Dah 2minggu tertunggak cerita2 Ainn ke Cameron Highland. Semuanya gara2 line internet yang sangat2 teruk. Mood nak update blog pon hilang entah ke mana. Sejak banjir besar 2014 line Celcom kat kampong memang teruk. Tapi kali ni terlebih2 pulak teruknya. Bukan aje line internet, line telefon langsung takde. Siap ada ❌ lg. Nasib baik line Maxis masih oke. Oke la berbanding line Celcom, boleh la Ainn guna line hubby.
Bak kata hubby, sebelom pergi *melancong* bukan main duk update blog. Dah kat sana pon update blog lagi. Dah balik rumah, senyap je. Tapi masa kat Cameron hari tu Ainn takde update apa2 kan. Betol2 menikmati detik2 indah di Cameron Highland. Indah ke? Nanti la Ainn cerita.
Kali ni taknak cerita pasal Cameron Highland dulu. Kejap lagi la Ainn sambung cerita tu. Cuma nak bagitau Ainn dah start misi nak kuruskan badan. Hihihi. Tapi kali ni tak nak struggle dah, nak pelan2 je. Taknak diet mengejut. Berubah pon pelan2 je.
Untuk 1st step Ainn nak tinggalkan air manis dulu. Lepas ni no more air manis ye. Kat kampong hari tu 2minggu duk hadap air manis. Sedap weh teh yang ada flavour macam2 tu. Ainn yang tak suka teh pon minum tiap2 hari. Dah start sekolah mesti mintak nescafe tarik ngan Kak Mimi. Nescafe tarik Kak Mimi memang takde sape boleh lawan. Kalau makan kat luar pon mesti minum air manis jugak. Paling sihat pon limau suam. Still taruk gula jugak.
Hari ni kiranya hari ke2 Ainn tak minum air manis. Minuman bergula la. Duk minum air kosong aje. Dengan cara ni je dulu untuk permulaan. Drastik sangat takot badan terkejut. So pelan2 la.
Oh ye, timbangan Ainn malam semalam 76.7kg. BMI Ainn 34, masih lagi obes. Dalam sejarah Ainn pernah capai obes tahap 2! So sekarang target Ainn nak turun ke overweight je dulu. Dengan ketinggian Ainn yang tak berapa nak tinggi ni, nak capai overweight tu Ainn kena kurangkna at least 9.4kg. Wuu banyak tu!! Agaknya berapa lama nak capai target ni?
Sebelom Chinese New Year boleh tak? Kalau archive the goal kita jalan2 ye cuti tu. Kalau tak archive lagi kita mereput je la kat rumah.
No comments:
Post a Comment