"Next appointment saya akan ajar macam mana nak kira baby bergerak,"
Nak kira baby gerak pon nak kena ajar ke? Persoalan yang timbul daripada manusia bodoh sombong. Mesti la ada term & condition dia nak kira pergerakan tu. Bukan semua gerak baby boleh dikira. Kalau tak takde la nurse tu pon susah2 nak ajar kalau boleh kira sebarang aje. Dia pon ada banyak kerja lain nak kena buat.
Oke, sebelom kita belajar nak kira gerak baby, sejak bila sebenarnya kita dah dapat rasa baby kita dah start gerak?
Selalunya bila kandungan dah masuk 4 bulan ibu dah rasa bayi bergerak. Ini fakta yang nurse share kat Ainn. Tapi selalunya for the 1st pregnancy macam Ainn ni dah masuk 7bulan baru rasa baby tu bergerak. Nak pulak yang jenis perut 'tebal' macam Ainn ni, lagi la lambat nak rasa semua tu.
Tapi tu cakap2 orang je. Rezeki tu semua dari Dia. Kalau Dia nak bagi nikmat tu awal so awal la yang kita dapat. Kalau Dia hold dulu so lambat la kita dapat. Dan Alhamdulillah Ainn antara insan yang terpilih untuk rasa nikmat tu awal, walau pon on my 1st pregnancy, walau pon perut tebal!
Baru masuk 4bulan setengah Ainn dah start rasa baby bergerak. Memang pelan je. Macam orang jentik2 manja gitu kat dalam perut ni. Bila kandungan dah masuk 5bulan baru rasa baby ni gerak kuat sikit. Setiap hari la rasa baby ni gerak. Tapi bila abi dia sentuh perut ummi dia terus dia berhenti gerak. Tak suka betul dengan tangan panas abi dia. Hihihi.
Yang bestnya bila dah masuk bulan puasa lepas. Masa tu kandungan dah masuk 6bulan. Apa yang bestnya bukan aje boleh rasa baby tu gerak tapi jugak boleh nampak! Aktif betol anak ummi ni ya. Takde la tiap kali baby gerak boleh nampak perut ni gerak. Bila baby tendang kuat je la.
So macam mana nak kira pergerakan baby ni?
1st tetapkan masa sehari 12jam untuk tempoh mengira pergerakan baby kita. Tadi nurse bagi tempoh 9pagi sampai 9 malam. Sempat la breakfast dulu pagi tu sebelom pukul 9. Nak bagi baby kita aktif kena la bagi tenaga dulu, ye dok. Kira pergerakan baby hanya dalam tempoh 12 jam ni aje. Kalau sebelom pukul 9 baby dah gerak tak dikira ya.
Pergerakan macam mana je yang boleh dikira? Hah kalau setakat gerak sikit2 tu tak dikira ya. Nak kena yang betul2 aktif je. Yang terasa kuat, ataupon rasa kat seluruh dalam perut baru dikira. Sekali rasa dikira 1 la ye. Pastu lepas 2,3 minit kalau rasa lagi dikira 2 la pulak. Dan so on. Tidak semestinya lepas gerak yang pertama akan selang 2,3 minit je nak gerak untuk kali kedua.
Kira sampai 10 kali gerak je sehari. Tak payah kira betul2 sampai pukul 9malam. Bila dah cukup 10 kali gerak tengok jam, then tulis pukul berapa gerakan ke10 tu.
Ini carta yang kita gunakan, ada dalam buku merah. Macam yang Ainn bagitau tadi nak kena kira pergerakan baby ni setiap hari. So kat column tarikh tu kena tulis day by day la ye. 1st row hari ni, 19/7/16, 2nd row untuk esok, 20/7/16, 3rd row pulak lusa, 21/7/16, and so on. Masa mula pon sama macam Ainn bagitau awal2 tadi, mula setiap hari pukul 9pagi. So yang ni tak payah tukar2, setiap hari tulis je 9pagi.
Untuk pergerakan janin tu la pergerakan baby kita. Ikut bahasa betul anak yang dalam kandungan dipanggil janin. Bahasa mudahnya bila kita bercakap panggil baby atau bayi je la, walaupon belom deliver lagi. Setiap kali kita rasa baby kita gerak kita tanda tick, cukupkan hingga 10ticks means cukup 10 kali gerak. Ainn tadi tak terus tick sebab buku ni bukan 24jam duk kat tangan Ainn. So Ainn kira je.
Bila dah cukup 10kali gerak atau dah tick for the last column boleh la tengok jam. Hah pukul berapa gerakan ke10 tu? Contohnya Ainn tadi tengah jalan2 kat Aeon Mall Kulai dah cukup gerak 10kali untuk hari ni. Masanya pukul 3.19pm. Nanti jangan lupa tulis ya kat column last tu. Macam tu je hari2 nak kena buat. Bukan susah pon.
Dah cukup 10 kali gerak boleh rehat, sambung kira esok pulak walaupon tak sampai pukul 9malam pon lagi. Limit sampai pukul 9malam tu sebab takot2 ada yang gerak tak sampai 10 kali pon dalam tempoh 12 jam tu. Ini yang bahayanya. Bila baby gerak tak sampai 10 kali dalam tempoh 12 jam ni takot baby kita tak aktif. Takot jugak apa2 jadi kat baby kita. Bukannya kita tahu apa yang jadi, bendanya bukan boleh nampak pon.
So apa nak kena buat kalau pergerakan baby tak cukup 10kali? Cepat2 la pergi jumpa doktor. Bagi doktor check. Takot2 baby aktif sangat sampai terbelit tali pusat ke, apa ke. Kalau doktor cakap baby oke, aktif, bergerak dengan elok, cuma mungkin kita je yang tak rasa baby tu gerak boleh la tarik nafas lega ye. Tapi jangan pulak buat andaian sendiri tanpa jumpa doktor terlebih dahulu. Kalau jadi pape kat kandungan tu macam mana? Sendiri jawab la ye.
Untuk yang bodoh sombong tadi, kalau nurse tak ajar macam mana nak kira agaknya macam mana ye awak kira? Agaknya sehari suntuk kira, 24jam diambil kira. Pastu kira berapa kali baby gerak, tak kira dah lebih 10kali ke tak. Mungkin la kan. Sebab tu kena belajar, bukan main ikut pikiran sendiri je.
So apa nak kena buat kalau pergerakan baby tak cukup 10kali? Cepat2 la pergi jumpa doktor. Bagi doktor check. Takot2 baby aktif sangat sampai terbelit tali pusat ke, apa ke. Kalau doktor cakap baby oke, aktif, bergerak dengan elok, cuma mungkin kita je yang tak rasa baby tu gerak boleh la tarik nafas lega ye. Tapi jangan pulak buat andaian sendiri tanpa jumpa doktor terlebih dahulu. Kalau jadi pape kat kandungan tu macam mana? Sendiri jawab la ye.
Untuk yang bodoh sombong tadi, kalau nurse tak ajar macam mana nak kira agaknya macam mana ye awak kira? Agaknya sehari suntuk kira, 24jam diambil kira. Pastu kira berapa kali baby gerak, tak kira dah lebih 10kali ke tak. Mungkin la kan. Sebab tu kena belajar, bukan main ikut pikiran sendiri je.
No comments:
Post a Comment