Nuffnang Ads

Monday, August 7, 2017

Mini Reunion

Mula2 nak introduce dulu sorang2 dulu. Mulakan dengan Melati dulu.

Melati ni Ainn kenal masa mula2 Ainn posting kat sini. Kitorang duk serumah, kiranya housemate Ainn la. Setengah tahun lepas tu Melati kawen ngan Hassim. Hassim kat Pahang, Melati kat Johor. Melati masih duk serumah dengan Ainn lagi. Bila Melati lahirkan Durrah barulah Melati pindah duk rumah lain. Masih lagi lorong yang sama, cuma selang dekat 10buah rumah jugak la. Sebabnya Melati bawak mak dia untuk jagakan Durrah.

Dari mula2 kitorang duk rumah sewa tu lagi jiran depan ni suka buat baik dengan kitorang. Bukan depan betol2 pon, kira baris depan la. Jiran ni namanya Kak Ina dan Abang Omar. Ada anak2 Zahid, Zalikha, Zafry, Zanirah. Kitorang selalu lepak rumah Kak Ina. Tengok TV, makan2. Jalan2, cari lauk ke selalu dengan Kak Ina dan Abang Omar.

Kak Ina ambik upah jahit baju. Ramai la yang hantar baju rumah dia. Salah seorangnya jiran Ainn, Cik Siti. Rumahnya sebaris dengan rumah Ainn selang 3buah rumah je. Kalau masa Ainn lepak2 rumah Kak Ina tu Cik Siti ada sekali sembang2 la sama2.

Masuk tahun kedua kat sini Melati mintak mengajar sesi petang. Tengah tahun tu Fatimah pulak posting. Melati berkawan dengan Fatimah. Masa tu Melati dah pindah rumah lain, dah tak duduk ngan Ainn lagi. Tapi kitorang tetap jugak lepak sama2, hujung minggu je la. Melati suka cerita pasal Ainn kat Fatimah. Lama jugak akhirnya berkenalanlah Ainn dengan Fatimah melalui Melati. Agak rapat jugak, walaupon tak serapat dengan Melati. Pernah jugak Ainn lepak bilik Fatimah *masa tu Fatimah sewa bilik dekat dengan rumah Ainn sewa*, bila Fatimah pindah rumah lain pon Ainn pernah jugak lepak sana. Fatimah sendiri pon pernah lepak rumah sewa Ainn. Petang2 keluar pergi bazar Ramadhan sama2. Nampak tak pemalasnya anak dara ni. Hihihi.

Sekarang ni masing2 bawak haluan. Ainn dah pindah ke Kulai. Rumah sewa Ainn tu Fatimah sambung sewa. Fatimah pon dah kahwin. Kesian diorang sewa rumah tak siap sebelom sewa rumah sewa Ainn. Melati dah lama balik Pahang, tahun 2015 dah start mengajar kat Pahang. Masa tu baru Durrah sorang anaknya. Sekarang dah ada Naufal dan Nazif.

Sabtu kelmarin Melati datang Johor sebab nak ambik geran kereta kat AmBank. Taknak cerita pasal geran tu ye. Petangnya Ainn pergi rumah Ainn. Lepak kejap je sebab Melati nak bawak anak2 dia pergi zoo.

Esoknya, means semalam Melati melawat Kak Ina. Rumah Kak Ina ni belakang sekolah ni je. Saja Ainn nak menyibuk *memang Kak Ina panggil jugak* balik sekolah semalam Ainn pergi rumah Kak Ina. Hubby ambik Ainn kat sekolah terus ke rumah Kak Ina. Kebetulan kitorang sampai tu Cik Siti pergi rumah Kak Ina jugak nak bagi apa entah, yang pasti barang dapur.

Kebetulan jugak malam tadinya Fatimah baru je sampai dari kampung. Fatimah cuti bersalin 3bulan, baru dapat baby girl. Nik Nur Ramadina Syaufa. Panjang betul namanya. Alang2 Fatimah ada kat rumah, suami dia pon cuti lagi *hujung minggu* ajak diorang join sama2 lepak rumah Kak Ina.

Agak lama jugak lepak2 tu. Kak Ina masakkan ayam gulai, ikan bilis goreng tempoyak *requested by Melati*, ada ulam putat dan pegaga cicah budu. Siap menambah Ainn makan. Hihihi. Dalam 3jam jugak kitorang lepak2 tu. Macam2 cerita nak diceritakan. Yelah dah lama tak kumpul macam ni kan. Sesekali jumpa masing2 taknak kalah habis semua nak bercerita.

Ini je gambar yang ada untuk dibuat kenangan. Ainn perkenal satu2 ye. Dari kiri yang depan tak pandang kamera tu anak sulong Melati, Muhammad Durrah Kausar. Belakangnya Melati. Yang bertongkat kat meja tu Zalikha. Belakang yang duk kat sofa baju biru tu Hassim, riba Muhammad Nazif. Yang bersila depannya tu Muhammad Naufal. Yang nampak kepalanya je tu my hubby *tak sporting langsung!*. Yang gemok tu Ainn, riba Aisy Mikaeil. Sebelah Ainn Cik Siti. Bawahnya tu Kak Ina *nama sebenar Zaharah*. Sorang lagi tu Siti Fatimah, riba Madina. Abang Omar dan suami Fatimah tengah makan. Zanirah pulak tukang ambik gambar. Hahaha betol2 satu2.

Agaknya bila pulak ye nak kumpul ramai2 macam ni lagi? Plan nak gi Langkawi hujung tahun ni harap2 menjadi la.

Sunday, August 6, 2017

Mengenali Birthday Boy

Memang dah jadi kebiasaan jika ada apa2 makanan yang tak habis dimakan, atau makanan tu terlalu banyak untuk disimpan di rumah, atau dapat apa2 makanan dari sesiapa tetapi makanan itu kita tak makan, atau dah diamanahkan untuk bagi kat mereka, atau saja2 nak bagi anak2 *murid2 Pendidikan Khas* makan kitorang akan bawak je ke sekolah. Nanti makanan2 tu akan dikongsi2 sesama mereka, termasuk jugak cikgu2 pon join sekali.

Tengah buat kerja tadi Ainn dengar Param duk bahagi2 sesuatu dengan kawan2nya. Dah dapat agak, makanan la tu. Agaknya ada lagi biskut raya atau kerepek yang belom habis dimakan.

Sampai ke tempat Ainn duk buat kerja Param hulur jugak kat Ainn suruh Ainn ambik. Gula2 rupanya. Ainn tak suka sangat gula2 ni, so Ainn tolak cara baik je lah. Biar je dia bagi kat kawan2 yang lain.

"Birthday dia lah!"
Dengar Kak Ain jerit dari belakang. Oh Param sendiri punya, ingatkan yang mana2 cikgu bagi. Tak sedap jugak nak tolak macam tu je, dah la dia bagi tu sempena birthday dia.

Ingatkan nak ambik 2bijik je. Main seluk je dalam bungkusan dapat 3bijik pulak. Hihihi.

Ini dia birthday boy kita untuk hari ni, Paramasivam a/l Thinakaran. Dah besar panjang dah pon orangnya. Mana taknya dah 19tahun dah. Mula2 masuk umur 15tahun pon ramai duk ingat dah tahun akhir *19tahun*. 2tahun lepas pergi beraya ramai parents duk ingatkan dia cikgu, sebab badan dia tu yang besar panjang. Pulak tu suka pakai kurta, bukannya kemeja t macam murid2 lain.

Tak percaya? Bandingkan dia ngan Ainn. Ikutkan Ainn dah besar tapi Param lagi besar. Tinggi? Tengoklah dia dah bongkokkan badannya pon still lagi tinggi dari Ainn. Ke Ainn yang kontot?

25kg, 100 Hari, Gelang Emas $10

Masing2 sibuk nak berdiet aje. Kak Linda memang la on diet kan baru je lepas lahirkan Nadhra. Dila yang selama ni tak pernah berdiet, cakap nak diet pon tak pernah, tiba2 nak diet jugak? Nak dapatkan cutting macam anak dara dulu katanya. Sakinah siap join contest lagi sekali gang2 diet Atkins. Ikutkan post Sakinah kat WhatsApp tu macam menang RM2000. Tak pasti la kalau dapat capai target 20Kg tu ke atau hadiah utama.

Ada dapat 'hadiah' macam ni macam best je kan nak diet betol2. Takde la macam Ainn asyik hangat2 tahi ayam je. Diet 2, 3 hari dah stop. Bila stress sikit je terus cari makanan. Nak kurus macam mana macam tu?

Ainn bagitahu hubby pasal Sakinah join contest tu. So Ainn pon bodek2 la hubby nak diet tapi Ainn nak jugak 'hadiah' kalau dapat capai target. Biasalah hubby gelak je la mulanya, mana taknya dah beratus kali kot Ainn bagitahu nak diet, nak kurus. Tapi sudahnya tetap jugak melantak, tetap jugak gemok bambam. Dah pujuk2 akhirnya hubby setuju jugak. Ye lah Ainn dah buat ayat naif punya, kononnya hubby tak support isteri la, hubby taknak Ainn kurus la, macam2 la Ainn cakap.

So hubby tetapkan aim nak kena dapatkan berat 50Kg. Itu berat ideal untuk ketinggian Ainn yang berapa nak tinggi ni. Agaknya dalam 25Kg kot nak kena kurangan ni. Entahlah ye, dah lama sangat tak timbang. Agaknya ada kot 75Kg sekarang ni, tu yang Ainn belasah je nak kena turunkan 25Kg. Contest ngan hubby ni 100hari, macam pantang lepas bersalin je. Hihihi.

Hadiahnya? Hadiahnya Ainn sendiri yang request. Nak gelang emas! Taknak besar sangat, Ainn bukannya suka sangat pakai gelang besar2 macam Mummy Jarum tu. Ainn nak yang lebar je, janji emas padu. Beranya dalam 10rial je. Kat Kelantan emas ikut timbangan rial. 1rial bersamaan 2.72g rasanya. Lebih kurang macam tu la. Bajet dalam RM5K je.

Dah sibuk mintak itu ini, siap buat pelan pemakanan lagi, hubby tanya nak start bila? Hahahah of course la lepas pekena Big Apple Donuts dulu. Dapat perasa durian tu 2bijik lepas tu baru la boleh diet. Tapi kena beli 2boxes la untuk 6pieces, jadi 12pieces. Yelah kan 2nd box baru dapat less 50% tu.

"Makan ke melantak ni?"
Hahaha kan dah nak diet, kena makan kaw2 dulu. Takpe sy bagi 2pieces perasa durian untuk syg ye, balance 10 pieces tu je untuk sy.

Ini Ainn share ye iklan Big Apple Donuts tu.
Image result for big apple donuts and coffee promotion

Saturday, August 5, 2017

Warung Pak Abu @ Kg Jaya Sepakat, Senai: Warung Kampung Kelazatan 5 Stars

Cuti hari ni macam takde plan pulak. Lepas pergi bank tadi hubby tanya, nak pergi mana2 lagi tak? Ingatkan nak pergi Modern Living Home Expo kat Sutera Mall. Bila hubby tanya macam tu nampak sangat dia tak berminat nak gi sana.

Dah tak tahu nak pergi mana Ainn ajak pergi Warung Pak Abu. Lagipon tengahari belom makan lagi. Mengantuk sangat tengahari tadi hubby nak pergi masjid tak hantar pon dia kat kereta, just salam dalam bilik je. Pastu tidor. Hahaha bangun pon hubby kejutkan.

Dah lama sebenarnya teringin nak makan kat Warung Pak Abu ni. Tengok kat group Khas Penduduk Kulaijaya la tahu pasal warung ni. Kiranya menu special kat sini mi bandung udang. Udangnya besar2 tau. Ikutkan masa tu tengah ngandungkan Aisy. 3kali jugak try pergi asyik tutup je warungnya. Mungkin masa kitorang pergi tu belom waktu bukak lagi kot.

Dah lepas bersalin ni Ainn tanya Azman pasal warung tu. Entah kenapa sebelom ni langsung tak terpikir nak tanya Azman. Ikutkan warung Pak Abu ni sekangkang kera aje ngan rumah Azman. Belom rezeki Ainn lagi kot nak merasa masa tu. Ikutkan kata Azman warung tu bukak dari pagi. Sebelah pagi ada masakan pagi, tengahari ada lauk-pauk makanan tengahari, petang sampai malam ada masakan panas. Dan hari Sabtu TUTUP. Patutlah...

Bila Ainn bagitahu hubby takde la dan2 hari tu jugak dia terus bawak Ainn makan kat situ. Rasanya dalam seminggu lepas tu jugak baru kitorang pergi.

Untuk pertama kali kitorang pergi tu macam biasa la Ainn mesti order menu special kat situ. Apa lagi? Mi bandung udang la! Hubby pulak order mi goreng udang. Huhuhu cerita ni dah lama sangat, gambar2 tu semua ada dalam memory card yang dah rosak tu. So tak boleh la share gambarnya tu. Yang Ainn ingat mi goreng tu antara mi goreng yang Ainn suka. Tak kering sangat, tak basah sangat. Yang penting takde rasa kapur!

Untuk hari ni ingatkan nak makan mi goreng udang tu. Masa dalam kereta tadi hubby cakap dia nak makan mi goreng. Alang2 hubby dah nak order mi goreng Ainn order yang lain aje, boleh jamah hubby punya je mi goreng tu nanti. Sebab Ainn teringat2 lagi kesedapan mi bandung kat situ so Ainn order mi bandung jugak la kali ni.

Tadi cakap nak mi goreng udang kan? Tup2 bihun bandung pulak yang diordernya. Nampak tak kuahnya yang pekat tu? Takde la pekat sangat macam kuah kacang, kira pekat la berbanding kuah mi bandung yang pernah Ainn makan sebelom2 ni.

Udangnya 4ekor oke. Besar2 pulak tu. Ikutkan kecik je ni. Yang kitorang makan before lagi besar udangnya.

Zoom sikit tengok udang ni. Terliur tak? Murah je dik non, harga warung2 je.

Air? Tak ambik pulak gambar air. Milo O aisnya memang kaw! Air tu je boleh komen setakat ni. Takkan kita nak komen makanan/minuman yang kita tak makan/minum pulak.

Soal service memang laju. Tak payah panggil, duduk kejap je dah ada orang datang ambik order. Nak tunggu makanan siap pon tak sempat panas bontot. Punyalah laju diorang punya service, air hubby yang belom habis diminum dah pon diangkatnya.

Hihihi alkisahnya masa tu kan Aisy kecik lagi. Hubby makan dulu Ainn pegang Aisy. Sebab tangan Aisy duk gapai2 je apa yang ada depan Ainn so Ainn jauhkan sikit dari tempat duduk hubby yang tengah makan tu. Takde la jauh sangat, muat la sorang nak mencelah antara Ainn ngan hubby. Bila hubby dah siap makan dia pulak pegang Aisy. Ainn ambik makanan dan air Ainn je letak depan Ainn. Air hubby baru minum 2,3teguk tu Ainn biar situ je. Hubby pulak dukung Aisy tunjuk pokok2 bagai. Tup2 hubby tanya, 'air sy mana?' Huhuhu dah diangkat la kot. Mungkin orang yang angkat tu ingatkan air tu orang lain punya, kan jauh sikit dari tempat Ainn duduk. Nasib baik air hubby, kalau air Ainn terpaksa la order lain.

Ada rezeki pergi lagi sekali nak order mi goreng udang pulak. Tak boleh percaya dah kalau hubby kata nak order mi goreng jugak.

Oh lokasinya? Dari Kulai menghala ke Skudai, masuk simpang selepas Petronas Jaya Sepakat. Bila dah masuk kawasan Senai tu je Petronas yang ada. Masuk simpang tu ikut laluan sebelah kanan ye. Laluan kiri tu nak ke Taman Jaya Sepakat, warung Pak Abu ni kat Kg Jaya Sepakat. Ikut je jalan tu, jalannya agak sempit sikit. Terus je sampai jumpa warung tu kat selekoh sebelah kanan. Sebelom warung tu ada rumah besar yang dah terbiar.

Nak senang sikit masuk simpang selepas kedai cermin. Ke depan sikit lagi lepas simpang Petronas tadi, nanti akan jumpa Shell, Caltex, kedai cermin kereta. Tiga2 tu sebelah2 je. Ada simpang betul2 selepas kedai cermin kereta tu. Simpang tu tak nampak sangat, bila dah dekat je baru nampak. Masuk je simpang tu dalam 100m-200m ada jambatan kat selekoh, kanannya ada simpang kecik, dah macam simpang 3 jadiknya. Warung tu kat selekoh tu la sebelah kiri. Dekat dengan jambatan tu.

»Kalau dari JB kena u turn dulu kat Senai Utama 

Thursday, August 3, 2017

Toleransi Hidup Berjiran

Masa nak keluar jalan2 petang tadi ada sebuah peronda polis masuk lorong rumah Ainn. Hah ni mesti kes semalam. Petang semalam uncle yang rumah hujung tu bergaduh dengan pekerja2 yang renovate rumah sebelah rumahnya. Punca pergaduhan tu tak pasti. Hubby cerita ada bunyi bising kat luar, dia jengah kot tingkap nampak uncle tu tengah berperang mulut dengan pekerja situ. Tak lama lepas tu ada polis datang. Agak lama jugak, masa Ainn balik semalam polis tu baru je pergi. Hubby tak bagitahu pulak sejak pukul berapa pergaduhan tu, dan bila polis sampai. Ainn pon tak tanya, bila hubby cakap LAMA tu bunyinya lebih sejam lah ye.

Bila hari ni polis datang lagi. Dan memang betul pon diorang pergi ke rumah yang tengah renovate tu. Haisy macam ada kes besar je. Ainn ngan hubby pon bukan main la buat andaian macam2. Ye lah sampai melibatkan kes polis tu.

Ainn agak mungkin diorang buat kerja sampai merosakkan bahagian dinding rumah yang dishare dengan rumah uncle tu kot. Mungkil drill sampai berlubang ke. Mana tahu kan? Tapi hubby pertikai, takkan nak drill dalam sangat. Setakat nak buat wiring je takkan sampai berlubang kot dinding tu.

Hubby pulak cakap mungkin diorang duk usha2 anak uncle tu kot. Yelah yang buat kerja tu kan semuanya lelaki. Uncle tu pulak ada bunga yang sedang berkembang mekar. Boleh jadi diorang duk ngintai amoi tu. Huish kalau betol jadi macam tu bapak mana yang tak marah? Tapi sempat lagi yek diorang tu buat 'kerja' tu semua. Bukannya nak siapkan buat renovation tu cepat2, nanti cepat la dapat duit.

Balik dari jalan2 tadi peronda polis masih ada lagi kat situ. Ainn nampak 2orang pegawai duk ambik gambar rumah tu. Banyak shoot jugak kot, dan angle berlainan. Mungkin sebab buat renovation tak apply ngan Majlis kot. Kan dia tambah dinding beranda, tukar pagar beranda, pasang awning, dan tukar kedudukan pintu dan tingkap. Tapi semua tu kena apply majlis jugak ke? Kalau kena apply jugak sah2 rumah Ainn pon kena saman jugak. Kitorang pon tambah jugak dinding kat beranda, pasang awning jugak kat beranda ni. 2benda lagi tu je tunggu duit datang dulu. Hahah.

Bila pegawai polis tu balik hubby ajak Ainn keluar tengok2 rumah hujung baris rumah Ainn. Rumah tu lagi la buat renovation besar2an. Ada duit, dapat pulak corner lot memang best la.

Alah konon2 nak tengok rumah corner lot tu helah je. Padahal nak gi tengok surat yang polis tu tampal.

Agak2nya surat saman kes apa ya?

Jeng! Jeng! Jeng!

Sebabnya gangguan bising bunyi drill. Itu je? Adat lah duk taman baru. Masing2 nak renovate dulu rumah tu. Bukannya selamanya pon. Dah siap nanti takde la bunyi2 bising tu. Lagipon diorang buat kerja siang hari, dari pagi sampai petang je. Masa polis datang tadi diorang dah balik dah pon.

Jiran sebelah rumah Ainn ni elok aje duk 'main' drill malam2. Sendiri paham la, diorang renovate sendiri rumah tu. Tukar pintu pon sendiri. Siangnya kerja, malam je la yang ada nak buat semua tu. Tengah syok tengok tv, manja2 ngan hubby dan Aisy tiba2 bunyi drill, bunyi tukul. Maafkan aje lah.

Intan dan Harry yang duk sebelah rumah corner lot tu lagi kesian. Diorang buat kerja cuti hari Ahad je. Nasib baik Sabtu je pasangan ni nak kena hadap bunyi2an tu semua. Masa nak pecahkan dinding rasa macam nak runtuh je rumah tu. Masa nak pasang ceracak lagi la rasa bergegar. Kitorang yang selang 2buah rumah ni pon terasa apa lagi Intan dan Harry.

Bila kita pikirkan orang nak renovate rumah sebelom masuk, bukannya lama diorang buat kerja tu, bukannya 24/7 diorang buat bising, tak timbul masalah sampai nak bergaduh siap buat police report.

Hidup berjiran macam ni la. Toleransi tu kena ada. Sekarang ni kita yang kena ganggu, bila dah ada duit sikit lagi kita pulak yang ganggu jiran. Orang yang jenis tak boleh nak bertoleransi macam ni kena duduk dalam hutan je la. Haiwan2 bunyi bising bergaduh je ngan haiwan2 tu semua. Sama2 tengok siapa yang menang.

Agaknya semalam uncle tu baru nak tidur terkejut tiba2 bunyi drill kat dinding rumah dia. Yelah uncle tu kan berniaga kat pasar malam. Siang2 ni nak rehat la.

Yang peliknya bunyi drill kan memang dah kuat. Boleh perlahankan ke bunyi drill tu? Nak2 pulak bila nak pecahkan tiles.

»bunyi bising anjing menyalak tu kita pakat2 buat police report jugak nak?

Terkejut!! Jelly Penuh Dalam Seluar

Nak sambung sikit kisah lepas 'mandi hujan' kelmarin. Bila Aisy dah siap mandi Ainn nak bukak la dia punya seluar. Kelmarin kan Aisy mandi ngan seluar. Masa nak bukak seluar tu menjerit Ainn tengok banyak sangat jelly2 putih kat dalam seluar Aisy. Ni antaranya, sikit je la sebab Ainn dah banyak sapu buang.


Pun ada jugak yang melekat2 kat seluar.

Banyak jugak yang jatuh kat lantai.

Bila jadi macam ni memang cuak. Sangat2 takut masa tengok jelly2 ni semua, sebab tu yang terjerit2 masa bukak seluar Aisy tadi. Hubby selamba je jawab, 'Pampers pecah la tu...'

Hahaha rupanya diapers je. Jelly dalam diaper tu keluar sebab dah pecah. Tu la mandi lama sangat dah tak menampung air yang menyerap sampai pecah benda alah tu. Menakutkan je lah benda alah ni. Huhuhuhu.

Bila Si Kecil Tak Suka Mandi

Sape yang tengok Little Princess Aaisyah episod 1 mesti tahu kan puteri kesayangan Che Ta sorang tu punyalah susah nak mandi. Sama aje ngan si bambam Aisy ni, nak2 pulak bila mandi petang. Yang bezanya Aisy kecik lagi, tak pandai lagi nak berhelah macam Aaisyah.

Masa baby dulu Aisy memang kena mandi ngan air panas je. Kalau tak cukup panas air tu melalak dia masa tengah mandi tu. Dah besar sikit siap panjat2 atas kita nak lari dari air tu. Kat kampong takde water heater kat bilik mandi, so kena masak air dulu la letak air panas tu dalam baldi campur dengan air paip sikit. Hah mandi tu kena cepat2 la, bila dah suam sikit je terus melalak.

Dah besar ni susahnya nak mandi bukan main. Tak kira ngan air panas pon susah nak mandi. Nak2 pulak dah pandai merangkak ni, pandai la dia 'lari' sendiri. Tapi kalau bab nak main air punyalah suka. Kalau cuci tangan kat sinki dua2 tangannya nak dicuci. Lama2 pon takpe. Air paip kat sinki tu bukannya air panas pon! Kalau main air kat lantai bilik air pon sama. Boleh je. Bila disiram air nak mandikan dia terus 'lari'.

Suatu hari hubby dapat idea. Aisy tak suka mandi tapi Aisy suka main air. So kitorang mandikan dia dengan air hujan! Lagipon Aisy dah besar. Hari pertama kami mandikan Aisy dengan 'air hujan' Aisy dah 9.5bulan. Okelah tu setakat nak mandi hujan je. Aisy sendiri pon punyalah seronok dapat main 'hujan'. Tak percaya, tengok je la gambar2 kat bawah ni.





Cantik berbaju merah ni hari pertama kami mandikan Aisy ngan air hujan. Tengoklah tu, bukan main seronok lagi ye dapat mandi hujan. Lama2 pon takpe. Selagi ummi tak angkat masuk rumah selagi tu la nak mandi air hujan ni.

Nampak seronok sangat Aisy mandi hujan, esoknya kitorang mandikan lagi sekali. Kali ni je la kita bagi Aisy mandi hujan 2hari berturut. Lepas tu berselang hari la. Kita layan Aisy mandi hujan esoknya pulak.

Oke, hujan baru turun.

Eh2 tak dapat2 lagi la nak tangkap air ni.


Bukan muka je bulat, ngan mata dan mulutnya sekali bulat nak menadah air hujan tu.


Tak dapat nak tangkap air tepuk2 je la air tu kira oke lah.


Wajah keriangan dapat mandi hujan.

Alamak, gambar2 kali ni kantoi pulak getah paip tu. Kan dah kantoi mandikan ngan air paip je. Huhuhu takkan la nak bagi Aisy mandi hujan yang betul tu pulak kan. Demam pulak nanti debab ni. Yang peliknya mandi ngan air paip ni takde pulak nak kena panaskan dulu air tu. Elok je mandi ngan air sejuk tu, lama2 pon takpe. Bukannya nak mandi sangat sebenarnya, nak main air je kan.

Oke, ini yang terbaru pulak. Kelmarin punya ceritalah. Bukak je baju siap2 macam nak mandi tu. Kadang2 seluar pon tak sempat nak bukak. Diapers tu pakai la, malu pulak jiran2 tengok anak bogel je duk main depan rumah. Jom layan gambar, sikit je Ainn share untuk kelmarin punya ni.

Comel le tu kononnya buat muka gitu? Aisy yang suka selpi, suka bergambar.

Wahh macam duk bawah pancuran air terjun je. Ni bukan simbah kepala Aisy betul2 tau. Jangan sesekali buat macam tu, lemas budak debab ni nanti. Simbah dekat2 je ngan dia biar terkena percikan sikit2 je. Kalau nak hala terus kena kat badan je takpe.

Dah lama sangat kan main hujan, kiranya bilasan terakhir la ni. Ni Aisy sibuk nak pergi kat pokok nanas je.

Kalau ikutkan hari ni Aisy dapat mandi hujan lagi. Agak2 dapat tak? Tengok la petang nanti. Sebenarnya dengan mandikan Aisy dengan air hujan ni dapat elakkan Aisy dari tidur petang. Bila tak tidur petang malamnya Aisy tidur awal. Takde la nak bergaduh ngan Aisy lagi bila ummi dah ngantuk tapi Aisy nak main lagi.

Mommies yang ada anak masalah macam Aisy *susah nak mandi atau nak elakkan anak tidur petang* boleh la try cara ni. Ikut je rentak anak, dalam masa sama kita control.

Wednesday, August 2, 2017

Bila Si Kecil Rindu Ummi

Baru je semalam Ainn cerita pasal kesibukan Ainn selama ni sampai abaikan beloh ni. Dalam tu ada la cerita sikit2 pasal bengkel antara pengelola pasukan sekolah masing2 untuk sukan PK yang berakhir sehingga 6.30petang. Hari ni pon kena hadap lagi. Walaupon Ainn dah tahu hari ni ada bengkel lagi untuk tujuan post mortem tapi tak dinyatakan waktu bengkel tu sehingga pukul berapa.

Sebab taknak selalu masuk lewat je, Ainn decided tak balik la tengahari tu. Terus je pergi bengkel tu lepas sekolah. Lagipon bengkel tu kat sekolah VIP, kalau nak balik rumah dulu duk main pusing2 la. Sekolah VIP tu dalam 10minit je dari sekolah Ainn. Kalau nak balik dalam 20minit jugak kot, mesti Aisy mintak layan dia dulu, pastu nak patah balik ke sekolah VIP pulak, banyak masa dihabiskan di perjalanan je. Belom lagi kira nak makan, nak solat. Sebab tu Ainn decided solat je kat sekolah, lepas solat terus gerak ke sekolah VIP.

Sampai kat bilik sumber *tempat bengkel nak diadakan* tak ramai yang dah sampai. Ainn ambik kesempatan whatsapp ngan hubby. Sedihnya rasa bila hubby bagitahu Aisy langsung taknak makan, rindu ummi dia kot. Hurmm dah la hari ni ummi gi sekolah sendiri, Aisy tak hantar pon. Sebelom pergi sekolah tadi Aisy tak menyusu pon ngan ummi. Aisy menyusu sikit je sebelom ummi mandi, itu pon dalam keadaan mamai. Memang time tu time Aisy menyusu.

Kan tak mula lagi bengkel Ainn sempat videocall ngan hubby. Jangan tiru ye bab ni, video call sangat2 tidak bagus untuk baby. Ainn sendiri ini first time Ainn 'main' ngan Aisy. Hubby on camera kat Aisy je. Ainn tahu Aisy tengok Ainn kat handphone abinya tu. Ada ketikanya camera fokus dekat ngan muka Aisy, sampai jadi blurr sebab dekat sangat. Ainn tahu tu dahi Aisy.

Tak lama pon duration video call tu. Ainn tahu tak elok kan, cukup la sekadar nak lepaskan rindu Aisy kat ummi dia je. Hubby bagitau Aisy cium Ainn. Tersentuh sangat rasa hati ni. Rupanya Aisy sendiri yang cium umminya dalam handphone tu. Ainn mati2 duk ingatkan hubby yang dekatkan handphone dengan Aisy seolah2 nak Aisy cium. Rupanya Aisy yang pandai sendiri nak cium umminya. Cerdik betol anak ummi ni.

Start bengkel tadi Cikgu Wong tunjukkan tentatif bengkel, bersurai pukul 6petang! Ainn berdoa je mintak habis awal, walaupon sebelom ni pernah habis 6.30pm walaupon tentatifnya setakat pukul 6 petang je.

Alhamdulillah bengkel habis awal walaupon tak awal sangat. Balik tadi pukul 5 lebih jugak. Agak lama Ainn tinggalkan Aisy hari ni. Selalunya bila Ainn pergi sekolah sendiri balik tengahari tu Aisy nak main2 cak cakk dulu ngan Ainn. Petang tadi dia terus hulur tangan nak ngan Ainn.

Dah masuk dalam rumah hubby cerita sayunya hati dia tengok Aisy masa video call tadi, rasa macam nak menangis je. Rupanya masa video call tu sebelom Aisy cium dia usap2 dulu skrin handphone macam dia selalu duk main kat muka Ainn. 

Allah! Tak kuat rasanya. Mungkin sebab ni Allah bagi Ainn kerja cikgu, bukam kerja office hour yang nak kena tinggalkan anak dari pagi sampai petang tiap2 hari. Ainn ni baru sehari dah tak tahan rasanya. Macam mana agaknya ya mommies yang kerja office hour? Lagi2 yang kerja shift lagi la kena double ttrip kuatnya.

Ni baru sehari sayang. Ummi tinggal pagi, petang dah balik. September nanti ummi kena pergi kem 2malam sayang. Kita sama2 kuat ye sayang. Ataupon ummi cuba cari alternatif lain.

Tuesday, August 1, 2017

Sebab Blog Menyepi

Yuhhuuu! Bertemu kita lagi. Agak lama jugak ye kita tak bersiaran. Kalau muncul pon sekejap2 je. Lama pulak menghilang then muncul kejap. Huhuhu macam tu lah hakak bambam sekarang ni ye, asyik on off je. On kejap je, off tu yang lama.

Timbulnya kesedaran nak kembali aktif main belog ni bila tengok Aisy yang masya Allah tak tahu nak cakap perkembangannya tuh macam mana. Rasa bersalah pulak bila tak dapat nak tunaikan niat di hati. Ikutkan masa mengandungkan Aisy dulu nak ceritakan semua perkembangan Aisy kat sini. At least bila Aisy dah besar nanti bila rasa rindu Aisy masa keciknya boleh la baca sini, sebagai ubat rindu. Maafkan ummi ye sayang, inshaa Allah ummi cuba update pekembangan Aisy kat sini ye.

Sebenarnya ada sebab2 tertentu kenapa Ainn sepi seketika dalam dunia belog ni. Di awal kelahiran Aisy dulu rasanya kerap jugak Ainn singgah jenguk2 belog, walaupon banyak jugak cerita2 yang kononnya nak update tapi tertangguh jugak. Semuanya gara2 memory card!

Ya, memory card. Memory card yang kita pasang kat handphone tu la. Apa dah jadi? Tak tahulah di mana silapnya tiba2 je memory card tu rosak. Handphone tak boleh detect. so semua kenangan, gambar2 dan video2 yang ada disimpan dalam tu hilang. Termasuk gambar2 dan video2 Aisy. Rasa down sangat2. Masuk awal tahun tu rasa je nak transfer ke laptop tapi asyik tertangguh je. Sudahnya semua hilang macam tu je. Yang selamat? Sikit je la mana2 yang dipost kat moment wechat je la. Itu pon berapa keping je gambarnya. Video langsung la xde simpan kat mana2. Harapkan handphone hubby? Ada la 2, 3 keping gambar Aisy. Ada jugak kot 1 video. Itu je la yang selamat.

Lama jugak tempoh berkabung dengan kehilangan kenangan2 Aisy tu. Bulan Mac pulak kitorang pindah rumah. Yayyy akhirnya dapat jugak duduk rumah sendiri!! Seronoknya bukan main. Walaupon penat, mana tak penatnya nak kemas barang semua. Dari mencuci rumah baru, packing barang2 yang nak dipindahkan *walhal hubby yang banyak buat part ni*, pindah barang sikit2 ngan kereta je *barang2 besar je masuk lori*, pastu nak kemas rumah yang baru ni pulak. Hadoi ngan anak kecik bukan kerja senang.

Belom habis penat pindah rumah sibuk pulak dengan latihan sukan. Latihan tu waktu sekolah je, petangnya ada bengkel pulak antara jurulatih2 *wakil sekolah*. Pernah sekali sampai 6.30pm! Nak pulak time tu jugak ada orang atasan nak datang sekolah. So pengetua kerah kitorang siapkan kebun kat belakang kelas ni, penyelaras pulak uruskan hal2 dalam kelas. Sudahnya Ainn sorang2 je terkontang-kanting nak uruskan anak2 kat padang. Dah la Ainn bukannya reti pon bab sukan ni. Nasib baik Ima tolong 'lepaskan' masa acara balapan. Kalau dia takde mintak tolong murid lain. Hahaha untuk acara lompat jauh, lontar peluru pulak memang harapkan anak2 je la. Dengan penat bersukan, nak kena observe lagi.

Belom pape timbul pulak masalah baru. Kes kecurian kat kelas! Aha, yang ni Ainn ada cerita sikit2. Pasal handphone Raudhah hilang, dan duit Raudhah pon hilang jugak. Yang kemuncaknya bila seminggu tu ada 3kes kecurian yang disedari. Hari Isnin duit Dila hilang RM50, esoknya handphone Hafis hilang. Kemuncak segala kemuncak 2hari lepas tu duit Ainn pulak hilang! Bukan sikit weh, RM1050!! Mungkin bagi orang banyak duit anggap nilai tu sikit je. Bagi Ainn yang memerlukan banyak duit masa tu *almaklum baru pindah rumah* rasa nilai tu sangat2 banyak. Yang ni kalau rasa free dan rasa ada mood nak cerita Ainn cerita kemudian ye. Rasanya macam nak tanam 'kenangan' tu kat sini.

Ikutkan kes kehilangan tu tak settle pon lagi sampai sekarang. Kami semua dalam keadaan berhati2 je la dengan barang2 kami. Pandai2 la jaga. Kes kecurian duit tu pada hari kitorang kena observe, sebelom hari sukan daerah. Kiranya musim ni musim penat la. Sukan kena buat cepat2 la sebab dah nak puasa kan. Takkan nak buat sukan ari puasa pulak? Cikgu pon penat apa lagi murid2 yang nak kena lari.

Cuti sekolah 2minggu Ainn balik kampong je, jaga kak long sakit. Yang ni pon Ainn kemudian jugak ye. Yang sedihnya dapat berita 'penderitaan' kak long pada hari yang sama dengan hari duit Ainn kena curi. Bertimpa2 je rasanya diri kena hempap dengan masalah.

Naik cuti sekolah pulak kitorang baut exam je. Tenang je anak2 menjawab soalan dalam puasa ye. Cikgu pon tenang je jugak jaga anak2 dalam puasa ni. Tenang ke? Rasanya ada jugak yang menjerit2 dalam kelas tu. Haisy budak2 ni cakap pelan2 tak makan dek saman. Dah habis exam kena menanda pulak. Hahaha cara Ainn senang, diorang hantar je terus tanda. Tak payah nak tangguh2.

Naik cuti raya ada bengkel pulak untuk Tingakatan 2 punya KSSM. Alah 2hari je bengkel tuh. Acah2 busy la kan. Sebab bengkelnya tu kan dari pagi sampai petang, sebab tu la yang penatnya.

Next weeknya pulak start beraya. Yang bestnya kat Johor ni raya betol2 sebulan! Program kelas beraya almost 2weeks jugak la, sebab tahun ni ramai murid Melayu. So dapat la beraya banyak rumah trip ni. Belom kira lagi jiran2 dan cikgu2 punya open house. Boleh kata tak payah masak sebulan ni. Tapi open house rumah sendiri kena masak la ye.

Bila dah habis musim raya ni boleh la kot nak berjinak2 luangkan masa dengan belog nih. Nak tambah sikit je lagi. Kalau awal tahun hari tu sedih sebab memory card rosak, tengah May lepas handphone tu pulak yang rosak. Bukan setakat rosak je, retak sejuta! Silap Ainn jugak. Lagi la tak boleh nak buat apa dengan semua kenangan handphone tu.

Dan sebab paling utama slow sikit dengan belog ni bila dah ada anak la kan. Masa ngan anak memang tak boleh buat apa. Kena main ngan dia je. Nak pulak Aisy ni sangat2 manja ngan ummi dia. Balik sekolah je nak berdukung. Huh tak kuasa la nak dukung dalam rumah. Time tengah masak bila Aisy bergantung kat kaki sambil nangis terasa jugak kat hati ni. Yelah ibu mana yang sampai hati tengok anak macam tu. Bila dah pandai main ni nak kena sentiasa tengok2 dia. Tak boleh alpa, mata nak kena tengok je. Paling risau bila dia suka mengutip dan masuk mulut, dan jugak suka panjat tangga.

Lagipon Aisy memang tak suka ummi dia 'main' handphone. Baru je pegang kejap terus je dia ambik kat tangan ummi ni. Kadang2 nak marah punya pasal dibalingnya handphone ni. Hah ni baru handphone, belom lagi on laptop. Nak baling tak boleh kan? So dia tekan kat monitor tu, tak pon tekan2 kat keyboard. Nak buat kerja macam mana macam tu gayanya? Nak buat kerja sekolah pon tak boleh apa lagi nak update belog. Yang tahunya nak kita main ngan dia aje. Bila Aisy tidur masa ni la nak buat kerja lain. Tak pon nak rehat. Hihi.

Bila pikirkan nak update perkembangan Aisy Ainn cuba curi2 masa sikit untuk belog ni. Inshaa Allah, i'll try my best.