Nuffnang Ads

Friday, July 29, 2016

Pengalaman Sakit Perut Ketika Hamil 31minggu

Dari lepas Asar rasa sakit kat dalam perut. Tak boleh nak describe sakit tu macam mana. Rasa sakit cirit-birit pon ada, rasa sakit memulas macam nak buang air besar yang bila dah keluar sebesar penumbuk anda akan rasa arghh lega rasanya pon ada, rasa sakit menyucuk2 macam berangin pon ada, rasa sakit macam ada beban menekan kat situ pon ada. Bayangkan rasa sakit tu bersatu.

Tak boleh nak dibayangkan macam mana sakitnya. Kadang2 rasa perut mengeras. Biasanya kalau mengeras setakat mengeras je takde rasa sakit pon. Kali ni mengeras pon rasa sakit yang amat. Yang pasti rasa sakit, dan tempat rasa sakit tu berubah2. Kadang2 sakitnya kat bahagian bawah. Kadang2 sakitnya kat bahagian atas. Kadang2 sakitnya kat seluruh dalam perut. Cuma sakit kat belah kiri je berterusan nonstop.

Petang tu tahan je. Oren ajak pergi klinik pon tak nak pergi. Bila dah malam nak tidur tu memang tak boleh tidur. Sakitnya makin tak tertahan. Dah lewat malam baru pergi klinik.

Masa nak register kat bahagian kecemasan nurse suruh pergi ke wad bersalin terus. Cuak jugak masa tu. Takkan dah nak bersalin kot, baru 31minggu. Due date 24September kot. Bila nurse cakap tak semestinya kena terus bersalin lega sikit rasanya. Tapi tengok Oren macam menggeletar je. Hihihi.

Pergi ke wad bersalin tu nurse terus cakap kena admid ward. Aik belom pape dah kena admid ward ke? At least check la dulu. Sebab anak sulong katanya. Hurmm terima je la.

Dah siap tukar pakaian *nurse bagi sepersalinan pink colour!* nurse suruh baring kat katil yang disediakan. Spender jangan lupa bukak ye, nak check macam mana kalau tak bukak. Hihihi.

Mula2 nurse check blood pressure. As usual its ok. Pastu nurse kata nak check jalan. Nak check jalan buat apa? Bukannya dah nak bersalin pon. Tapi masa tu diamkan aje. Dah sakit kan.

Nak tau macam mana check jalan? Selalu dengar kawan2 duk bercerita sakitnya kena jolok masa nak check jalan, kali ni sendiri dah boleh rasa macam mana sakitnya tu.

Mula2 nurse sapu air kat bahagian tutt tu. Lepas tu dia ambik benda apa entah, bercabang macam bentuk y. Dia masukkan ke dalam. Sakit la jugak masa nak masukkan tu. Tindakan luar kawalan kan, sampai terkepit2 la tahan sakit. Tapi nurse tu tenangkan, sakit sikit je. Rasanya lagi sakit masa mula2 'bersama' dulu.

Lepas tu dia masukkan apa tak tahulah nak check jalan tu. Ainn dah pejam mata awal2 lagi tak sanggup nak tengok. Sebelom dia masukkan dia mintak Ainn bertenang, tahan sikit sebab sakit. Oke redha je la. Pastu dia masukkan ke dalam. Rasanya takde la sakit sangat pon. Lagi sakit masa dia masukkan benda bentuk y tadi.

Hasil 'jolokan' tu nurse cakap jalan tak terbukak lagi. Lega rasanya, belom masa nak bersalin lagi. Tapi ada cairan putih sikit. Mungkin keputihan kot nurse cakap. Rasanya Ainn takde keputihan. Ada jugak la sikit2, tapi bukan tiap2 hari yang keluar. Time penat je, keluar pon sikit je.

Lepas tu nurse check jantung baby pulak. Dia sambungkan mesin ngan wayar, letak kat perut. Bunyi agak bising jugak la. Dan ikatan tu buat perut bertambah sakit. Dah la lama. Sabar je la, nak buat macam mana.

Bila check takde masalah pape ingatkan dah boleh balik, rupanya memang nak kena tahan kat wad jugak. Alahai sedihnya nak kena berjauhan dengan suami. Kalau suami boleh temankan takpe la jugak. Sedih je nak berpisah ngan Oren malam tu. Huhuhu.

Hampir jam 1pagi Ainn melangkah masuk ke wad yang disediakan. Wad tu sepatutnya khas untuk 6katil tapi diletakkan 8katil. So tak payah nak berangan la nak tutup langsir tu. Tak sampai 15minit ada 2orang lagi masuk memenuhi wad tu.

Lebih kurang 3.30am nurse kejutkan nak check jantung baby. Ngantuk2 pon tahan je la.

Baru je nak lena balik nurse kejutkan lagi, nak check jantung baby lagi. Kadang2 terlelap jugak masa dok check jantung baby tu. Tengah2 duk check tu dengar bunyi azan. Hihihi dah dekat 5.30 rupanya nurse kejutkan tadi ya.

Pagi2 lagi diorang yang lain semua dah mandi. Ainn je takde bawak pape tak boleh mandi lagi. Bagitau Oren suruh antar barang2 mandi senang je dia cakap mandi je tengahari nanti. Huhuhu dah la duk dalam econ, tak selesa kalau tak mandi. Sabar je la.

Sebelom breakfast nurse bagi ubat dan vitamin. Ubat apa, vitamin apa Ainn tak tahu. Yang pasti dalam 4bijik tu ada 1 acid folic. Huh nak telan macam mana air takde ni! Macam2 tahu2 je nurse cakap sape2 yang takde air boleh ambik kat water dispenser kat depan kaunter. Ingatkan Ainn sorang je yang takde, ye la masing2 tak tau nak kena admid ward kan. Datang pon melenggang je la.

Breakfast tu Ainn dapat nasi goreng dengan teh. Teh? Ya, teh! Bukan ke teh tak bagus untuk ibu2 mengandung? Boleh kot, setakat secawan sehari. Lagi pon bukannya tiap2 hari minum teh ni.

Oke, tak nak cerita pasal teh tu. Mula2 Ainn rasa nasi goreng tu, suapan pertama dah dapat detect tekak Ainn tak boleh terima. Kalau makan jugak nasi tu confirm Ainn akan muntah kejap lagi. Kalau tak makan takot lapar pulak. Ambik jalan tengah Ainn makan jugak separuh. Dan seperti yang dijangka tak sampai setengah jam lepas tu terus muntah. Dengan ubat2 yang makan tadi pon keluar jugak. Busuk sangat bau ubat tu!

Lepas makan doktor datang. Just tanya ada sakit2 lagi ke tak. Apa lagi Ainn ambik peluang ni la mintak balik. Hihihi tengahari tu boleh terus balik, sebab dah tak sakit lagi. Yang bestnya doktor cakap pasni dah tak payah makan ubat apa2 lagi, tak guna makan ubat kalau muntah. Lagi menyeksa diri je.

Sabar je tunggu 12.30. Oren datang awal, ingatkan waktu melawat pukul 12. Hihihi. Masa tu nurse baru bagi2 makan untuk lunch. Wahh lunch? Tak sabar ni nak makan, perut dah bekeroncong sejak tadi lagi. Tengok lauk macam tak menyelerakan. Sekali try makan ermm sedap! Licin makan. Hihihi.

Oren datang bawak barang2 mandi, dan jugak jajan. Huh orang dah kenyang dah pon. Orang suruh antar pagi2 tadi taknak. Tak kisahlah, mandi, tukar baju, dah boleh balik. Yeayyy!!

Oke, Oren dah siap goreng keropok. Have a breakfast. Sambung nanti ye.

No comments:

Post a Comment