Tadi dah cerita itinerary, kali ni nak cerita satu2 tempat yang kitorang pergi pulak. Ikut turn ye. Semestinya dimulakan dengan Green View Garden.
Ini kat depan Green View Garden tu ye. Eh, tu kan Avant Chocolate? Hihi ye2, Green View Garden kat sebelah tu la. Bangunannya bersambung macam huruf L, kan both Avant Chocolate dan Green View Garden ni 1 company je. Ingat sofa je ke ada L shape? Hihi Aisy tu duk ngadap kat depan Green View Garden la. Lengang je masa ni. Kan pagi lagi, nak pulak weekdays, schooldays.
Sedikit pengenalan, Green View Garden ni letaknya betol2 tepi jalan besar. Kalau dari Simpang Pulai, letaknya kat belah kiri. Dari jauh dah nampak dah bunting yang digantung di tepi2 jalan. Parking pon disediakan agak besar jugak. Besar tak besar time school holidays sampai tepi2 jalan pon ada yang park. Penuh ππππ.
Nak masuk sini free je. Nak makan nak feed haiwan2 kat dalam tu je kena bayar. Sebab nak cut cost no animals feeding ye anak2. Kalau nak jugak feed them bayar duit sendiri. Kalau nak makan2 pon bayar guna duit sendiri jugak oke. Kita masuk tengok2 ambik gambar je.
Antara haiwan yang ada kat dalam tu. Apa tu? Alahai kesian budak2 sekarang dah tak kenal haiwan ternakan macam ni. Meh balik kamping meh, kita main kejar2 ngan itik ni.
ππ° pon ada. Aisy tak payah cerita la. Suka je dia kalo ngan haiwan. Tak kira haiwan apa, so far tak pernah dia tolak. Jauh pulak ππ° tu ye.
Anak2 yang lain dah sibuk bergambar kat bunga. Jom la Aisy kita ambik gambar kat bunga jugak. Ikutkan tak boleh masuk melepasi tali tu ye π
Hubby dah π sikit lepas duduk berehat tadi. Mintak ambik gambar pon dia on je. Cuma muka ada sedikit ketat lagi la. Oh nak cerita pasal benda kat belakang tu. Kenal ke idok? Kat rumah tok ayah ada lagi sarang burung ni duk tergantung dekat dengan jendela depan. Sarang burung dibuat daripada buah kelapa yang ditebuk. Anak2 zaman sekarang pernah jumpa ke? Aisy pon nak kena balik rumah onyang dia la kalau nak tengok benda ni. Rumah tok wan dan tok bah ni sangkar burung tu ada la.
Eh2 sekali tengok nampak macam Aisy pegang je π» kat bawah tu. Ok nampak tak bangunan warna-warni kat belakang tu? Macam kat obesi pulak. Tak payah nak pergi jauh2, datang je ke Green View Garden ni. Pastu buat la caption ala2 kat obesi nun.
π ada jugak gambar kitorang 1family. Nampak macam ummi je yang nak bergambar. Abi and Aisy tu macam terpaksa je π
Bunga lavender. Haruslah kena posing kat sini. Favourite flower ummi ni. Again ye, dilarang melepasi tali tu ππ
Kali ni model cilik kita dengan Syakeer pulak. Eh Syakeer tengok sape tu? Ada orang lain ambik gambar korang jugak ke? Agaknya apa la Aisy duk pikir tu. Tak suka kot Abang Syakeer duk pegang2 kepala dia. Haa apa kat belakang tu? Burung kasawari kot. Ek?
Kincir angin pon ada.
Cuba teka pokok apa kat atas tu? Ha inilah pokok π. Masa kami pergi tu musim π dah lepas. Eh, ke baru nak berbuah? Entah lah, senang cakap bukan musimnya la. Tapi Ainn jumpa segugus π kat atas kepala Aisy tu. Hah nampak tak? Nampak tak? Cepat besarkan gambar ni. Cepat carik...
π la... Ainn snap buahnya aje ye. Nak kena zoom la pulak. Nampak tak kependekan diriku ini. Hah macam mana? Dah nampak dah? Tak nampak jugak? Oke Ainn bagitau ye, kat space antara Ainn dan Natrah tu, hah baris tu la. Kat bahagian atas ye. Tak nampak jugak? Ambik π. Tak nampak jugak? Tak dapat la ceq nak nolong eh.
Tadi pasal buah π. Ni jangan kata tak nampak jugak ek? Atau jangan kata tak kenal ni buah apa. Saje ada yang nak kena sekeh kepala tu. Haa saje je nak tunjuk buah π yang tak berapa nak cantik bentuknya. Selalu duk tengok buahnya elok je bentuknya kan. Ni ha akak nak tunjuk tak semua buah π tu cantik ye. Dan akak nak pesan jugak ni, tak semestinya bentuknya tak berapa nak cantik ni rasanya tak sedap. Entah2 yang ni rasanya lagi manis berbanding buah lain yang kononnya cantik sangat tu. Wan Xuan mana Wan Xuan? Suka sangat duk kata dia cantik macam π kan? Cantik macam ni ke Wan Xuan?
Untuk anak2 yang tak layan sangat πΈπΉπ₯π·π» tu boleh try main benda alah ni. Tak ramai orang tak payah berebut or tunggu turn. Main je sampai puas.
Ada jugak kolam π . Sebelah je ngan tempat makan. Aisy tu la bila dah ada air + π mana nak layan ummi nak ambik gambar dia.
Bukan Aisy aje, Yaya dan Nayfa pon suka. Tenang je kan.
Dah nama pon rombongan sekolah kan. Mesti la ada gambar anak2 syurga ni jugak. Eh Cikgu Amer pon nak nyelit jugak?
Haa ni lah dia tempat makan yang Ainn cakap tadi. Kat Green View Garden ni ada jual macam2 jugak tau. π° la kalau nak Ainn suggest. Belakang nun kolam ikan tadi.
Ikutkan besar jugak Green View Garden ni. Tapi kitorang tak berlama2 pon kat sini. Mungkin sebab takde orang lain melainkan kitorang je kot kat sini, itu yang rasa agak sunyi sikit. Kurang la meriahnya. Cuba datang on school holiday, baru tau macam mana meriahnya kat sini.
Nak tambah sikit je lagi. Selain desserts ada jugak jual buah dan sayur kat sini.
No comments:
Post a Comment