Cuti sekolah hujung tahun ni nampak macam terperap kat rumah je. Cuti lama2 bosan jugak kalau tak ke mana, ye dok? Dulu2, beberapa bulan lepas Ainn pernah plan nak pergi Langkawi, pastu hubby pulak nak pergi Tasik Kenyir. Dah lama tak memancing katanya. Tup2 alat pancing dia pulak hilang entah ke mana. Hahaha. Eh gelak pulak, kena bersedih la cik abang punya alat hobi dia tu hilang. Oke2 sedih betol tak boleh pergi Tasik Kenyir. Baru je berangan nak naik house boat pusing2 kat Tasik Kenyir tu. Hihihi.
Tak tahulah tengok kat mana tiba2 teringin pulak nak pergi Penang. Hihi sempat lagi ni nak study. Cari kat mana tempat nak pergi. Sampai la Ainn ada baca 1 tempat tu. Rasanya better kalau pergi next 2years kot. Tunggu Aisy besar sikit. Takkan dah pergi tahun ni next 2years nak pergi lagi kot. Oke tukar tempat lain pulak.
Dah banyak kerja nak kena buat, dengan duk layan so daebap ni yang tak nak berenggang langsung ngan ummi dia tup2 terkubur macam tu je plan bercuti hujung tahun ni. Bila dah sampai masanya terperap aje la kat rumah.
Alkisah di suatu malam, si isteri saje2 nak test nasib. Maka diusulnya cadangan untuk bercuti ke Cameron Highland. Ikutkan baru aje pergi bulan 9 lepas, bawa anak2 syurga buat lawatan ke sana. Habis tu kalau setakat duduk Gua Musang ni dengan bajet yang tak berapa nak ada, ke mana aje yang boleh kami pergi? Cameron Highland la jawabnya.
Belom pergi la ye. So sekarang ni Ainn nak flash back masa pergi lawatan ngan anak2 syurga. Kiranya short itinerary la ni ye. Short ke? Baca sendiri la.
Kitorang pergi 3malam 3hari. Bertolak malam dari sekolah. Kiranya 1 malam kat dalam bas on the way ke Cameron, 2malam lagi kat Cameron. 2hari kat Cameron, last day kitorang pergi Seri Kembangan. Ikut itinerary ni macam agak kelam kabut sikit la last day tu. Sebabnya kitorang nak rushing dari Cameron, dengan jalan kat KL tu paham2 la nak2 pulak pagi hari bekerja. Nak turun dari Cameron siap2 petang 2nd day tu ada pulak yang risau takot buah strawberi cepat rosak. Hurmm ikutkan aje lah. Kita ni nak berjalan je tu yang tak pikir buah rosak ke apa. Hihihi.
Apa yang bestnya lawatan kali ni kami tak combine dengan mana2 sekolah. For the 1st time kitorang buat lawatan sendiri2 macam ni. Selalunya lawatan bermalam mesti combine dengan sekolah lain. Memandangkan anak2 syurga kami yang baru masuk ni mostly boleh urus diri sendiri, diorang pon suka berjalan, ramai weh yang join. Dalam 30orang 5orang je yang tak join.
Dan yang bestnya jugak kali ni Ainn bawak hubby and son. Hihihi. Special case ni. Aisy kan masih menyusu lagi so kena bawak la si kecik tu. 3hari weh nak tinggalkan. Since Ainn sebagai guru pengiring dalam lawatan ni dah jadi tanggungjawab la nak kena handle anak2 syurga tu. Nama je dah pandai pengurusan diri, tapi banyak je nak kena jaga. Untuk menjaga si daebap Aisy tu bapak dia la kena ikut. Kos lebih la sikit nak kena keluarkan. Takpe lah asalkan semuanya baik2 aje.
Huh panjang betol mukadimahnya. Oke2 Ainn share itinerarynya oke.
Malam pertama kitorang berkumpul kat sekolah. Macam biasa la ni ye. Tunggu abang bas sampai. Nak gerak plannya dalam 9.30 malam. 10lebih jugak baru bas sampai. Lebih kurang 11 malam baru gerak dari sekolah.
Ini ex-student Ainn. Ni dia datang hantar adik dia yang join sama2 lawatan tu. Bagus parents diorang kalau buat aktiviti apa2 tak pernah tak join. Sekolah pon tak pernah tinggal. Melainkan ada kes2 masalah kesihatan. Bukan main suka dia dapat jumpa cikgu2 dan kawan2 lama.
Dah ambik seat masing2. Ainn duk risaukan si kecik ni. Macam mana lah dia naik bas ye. Dah la perjalanan jauh. 1st time naik bas, suka tengok luar ye bila duk tempat tinggi macam ni. Selalu naik kereta je kali ni boleh naik bas. Aisy tengok je la orang duk lambai anak masing2. Aisy takde sape lambai ye?
Huh duk risaukan si daebap, si keding yang bermasalah rupanya. Teruk jugak dia muntah malam tu. Dah la Ainn tak prepare pape. Plastik langsung takde. Nak kejutkan orang lain tak sampai hati pulak. Rupanya hubby tak pernah naik bas. Dia sendiri pon tak tahu dia mabuk bas sebenarnya. Pernah la sekali naik bas ngan abang dia pergi Gua Musang. Alah setakat naik bas kat Chiku 3 ke Gua Musang nak rasa apa la sangat. Bas henti2 pulak tu. Jalannya takde la laju pon, pastu asyik berhenti je. Sekali naik bas express, hambik kau!! Baru je keluar Kulai dah hambur keluar isi perut tu. Tengok la tu kita nak selfie pon tak layan. Duk hidu limau yang dapat kat 1restoran kat R&R Tapah.
Untuk mandi dan solat Subuh kitorang buat pit stop kat R&R Tapah. Kat situ agak besar kawasannya. Makan pulak dah bawak siap2 malam tu. Nasi goreng je la takot basi pulak kalau makanan berkuah. Nak breakfast kat R&R? Masing2 tak nak, takot lari budget. Budget anak2 syurga la. Sebolehnya nak cut cost. Duit PCG pon tak banyak. Kami cikgu2 ni pon suka jugak sebenarnya kalau boleh cut cost, kurang la nak kena bayar per pax nanti. Hihi.
Yayyy sampai sudah di destinasi pertama. Aisy's 1st reaction. Hahaha excited bukan main. Bagus betol abang bas tu. Sebab kitorang nak sangat datang sini dia bawak kitorang naik Cameron kot Simpang Pulai. Nak turun nanti kan nak lalu Tapah sebab nak kejar masa ke Seri Kembangan. Sebenarnya kitorang tak masuk pon Avant Chocolate ni, kitorang masuk ke Green View Garden kat sebelahnya. Dua2 ni company sama je.
Dari Green View Garden kitorang terus ke Lavender Garden. Hubby nampak macam dah oke sikit. Dah rehat masa kat Green View Garden tadi. Ambik gambar pon dah senyum sikit, kira oke la tu.
Dari Lavender Garden kitorang terus check in kat Apartment MARDI. Makan tengahari dan solat. Petangnya tu kitorang melawat MARDI. Abang sado Ainn tak nak turun, tak hilang lagi 'mabuk' dia tu. Lagipun Aisy tidur. Kak Linda and family pon tak join jugak sebab Nadhra tidur. Kak Linda lagi la bawak baby 3bulan. Jalan kaki je ke bawah tu. Kitorang pon memang stay kat Apartment MARDI, kat dalam tu je.
Malam tu aktiviti bebas. Takde plan apa2. Kiranya untuk anak2 rehat je la. Kat apartment Ainn Amer buat game. Siapa paling lama boleh tahan tak pakai baju. Syaratnya semua kena mandi. Agaknya siapa yang boleh bertahan?
Esoknya lepas breakfast kitorang terus ke Big Strawberry Farm. Sebab kitorang pergi dengan bas agak jauh jugak la kena menapak ke atas.
Seterusnya tempat paling Ainn tunggu2. BOH Tea Centre Sungei Palas. Kalau pergi Cameron tak sah kalau tak ke sini. Ye ke? Kalau pergi sendiri takde maknanya nak drive ke sini. Ikut rombongan macam ni la kena ambik peluang. Tengok pada jalan tu hubby pon surrender nak drive ke sini. Hahaha. Tak pe yang, kita dah sampai. At least sekali pon jadi la.
Turun dari Ladang Teh BOH kami ke Bee Farm. Dekat je ngan tempat park bas tadi. Kat sini lah kami makan tengahari sebelom meneruskan lawatan ke tempat lain.
Ke depan sikit je kami ke Butterfly Farm. Nak jalan kaki pon boleh aje. Kalau jalan kaki kena patah balik la nanti nak ke bas.
Then ambik kenangan petik sendiri buah strawberi. Memang mahal la sikit berbanding buah strawberi yang dijual, tapi pengalaman memetik buah strawberi ni kat mana je boleh dapat? Kami ambik pengalaman ni kat Raju Hill's Strawberry Park.
Dah puas petik buah strawberi jom kita cari buah strawberi yang dah siap packing pulak. Ni part paling Ainn tak suka. Membeli-belah di Kea Far Market. Nasib dapat suami sekepala, kami husband and wife memang tak suka bab shopping. Bukan tak suka at all, beli aje la apa yang nak, siap! Bukannya nak survey2 harga dulu, ke sana ke sini, patah balik kedai tu. Tak kuasa mak...
Dah puas belanja sakan, Ainn dan hubby pulak dah penat menunggu diorang belanja balik apartment je la. Rehat ye, esok pagi2 dah nak gerak.
Seperti yang dijanjikan esoknya subuh2 lagi dah gerak meninggalkan bumi Cameron Highland. Destinasi seterusnya ke Farm in the City. Sebelom masuk dalam tu baru dapat makan. Pagi tadi alas perut ngan roti je.
Sebelom balik kami singgah di Beryl's Chocolate Factory & Confectionary. Bukan singgah pon, memang dah plan nak ke sini.
Duit dah habis, balik le. Nak ke mana lagi? Hihihi.
Secara keseluruhannya kat Cameron Highland memang best. Traffic pon smooth je. Ye la kitorang pergi hari sekolah kot, memang la orang tak ramai. Kat Green View Garden kitorang je yang ada masa kitorang sampai tu. Mungkin pagi lagi kot.
And 3rd day tu memang tak best. Rushing aje memanjang. Kalau nak ikut itinerary ni Ainn suggest gerak ke Seri Kembangan on 2nd day. Banyak je homestay kat sana.
No comments:
Post a Comment