Nuffnang Ads

Tuesday, December 12, 2017

Sedikit Perkongsian Di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Nak sambung sikit pengalaman ke MARDI Agrotechnology Park. Memandangkan kami stay kat Apartment MARDI so kami ke sini jalan kaki je la. Kasi abang bas tu rehat cukup2. Anak2 pon tak semua yang ikut.

MARDI ni tutup setiap hari Selasa tau. Kena plan betol2 kalau nak ke sini. Dibuatnya hari yang nak ke sini hari Selasa tak dapat nak masuk. During school holidays tak sure la pulak kot2 bukak setiap hari ke. Sebelom2 ni tutup hari Isnin, nasib baik kitorang buat2 tanya sebelom pergi tu.

Tiket masuk ke sini RM5 untuk dewasa. Kalau pergi rombongan kira 1bas harga lain, jimat sikit. Kalau dah stay kat Apartment MARDI masuk free ye. Kitorang hari tu bukan main pergi ke depan nak bayar fee entrance. Nasib baik kakak kaunter tu tanya, sebab nampak kitorang jalan kaki je dari belakang. Jimat dah kat situ. Boleh cover fee kat Lavender Garden tadi.

Sejujurnya kunjungan Ainn kali ni ke sini macam kurang sikit bestnya tu. Sebabnya Ainn pernah datang sini tumbuhan2 kat sini tengah membesar dengan galaknya. Memang jakun jugak la tengok daun kucai gergasi. Kali ni macam hidup segan mati tak mahu pon ada. Bukan keadaan tumbuhan tu, tapi persekitaran kat situ. Tumbuhan2 tu nampak macam baru ditanam je, so takde la saiz gergasi macam Ainn pergi dulu. Rasa excited nak bergambar tu takde. Biasa2 je.

Mood nak bergambar dah hilang. Layan aje lah beberapa keping gambar yang Ainn share ni.

Masing2 duk tertanya2 ni buah apa. Labu air kan ni? Ke Ainn silap? Hihi. Yang tak sukanya mesti ada je yang nak tunjuk tangan ktetif tu. Aduh kat buah ni pon nak abadikan nama korang ke?

Ini pokok apa? Selalu tengok yang dah kering je kan. Ni yang fresh punya. Ainn pernah tengok pokok rosemary sebelom ni, cuma tak pernah tengok pokok sebesar ni je. Agak jakun jugak.

Masing2 duk pelik pokok apa ni. Itu kan daun salad. Tapi kat tag tu kubis ungu? Kubis ungu kat belakang tu hah.

Ini pon pokok herba jugak. Plan memang nak beli pokok2 herba ni, tapi hubby macam tak support je. Kan sedap kalau masak guna fresh hebs, berbanding ngan duk guna yang dah kering tu. Alahai teringat pulak thyme ummi yang Aisy sepahkan.

Herba lagi? Inilah daun pudina. Buat air detox sedap ni.

Agak2 boleh lawan kubis Cikgu Amer tak?

Rasa menariknya nak bergambar kat sini sebab ada tomato ceri merah dan hijau. Kalau semuanya merah or semuanya hijau takde rasa kot nak bergambar kat sini.

On the way nak balik ke apartment sempat lagi bergambar ngan kincir air ni.

Sebelom masuk bilik bergambar jap ngan pokok teh depan apartment. Nak pergi ladang teh esoknya, kita bergambar dengan pokok teh sini dulu.

Ni esoknya singgah kejap semata2 nak bergambar kat sini. Abadikan namanya.

Nampak gayanya nak kena bukak album lama la nak tengok gambar kat sini yang cantik2.

Bergambar Sepuasnya Di Cameron Lavender Garden

Dah kenyang pekena nasi berlauk pagi ni ambik mood sikit nak share gambar2 kat Lavender Garden. Kat sini boleh dikatakan setiap sudut, setiap inci memang cantik untuk bergambar.

Ni mula2 turun bas. Kat tepi jalan je. Cantik kan pemandangan kat sini. Kita duk tempat tinggi nampak kat bawah tu. Ni masih kat luar, belom masuk Lavender Garden lagi.

Oke, sebelom masuk kita ambik gambar kat sini dulu.

Beratur nak masuk. Ada sedikit salah faham kat sini. Lari budget sikit la, tapi tak melibatkan anak2. Ikutkan nak masuk sini bayarannya RM10 untuk dewasa, kanak2 dah lupa, OKU free je. Bukan main Ainn search contact number nak mintak free entrance. Tapi tak dapat pon. Cuma untuk cikgu2 dia bagi harga tiket kanak2. Dengan syarat kena bawak surat sekolah. Bila dah sampai sini takde pon semua tu?! Silap Ainn jugak lupa nak tanya dengan siapa yang Ainn bercakap tu, dan save phone numbernya jugak. Diorang yang jaga kaunter tu bukannya tahu kalau orang atasannya tak bagitau. At least bila dah ada semua tu boleh jadi bahan bukti. Jadi terpaksa la bayar dengan harga biasa jugak. Takpe kita belajar dari kesilapan.

Ni pon belom masuk lagi ye. Cuma angle dari dalam. Nampak tak pintu masuk dan pintu keluar yang sama aje. Haisy Cikgu Dila dan Kak Mira ni pon, Cikgu Nurul nak ambil gambar anak2 kat belakang tu diorang bukan main posing siap buat ✌️ lagi.

Tarikan pertama anak2. Ni kat pintu masuk je.

Kat dinding rumah lavender atas tadi tu boleh gantung love lock ni. Sape yang pergi dengan pasangan boleh la main gantung2 ni. Tapi kena bayar tau. Berapa entah harganya, Ainn tak gantung pon. Macam budak2 je rasanya. Ops!

Cikgu Amer cakap 'sorang ambik 1 rumah!' Wah berebut diorang ye. Mana yang tak sempat tu memang tak dapat. Tak dapat masuk gambar jugak. Yang belakang2 tu dapat rumah ke?

Boleh nampak kan, bukan lavender je yang ada kat sini. Macam2 jenis bunga ada.

Bila Aisy ada orang yang pegang, masa ni la nak sweet2 ngan hubby. Sweet la sangat!! Sebenarnya nak ambik gambar kat panda tu tapi malas nak menunggu ada 1group tu bukan main gilir2 diorang bergambar kat situ.

Ni dah kat atas. Bukan lavender aje, asal namanya warna ungu Ainn suka je.

Bagi kat model cilik kita posing sorang2 pulak.

Ni kat tengah2 pulak. Nampak tak kiri kanan tu tempat yang sama je ngan 2gambar atas tadi.

Naik atas lagi. Singgah sat ambik gambar kat sini.

Dah sampai atas kita beli desserts dulu ye. Kat sini ada flavour strawberi je.

Mushroom pon ungu oke. Bila hubby selfie bukannya nak tukar mode camera tu. Tak suka la guna beautify mode ni. Memang la muka nampal glowing je, nampak tak betapa fakenya kat situ.

Moh le kita makan2 dulu. Suka Aisy dapat makan strawberi.

Dah siap makan kita sambung bergambar lagi ye. Hati2 prince keluar dari istana tu, ada orang dah ready nak kidnap tu.

Agak2 jam tu hidup ke tak?

Bidadari comel yang dijaga oleh seorang jejaka kacak. Kacak? πŸ€”πŸ€”πŸ€”

L❤️VE

Kali ni kita duduk dalam ❤️ pulak.

Tolong! Tolong! Saya nak kena makan ngan bunga ni!! Takut ke suka bang? Tengok muka macam suka je.

Kumbang ke rama2 ni? Tak kisah la apa2 pon, jangan jadi S*j*t dah la ye nak.

Oke sambung dengan bunga lagi.

Wah bukan main ye semua duk menikmati keharuman bunga2 tu. Ai Sri, tengok aje ke?

Kolam pon ada jugak. Mesti la ada bunga jugak dalam tu. Bunga apa hidup dalam kolam? Jawab la sendiri.

Dah nak turun sempat lagi ye korang posing kat sini.

Aisy Mikaeil dan 7 Awang Kenit. Aisy pon kenit jugak. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

2anak ini macam tak berminat aje. Duduk aje la kat bench tu.

Ni dah nak keluar. Laluan peniaga yang jual macam2 barangan cenderamata. Strawberi yang dah siap packing pon ada dijual kat sini.

Ummi pon nak jugak ambik gambar dengan view kereta2 kat tempat parking tu. Hihihi. Oh ye jangan lupa ye try aiskrim lavender kat sini. Walaupon rasanya macam tak boleh nak lalu je kat anak tekak ni. Tapi Aisy suka je.

Kalau nak jadi jagungman pon boleh kat sini. Jagungman? Macam tak sedap je. Rosak bahasa duk gabung 2bahasa macam tu. Cornman la. Boleh?

Ni saje nak bagitau, sape ye yang duk kata jam tadi tak hidup? Pandai2 je ek. Cuba tengok jarum jam tu kat gambar ni ngan gambar atas tadi.

Last ye, view dari bawah. Cantik sangat.

Kalau ikutkan tak puas lagi duk pusing2 dalam tu. Dah ikut orang ni je la masalahnya, nak kena ikut masa yang ditetapkan. Kalau pergi sendiri boleh duk sekejap2 je tempat kita tak suka, usha kejap2 je. Kalau tempat kita suka boleh nak berlama2 lagi, explore lagi. Biar berbaloi ngan bayaran nak masuk tu.

Monday, December 11, 2017

Apa Yang Menarik Di Green View Garden Cameron Highland

Tadi dah cerita itinerary, kali ni nak cerita satu2 tempat yang kitorang pergi pulak. Ikut turn ye. Semestinya dimulakan dengan Green View Garden.

Ini kat depan Green View Garden tu ye. Eh, tu kan Avant Chocolate? Hihi ye2, Green View Garden kat sebelah tu la. Bangunannya bersambung macam huruf L, kan both Avant Chocolate dan Green View Garden ni 1 company je. Ingat sofa je ke ada L shape? Hihi Aisy tu duk ngadap kat depan Green View Garden la. Lengang je masa ni. Kan pagi lagi, nak pulak weekdays, schooldays.

Sedikit pengenalan, Green View Garden ni letaknya betol2 tepi jalan besar. Kalau dari Simpang Pulai, letaknya kat belah kiri. Dari jauh dah nampak dah bunting yang digantung di tepi2 jalan. Parking pon disediakan agak besar jugak. Besar tak besar time school holidays sampai tepi2 jalan pon ada yang park. Penuh πŸšƒπŸšŒπŸšπŸš—.

Nak masuk sini free je. Nak makan nak feed haiwan2 kat dalam tu je kena bayar. Sebab nak cut cost no animals feeding ye anak2. Kalau nak jugak feed them bayar duit sendiri. Kalau nak makan2 pon bayar guna duit sendiri jugak oke. Kita masuk tengok2 ambik gambar je.

Antara haiwan yang ada kat dalam tu. Apa tu? Alahai kesian budak2 sekarang dah tak kenal haiwan ternakan macam ni. Meh balik kamping meh, kita main kejar2 ngan itik ni.

πŸ‡πŸ° pon ada. Aisy tak payah cerita la. Suka je dia kalo ngan haiwan. Tak kira haiwan apa, so far tak pernah dia tolak. Jauh pulak πŸ‡πŸ° tu ye.

Anak2 yang lain dah sibuk bergambar kat bunga. Jom la Aisy kita ambik gambar kat bunga jugak. Ikutkan tak boleh masuk melepasi tali tu ye πŸ˜„

Hubby dah πŸ‘Œ sikit lepas duduk berehat tadi. Mintak ambik gambar pon dia on je. Cuma muka ada sedikit ketat lagi la. Oh nak cerita pasal benda kat belakang tu. Kenal ke idok? Kat rumah tok ayah ada lagi sarang burung ni duk tergantung dekat dengan jendela depan. Sarang burung dibuat daripada buah kelapa yang ditebuk. Anak2 zaman sekarang pernah jumpa ke? Aisy pon nak kena balik rumah onyang dia la kalau nak tengok benda ni. Rumah tok wan dan tok bah ni sangkar burung tu ada la.

Eh2 sekali tengok nampak macam Aisy pegang je 🌻 kat bawah tu. Ok nampak tak bangunan warna-warni kat belakang tu? Macam kat obesi pulak. Tak payah nak pergi jauh2, datang je ke Green View Garden ni. Pastu buat la caption ala2 kat obesi nun.

πŸ™Œ ada jugak gambar kitorang 1family. Nampak macam ummi je yang nak bergambar. Abi and Aisy tu macam terpaksa je πŸ™„

Bunga lavender. Haruslah kena posing kat sini. Favourite flower ummi ni. Again ye, dilarang melepasi tali tu πŸ˜„πŸ˜„

Kali ni model cilik kita dengan Syakeer pulak. Eh Syakeer tengok sape tu? Ada orang lain ambik gambar korang jugak ke? Agaknya apa la Aisy duk pikir tu. Tak suka kot Abang Syakeer duk pegang2 kepala dia. Haa apa kat belakang tu? Burung kasawari kot. Ek?

Kincir angin pon ada.

Cuba teka pokok apa kat atas tu? Ha inilah pokok πŸ‡. Masa kami pergi tu musim πŸ‡ dah lepas. Eh, ke baru nak berbuah? Entah lah, senang cakap bukan musimnya la. Tapi Ainn jumpa segugus πŸ‡ kat atas kepala Aisy tu. Hah nampak tak? Nampak tak? Cepat besarkan gambar ni. Cepat carik...

πŸ‘Œ la... Ainn snap buahnya aje ye. Nak kena zoom la pulak. Nampak tak kependekan diriku ini. Hah macam mana? Dah nampak dah? Tak nampak jugak? Oke Ainn bagitau ye, kat space antara Ainn dan Natrah tu, hah baris tu la. Kat bahagian atas ye. Tak nampak jugak? Ambik πŸ”Ž. Tak nampak jugak? Tak dapat la ceq nak nolong eh.

Tadi pasal buah πŸ‡. Ni jangan kata tak nampak jugak ek? Atau jangan kata tak kenal ni buah apa. Saje ada yang nak kena sekeh kepala tu. Haa saje je nak tunjuk buah πŸ“ yang tak berapa nak cantik bentuknya. Selalu duk tengok buahnya elok je bentuknya kan. Ni ha akak nak tunjuk tak semua buah πŸ“ tu cantik ye. Dan akak nak pesan jugak ni, tak semestinya bentuknya tak berapa nak cantik ni rasanya tak sedap. Entah2 yang ni rasanya lagi manis berbanding buah lain yang kononnya cantik sangat tu. Wan Xuan mana Wan Xuan? Suka sangat duk kata dia cantik macam πŸ“ kan? Cantik macam ni ke Wan Xuan?

Untuk anak2 yang tak layan sangat 🌸🌹πŸ₯€πŸŒ·πŸŒ» tu boleh try main benda alah ni. Tak ramai orang tak payah berebut or tunggu turn. Main je sampai puas.

Ada jugak kolam 🐠. Sebelah je ngan tempat makan. Aisy tu la bila dah ada air + 🐟 mana nak layan ummi nak ambik gambar dia.

Bukan Aisy aje, Yaya dan Nayfa pon suka. Tenang je kan.

Dah nama pon rombongan sekolah kan. Mesti la ada gambar anak2 syurga ni jugak. Eh Cikgu Amer pon nak nyelit jugak?

Haa ni lah dia tempat makan yang Ainn cakap tadi. Kat Green View Garden ni ada jual macam2 jugak tau. 🍰 la kalau nak Ainn suggest. Belakang nun kolam ikan tadi.

Ikutkan besar jugak Green View Garden ni. Tapi kitorang tak berlama2 pon kat sini. Mungkin sebab takde orang lain melainkan kitorang je kot kat sini, itu yang rasa agak sunyi sikit. Kurang la meriahnya. Cuba datang on school holiday, baru tau macam mana meriahnya kat sini.

Nak tambah sikit je lagi. Selain desserts ada jugak jual buah dan sayur kat sini.