Nak sambung cerita lawatan ke Cameron Highland. Hari tu tertangguh sekejap kat Bee Farm. Tak habis lagi ye. Lepas ke makan tengahari kat Bee Farm kami teruskan perjalanan ke Butterfly Farm. Dekat sangat2 je. Naik bas tak rasa pon. Eh2 dah sampai dah. Punyalah dekat, dah sampai Butterfly Farm baru perasan Asyraf Muslem tertinggal. Cikgu Amer jalan kaki je patah balik ke Bee Farm.
Nak masuk Butterfly Farm ni takde masalah macam kat Lavender Garden. Masa nak bayar tu just bagitau je akak yang jaga kaunter tu dah deal by phone, dia pon on aje. Dapat masuk dengan harga murah sikit. Kalau nak pergi Big Red Strawberry Farm kena naik tangga, nak ke Butterfly Farm pulak kena turun tangga. Cuma tangganya tak setinggi tangga nak ke Bee Farm.
Kalau nak tahu kat sini bukan aje ada rama2, banyak lagi reptilia dan haiwan lain. Tak percaya? Tengok la gambar2 ni.
Nampak tak belakang tu banyak rama2. Hihihi rama2 kena kurung nanti terbang entah ke mana. Sape ye yang ambik gambar ni? Tak ready lagi, tak sempat nak pose.
Aisy dengan rama2. Tengok gitu je. Oke, Aisy tak berminat dengan rama2. So tak payah lama2 kat dalam 'sangkar' ni.
Kenal tak ni ular apa? Selalunya warna hijau dikaitkan dengan 'daun'. So ular daun ke ni? Ada ke ular daun?
Bunga pon ada jugak.
Besar weh katak ni. Tengok katak biasa macam geli je. Tengok katak besar ni menakutkan la pulak.
'Ketepilla! Ketepilla!' Teringat lawak Nabil dalam MLM. Boleh pulak dia samakan ' ke tepi lah' dengan 'caterpillar'.
Pipi pau ni pon nak masuk jugak?
Diorang duk tengok apa ramai2 tu? Jom kita ke sana.
Oh.. Tengok itik rupanya.
Eh2 itik kat belakang ada bunyi la.
Tolong! Tolong! Saya pon nak tengok jugak.
Ingatkan nak ambik gambar ngan itik tu tengah berenang. Oke la dapat jugak bergambar ngan itik yang basah kuyup.
Kenal tak ni haiwan apa? Ini la rakun. Dulu2 duk main Farm Ville kat Facebook ada rakun ni kan. Inilah rupannya Encik Rakun tu.
Haa ingat Aisy takut ke? Setakat rakun je kot.
Gambar ni wajib kena masukkan. Hubby kata gambar ni dia nampak sado. Tinggi betol! Alah sebab Ainn dan Aisy duduk. Cuba kitorang semua berdiri takde la nampak sangat hubby tu tinggi.
Ngan kaktus tinggi dah, ngan kaktus bulat pulak. Kena la dengan Aisy. Gelap la pulak gambar ni. Nampak je kan kebulatan Aisy tu.
Yew gambar minah saleh ni pon wajib jugak masukkan. Anak dara ni dah pindah sekolah lepas balik dari Cameron Highland tu.
Tu je la yang Ainn nak share. Kalau ikutkan banyak lagi, macam2 ada kat sini. Nak tahu lebih lanjut kena la datang.
No comments:
Post a Comment