Nak sambung sikit pengalaman ke MARDI Agrotechnology Park. Memandangkan kami stay kat Apartment MARDI so kami ke sini jalan kaki je la. Kasi abang bas tu rehat cukup2. Anak2 pon tak semua yang ikut.
MARDI ni tutup setiap hari Selasa tau. Kena plan betol2 kalau nak ke sini. Dibuatnya hari yang nak ke sini hari Selasa tak dapat nak masuk. During school holidays tak sure la pulak kot2 bukak setiap hari ke. Sebelom2 ni tutup hari Isnin, nasib baik kitorang buat2 tanya sebelom pergi tu.
Tiket masuk ke sini RM5 untuk dewasa. Kalau pergi rombongan kira 1bas harga lain, jimat sikit. Kalau dah stay kat Apartment MARDI masuk free ye. Kitorang hari tu bukan main pergi ke depan nak bayar fee entrance. Nasib baik kakak kaunter tu tanya, sebab nampak kitorang jalan kaki je dari belakang. Jimat dah kat situ. Boleh cover fee kat Lavender Garden tadi.
Sejujurnya kunjungan Ainn kali ni ke sini macam kurang sikit bestnya tu. Sebabnya Ainn pernah datang sini tumbuhan2 kat sini tengah membesar dengan galaknya. Memang jakun jugak la tengok daun kucai gergasi. Kali ni macam hidup segan mati tak mahu pon ada. Bukan keadaan tumbuhan tu, tapi persekitaran kat situ. Tumbuhan2 tu nampak macam baru ditanam je, so takde la saiz gergasi macam Ainn pergi dulu. Rasa excited nak bergambar tu takde. Biasa2 je.
Mood nak bergambar dah hilang. Layan aje lah beberapa keping gambar yang Ainn share ni.
Masing2 duk tertanya2 ni buah apa. Labu air kan ni? Ke Ainn silap? Hihi. Yang tak sukanya mesti ada je yang nak tunjuk tangan ktetif tu. Aduh kat buah ni pon nak abadikan nama korang ke?
Ini pokok apa? Selalu tengok yang dah kering je kan. Ni yang fresh punya. Ainn pernah tengok pokok rosemary sebelom ni, cuma tak pernah tengok pokok sebesar ni je. Agak jakun jugak.
Masing2 duk pelik pokok apa ni. Itu kan daun salad. Tapi kat tag tu kubis ungu? Kubis ungu kat belakang tu hah.
Ini pon pokok herba jugak. Plan memang nak beli pokok2 herba ni, tapi hubby macam tak support je. Kan sedap kalau masak guna fresh hebs, berbanding ngan duk guna yang dah kering tu. Alahai teringat pulak thyme ummi yang Aisy sepahkan.
Herba lagi? Inilah daun pudina. Buat air detox sedap ni.
Agak2 boleh lawan kubis Cikgu Amer tak?
Rasa menariknya nak bergambar kat sini sebab ada tomato ceri merah dan hijau. Kalau semuanya merah or semuanya hijau takde rasa kot nak bergambar kat sini.
On the way nak balik ke apartment sempat lagi bergambar ngan kincir air ni.
Sebelom masuk bilik bergambar jap ngan pokok teh depan apartment. Nak pergi ladang teh esoknya, kita bergambar dengan pokok teh sini dulu.
Ni esoknya singgah kejap semata2 nak bergambar kat sini. Abadikan namanya.
Nampak gayanya nak kena bukak album lama la nak tengok gambar kat sini yang cantik2.
No comments:
Post a Comment