Nuffnang Ads

Friday, June 3, 2016

Continuous Activity: Eco-Flora

Lepas berkenalan dengan fauna kat zoo kita berkenalan pulak dengan flora. Hari ni dah tak naik bas macam semalam, kita naik kereta je.

Disebabkan lesen Cikgu Nurul dah mati, terpaksa la mintak tolong Mr. Hubby drive bawak anak2 ni. Dah dekat setahun pon sebenarnya lesen tu mati, mati2 duk ingatkan hujung tahun ni. Ni duk tunggu Cikgu Wahida, dia ada check up, sempat selfie jap. Turn dia dah tinggal sorang je lagi q, dia nak ikut jugak la.

Dah sampai jangan lupa register dulu ya. Dapat pakai 'gelang'. Lupa pulak nak snap pic 'gelang' mahal tu. Hihihi. Macam tak biasa pulak pakai 'gelang' mahal. Pergi Zoo Negara, Sunway Lagoon, kan dia bagi 'gelang' tu.

Banyak bunga2 kat situ. Macam2 jenis bunga. Bunga tahi ayam pun ada. Cantik apa bunga tahi ayam. Nak pulak bila berbunga mekar macam ni.

Biar pun hanya tanam dalam polybag bila susun elok2 macam ni cantik apa? Nak pulak bila susun ala2 waterfall macam ni. Looks like bunga2 tu keluar terjun dari pasu besar atas tu.

Wahhh bunga matahari pon berbunga cantik, besar2 pulak tu. Yang ni tanam kat tanah terus. Tapi macam pelik je bunga ni. Macam ada yang tak kena je. Apa yek?

Bunga tulip pom ada? Tapi dia buat kat situ LED TULIP. Macam mana tulip boleh ada LED pulak? Huh sama macam bunga matahari tadi, plastik rupanya! Malam2 la baru ada cahaya LED tu. Tengahari terang benderang macam ni mana nak dapat tengok cahaya LED tu. Tokleh lawan cahaya matahari ciptaan Ilahi.

Bukan bunga tulip je yang bercahaya, pelita/tanglung pon ada! Hasih kalau datang malam nih kompem cantik tempat ni. Dipenuhi cahaya lampu warna warni. Ni yang geram nak ajak Oren datang lagi malam nanti.

Payung nyonya. Ada yang panggil payung kubur. Huh menakutkan je nama pon. Takot tak takot, hias simple macam ni pon cantik. Perasan tak rumah kat belakang tu? Alahai bestnya kalau dapat rumah ni. Dapat view secantik ni giler tak suka. Untung yang dapat rumah baris ni.

Bukan main happy lagi ye main ngan bunga orked. Wangi sangat ke bunga2 tu?

 Sebenarnya bunga2 orked tu disusun dalam terowong ni. Pon sama jugak, bunga plastik. Tak kisahlah plastik je pon, dalam gambar ianya cantik.

Sepatutnya awal2 masuk tadi ambik gambar kat pintu gerbang ni. Dah nak balik pon boleh la. Huh nasib baik tak bau ketiak masam Eric, elok je muka Cikgu Nurul dekat ngan ketiak dia. Berpeluh pulak tu!

Sebelom balik tempat wajib bergambar mesti la kat tempat yang ada namanya ni. Anak2 tak ready lagi Cikgu Nurul dah sibuk nak snap. Hahaha.

Singgah jap kat sini. Sini je dapat ambik gambar ngan Oren. Masa duk pusing2 dalam tu tadi dia duk dalam kereta je, buat kerja apa entah. Effect guna hendphone 'mahal' gelap la sikit ya.

Sebenarnya pesta eco flora ni dah berakhir 31May lepas. Nanti2 dia buat lagi mungkin lagi besar. Sebab kecik je lagi tak jadi nak ajak Oren pergi lagi sekali. Tunggu next fiest la.

Tuesday, May 31, 2016

Continuous Activities Part 2: Melawat Zoo Negeri Johor

Sebenarnya melawat zoo sepatutnya last month. Sebab masing2 lupa nak apply permohonan melancong terpaksa la postpone dulu. Sedap je ngusik anak2 semua kata program ni cancel. Hehhehheh.

Kelainan lawatan kali ni tak sewa bas, tak jugak pergi ngan kereta2 cikgu. Kali ni ajar diorang naik bas tambang. Jalan kaki pergi kat bus stand, seberang jalan guna jejantas. Diorang sendiri yang bayar tambang.

Merasa la korang bersesak2 dalam bas. Dengan macam2 bau ada dalam bas tu. Duduk sebelah orang tak mandi, bau hapak ke, masam ke, nasib badan la. Dah la bas tu guna econ.

Diorang dah sampai dulu sebelom Cikgu Nurul and Cikgu Wahida. Haisy pelik nih yang pergi ngan kereta lagi lewat sampai. Sementara menunggu tu korang ambik la gambar puas2 dulu ya.

Bergambar ngan unta. Bukan senang nak jumpa unta kat sini. Tapi sekarang cuaca kat Malaysia pon sangat panas.

Cikgu Nurul ni dah la lambat sampai, dah sampai pon nak rehat2 dulu. Tak larat nak mendaki tangga. Layan la gambar2 yang sempat disnap. Tak banyak gambar haiwan diambil, baru je pergi tahun lepas dah banyak gambar diorang.








Dah puas pusing tengok haiwan2 kat zoo ni kitorang try benda alah ni. Apa entah namanya ni. Ada 2jenis, untuk 4orang dan untuk 2orang. Anak2 naik 4orang ye, cikgu2 naik 2orang je. Gear ada kat belakang, kalau yang untuk 4orang punya kena orang yang duk belakang la handle gear tu. Tapi semua la kena kayuh, jangan nak harapkan sorang aje. Tak bergerak nanti. Kalau nak reverse kayuh ke belakang, kalau nak ke depan kayuh ke depan, kalau nak ke kanan tolak gear ke kiri, kalau nak ke kiri tolak gear ke kanan. Jaket keselamatan jangan lupa pakai ye.

Nak berkuda pon boleh. Tapi kitorang tak naik pon.

Sebelom balik makan dulu. Tengok Mohan dah macam driver bas Dayaanis je. Hikhikhik.

Tenaga dah ada, jalan kaki ye pergi bus stand. Ati2 jalan tu, nak melintas tengok kiri kanan dulu. Betul ke? Guna jejantas, barulah betul.

Mula2 sampai akan ada yang offer ambik gambar. Nanti sebelom balik boleh la tengok2 gambar tu. Nak letak kat mug ke, kat baju ke, tak pon gambar print. Tapi gambar tu diedit la. Tak nak beli pon takpe. Kitorang ambik 3keping gambar, dapat rm50. Rezeki anak2 syurga.

Thursday, May 26, 2016

Continous Activities Part 1: Mini Camping

Dah habis seronok menyambut hari guru, kita sambung lagi keseronokan dengan aktiviti bercamping. Bukan camping betul2 pon, just mini camping. Walaupon aktiviti ni makan masa 2hari, tapi tak tidur pon kat khemah. Aktiviti pon berjalan pada waktu p&p je. Ni 1st time PPKI SMKSenai buat aktiviti sebegini!

Bukan tak pernah diorang join mana2 camping, cuma aktiviti yang melibatkan semua murid Pendidikan Khas ni kira julung kalinya kitorang buat. 1st time buat, sampai 2hari. Ambik kau!

Dah nama pon 1st time buat, kita tak kenal sepenuhnya lagi anak2 kita. Nak2 pulak yang baru masuk tahun ni. So kitorang punya aktiviti tu simple je la. Nak tengok setakat mana kemampuan diorang. Nak tengok sejauh mana diorang boleh pergi. Asal ada camping peringkat daerah or negeri asyik muka sama je yang dihantar. Dengan adanya aktiviti sebegini, walaupon sekadar 'mini' at least kita boleh timbal balik penilaian kita terhadap anak2 ni.

Aktiviti yang kitorang buat takde la ikut betul2 macam pengakap buat. Kena adjust sikit ikut kesesuaian. Dah la 'camping' pon kat sekolah je. Tak boleh la nak samakan macam camping kat hutan. Tapi murid2 semua diminta bawak beg dan alatan sama macam diorang pergi camping. Walaupon tak betul2 camping at least dapat jugak rasa sikit pengalaman tu.

1st activity, lepas bahagi kumpulan dan guru pembimbing kitorang buat 'jungle tracking'. Nak jelajah hutan mana? Hihihi. Keluar je gate belakang, pusing Taman Bukit Senang kat belakang sekolah ni, then masuk sekolah semula ikut gate depan. Bukan jalan2 saje2. Sepanjang laluan tu ada 2 check points, dan setiap check point ada tugasan nak kena buat. Dan balik semula tu bukan dengan tangan kosong, setiap kumpulan mesti dapatkan 5benda di sepanjang perjalan. Plastik, ranting kayu, batu, kertas, daun. Ranting kayu dan daun tu kena ambik yang dah mati je, tak boleh rosakkan tanaman.

Sebelom memulakan aktiviti 'jungle tracking' yang takde jungle tu, kena warming up dulu. Cikgu Raudhah request nak buat senamrobik.Cikgu Amer la yang handle, walaupon senamrobik yang dia buat tu entah apa2.

Kat check point 1 senang je. Setiap seorang kena buat tabik hormat kat Cikgu Wahida yang jaga check point tu. Senang 'je' kan? Tapi ramai yang tak tahu nak buat tabik hormat dengan betul. Mana2 ahli yang tahu tu kena la ajar ahli2 yang lain. Sorang tak lepas semua ahli kumpulan tak lepas.

Tugasan kat check point 1 agak 'selesa' so kita 'dera' diorang kat check point 2. Mula2 kena bergayut melepasi monkey bar. Yang ni dah selalu buat kat padang sekolah, tapi ada jugak yang tak kuat tangan dan gayat. Kalau jatuh kena mulakan semula. 10minit tak siap lagi kita bagi laluan kat kumpulan lain, kalau ada kumpulan lain dah menunggu turn. Kalau taknak kumpulan lain potong queue kena la tolong mana2 ahli yang lemah tu.

Tak cukup dengan bergayut kat monkey bar, mintak diorang buat balancing pulak. Yang takde masalah balancing tu 'kacang' je la, macam berjalan atas titi je. Yang gayat tu jalan pelan2 je. Ji An punyalah takut, dah la gayat, balancing lari pulak tu sampai nak kena orang tuntun. Luqman sampai menangis kat penjuru titi tu, takut nak tukar arah. Kalau jatuh kan kena mulakan semula. Yang bagusnya Wan Xuan, walaupon jatuh tergolek sebab kasut licin tak payah cakap apa dia sendiri terus bangun dan buat semula.

Ini contoh kerjasama antara ahli. Ikutkan hati nak je hempuk si Ji An tu. Saje malas nak jalan. Nak dilayankan malas dia tu kan ahli2 lain pon lambat jugak jadinya. Nasib baik Sri kuat nak dukung dia.

Yeayy!! Ini kumpulan pertama yang sampai kat sekolah. Dan tugasan dibuat dengan jayanya! Tengok la ahli2nya, kuat2 je semua. Ni belom Jing Ting join kumpulan ni. Kalau Jing Ting dah join untuk aktiviti ni tergugat jugak masa diorang.

Dan ini kumpulan last yang sampai. Nak salahkan Ji An? Alahai Kak Ima tu kaki selfie. Asyik2 nak ambik gambar je. Kesian Adib ada 2orang sindrom down ahli dia. Takpe Adib, ni baru 1st activity. Pasni ada 2lagi, esok pon ada lagi.

Lepas rehat diteruskan dengan aktiviti simpulan dan ikatan.  Plan asal dah buat 2jenis ikatan. Buku sila dan bunga geti. Tapi ye la, diorang ni tak boleh nak dijangka. So terpaksa la buat buku sila je.

Sebelom penilaian dibuat, murid2 berlatih membuat ikatan dulu dengan bantuan guru pembimbing. Setiap murid mesti belajar sampai pandai. Yang bagusnya Shi Young boleh buat 3cara nak buat ikatan buku sila ni. Cara Cikgu Nurul ajar dia boleh buat, yang kebanyakan murid tak faham. Cara Cikgu Amer pon dia boleh buat. Dalam dok buat latihan tu, dok simpul tali ke sana ke sini dia boleh buat cara lain, yang lebih cepat!

Penilaian untuk simpulan dan ikatan ni ikut masa. Buat by group. Yang dikira hanya 2orang terawal je dapat buat ikatan buku sila tu.

Seterusnya bantuan kecemasan. Kita fokus cara menggunakan kain anduh je, untuk lengan dan kepala. Kali ni kita bagi masa 5minit tengok setakat mana diorang boleh buat. Satu kumpulan je dapat siapkan dalam masa 5minit tu. Sedih.

***

Oke dah habis aktiviti untuk hari pertama. Diteruskan aktiviti di hari kedua. Ahli kumpulan tetap sama. 1st activity mendirikan khemah. Aktiviti ni buat kat dewan, takut nak buat kat padang. Masing2 masih terbayang2 ular yang patuk murid kat Kelantan. Lepas tu sekolah bawah pulak ada jumpa ular, lagi la takut bila jiran sendiri yang jumpa ular.

Masing2 semangat je, nak cepat siap. Ketua siap bagi arahan kat semua ahli buat kerja. Buat sama2 cepat la siap. 

Kumpulan pertama yang siap mendirikan khemah. Jangan tak tahu Azlee yang banyak bagi arahan kat ahli2 yang lain. Dengan sebutan yang tak jelasnya tu paham ke diorang apa yang Azlee cakap? Tak kisahlah, janji siap. Yoke Ling pon beria bukan main, nak pulak bila dah siap. Dia yang susah nak bergambar bukan main excited.

Dah puas bergambar, landing sekejap kat khemah masing2 kemas balik la ye. Tak siap kemas tak boleh makan.

Lepas rehat diteruskan dengan aktiviti 'masakan rimba'.  Takde buat banyak2 pon, buat roti lilit je. Setiap kumpulan buat satu doh. So kita mintak murid2 Melayu je yang uli doh tu. Bukan nak racist, cuma nak jaga pemakanan anak2 Islam jugak. Kita tak tak tahu diorang sentuh apa, dibuatnya ada yang sentuh najis mughallazah takdenya diorang samak dulu. Nak pastikan makanan tu halalan thoiyiba kita mintak je murid Islam yang buat.

Nama je masakan rimba, tapi guna arang je. Ha ni la tugasan untuk murid2 bukan Islam. Yang kelakarnya elok je api tu hidup ada sorang cleaner datang tabur dia punya sampah kat dalam api tu. Tercengang la semua. Bila ditanya kenapa buat macam tu dia sengeh aje. Bukan daun kering je, siap ada plastik lagi. Bahaya weh asap bakar plastik tu. Nasib baik satu unggun je yang kena bakar sampah.

Untuk majlis perasmian penutup pengetua dan YDP PIBG je yang datang. Kak Mas tak boleh datang sebab cuti, Dr Liew ada meeting dengan AJK Disiplin, En Masa'ud pulak ada meeting kat PPD. 1st time jemput YDP PIBG untuk aktiviti Pendidikan Khas, siap mintak dia merasmikan lagi. Terharu sangat bila PIBG nak menyumbang RM200 untuk program ni. Walaupon dah lepas at least kita boleh guna duit sumbangan tu untuk program lain pulak. Mula2 kan tak tahu nak dapat sumbangan ni so hadiah yang disediakan pon sabe budget je la.

Adib dapat anugerah pemimpian kumpulan terbaik. Walaupon nak kena handle 2orang sindrom down dalam kumpulan dia memang nampak ciri2 kepimpinan tu. Tak sia2 Adib dah pergi agonoree dan jamboree, sampai peringkat antarabangsa tu. Ingat murid2 aliran perdana je ke yang boleh.

Azlee dapat anugerah peserta lelaki terbaik. Yang ni memang tak dijangka. Sangat2 tak dijangka. Dalam kelas dia blur je, respon tak sama macam apa yang ditanya. Buat kerja pon lambat. Tapi dua hari ni dia menyerlah sangat. Setiap aktiviti dia dapat buat dengan baik, mengalahkan ahli2 yang lain. Dia pulak yang ajar ahli2 kumpulan dia. Good job Azlee.

Nadia pulak dapat anugerah peserta perempuan terbaik. Memang tak ada orang lain. Dengan perempuannya yang tak ramai, dia je la yang nampak menyerlah sikit. Nadia pon pernah join camping sama dengan Adib masa sekolah rendah, tapi setakat peringkat daerah je.

Dan hadiah hamper ni untuk semua. Ikutkan asalnya nak bagi hadiah2 ni ikut aktiviti, kumpulan mana yang menang. Memandangkan setiap aktiviti diorang berusaha dengan bersungguh2 nak siapkan aktiviti tu rasa lebih baik kalau kita hargai usaha diorang tu.

Siap majlis perasmian penutup kita bergambar dulu sebelom makan.

Hihi, inilah barisan guru2 dan PPM yang menjayakan program Mini Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas SMK Senai 2016. Harapnya program ni akan jadi program tahunan untuk PPKI SMK Senai.

*Walaupon penat, banyak kekurangan yang perlukan penambahbaikan, Cikgu Nurul happy sangat buat program kali ni. Pertama kalinya Cikgu Nurul handle program sebegini. Dari buat kertas kerja, mintak sign boss, beli barang, sediakan hadiah, buat surat jemputan, hantar surat jemputan, buat tuntutan kewangan, sendiri buat :-)


Wednesday, May 25, 2016

Simple Game Sempena Hari Guru

Tahun ni sambutan hari guru tak semeriah tahun2 sebelomnya. Game pon tak banyak. Yang ada pon sangat2 simple, dan kurang mendapat sambutan. Rasanya lawan badminton je kot yang ada. Futsal, bowling takde pon. Masa hari sambutan hari guru, acara selepas rehat sukaneka, buat dalam dewan je. Ainn tak join pon, tolong ambik gambar kawan2 jek.

Ringkasnya, acara ni ada 4 check points. Setiap check point orang yang berlainan, dan tugasan berlainan. Setiap check point adalah berantai, means kena siapkan one by one. Bila tugasan kat check point 1 dah siap barulah orang yang kat check point 2 boleh buat. Dan seterusnya sampai check point 4. Tugasan setiap check point pon simple2 je, just nak enjoy2.

 Check point 1:
Macam ni ye rupanya bila cikgu2 menikmati aiskrim yang sejuk + masam. Dah takde dah kelembutan perempuan Melayu terakhir tu bila nak cepat. Sebelom dapat 'upah' makan aiskrim ni kena tiup belon sampai pecah dulu. Tapi ada yang ngelat, cucuk belon tu guna lidi bunga yang murid2 PK bagi.

Check point 2:
Kena masukkan bola pingpong ke dalam bekas telur. Macam senang je kan? Tak semudah yang difikirkan. Kena masukkan dalam kotak yang berwarna ijau je. Kalau masuk dalam kotak yang takde kaler tu tak dikira, kena teruskan balingan sampai cukup 3biji bola dalam mana2 kotak berwarna hijau. Part ni la yang banyak kumpulan sangkut.

Check point 3:
Selalunya kita tengok orang main ikat kaki macam ni 2orang aje. Kelainan di sini kena 3orang yang ikat kaki. Kesiannya kat orang yang dok tengah la, dua2 kaki kena ikat ngan kawan2 sebelah. Tapi dia la yang leader, kawan2 sebelah kena follow step dia je la kalau taknak tersungkur.

 Check point 4:
Yang ni paling ramai terlibat. Bukan ramai sangat pon, 4orang je. Tugasnya? Kena bawak board yang ada 3 lubang, dan atas board tu ada bola kecik. Diorang kena bawak board tu sampai ke garisan penamat, tanpa pegang board tu. Diorang boleh pegang tali di setiap penjuru board je nak balancekan tak kasi bola tu jatuh. Kalau bola tu jatuh, mulakan semula kat tempat mula check point 4 tadi. Yang ni betul2 kena kerjasama semua ahli. Dan part ni la paling gamat.

Dan lepas acara sukaneka dalam dewan tadi, sambung dengan acara tarik tali. Kali ni cikgu2 lelaki je yang terlibat.

Itu je yang boleh dishare.

Tuesday, May 17, 2016

Sedikit Penghargaan Murid2 Pendidikan Khas

Malu, sedih sebenarnya nak cerita. Kat sekolah Ainn Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) bukanlah program yang menjadi tumpuan/topik perbincangan di kalangan guru2. Dalam meeting, langsung tidak disentuh isu Pendidikan Khas, walaupon meeting PIBG. Apa lagi dalam group telegram sekolah.

Bila semalam anak2 Pendidikan Khas ni membuat persembahan sempena hari guru, dan selepas itu mereka memberi sedikit cenderamata untuk guru2 yang tidak pernah menjenguk mereka di kelas, apa lagi mengajar mereka, ia menarik perhatian seorang cikgu. Mungkin tidak seberapa bagi orang lain, tapi bagi kami cikgu2 PK penghargaan sebegitu sangat bermakna.

Ustazah Huda share moment dia dengan salah seorang murid Pendidikan Khas di salah satu group telegram sekolah.

Diupload jugak hadiah yang diterima. Bunga dan kad hasil tangan murid2 Pendidikan Khas. Walaupon hadiah 'murah' ada jugak yang menilainya dengan 'harga' yang 'mahal'. Terima kasih Kak Huda :-)

Pandangan Orang Tua

"Tadi akak tanya Faridah, Ainn tu ngandung ke? Tengok muka dia lain macam je..."

Patut la masa kat atas stage tu Kak Ayu dok pandang2, senyum2. Dia ada cakap tapi tak dengar. Mana la nak dengar dengan semua cikgu2 berkumpul kat atas stage tu. Dah la masing2 bising mengalahkan anak2 murid.

Dah 5bulan dah kak Ainn ngandung. Hihihi. Ramai yang terkejut bila cakap dah 5bulan. Mana taknya tak nampak pon lagi perut ni. Elok je lagi Ainn pakai baju kurung moden tu.

Senyum je Kak Ayu bila Ainn iakan. "Orang tua, Ainn. Pandai la tengok..."

Dah tua ke kak? Takde la tua sangat. Cuma dah berpengalaman la, berbanding Ainn ni. Baru setahun jagung.