Sambung cerita jalan2 kat Taman Negara Tanjung Piai. Dah kenyang makan kat Atan Seafood Restaurant, kami teruskan perjalanan ke Pulau Kukup pulak. Tak sabar nak tengok apa yang ada kat sana. Agak sesak nak sampai ke jeti. Oh ya, nak ke Pulau Kukup kena naik bot ye. Dah namanya 'pulau', tak sama nak ke Pulau Pinang atau 'Pulau' Singapore, ada jambatan jadi penghubung.
Oke, sambung cerita. Kat google Maps pon dah menunjukkan jalan tu warna merah, menunjukkan 'jem' kat situ. Nak jugak ikut sampai ke destinasi, dah nampak jeti baru sibuk nak cari tempat parking. Alamak takde tempat parking pulak. Ada jugak 2,3 tempat yang berbayar agaknya, tapi dah penuh. Terpaksa park mangosteen tu jauh sikit. Kat Jalan Zamrud 12 tak silap. Kat hujung jalan dekat dengan bangunan nak runtuh. Agak jauh jugak nak kena berjalan, ditambah dengan cuaca panas. Tapi nak jugak ke Pulau Kukup kan, harung jugak la.
Bila dah sampai kat jeti baru perasan tu jeti nak ke pulau kat Indonesia. Tengok orang2 yang keluar masuk jeti tu siap bawak luggage besar2. Takkan nak ke Pulau Kukup macam ni? Kami follow beberapa orang masuk 1lorong. Tak jauh pon, hubby cakap lain macam je lorong tu. Macam nak ke perkampungan je. Lama Ainn duk tilik signboard jeti tu. Agak frust jugak. Hubby dah mula ajak balik je.
Dah patah balik tu Ainn perasan ada notis bertampal kat tiang pejalan kaki. Nama restoran Cina dan jeti ke Pulau Kukup. Hubby dah jauh ke depan Ainn panggil try usha kat belah2 restoran Cina tu.
Ada sorang apek tegor, offer nak ke Pulau Kukup. Katanya nak ke taman, tempat ikan. Dah confuse dah. Nak pergi Pulau Kukup tu nak pergi mana sebetulnya? Ada apa kat Pulau Kukup tu? Kitorang masuk lorong depan restoran tu, betul2 sebelah Jeti Antarabangsa Kukup tadi. Masuk belakang sikit je. Nampak sekumpulan Chinese duk berselfie. 1 big family agaknya, nak bercuti sempena Chinese New Year la tu kot. Kami tunggu je kat situ, nak usha2 je dulu.
Dah sampai kat 'jeti' nak ke Pulau Kukup. Diorang duk selfie ramai2, kami selfie ber3 je la. Aduhh Aisy ni boleh pulak main ngan botol air tu. Entah air siapa pulak tu.
Aisy memang suka main air. Banyak paip kat sini. Tempat wudhuk. Katanya. Tapi airnya takde, dan Ainn cari2 jugak suraunya kat mana. Tapi tak jumpa.
Bot mula2 sampai group tadi je naik. Tu pon tak muat. Ainn ushar dari jauh je. Tak lama lepas tu apek tadi datang. Ainn tanya detail sikit la. Rupanya bot tu akan ke taman, dan akan ke kelong ikan. Taman apa tu tak boleh dibayangkan lagi. Ainn tanya jugak mana nak tahu bot mana ke taman, bot mana ke kelong ikan. 'Naik je, nanti dia *kemudi bot* bawak.' Macam tak menjawab soalan je.
Kami on aje. Tiket bot RM5 per pax. Sekali bayar je. Kami naik bot ke2, lebih kurang 10minit selepas group besar tadi. Kali ni tak ramai orang, dan nampak macam ada 3orang 'Melayu' free hair. Tak insecure sangat la berbanding dikelilingi bangsa tu je. Dah naik bot baru perasan 'Melayu' tadi pakai rantai loket tanda salib. Sabahan kot. Tak pon Sarawakian. Tak kisahlah.
Ni kat dalam bot. Ainn je maintain senyum. Hubby dah kepenatan.
Sampai je jeti ni teragak2 jugak la nak turun ke tak. Lepas tu tukang kemudi tu cakap apa entah, semua orang turun dari bot. Terus panjat tangga, tak sempat nak bergambar depan jeti tu. Panas sangat. Dah sampai sini baru tahu 'taman' yang apek tadi maksudkan rupanya Taman Negara. Means untuk kali ke2 kami ke Taman Negara hari ini. Terpinga2 jugak tak tahu nak buat apa kat sini. Tengok orang lain pon sama je. Macam takde arah tuju. 3orang 'Melayu' tadi je nampak sakan duk bergambar.
Tak tahu nak buat apa kononnya nak ambik la gambar Aisy kat sini. Tak reti duk diam la ini budak.
Hubby yang kebosanan tak tahu nak buat apa. Aisy nak membuas sangat tadi dah kena grip ngan abi. Hahaha dah tak boleh nak membuas lagi.
Ainn ajak hubby masuk je ke dalam. Ke Taman Negara Pulau Kukup tu la. Hubby macam tak nak je mulanya. Daripada tak tahu nak buat apa masuk aje la tengok apa ada kat dalam tu. Entrance fee pon sama je macam kat Taman Negara Tanjung Piai.
Masuk takde orang check pon tiket masuk. Sebelom masuk hutan rehat dulu sekejap kat pondok yang disediakan. Kat Tanjung Piai tadi takde singgah mana2 pondok pon.
Masa kami pergi tu ada tengah buat apa entah. Mungkin kalau pergi lagi 3, 4 bulan lagi cantik kot tempat ni.
Dah nak masuk kawasan hutan. Seberang jambatan ye.
Aisy yang teruja dengan pokok bakau. Macam tak puas lagi tengok pokok bakau tadi.
Sementara Aisy duk menikmati pokok bakau tu kasi can ummi abi selfie. Hubby tak habis lagi bagi muka penat dia tu.
Cantik tempat ni. Ni awal2 masuk. Luas tempat ni. PULAU KUKUP tu besar tulisannya. Aisy sibuk nak tengok pokok bakau, kena grip kuat2.
Hubby pon nak jugak. Tapi PULAU KUKUP tu dah terlindung. Besar sangat wife dia. Hahaha.
Ini simbolik apa ye? Macam terowong. Macam kubu. Kiranya ini daya tarikan kat Pulau Kukup yang takde kat Tanjung Piai.
Berlari2 pulak. Ikut mood dia la.
Dah berlari2 tadi Aisy berhenti, tilik pokok bakau lagi. Lepas tu nak teruskan perjalanan boleh pulak patah balik. Nak ikut arah dia jugak terus dicapainya dek abi. Meronta2 la. Dah dukung macam ni suka la dia.
Jumpa lagi benda alah ni.
Menara pemerhati? Betol la kot tadi ada jumpa macam menara pemerhati. Masa kat situ tadi duk berteka-teki sama ada tak siap lagi atau dah runtuh. Dah dapat jawapannya.
Tengah2 perjalanan tadi ada 1tempat yang cantik jugak. Disusunnya batang2 pokok bakau rapat2 jadi laluan. Tak ambik gambar pon kat situ sebab ramai orang. Hubby dah penat takde maknanya nak layan benda2 tu semua.
Akar jangkang tertinggi di Taman Negara Pulau Kukup. 18kaki! Mengalahkan ketinggian akar jangkang tertinggi di Taman Negara Tanjung Piai.
Dah nak keluar dah, akhirnya jumpa jugak 'kata2 hikmah' kat sini. Tapi tak paham la apa maksud tersirat tu. Huhuhu.
Dah keluar hutan, nak ke jeti.
Sementara tunggu bot boleh la berselfie kat sini. Tak lama lepas Ainn snap gambar ni ada 2, 3 orang kanak2 siap main masak2 lagi kat sini.
Bot dah sampai. Tengok la ramainya. Takpe kita tunggu next trip je la.
Ada disediakan surau kat jeti ni. Ainn bukak masuk jugak. Kalau tadi ada tempat wudhuk tapi takde surau. Kat sini pulak ada surau tapi tak jumpa pulak kat mana tempat nak berwudhuk.
Yayy akhirnya dapat jugak bot yang tak ramai orang. Kali ni kami naik sama2 dengan pengunjung sebangsa. Tukang kemudi pon sama. Tak pelik la bila yang perempuannya semua bertudung. Dan takde dengar bahasa yang tidak difahami.
Inilah kelong ikan tu. Semuanya taknak turun. Nak balik terus je.
Dan kali ni kami turun di jeti lain. Agaknya jeti yang kami naik mula2 tadi jeti orang Cina punya bisnes. Tekongnya pon bangsa Cina. Jeti yang kami turun ni agaknya bisnes orang Melayu. Ainn perasan yang naik bot selepas kami turun semuanya pon Melayu. Tekongnya pon Melayu.
Jeti yang ni letaknya di dalam restoran. Letaknya di sebelah kanan kalau menghadap ke Jeti Antarabangsa Kukup. Tak ingat apa nama restorannya. Depan restoran tu ada pengurup wang. Masuk je dalam tu sampai belakang. Takde gambar2 ye. Dah penat sangat2.
Aisy yang kepenatan. Duk atas dukung abi nak ke kereta terus lena. Tak sempat sampai ke kereta. Penat betul tu.
Bagi kami biasa2 je tempat ni. Lebih kurang je ngan Taman Negara Tanjung Piai. Compare dua2 Taman Negara ni Ainn pilih Taman Negara Tanjung Piai. Nak dikatakan Taman Negara Pulau Kukup ni membosankan agak keterlaluan jugak. Cuma nak marah jugak la, siapa yang cakap Pulau Kukup jauh lagi best dari Tanjung Piai?
No comments:
Post a Comment