Nuffnang Ads

Wednesday, July 20, 2016

Rahsia Hilangkan Sakit Badan

Baru je tengahari tadi duk mengadu tak larat. Mungkin sebab kuat sangat berjalan. Kena drive sendiri pulak tu. 

Petang ni Ainn nak share rasa penat tu dah hilang dah. Horayyy!!! Rasa ringan je badan ni. Balik tengahari tadi siap mintak Oren bukakkan gate, barang2 pon semua Oren bawakkan masuk ke dalam rumah. Tapi balik petang ni boleh turun kereta sendiri, boleh bukak gate sendiri. Tak payah susahkan Oren lagi sepatutnya. Tapi suamiku yang prihatin tu tetap jugak bukakkan gate, sorang bukak sebelah. Hihihi. Malam ni pulak siap boleh pusing2 kat pasar malam lagi.

Apa rahsianya? Hihihi senang aje. Urut. Urut? Ya, URUT!

Sepatutnya petang semalam Ainn urut. Tapi tukang urut Ainn tu ada kerja terpaksa tunda ke hari ni.

Setakat ni memang puas hati dapat berurut dengan Kak Amy ni. Mula2 dulu memang sakit dia urut. Banyak sangat urat tersimpul, tu yang sampai sakit. Dia akan urut tempat tu sampai hilang rasa sakit. Maknanya urat tu dah tak tersimpul lagi lah.

Yang lainnya jugak urut dengan Kak Amy ni tahan lama. Selalunya bila berurut 3, 4bulan lepas tu dah lenguh2 balik badan ni. Dengan Kak Amy ni Ainn urut setahun je sekali. Tu pon uratnya takde la berbelit2 macam yang sebelomnya.

Cuma dah kawen ni la Ainn plan nak urut kerap sikit. Maklumlah kerjanya bertambah. Nak pulak bawak baby dalam perut ni. Saja nak urut biar mudah nak bersalin nanti. Inshaa Allah.

Masuk ni 2kali Ainn urut. 1st masa kandungan Ainn 3bulan. Masa tu boleh meniarap lagi. Urut masa tu pon bukan nak fokus pada kandungan pon, masa tu rasa lenguh sangat tangan. Kak Amy cakap mungkin banyak main komputer. Tangan duk pegang mouse lama2. Ada kemungkinan betul apa yang Kak Amy cakapkan tu. Masa tu Ainn tengah busy buat SKT. Tangan tak biasa main komputer tiba2 duk pegang mouse, duk menaip lama2. Kejung tangan dibuatnya. Sampai lebam lengan ni Kak Amy nak betulkan balik urat2 yang tersimpul tu.

Kak Amy urut mula dengan urut kat bahagian belakang. Bila perut dah besar ni dah tak boleh meniarap, boleh pilih sama ada nak baring mengiring atau nak duduk, ikut keselesaan kita. Yang bestnya bila Kak Amy urut perut. Pelan je dia urut tapi rasa selesa sangat, Baby tengah tidur masa tu, makin lena gamaknya dapat belaian lembut sebegitu. Tak lupa jugak kat breast, kasi susu lancar je nak keluar nanti.

Sambil2 urut sambil2 Kak Amy bercerita. Dah ngandung banyak cerita pasal baby dalam kandungan la. Kat mana baby tu selalu duduk, macam mana kedudukan baby. Cakap pon yang baik2 je. Mintak baby sihat, lahir dengan mudah, macam2 lagi la. Kata2 ni kan doa. Mana tahu kot2 doa dia yang Allah makbulkan. Kita tak tahu kan?

Ainn plan nak urut lagi 2kali sebelom balik cuti bersalin nanti. Ikut pengalaman kawan Ainn urut dengan Kak Amy ni senang bersalin. Meneran tak sampai 5minit baby dah keluar. Mungkin ramai yang tak percaya, tapi tak salah kan kalau kita berusaha.

Selain mengurut ibu mengandung Kak Amy jugak buat urutan untuk ibu2 selepas melahirkan. Siap pakej urutan untuk anak dan mandikan anak sekali. Dan semestinya untuk urutan badan biasa dia buat jugak, macam yang Ainn duk urut tiap2 tahun tu la.

Untuk sape2 yang duk area Senai dan Kulai ni memang Ainn suggest urut dengan Kak Amy ni. Bayaran berpatutan. Kalau nak dia datang ke rumah pon boleh, cuma ada caj duit minyak la sikit. Nak pergi rumah dia pon boleh.

Oke, try buat ala2 iklan jap.
Sakit2 badan? Mengandung? Lepas bersalin?
Anda mencari tukang urut wanita?
Hubungi Kak Amy: Tukang urut kawasan Senai & Kulai

Huh, buruk betol iklannya. Hahahaha. Iklan tak berbayar macam ni la. Hihihi.

No comments:

Post a Comment