Dah lama mencari tempat yang boleh baiki handphone. Nak baiki bukan kena fikir kat mana nak baiki je, kena fikir jugak sejauh mana keberkesanan baik pulih handphone tu, berapa anggaran kos nak baiki. Kalau baiki sekejap je lepas tu rosak balik tak guna jugak nak baiki. Kalau kosnya sama macam beli handphone baru lebih baik beli handphone baru je. Tapi sayang gambar2 dan video2 dalam tu.
Sementara handphone rosak ni guna je la mana yang ada dulu. Nasib baik baru dapat tab, boleh la guna yang tu dulu. Nasib baik jugak tab ni tak sama macam handhone yes. Hahaha dapat la guna dengan sebaiknya pemberian kerajaan ni. Tapi nak jugak selamatkan gambar2 dan video2 tu. Nak tak nak memang kena baiki jugak la handphone tu. Lain la kalau save kat memory card. Nak pulak handphone tu hubby yang belikan, valuenya lagi la lain macam nak selamatkan jugak.
Ramai yang cakap kalau teringin nak beli apa2 yang baru jangan cakap 'depan' yang lama. Nanti dia merajuk dia jadi rosak. Ainn selalu jugak la duk cakap nak handphone baru. Mana taknya, dulu Ainn guna Oppo, hubby rosakkan dia ganti Asus punya. Dekat 2tahun kot Ainn guna Oppo, dah biasa guna Oppo. Bila dapat Asus ni rasa macam kureng sikit la keseronokan nak guna. Oppo pon taknak model lain, nak Find7 je jugak. Kalau model lain takot tak seronok jugak nak guna. Mungkin sebab Ainn asyik duk merengek ngan hubby nak handphone baru tu yang jadi rosak. Boleh tahan kau punya merajuk ye!
Yang tahunya Cik Asus ni rosak bila hubby cas bateri. Bila dah lama Ainn nak check dia punya percentage bateri yang dah masuk, eh2 tak masuk pon? Terus la sound hubby, 'Syg cas handphone tak on suis ke?' Rupanya cas memang tak masuk. Tukar try charger lain pon sama, tak masuk jugak. Sebelom tu Ainn ada cas kat kelas tapi tak penuh. Memang lambat la nak penuh, charger Mira tu kadang masuk kadang tak. Ainn ingat lagi hari last sebelom Cik Asus tu 'koma' Ainn ada cas jugak kat kelas. Bila dah nak balik tengok2 tak masuk langsung! Ku ingatkan charger tu yang rosak, rupanya Cik Asus yang rosak.
Bila dah jadi macam tu apa yang rosak? Mesti la charging port yang rosak kan? Dah jadi satu hal nak kena cari kedai atau person yang boleh baiki. Sementara tu boleh je guna tab yang ada dulu. Sebab ada tab la yang lambat2 je nak baiki. 2, 3 hari ni je kalut nak baiki bila pikir nak pergi Shah Alam nanti. Takkan nak ambik gambar guna tab tu, serius tak cantik. Walaupon gambar Cik Asus tak secantik gambar Oppo tapi masih boleh diterima hasilnya. Kamera Cik Asus Ainn lebih suka guna mode normal je, berbanding Oppo Ainn suka guna mode HDR gambar jadi lagi terang. Paling best, ambik gambar lawan cahaya pon gambar takkan jadi gelap. Dah try godak2 kamera Cik Asus ni, hasilnya tak sama seperti Oppo. Ainn je la yang tak reti godak kot. Dah la gambar tu tak reti nak save kat memory card macam mana.
Oke sambung cerita. Cik Asus ni nak kena baiki sebelom pergi Shah Alam. Ainn risik2 ngan kawan2. Ima ada cakap satu tempat tu. Doktor Phone kot namanya. Lebih kurang macam tu la sebutannya. Tapi dah tutup katanya. Pulak. Kalau dah tutup nak buat apa. Dah lama, ye memang dah lama Cik Asus tu rosak. Baru terfikir nak tanya kat group Khas Penduduk Kulai kat Facebook tu. Bila ada pengganti memang lambat je fikir.
Hasilnya ada yang suggest baiki kat Xpert. Erm macam pernah dengar je nama ni. Tak silap Syahmi Sazli ada buat video pendek kat sini. Tapi yang dia buat tu kat Xpert JB. Aduh takkan nak kena pergi JB pulak. Bila tanya location, letaknya kat belakang AEON Kulai. Oh kat Kulai je rupanya. Search pasal Xper Kulai ni, banyak komen2 positif. Pembetulan sikit. Banyak yang komen, komen2 tu pulak semuanya positif. Terang dan jelas kan?
Malam tu jugak Ainn ajak hubby pergi. Senang je rupanya nak cari kedai ni. Kalau dari roundabout IPD Kulai jalan terus je menghala ke AEON. Masuk simpang sebelom AEON. Kedainya tak silap di pintu kedua.
Masa kitorang sampai ada seorang lelaki tengak smoking kat luar. Dan ada seorang lagi lelaki baru nak keluar. Dia tanya 'Nak baiki handphone ke?' Lepas tu terus jemput masuk. Tempatnya sangat selesa. Susun atur kat kaunter tu macam kat video syahmi. Yang teruknya Ainn nak hantar handphone tapi tak pasti kerosakan sebenar. Ini perkara biasa. Kalau kita sakit jumpa doktor pon kadang2 kita tak pasti apa masalah kita sebenarnya. Bila doktor check baru tahu apa masalahnya. Yang teruknya Ainn tahu Cik Asus ni brand Asus je, tak tahu pon model apa. Like innocent je Ainn hantar Cik Asus ni ke situ.
Ainn berurusan dengan Khairul aka Kay. Ikut nama kat invoice. Mula2 Kay test dulu guna charger dia. Memang tak masuk la. Dia suspect cahrging port yang rosak, macam Ainn suspect jugak la. Caj RM80. Itu pon kalau kena bukak tang bawahnya aje, tak libatkan screen. Sebabnya Cik Asus tu screennya cracked. Risikonya kat situ la. Kalau nak tukar screen tu anggaran dalam RM250 untuk screen aje. Nanti Kay akan call dulu kalau kena bukak body, sebab tak tahu model apa. Hahaha. Tapi bila dengar Kay tanya kawan dia, dan jawapan kawan dia 'tak payah' Ainn suka je la. Boleh baiki part charging port je la.
Yang menjadi masalah bila tak tahu model apa. Nak tengok dulu barangnya ada ke tak. Kalau nak kena order lagi la makan masa. Kay kata kalau barangnya dah ada inshaa Allah esoknya dah boleh siap. Tapi kat invois tu dia buat 5hari baru boleh siap. Kiranya estimate dia la, kena siapkan dalam tempoh masa 5 hari. Walaupon sebenarnya nak buat tu bukannya susah pon. Kira senang je la kan bagi diorang yang dah expert tu. Katanya lagi kalau esok tak dapat any calls dia mintak Ainn call je, tanya macam mana. Kot2 diorang terlepas pandang Ainn punya.
Punyalah tak sabar Ainn nak guna Cik Asus tu. Malam esoknya bila diorang takde call Ainn terus call. Hantar dah malam ada hati nak terus esoknya. Hahahaha. Takpe kita guna je tab tu dulu ye.
Esoknya, atau senang kata semalam dapat call dari Xpert Kulai. Yayy Cik Asus dah siap dibaiki! Tu baru tau dah siap, dah boleh ambik. Tapi belom ambik lagi. Dia punya suka tu macam dah dapat handphone baru je. Balik sekolah tu terus singgah kedai.
Bila nak ambik tu baru tahu yang rosaknya bukan charging port, tapi charging board. Dia siap tunjuk lagi board asal yang dah rosak tu.Tak tahulah kalau tukar charging board tu berapa caj sebenar. Ayatya, 'takpe lah saya bagi akak RM80 jugak...' Terima kasih banyak2 dik. Memang tu je akak punya budget untuk baiki Cik Asus tu. Tapi kalau lebih nak kena bayar jugak kan? Sebab memang nak baiki jugak kan kerosakan tu. Bila cerita kat hubby mungkin tak banyak sangat la kot bezanya. Tak kisah la sikit ke banyak ke. Terima kasih banyak2 ye dik. Terima kasih sebab dah selamatkan Cik Asus, terima kasih dah selamatkan gambar2 dan video2 kat dalam tu. Itu yang penting sebenarnya. kalau takde 2benda tu guna tab aje la. Sebenarnya nak jugak baiki sebab gambar kamera tab tak cantik.
2hari je dah boleh siap. Tak sampai pon 48 jam sebenarnya. Sebabnya Ainn hantar Cik Asus tu dah malam. Dalam 40jam je kot dari Ainn hantar hingga diorang call inform Cik Asus dah oke.
Berapa bintang ye nak bagi? Dengan kebersihan tempat, ketenangan kat dalam tu, servis yang baik, friendly, apa lagi ek? Senang cakap memang terbaik la tempat ni. Memang recommended! Kalau nak ada masalah handphone pergi je ke Xpert Kulai ni. Dari 10 bintang Ainn bagi 9.8 bintang. Bintang biasa kita lukis ada 5 bucu, Ainn potong 1 bucu je. Tak tahu part mana sebenarnya. Oh tolak sebab dia tak bukak 24/7, boleh tak?