Nuffnang Ads

Thursday, July 12, 2018

Pekena Mi Udang Di Gerai Makan Azizah @Rompin

Hari ke2 di Rompin. Masih lagi dengan misi mencari udang galah. Nak breakfast kat mana? Hubby kata kita keluar cari udang galah tu lewat sikit, boleh terus check out. Kiranya makan nanti terus brunch la ye.

Dalam pukul 10 jugak kami check out. Masa lalu kat swimming pool ada lagi yang duk mandi2 kat swimming pool tu. Alahai jeles sangat. Tak puas lagi main2 kat swimming pool tu semalam. Siap cakap kat hubby, kalau nak check in Rompin Beach Resort lagi kena ambik pakej includ ngan breakfast la. Senang, lepas breakfast boleh main2 kat pool tu dulu sebelom check out.

Ok kunci bilik dah dipulangkan. Remote tv pon dah pulangkan jugak. Duit deposit *sebab ambik remote tv* dah dapat balik. Apa lagi? Jom la cari udang galah lagi. Kali ni nak ke mana pulak? Apa kata try ke Medan Selera Leban Chondong. Mana tahu rezeki boleh merasa mi udang kat Gerai Makan Azizah tu.


Alhamdulillah. Kalau dah namanya rezeki. Kami pergi pagi tu Gerai Makan Azizah bukak. Tak pasti kenapa tutup malam tadi. Mungkin gerainya tak beroperasi waktu malam, atau gerainya tak beroperasi hari Jumaat. Atau mungkin jugak ada kecemasan apa2 yang terpaksa ditutup.

Waktu kami sampai gerai ni agak penuh. Sekumpulan abang2 motor besar sedang menikmati hidangan udang galah kat sini. Tapi masih ada lagi meja kosong yang boleh kami join kenikmatan hidangan udang galah tersebut. Ganti yang tak dapat malam tadi, kami mintak mi udang galah!

Sementara duk menunggu hidangan kami siap Aisy duk tunjuk ke arah balang2 jajan. Warna2 menarik perhatian betul. Kanak2 lagi la suka colourful macam ni.

Bila Ainn bawak Aisy ke meja yang ada jajan tu rupanya Aisy nakkan kuih bahulu ni. Nampak macam roti kot. Hihi Aisy memang suka roti. Tengok la dalam gambar tu banyak mana aje yg dimakan. Memang sebanyak itu aje lah yang dimakan. Nampak aje macam roti, tapi tekstur dan rasanya tak sama. Hahaha Aisy tertipu.

Untuk mi udang galah ni kami mintak saiz berbeza. Saje nak tengok macam mana perbezaannya. Kalau ambik udang besar dapat sekor. Kalau udang kecik dapat 3ekor. Waiter dah cakap siap2 pasal ni.

Ini hubby punya. Udang galah sekor. Tengok la saiz udangnya, hampir sama besar dengan mangkuk tu.

Ni Ainn punya. Saiz udang tu memang kecik je. Macam makan dinner malam tadi. Ni udang gred B.

Dapat 3ekor udang. Yang ke3 tu macam kecik sangat la.

Ni ha, sebesar saiz sudu makan je. Ni udang yang paling kecik tadi.

Selain udang ada jugak ayam. Dan semestinya la ada sayur jugak.

Dah sedap dah mi udang ni. Sayangnya it's too hot bagi Ainn. Sejak2 ada gastrik ni memang tak boleh makan pedas lagi. Nak pulak pedas sangat macam ni. Kalau tak memang habis la kuah ni Ainn hirup. Bukan rezeki jugak nak habiskan semangkuk tu.

Sebelom balik moh le kita bergambar kat replika udang galah ni. Replika ni betol2 tepi jalan besar kat Medan Selera Leban Chondong ni. Kot2 la tak terperasan deretan kedai makan tu. Oke2 kami nak jalan2 pantai dulu sebelom balik. Esoknya dah kerja oii.

No comments:

Post a Comment