Tiap kali nak berjalan *makan angin* bukan setakat kena cari tempat menarik untuk dikunjungi, tempat makan pon mesti kena tahu jugak nak makan kat mana.
Malam sebelom kitorang ke Tanjung Piai sempat Ainn baca 1blog tu cerita pasal dia makan kat Atan Seafood Restaurant. Rasanya ikut list asal restoran ni takde dalam list. Awal sangat 'study', dah ada anak ni nota2 ummi kena koyak le. Lagipon list lama tu Ainn buat untuk stay kat hotel 1malam.
Ikutkan asalnya Ainn plan nak breakfast kat Bakso Sri Bunian. Tapi kedai ni tutup hari Sabtu. Dah alang2 masa tu dah pukul 11 ingat nak brunch je la terus. Cari Atan Seafood Restaurant kat Google Maps dibawaknya ke ladang kelapa sawit. Takde bangunan apa pon kat tempat yang dibawaknya tu. Nasib baik laluan yang sama je nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Sudahnya kami menjelajah Taman Negara Tanjung Piai dengan tak makan apa2 pon. Ainn takpe la jugak sempat minum air milo sebelom gerak, ada la jugak bekalan tenaga.
Dah puas pusing2 dalam Taman Negara Tanjung Piai tu memang nak kena cari makan dulu la. Try jugak search lagi sekali Atan Seafood Restaurant tadi kot2 dibawaknya ke tempat lain pulak. Tapi hubby kata berhenti je kat mana2 kedai makan tepi jalan nanti.
Keluar dari Taman Negara Tanjung Piai kitorang tak ikut laluan datang tadi. Ikutkan laluan datang kena masuk simpang kiri, tapi hubby straight ke depan je. Lebih kurang je 2 laluan ni.
Inilah dia Tanjung Piai Resort dari kejauhan. Bukan dari parking tau, parkingnya jauh lagi. Oh ya, kalau nak memancing ada disewakan alat memancing ye. Basikal pon ada disewakan jugak kat sini.
Oke kami teruskan siri jelajah Pontian ke Taman Negara Kukup pulak.

Laluan ke2 ni Ainn ternampak signboard Tanjung Piai Resort. Dalam ni mesti ada kedai makan. Ainn mintak hubby pusing balik. Kat luar tu memang kereta banyak parking. Agak jauh jugak nak berjalan ke dalam resort ni. Dikira jauh la bagi Ainn yang gedempol ni, ditambah dengan cuaca panas. Almaklum dah tengahari. Pulak tu tak jamah makanan apa pon lagi.
Berlari2 2beranak ni masuk. Lapar sangat ke tu? Hihihi hubby rajin pulak melayan Aisy yang nak berlari tu. Dan bila masuk kat bahagian makan tu ada tertera kat situ ATAN SEAFOOD RESTAURANT. Lahh kat dalam resort ni rupanya restoran yang dicari2 tadi. Berjodoh jugak dengan Atan Seafood Restaurant untuk makan lunch.
Kat dalam restoran agak penuh. Berangan je la kalau nak dapatkan meja kat bahagian tepi, nak rasa nikmatnya makan sambil ditiup angin laut. Tinggal beberapa meja kosong, hubby pilih meja depan TV. Bukan main beria Aisy tengok TV. Kat rumah takde TV sebesar tu.
Sedikir review mengenai restoran ni tanpa gambar. Maaf ye memang tak ambik gambar pon, so Ainn just cerita je la. Maklum la fokus makan je.
Sebelom masuk resort ni boleh nampak ramai sangat orang sedang memancing. Macam menarik je. Tapi Ainn bukan kaki pancing pon. Hihi. Tengok diorang duk memancing tu la nampak macam best je.
Ainn perasan jugak restoran ni sebenarnya 2tingkat. Sebelah TV dekat meja kitorang duduk tu ada tangga nak naik ke tingkat atas. Sayangnya tangga tu dah rosak. Pagar pemegang dah takde. 3anak tangga terbawah pon dah takde. Dan ada lagi kerosakan2 lain. Yang bahayanya tempat tu tak tertutup pon. Sangat bahaya. Siapa2 yang bawak anak kecik tu kena beware sangat2, takot si kecik tu main2 kat situ mahunya jatuh. Tak boleh dibayangkan macam mana kalau Ainn tak sempat sambar tangan Aisy.
Oke teruskan cerita pasal makan, jom tengok apa pulak yang kami order.
Hubby semestinya air tembikai. Ainn pulak order air oren. Aisy yang suka sangat minum air tembikai tukar nak oren pulak. Dah la siap tumpahkan air tu. Sempat la merasa sikit. Fresh orange ye. Bukan apa pernah order fresh orange, kat buku menu pon ditulisnya fresh orange. Tapi bila dapat guna kordial je?
Siakap 3rasa. Walaupon Ainn sebenarnya lebih suka stim terpaksa la mengalah, hubby tak makan stim. Hukhukhuk. Ainn pulak baham je semua.
Udang goreng kunyit. Huh tak sempat makan ngan nasi la. Udang sampai dulu, tangan kecik tu laju je ambik udang.
Awang kidal ni sedap duk nyonyot udang. Tak sedar diaper kat bawah tu. Butang dah terbukak.
Sotong celup tepung. Terpikir jugak tang mana sedapnya sampai repeat order? Kitorang pulak ambik yang saiz S je pon tak habis makan.
Tomyam seafood dan cendawan masak halia. Tomyam tu memang tak kena dengan selera kami. Kalau nak tomyam sedap kena makan kat kedai makan yang tukang masaknya dari Thai jugak. Tak pon mintak je hubby masak sendiri. Jauh lagi sedap.
Semuanya kami minta saiz S, kecuali ikan saiz M. Total harganya? RM102.42 termasuk GST. Murah ke mahal? Nak dikira dengan kesegaran seafood tu berbaloi dengan harga tu. Nak dikira dengan rasa bagi kami agak mahal di situ. Lagipon portion betol2 small.
Kami perasan takde kedai makan lain kat situ. Bila the only je yang ada tanpa persaingan berbaloi la. Takkan nak berlapar pulak. Lagipon seafoodnya memang fresh. Soal rasa? Lidah dan tekak masing2 la. Kalau nak Ainn suggest Ainn suggest udang goreng kunyit dan cendawan goreng halia tu. 2Menu ni betol2 sedap. Siakap 3rasa tu biasa2 je bagi Ainn, melainkan kesegaran ikan tu berbeza berbanding restoran lain. Tomyam tu sorry to say, really2 not suggested. Takde rupa tomyam, takde rasa tomyam.
Perut dah kenyang boleh bergambar kejap. Sebenarnya nak tahu 'menara' apa kat belakang tu?
Inilah dia Tanjung Piai Resort dari kejauhan. Bukan dari parking tau, parkingnya jauh lagi. Oh ya, kalau nak memancing ada disewakan alat memancing ye. Basikal pon ada disewakan jugak kat sini.
Oke kami teruskan siri jelajah Pontian ke Taman Negara Kukup pulak.
No comments:
Post a Comment