasanya dah taknak datang lagi kot kat sini. Ada yang cakap roti naan kat Ali Baba Tempayan tersedap di dunia. Ainn pulak cakap roti naan kat sini paling kureng setakat yang Ainn pernah makan.

Setiap orang seleranya berbeza, citarasanya berbeza.

Wednesday, December 7, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu: Roti Titab @ Kopitiam Kita

Yayy... jalan2 cari makan lagi. Love my hubby so much for this hobby. Yang tak bestnya Ainn ni makan lebih sikit je badan cepat aje kembang. Hubby pulak makan la banyak mana pon badan maintain keding gitu jugak.

Oke, untuk 1st day misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu ni kitorang start a bit late la. Aisy meragam malam tadi tak nak tidor. Dah dekat pukul 10 kitorang breakfast, nasi berlauk. Jangan peliklah breakfast kat Kelantan memang nasi. Macam berat je kan? Bukan 'macam' lagi, memang berat pon.

Memandangkan perut masih lagi kenyang so hubby nak pergi tempat ngeteh je. At first Ainn suggest Kedai Kopi Din Tokyo, semalam datang Kota Bharu ada nampak kedai kopi tu tepi jalan je kat tengah2 bandar. Biasalah kalau kat tengah2 bandar ni masalah parking la. Kalau kitorang berdua je boleh je nak park mana2, jauh sikit pon takpe boleh jalan kaki. Bila pikirkan kesian Aisy pulak nanti kena berpanas so we go to another choice.

2nd choice Ainn Kedai Pak Lah Milo Tunggeng. Betul la kot namanya Pak Lah. Dah sampai sana hubby cakap tak sesuai pulak untuk kitorang yang bawak baby ni. Kedai kopinya style kedai kopi dulu2, duk kat kerusi panjang. Dah la Aisy tengah meragam. Dibuatnya tengah menikmati milo kat situ Aisy tiba2 buat hal bukan aje milo Pak Lah je yang kena tunggeng, entah2 dengan kitorang sekali tertonggeng kat situ.

Okey, ini last choice ye. Kopitiam Kita. Tapi Kopitiam Kita ni dia bukak sampai tengahari je. 1.30pm dah tutup. Ada masa sejam je lagi. Harap2 sampai sana nanti takde yang kecewa lagi la.

Kalau guna maps, Kopitiam Kita tu macam duk tepi jalan besar je. Tapi kitorang follow maps tu tak jumpa pon kopitiam tu. Entah2 maps ni salah kot. Ke orang yang state location Kopitiam Kita tu salah state kat dalam maps.

Bila Ainn teringat Ainn ada baca Kopitiam ni letaknya ke dalam sikit, Ainn try google. Guna direction kat link situ je. Ikut direction situ memang kat dalam, tapi maps still bawak kat tepi jalan besar je jugak. Rezeki kali kedua ni Ainn perasankan kedai tu. Takdelah kena masuk ke dalam sangat. Dalam 10m je kot. Dan kopitiam tu tak menghadap ke jalan raya. Kalau kita tengok ke kiri awal2 lagi dah boleh nampak kopitiam tu.

Ainn tak ambik pon gambar depan kopitiam tadi. Dah tengahari kan, so paham2 la keadaan cuacanya macam mana. Takde la panas sangat, musim hujan kan. Tapi kalau ada anak kecik ni dalam kategori panas la tu. Boleh google sendiri ya. Kopitiam tu bukan macam kopitiam lain yang nampak gah dan mewah. Nampak dari luar macam kedai kopi aje.

Mungkin dah bukan waktu breakfast masa kitorang sampai tadi, orang dah tak ramai. Crew2 restoran tengah mengemas. Ada yang tengah mop lantai.

Sebab nak ngeteh je kan. Perut pon belom rasa lapar lagi. Kitorang order roti titab je, sorang satu. Hubby order teh tarik, Ainn pulak order milo tabur. Saja gantikan milo tunggeng yang tak dapat rasa tadi. Inshaa Allah tunggu Aisy besar sikit kita pergi ya.

Roti titab ni nampak je simple macam ni. Sekali rasa memang angkat ibu jari!  Kaya yang digunakan tu secukup rasa. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Ada rasa lemak2 gitu. Spread sama2 dengan telur masak separuh, roti yang dibakar sempurna. Setiap suapan terasa nikmatnya. Kalau bukan sebab misi jalan2 cari makan maunya Ainn tambah lagi roti titab ni.

Ini hubby punya, dikirimkan gambarnya untuk Aus. 'Birthday cake' katanya. Hubby tolong makan bagi pihak Aus.

Soal harga? Untuk 2roti titab RM10. Dua2 minuman tadi pulak RM7.50. Total RM18.55, GST included.

Inilah dia Muhammad Haziq al-Hafiz @ Iman Firdaus. Anak susuan Ainn. Genap setahun hari ni. Selamat hari lahir Aus. Semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, jadi anak soleh untuk dua2 ummi dan abi Aus ya. Untuk ibu kandung Aus jugak.

Jalan-Jalan Cari Makan Kota Bharu Part 1

Hari ni bermulanya misi jalan2 cari makan kat Kota Bharu. Idea yang dicetuskan Mr. Hubby. Sebab agak lama jugak nak stay kat rumah tok ayoh apa salahnya bawak Aisy jalan2. Pilihan ummi dan abi Aisy semestinya jalan2 cari makan.

Kitorang plan misi ni berjalan 3hari 2malam je. Ainn cari dan plan tempat makan, hubby pulak cari dan plan tempat nak menginap. 2,3hari jugak Ainn duk menggoogle tempat2 makan best kat Kota Bharu ni. Ada la beberapa list. Hubby pon dah jumpa dah hotel yang dia berkenan, Tune Hotel kononnya nak jadi Datuk2.

Malam tadi terpaksa ubah plan. Tak jadi stay kat Tune Hotel sebab banyak komen negatif, especially in cleanliness issue. Dan baru Ainn tahu Tune Hotel tu hotel bajet? No wonderlah exterior dia macam guna cat murah je. Tapi harganya tak macam budget hotel pon. Ke commenter tu classified Tune Hotel as budget hotel base on his experience stay kat sana.

Dah kesuntukan masa hubby suruh Ainn je pilih hotel mana yang nak stay nanti. Oke kali ni dah tak pandang dah macam mana interior hotel tu. Look exclusive or not. Yang tu Ainn put aside. Ainn tengok comments je, cleanliness je. Kalau setakat ratenya OK Ainn reject, apa lagi kalau rate POOR atau VERY POOR, lagi la taknak. Nak yang VERY CLEAN tu kesian pulak hubby nak kena banyak keluar. So kalau dapat CLEAN je pon Ainn pilih je.

Dan pilihan Ainn Destiny Riverside Hotel untuk 1st night, dan Thank Q Inn untuk 2nd night. Ainn focus on price jugak, lowest to highest. Tengok la macam mana nanti Ainn stay kat dua2 hotel ni. Puas hati ke, tak puas hati ke, rasa nak stay je kat hotel taknak keluar bilik ke, rasa nak tukar hotel lain je terus lepas check in ke. Ainn cerita pengalaman Ainn nanti. Tunggu ya.

Dah tukar hotel ni means plan tempat makan pon kena ubah jugak la ya. Ainn arrange tempat makan tu ikut distance dengan hotel jugak. Main redah je lah nanti makan kat mana2 pon.

Tuesday, December 6, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Maggi Ketam @ Relax Cafe

Nak sambung cerita tadi. Hihihi. Kali ni barulah betul2 jalan2 cari makan.

Dah siap beli Big Apple Donuts yang mengecewakan tadi saje je Ainn buat2 tanya hubby nak pergi mana2 ke. Hubby nak terus balik je. Ainn terus suggest makan maggi ketam yang kitorang nampak balik dari makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya 2hari lepas. Dalam hati mintak2lah hubby tak penat lagi, mintak2 jugak hubby masih ingat kedai tu.

Bila hubby on aje berbunga2lah hati ni. Terus je mangosteen meluncur ke restoran yang kitorang nampak hari tu. Restoran ni letaknya depan sikit je dari Restoran Nadieya, tapi duk belah kanan. Kalau dah park kat Restoran Nadieya nak jalan kaki je pon boleh ke sini.

Masa hubby park mangosteen kat luar, ada sorang abang tengah susun meja kerusi kat luar. Ada kat luar restoran tu WAKTU OPERASI 4.44pm - 1.11am. Kitorang sampai tu belom pon pukul4 lagi. Hikhikhik awal betul kitorang terjah. Nasib baik diorang alu2kan jugak kedatangan kami. Siap suruh masuk ke dalam lagi sebab cuaca masih panas, walaupon tak terik.

Disebabkan kitorang je customers yang ada tak boleh nak tengok2 gelagat orang. So kita buat gelagat kita sendiri. Tak boleh nak bergelagat sangat sebenarnya. Setakat tengok gambar2 yang bertampal kat dinding tu sementara menuunggu order. Orang2 yang 'ada nama' yang pernah makan kat restoran ni. Wuu bukan senang tau nak memodelkan hubby. Hahahahah.

Tak lama pon untuk air ni nak sampai. Melampau weh nak buat 2air ni je nak tunggu lelama macam ramai customers. Jus kiwi pilihan Ainn, jus asam boi pilihan hubby. Terasa jusnya. Bukan jenis yang kedekut ye. Tengoklah ada buih2 kat bahagian atas gelas, bukti buah yang digunakan tu banyak. Harganya RM3 segelas. Kalau nak yang blended tambah je singgit lagi.

Hubby mintak maggi udang galah. Ada 5ekor udang galah dalam ni, Ainn mintak sekor. Hihihi. Harganya RM12 sepinggan.

Ini dia maggi ketam. Ainn suka pilih menu special kalau makan kat luar macam ni. Makan je kat mana2 mesti order menu special kedai tu. Melainkan Ainn pernah try sekali dan rasanya tak sedap pada lidah dan tekak Ainn.

Ketam ni boleh pilih. Abang tu suruh pilih nak ketam kecik ke ketam besar. Ainn tak sure kecik besar tu dari segi saiz ke dari segi jenis ketam tu. Hubby suruh ambik ketam besar je. Harga untuk maggi ketam ni pulak bergantung kepada berat ketam. RM8 untuk setiap 100g.

Lepas order tu abang yang ambik order kitorang hantar tukul dan playar, jugak kayu ala chopping board kecik. Ainn cakap kat hubby, alah gigit ngan gigi jelah nanti, tak payah nak guna tukul bagai.

Sekali bila Ainn nak makan takdenya nak gigit ngan gigi je. Ketam tu ketam yang kulit keras punya. Bukan ketam bunga oke. Nak patah gigi nak main gigit je? Terpaksalah Ainn menukang sorang2 semata2 nak makan ketam tu. 1st time makan ketam guna tukul. Macam jakun pon ada.

Sambil2 makan tadi owner restoran
 ni tegur, ala2 beramah mesra dengan customers gitu. Rupanya restoran ni dah lama bukak. Cuma bertukar lokasi je. Patutlah tengok kat menunya MAGGI KETAM KUTAN. 

Ini sementara menunggu hubby habis makan. Melayan Aisy yang nak didukung. Umminya apa lagi, selfie la dulu. Aisy pulak jual mahal, langsung taknak pandang. Dah tu siap tutup muka ummi pulak tu. Nasib baik tangan kecik aje, nampak jugak muka ummi yang comel ni. Hikhikhik.

Sebelom balik sekali lagi mintak hubby ambik gambar Ainn dengan Aisy kat depan restoran ni. Tengok tu kejamnya ummi terpaksa pegang Aisy sampai macam tu sekali sebab nak Aisy tengok depan. Hihihi takdelah kejam sangat pon.

Dalam kereta on the way balik Ainn tanya pasal harga kat hubby. Ainn tanya pendapat hubby harga maggi ketam udang galah je. Sebabnya kitorang pernah beli udang galah mentah yang belom dimasak harganya belas2 jugak. 5ekor jugak. Ini dah siap masak, dalam maggi pulak tu. Mungkin diorang dapat harga murah kot, kan borong.

Ainn cuba congak2 sendiri harga maggi ketam yang Ainn makan tadi. Rasa macam murah pulak, sebabnya kitorang makan tadi tak sampai pon RM50. Ainn tak tahu berapa berat ketam tadi, dan maggi yang tanpa ketam tu dikira macam mana.

Ini dia resit makan tadi. Oke berat ketam tu 3.4g. So harganya RM27.20. Maggi? Is it free? Dah la dalam tu ada bebola ketam dan udang jugak, walaupon udang saiz biasa restoran lain masukkan dalam menu masakan panas.

Kalau macam tu memang magginya tu free je la ya? Just bayar harga ketam je. Dan maggi udang galah pon rasanya. Entah2 bayar harga udang galah tu je.

Berbaloi2 je rasanya makan kat Relax Cafe ni. Recommended lah!

»Next time nak try ayam kampung madu pulak

Big Apple Donuts & Coffee Yang Mengecewakan

Sebenarnya ada cerita di sebalik kelewatan Ainn balik tadi. Siap urusan kat Maybank takdenya nak terus balik. Elok je suami isteri ni kaki jalan, kuat makan. Mestilah nak kena cari makan dulu. Pergi Tumpat tadi tak sempat nak jalan2 cari makan, so kita jalan2 cari makan kat Kota Bharu je lah. Penat je malam tadi berjaga cari tempat makan sedap kat Tumpat. Belom rezeki Ainn lagi nak merasa nampaknya.

Takpe, hari ni Ainn nak tuntut Big Apple Donut yang hubby janjikan dulu. Ikutkan masa tu plan nak pergi Aeon Bukit Indah, sebab dah lewat tak pergi pon. Sampailah Aisy dah 2bulan++ baru boleh tuntut. So Ainn ajaklah hubby ke KB Mall. Semata2 nakkan Big Apple Donuts oke!

Rasanya ini kali ke5 kot Ainn jejakkan kaki kat KB Mall. Tempat macam ni bukan choice Ainn lah. Tapi sebab nak Big Apple Donuts tu Ainn sanggup ke sini. Sebabnya Ainn tahu kat KB Mall je ada Big Apple Donuts kat Kelantan ni. Huhuhu teruk kan Ainn ni?

Kalau baru 5kali jejak kaki kat KB Mall ni paham2 sendiri je lah ye. Mana nak ingat lot Big Apple Donuts tu. Seingat Ainn dekat dengan KFC. So landmarknya KFC la ye. Pusing2 sampai ke hujung takde jumpa pon. Huh dah jadi macam kes cari Maybank kat Tumpat tadi je nampak gayanya ni. Dah frust dah, entah2 kat Tesco. So nak confirmkan kena tengok information board la kan.

Selingan jap:
Duk sibuk cari Big Apple Donuts tadi lalu kat kedai spec. Then hubby tanya, 'syg taknak tukar spek ke?' Hihi rezeki hari ni tukar spek baru. Tapi belom siap lagi la.

Sambungan:
Rupanya dah pindah dah. Dekat Pacific rupanya. Stall kecik je! Abes tu nak makan kat mana nanti? Terpaksa tapau la nampak gayanya. Ainn tengok2 macam tak banyak choice je. Flavour yang ada pon ada dalam 3-4bijik je. Tinggal sebijik je pon ada jugak. Ainn tengok sorang akak manis duk 'merias' donuts. Then ada sorang abang foreigner hensem serves Ainn. Alahai tak reti kecek Kelate la pulak mamat ni. Tak best betol bila kena cakap luai kat Kelatam nih. Berbelit pulak rasa lidah ni nak cakap luai.

Yang frustnya bila Ainn mintak durian flavor, jawapannya TAKDE! Frust betul. Yang teringin sebenarnya nakkan yang durian tu aje. Terpaksa banyak kali duk ulang alik kat kaunter tu nak pilih yang mana.

So inilah pilihan Ainn. Atas kiri *cheese* dan bawah kiri *mango + coconut* tu Ainn tak pernah rasa pon sebelom ni. Main pilih je. Mintak hubby pilihkan dia langsung taknak. Susah betul, tahu nak makan yang orang pilih je. Alasannya Ainn yang teringin kan, so Ainn la yang kena pilih. Masalahnya syg yang sy nak tu takde. Nampak donuts ni pon macam tak menarik je. Macam kedekut sangat accessories dia tu.

Dan bila makan agak frust dengan rasanya. Tak pernah Ainn rasa frust macam ni bila makan Big Apple Donuts sebelom ni. Tapi yang ni rasanya banyak yang tak menjadi. Bila suap kat hubby pon sama. Lagilah hubby kaki komplen. Macam donut tu yang lama je. Macam serap banyak minyak je. Macam kosong je. Macam itu. Macam ini. Macam2.

Kalau macam nilah gayanya Big Apple Donuts kat sini, tak peliklah kalau dari lot kedai pindah ke stall. Banned dah Big Apple Donuts kat KB Mall. Takde dah pergi KB Mall lagi semata2 nakkan Big Apple Donuts.

Alahai Maybank Part 2... Apa Yang Ada Di Tumpat?

Dah banyak hari hubby ajak pergi Maybank. Nak transfer duit kat sapa entah. Ainn bawak dia pergi Wakaf Bharu, lupa pulak kat Wakaf Bharu takde Maybank. Tahun lepas Ainn bayar deposit pelamin kat Maybank Tumpat. Inilah yang dikatakan 'lupa' ni salah satu nikmat Allah. Sebab 'lupa' lah Ainn dapat lepaskan gian nak makan aiskrim nyior kat Restoran Nadieya. Alhamdulillah rezeki.

Tadi hubby ajak pergi Tumpat, nak ke Maybank la tempat tujuannya. Puas pusing kat Bandar Tumpat tu tak jumpa pon Maybank. Ainn ni baru 2, 3 kali je ke Bandar Tumpat. Bab jalan memang susah nak ingat. Seingat Ainn Maybank tu letaknya dekat bangunan sejajar dengan Pasar Tumpat. Kalau masuk lorong pasar tu *pasar kat belah kanan* means Maybank pon duk belah kanan jugak.

2, 3 kali pusing still tak jumpa jugak. Yang jumpa BSN dan Agro Bank je. 'Takde apa pon kat Tumpat ni. Sedap je duk mengata kita yang duk dalam bukit, dalam hutan ni ulu. Bank 'besar' macam ni pon takde? At least kita *Gua Musang* ada banyak jugak bank. Maju sangat ke ni macam ni je? Dengan takde apa pon kat sini.' Itu antaranya bebelan hubby. Nak dikarang semuanya karang penat pulak nak menaip. Bla bla bla je la.

2, 3 kali pusing akhirnya Ainn perasan ada satu lot kedai tu dindingnya macam baru ditampal. Ya, kat sinilah Maybank tu! Dinding yang baru bertampal tu ATM Machine. Takkan dah tutup kot. Kan baru bukak je branch kat sini. Lagilah hubby bebel2. Maybank tak lakulah kat sini, Maybank tak pandai nak 'tarik' orang kampung bukak akaun Maybanklah. Macam2 yang dibebelkan.

Nak tak nak terpaksalah menghala ke Kota Bharu. Penat je berpusing kat Tumpat. Kan ke lebih baik ke Kota Bharu je terus tadi. Jaraknya lebih kurang aje. Cuma kat Bandar Tumpat tak jem macam kat Bandar Kota Bharu.

Balik petang tadi tok ayoh tanya. Yelah keluar sebelom Zuhur tadi dah Asar baru balik. Dahlah keluar tadi tak bagitahu apa pon. Kalau zaman sekolah dulu tiap kali nak pergi Kota Bharu awal2 lagi tok ayoh pesan pergi kejap2 je. Balik lewat sikit nasiblah siapa kat rumah tu kena bebel. Selagi tak sampai selagi tulah tok ayoh duk bebel. Bayangkan dibuatnya jalan jem ke, terlepas bas ke, bukannya tok ayoh ambik kisah pasal tu. Yang dia tahu cucu2 dia sampai awal kat rumah. So tak payah nak mengada nak pusing2 sakanlah kat bandar Kota Bharu tu.

Oke, berbalik kepada tok ayoh tadi. Ainn cerita je lah kisah mencari Maybank kat Tumpat tu. Dahlah kat Tumpat banyak kali pusing, kat Kota Bharu pon sama jugak. Asyik orang tunjuk jalan kita pusing stereng je boleh la. Kali ni sama2 'pening' dengan jalan kat Kota Bharu ni. Hah kali ni lagi jauh, lagi berbelit nak pusing.

Jawapan tok ayoh:
Maybank Tumpat tu dah tutup la!! Baru je tutup, bulan 12 ni la.

Huh memang betul la kot yang Ainn cakap tadi, lot kedai tu lah Maybank. Dan baru sama2 teringat Maybank sekarang ni dalam proses menutup branches. Penatkan diri je lah heh.

»syg, banyak sebenarnya yang ada di Tumpat ni. Walaupon bandar Tumpat tak semaju bandar Gua Musang tapi kat sinilah sy dilahirkan, kat sinilah kampong sy, kat sinilah saudara sy. Banyaknya yang ada di Gua Musang takde di Tumpat, banyak jugak yang ada di Tumpat takde di Gua Musang. Bukan antara Tumpat - Gua Musang je, mana2 pon sama aje. Semaju2 KL tu ada pantai? Setakat Pantai Dalam boleh la.

Monday, December 5, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan Wakaf Bharu: Aiskrim Kelapa a.k.a Aiskrim Nyior & Mi Cambol

Tiap kali balik kampung tok ayoh mesti nak pekena aiskrim kelapa ni. Atau bahasa kampungnya aiskrim nyior. Dan tiap kali nak merasai kenikmatan aiskrim nyior ni pilihan Ainn semestinya di Restoran Nadieya. Letaknya betul2 belakang bangunan pasaraya PKT Wakaf Bharu.  Sebelom ni Ainn pernah cuba aiskrim nyior ni kat tempat lain, tapi rasanya tak sesedap di Restoran Nadieya.

Pernah nak pekena aiskrim ni kat sini tapi tempah dah penuh, yang menunggu turn pun ramai so kitorang decided try makan kat restoran sebelah dia je. Restoran tu kejap je bukak, sekarang dah takde. Walaupom harganya sama tapi isinya sangat mengecewakan. Setakat air kelapa + aiskrim yang dihidang dalam buah kelapa. Isi kelapanya langsung tak ada, apa lagi accessories lain. Lepas dari kes tu kalau nak pekena aiskrim nyior ni mesti nak kena pergi Restoran Nadieya jugak.

Semalam Ainn ajak hubby pergi rumah mokngoh, ada kerja sikit pasal majlis akikah next week. Dah alang2 nak pergi situ Ainn request la nak lepaskan keinginan Ainn tu. Rasanya hubby tak pernah rasa lagi kot aiskrim nyior ni. Bawak dia makan situ dulu dia order air lain rasanya.

Welcoming drink. Selalunya kat tempat lain hidangkan teh, dalam cawan kecik macam teh Cina. Kat sini pulak air kosong, sejuk oke. Kena tunggu ais tu cair dulu baru Ainn boleh minum. Ngilu gigi minum air sejuk macam ni, guna straw takpe pulak. Hihihi acah2 orang bandar gitu nak guna straw bagai.

Ini dia aiskrim nyior dah sampai. Isi dalam tu macam tak nampak sangat kan. Semestinya ada air kelapa, isi kelapa *kena toreh sendiri* dan aiskrim. Accessories dia ada macam2. Yang paling Ainn suka ada biji kabung. Apa tu biji kabung? Tak kenal ek? Entahlah ye kat sini panggil buah/butir kabung, kat luar biji kabung jugak kot. Hihihi. Dan ada jugak macam jelly kot, kismis, coklat urai sikit.

Dan ada pulut jugak! Dah ada pulut dalam aiskrim ni maknanya ada jugak la ye menu pulut. Ada pulut mangga, pulut durian. Pulut durian tu bermusim la kot. Teringin sebenarnya nak mintak pulut mangga tapi takut Aisy kembung perut pulak kesian Aisy nanti.

Lama sikit la nak kena tunggu untuk menu ni. Inilah namanya mi cambol. Betul ke tak ek ejaannya macam tu? Lantaklah. Cambo ke, cambol ke, camboo ke, janji sebutannya betul. Tapi Ainn punya ni bukannya mi, ini kuetiaw cambol. Hubby punya barulah betul, mi cambol. Minya tu boleh pilih nak mi ke, bihun ke, kuetiaw ke. Nak campur2 pon boleh.

Mi ni lebih kurang macam mi sup je. Ada sayur kangkung sikit, dan lauk frozen cocktail. Boleh nampak kan apa yang ada dalam tu. Aha ada jugak hirisan daging.

Inilah menu wajib Ainn kalau kat sini. Kalau nak pekena aiskrim nyior mesti kat Restoran Nadieya. Dah order aiskrim nyior mesti mintak jugak kuetiaw cambol atau mi campur cambol.

Nak ke Restoran Nadieya ni senang je senenarnya. Dekat je dengan roundabout Wakaf Bharu. Tapi ramai yang confuse akan keluar susur ke Wakaf Bharu. Sebenarnya ke susur depan lagi satu, ke Pengkalan Kubor kalau tak silap Ainn. Kalau dari Kota Bharu atau dari Pasir Pekan ambik pukul12 punya. Jangan keluar yang pukul9 pulak. Nak ke situ pon boleh sebenarnya nanti jalannya boleh pusing ke situ jugak. Tapi senangnya ambik yang pukul12 la. Jalan depan sikit je ada simpang kanan, Restoran tu duk sebelah kiri betul2 depan simpang tu.

Balik dari makan kat situ semalam perasan ada restoran baru bukak. Maggi ketam! Boleh cuba ni. Hubby pon dah bagi hint macam nak pergi situ jugak nanti. Hihi.

Thursday, December 1, 2016

Special Birthday Gifts

Today is my birthday. Hihihi it was yesterday actually. Alah xbest la belom tido lagi dah cakap semalam. Tak payah ikut sangatlah jam tu. Nak jugak cakap hari ni birthday Ainn. Hihihi.

Ikutkan sebenarnya dah lupa dah. Dah busy dengan anak ni tarikh pon dah lupa. Dah tak ingat dah hari ni berapa hari bulan. Ni baru anak sorang, belom lagi 2orang ke 3orang. Sikit lagi tak tahulah macam mana.

Nak tidur malam tadi hubby asyik tanya je dah nak tidur ke? Dia duk menunggu detik 12malam la tu. Nak jadi orang pertama yang wish la ye syg? Terkejut jugak dalam pada nak tidur tu tiba2 hubby wish birthday, siap dengan doa2 dialah. Amiin. Inshaa Allah makbul doa syg.

Sebab terkejut tu satunya Ainn lupa tarikh hari ni. Tarikh birthday Ainn still ingat ye. Keduanya hubby boleh ingat hari ni birthday wife dia! Maklumlah hubby tersangatlah 'romantik'. Tahun lepas nak kena merajuk dulu baru nak ingat. Pulak tu kalau cakap pasal birthday Ainn je dia mesti duk cakap birthday Ainn is on 31st November. November ada 31hari ke syg?

Banyak special gifts yang Ainn dapat hari ni. Ainn share sikit2 ajelah ye. Ni antaranya je lah.

Bangun pagi tadi bukak paip tahu2 je air takde! Aduh nak masak macam mana ni? Pinggan mangkuk dah penuh sinki. Semalam pon takde air jugak, malam baru ada. Tapi malam tu duk layan rasa malas tak terus dicuci semua tu. Periuk kuali semua dah digunakan, dan belom bercuci. Nak makan apa hari ni? Pagi2 lagi dah dapat special gift dari Kelantan Water. Kelantan Water ke yang bagi hadiah ni? Ke orang yang kerja jaga tangki air? Entahlah, tak kisahlah sape yang bagi tu. Terpaksalah terima hadiah ni jugak.

Bila dah tak boleh masak terpaksalah makan kat luar. Ingatkan nak ajak hubby pergi Chiku je. Belom pon Ainn bagitahu hubby dah ajak pergi Gua Musang. Dan yang bestnya bawak Aisy sekali! Selalu nak pergi mana2 kena tinggalkan Aisy kat rumah ma. Hari ni boleh spend time together dengan hubby and the little one. Walaupon setakat pusing2 bandar Gua Musang. Itu lebih bermakna.

Dah alang2 kat Gua Musang Ainn pergi Bank Islam. Nak buat apa lagi kat situ? Kad ATM dah tukar. Kali ni nak tutup akaun pulak. Terima kasih En. Afiq yang tolong tutupkan akaun saya tu. Akaun dah tak aktif kan buat apa nak simpan buat pekasam. Tiap2 tahun kena caj RM10, tak tahulah kena caj GST ke tak. Dah pernah nak tutup akaun ni kat Bank Islam Kulai, kat sana cakap tak boleh tutup. Tadi boleh je tutup, takde masalah pon. Dan yang bestnya Ainn ingatkan dalam akaun tu ada RM100 je. Sekali transfer ke another akaun yang aktif dapat RM2XX. Tu dah tolak service caj, GST included of course. Kalau takde caj tu rasanya dapat RM3XX. Kalau tak ditutup akaun tu setahun Bank Islam ambik RM10 lesap macam tu je duit Ainn ratus2 tu. Rezeki terpijak on my birthday. Alhamdulillah.

Dan sebelah Bank Islam rupanya pusat rawatan Sinar Permata. Ingat lagi tak Ainn pernah share pengalaman Ainn dapatkan rawatan kat HQ Sinar Permata tahun lepas? Rasanya macam dah serik nak ke situ lagi. Tapi rasa nak try service kat sini pulak. Manalah tahu service kat sini oke kan. Nak try service kat Uda asyik tertangguh je. Yang ni Ainn cerita lebih lanjut kemudian nanti ya. Thanks ye hubby payungkan sy caj rawatan kat sini tadi.  Dan tolong jagakan Aisy sepanjang rawatan yang lama sikit tadi tu. Hihihi dapat hadiah berupa rawatan untuk kesihatan daripada hubby.

Nak balik tadi kitorang belikan KFC. Singgah rumah ma dulu. Yayy dah ada air!!! Bolehlah kemas dapur malam ni. Tapi bila balik kat rumah takde pon air. Bukak paip kat dapur tak keluar air, paip kat tandas pon sama. Angin pon takde keluar. Aduh dapat lagi hadiah daripada Kelantan Water/penjaga tangki air Aring 1.

Hubby keluar beli burger untuk dinner. Nak isi air kat mesin air tu boleh pulak. Kiranya air dah ada la kan? Kat rumah ma tadi pon dah ada air. Kat rumah ni dah malam pon masih tak sampai lagi ke airnya?

Ainn dah pikir lain. Mungkin bekalan air dah kena potong kot. Lagi satu kemungkinan ada la tu sape2 yang tutupkan paip depan rumah ni. Bila mintak hubby tengokkan, ya, paip depan tu tertutup! Ya Allah, sapelah yang rajin sangat nak tutup paip tu? Hadiah birthday paling istimewa la ni kiranya ya.

Kesian hubby penat angkut air masukkan dalam washing machine tadi. Sempatlah 2,3kali angkut. Ainn tadi pon dah bayangkan nak cuci pinggan mangkuk semua tu nampak gaya kena angkut air jugaklah. Disebabkan special birthday gift yang tersangat special inilah Ainn terpaksa buat kerja tu semua hingga lewat malam. Hah ni nak cuci baju rasanya tadi sempat siap baju Aisy je. Nak tidur ni hubby masukkan cadar. Nampak gaya baju ummi dan abi  kena sambung esok la ye.

Terpaksa tidur lewat malam ni sebab 'celebrate' birthday dengan special gifts dari hamba Allah yang tutupkan paip depan rumah ni.