Nuffnang Ads

Tuesday, April 5, 2016

"Susu Ni Bagus Untuk Ibu Menyusu dan Ibu Mengandung!"

Bila mengadu kat Kak Ain tangan ni selalu lenguh, kadang2 nak pegang pen pon tak boleh. Nak gosok gigi? Kejap je la, rasanya tak sampai seminit kot. Pastu terus rasa cramp.

Kak Ain cakap mungkin sebab kurang kalsium. Kalsium? Susu la kan? Cheese pon dah lama tak makan, sejak kawen ngan budak kampong yang betol2 kampong nih susah nak makan makanan western macam ni. Aih? Nak salahkan Oren pulak? Boleh aje beli cheese wat makan untuk sendiri, asal jangan bagi dia makan dah la. Yogurt lagi la Ainn sendiri yang tak makan. Memang tak reti nak makan yogurt.

Nak minum susu nak minum susu apa ya?

Mula2 tahu pregnant dulu memang plan nak minum susu ni. Sebelom tau pregnant lagi dah jatuh cinta ngan kandungan susu ni. Bila tau pregnant terus mintak nombor ejen yang Dila beli susu ni. Rupanya kena tunggu kandungan 4bulan dulu baru boleh minum susu ni. Hihi so tak nak la ye lambat sangat nak tunggu 4bulan.

Pastu Dila suggest susu s26 ni pulak. Tak kan nak ikut gitu je kan? Search ngan abam google banyak feedback positif. Yang bestnya sebab rasa vanilla. Yang katanya tekak tak boleh minum susu pon boleh minum susu ni. Lagi pon susu ni boleh bancuh ngan air sejuk. Ainn ni susah sikit bab susu sebab suka minum susu nestle omega plus je. Susu anlene pon boleh minum yang perasa coklat je.

Dah habis setin, dah beli tin kedua tapi tak habis lagi la. Pergi bukak buku merah nurse cakap jangan minum susu ibu mengandung lagi, sebab susu ibu mengandung ada kandungan gula yang tinggi. Mana taknya, bukak buku tu berat Ainn dah 80kg, dah merah dah. Nurse tu cakap kalau nak minum susu ibu mengandung jugak boleh minum anmum je, sebab kandungan gula dalam anmum tak banyak. Ye lah, tukar susu la lepas ni.

Lepas tu nurse tengok sejarah keluarga. Alamak! Mak ada kencing manis! Means Ainn pon berpotensi la ye nak dapat kencing manis jugak. Cancel yang tadi, susu anmum pon tak boleh! Habis tu nak minum susu apa? Minum susu segar je. HL ke, Dutch Lady ke. Tapi tak boleh yang ada perasa macam2 ya. Kena ambik yang perasa asli je. Coklat ke, strawberry ke tak boleh. Alahai ni la masalahnya, kalau susu HL Ainn boleh minum yanh perasa coklat je.

Bila Ainn bagitau kat Oren apa yang nurse cakap dia terus suruh Ainn stop minum susu S26 tu. Tak payah nak ambik risiko! Malam tu jugak pergi Giant beli susu HL. Sebab yang 2L takde beli yang 1L je, beli 2botol. Nanti beli kat Econsave la rasanya lagi murah. Tapi apa jadi? Sebab masa tu Ainn batuk tak boleh minum langsung air sejuk, waima nak pegang gelas yang berisi air sejuk pon sampai batuk2. Masa ni la Ainn kena suspect ada tibi. Nanti Ainn cite kemudian ye pasal ni. Sudahnya sekotak je la yang habis. Sekotak lagi terpaksa la buang sebab dah expired, balik kampong seminggu.

Dah lama tak bercerita pasal susu ibu mengandung, tup2 Dila keluarkan cerita pasal susu untuk ibu mengandung. Almaklum kat bilik Pendidikan Khas ni 4orang ibu menyusu, Ainn ngan Ima dengar aje la. Dila dok cerita pasal Jus Kurma Ajwa ni. Botol kecik je tapi harga dia cecah rm20 sebotol. So diorang semua pakat nak share beli 1carton. Dapat la murah sikit bila beli banyak2.

Dila tanya jugak Ainn kot2 Ainn nak jugak, susu ni pon bagus jugak untuk ibu mengandung. Anak nanti tak kena demam kuning. Entahlah ek, mak mertua Ainn memang suruh makan buah kurma untuk elak anak kena demam kuning. Bukan ke buah kurma lagi bagus berbanding jus kurma? Dila kata jus lagi baik sebab dia dalam bentuk cecair senang nak serap. Ainn pulak pikir kalau jus bukan ke dah campur ngan bahan2 lain? Nak pulak makanan packing, mesti la ada bahan yang diperlukan nak bagi tahan lama kan? Ainn ni cakap ikut pikir logik je, dari sudut saintifiknya tak tau la mana yang betol. Ada betolnya jugak fatwa yang Dila cakap tu.

Dalam pada Dila dok cerita kebaikan Jus Kurma tu Kak Ain pulak menyelit kata Tamar Cocoa pon bagus jugak. Dia minum ni. Rasanya sah2 la sedap, dah namanya koko kan. Dan semestinya jugak ada kurma. Tapi Ainn tetap pilih buah kurma yang dikeringkan tu je. Nak kurma segar dah tak berbuah la pulak pokok kurma kat Kota Bharu tu.

Entah kenapa masa dok cerita kat Oren pasal Jus Kurma Ajwa ngan Tamar Cocoa tu boleh pulak terlintas kat Susu Kambing Wildan ni. Tapi tak sure la pulak sesuai ke tak untuk ibu mengandung. Ainn ingat dulu Kak Atun pernah minum susu ni. Tak bau hamis pon walaupon susu kambing. Ingat dulu pon macam Kak Ain pernah minum jugak susu ni, tapi dia minum yang perasa coklat.

Ada masa tadi Ainn search kat google pasal susu ni. Rupanya susu ni sesuai untuk semua golongan dari usia seawal 1tahun! Warga emas pon boleh minum tau. Termasuk jugak ibu mengandung dan ibu menyusu. Yeayy! Lagi pon susu kambing ni susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu kan. Sunnah nabi tu.

Oren pulak cakap minum je susu yang senang nak dapat. Kalau nak pos bagai ni lambat sampai. Kalau macam tu susu HL la senang dapat, mana2 pasar raya pon ada. Tadi Raudhah cakap masa pregnant dulu pon dia minum susu Wildan ni jugak, beli kat Taman Putra. Tapi nak tengok kat kedai jamu dekat Econsave dulu ada ke tak. Kalau takde alamatnya memang nak kena minum susu HL dulu la sebelom jumpa ejen Wildan yang dekat. Harap2 kat kedai jamu tu ada la.

Puzzle Time

Ini apa?
Inilah puzzle game yang baru kitorang beli. Baru je sampai. Biasalah bila ada game baru mesti nak anak2 cuba main dulu. So pagi esok kita main game ni dulu ye, lepas rehat baru kita gi tengok teater. Oke ya anak2.

Sebelom bagi anak2 main bagi mak2 dulu ye main. Tapi mak2 main kejap je, berebut anak2 nak main jugak. Tak caya tengok atas ni. Berapa tangan dok mencuba nak setelkan puzzle tu. Belom lagi yang dok belakang2 bagi arahan lisan je nak kena buat apa.

Game set ni simple je. Just 3 in 1. Dalam set ni ada buku ni, kad bercorak dalam 18 keping, bekas tempat letak kad. Ni muka depan bukunya. Kad2 yang 18 keping tu ada dilukis kat depan kotak kat gambar pertama, tapi tak banyak la ilustrasi yang dia tunjukkan tu. Bekas tempat nak susun kad tu boleh tengok kat gambar kedua, yang banyak tangan berebut pegang tu. Maklum la masing2 nak buat, nak susun macam yang diminta.

Macam mana nak main? Buku yang dia bagi tu ada 4tahap. Starter, junior, expert, master. Tengok gambar yang dia bagi then susun kad2 biar jadi macam dia mintak. Kalau ikut kitorang main tadi yang starter takde masalah. Junior tu ada la jugak sangkut 1-2. Expert pon ada jugak yang senang. Starter kena susun 2kad, junior 3kad, expert 4kad. Master? Tak sempat main sampai situ tadi. Hihi.

Oke ya anak2 kita sambung main esok pulak :-)

Monday, April 4, 2016

Pudding Triffle Versi Malas Tapi Sedap

Amboii hari tu bukan main ye janji nak update pasal triffle nih. Bukan Ainn tak buat tau, memang petang tu terus buat. Alah nak buatnya kejap aje. Cuma bila disimpan tuh lambat sket la nak makan.

Oke malam ni Ainn share macam mana nak buat triffle yang simple. Bahan2 yang diperlukan pon senang je nak dapat. Takde bahan yang pelik2 pon.

Silapnya Ainn lupa pulak nak snap bahan2 sebelom buat ni. Tapi takde pic pon mesti tahu kan, bahan senang aje. Pergi aje kat pasar raya. Kat kedai runcit pon ada jugak kot.

Oke, bahan2nya adalah...
1roll kek pandan. Dah namanya pon roll kan, semestinya lah kek pandan roll tu. Bukan yang jenama Apollo yang kecik tuh. Kalo kat pasar raya ada dok sekali ngan roti.

1cawan tepung kastad. See? Guna tepung kastad je? Dah la tadi kek pon beli yang dah siap jugak. Kastad pon dah tak payah wat sendiri la kan? Macam mana nak wat kastad sendiri? Entahlah, Ainn pon tak tahu. Yang Ainn tau guna tepung kastad ni la.

1tin laici. Ainn suka brand AAA, tapi dok sini macam susah je nak jumpa brand tu. A&A ada la. Tak kisahlah brand apa pon, ikut selera masing2 ya.

1tin buah campur. So far Ainn suka beli brand AliShan. Dia punya buah meriah kalernya. Saje kali ni try brand lain, tak sangka pulak lebih kurang macam Ayam Brand. Pucat aje.

1cawan susu cair, 1cawan air buah, 1cawan air laici. Ni kira nisbah tepung kastad ngan nisbah bahan cecair 1:3. Untuk bahan cecair ni ada sesetengah orang tambah gula. Bagi Ainn pulak dah cukup manis ngan susu, air buah lagi, air laici lagi. That's why Ainn dah tak taruk gula.

1paket jelly perasa strawberry. Mula2 belajar dulu Ainn silap beli agar2, keras siket la. Pastikan jelly ya. Paket yang 90g tu yang Ainn guna. Jangan lupa air nak masak jelly ni ya.

Oke, bahan2 semua dah ready. Lets masak!

Mula2 potong kek dalam setengah inci. Susun dalam bekas. Kan kek ni dia roll, so ada la ruang2 antara kek2 tu. Penuhkan jugak ya ruang kekosongan di antara kek2 tu. Renjis2 sikit kek ni dengan air buah dalam tin. Tak pon guna air laici. Renjis sikit2 je. Lagi bagus kalau ada spray. Ketepikan kejap.

Campurkan tepung kastad dengan bahan cecair *susu cair, air buah, air laici*. Kacau sebati. Pastu rasa sikit dah cukup manis ke tak. Kalau rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Masak di atas api perlahan. Sambil2 kacau ya. Kejap je masaknya. Lama2 kang keras pulak kastad tu. Dah masak terus tuang atas kek tadi. Lenyek2 ya kasi padat.

Letakkan buah campur dan laici kat atas lapisan kastad tadi. Tekan2 buah ni biar buah ni melekat kat kastad. Takde la bercerai pulak dengan lapisan atas nanti. Lupa nak bagitau, buah laici tu racik2 la ya. Ketepikan kejap sementara nak masak jelly.

Masak jelly ikut arahan seperti kat paket jelly tu. Rasanya caranya sama je kot. Bila dah masak tuangkan atas lapisan kastad tadi. Bila dah tuang jelly yang masih cair tu maka secara tak langsung buah2 tadi akan terapung naik ke atas. Kecuali buah2 yang dah melekap kat kastad tadi.

Oke, dah siap dah puding triffle ni. Ha kan dah cakap simple je, very the senang nak buat. Boleh simpan dalam peti sejuk. Bila jelly dah keras boleh la potong dan sedia dingap! Nampak pucat je lapisan jelly tu. Nak buat macam mana pilihan buat tak kena, tenggelam warna jelly. Takpe lain kali nak buat lagi kena beli buah AliShan je la.

Oke, Oren dah stat bebel. Panjang sangat entry kali ni. Rasanya ada lagi entry lain yang lagi panjang kot. Tak kisahlah, stop sini je la dulu. Jom la layan Suami Tanpa Cinta dulu. Malam ni baru episod 1, rasanya episod seterusnya tengok lagi ke tak ek? Tak payah jawab, full stop!

Birthday Girl Punya Cerita

Hai, nama saya Tey Wan Xuan. Saya berumur 19 tahun. Saya tinggal di Indahpura, Kulai. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai di kelas Pendidikan Khas Mutiara 3. Alamak? Salah kelas pulak. Itu dulu. Masa tu ada 4kelas je. Sekarang cikgu dah pecahkan kelas jadi 5 kelas. Sebab murid kelas saya ramai, 11 orang, cikgu pecahkan 2, jadi ada 5kelas. Saya tak suka cikgu pecahkan kelas. Sebab saya sekarang belajar kat kelas Pendidikan Khas Mutiara 4.

Hari ini hari lahir saya. Genaplah umur saya 19tahun. Eh, silap lagi. Birthday saya 11 April la. Tapi mummy ngan daddy ada outstation next week. Pegi mana ya? Taiwan kot, lupa ley. Sebab mummy ngan daddy takde saya tak boleh pergi sekolah, takde orang nak hantar. Sebab tu lah mummy cakap birthday saya tahun ni hari ni. Bila saya dah 19tahun bermakna tahun ni last saya sekolah. Hujung tahun nanti dah konvo. Yeayy!!!

Saya suka celebrate birtday saya kat sekolah. Cikgu2 dan kawan2 pon suka. Suka nyanyi lagu birthday. Suka ambik gambar. Suka makan jugak. Tapi dalam gambar ni Cikgu Ain tak ada sebab dia yang ambik gambar ni.

Ini Lee Ji An. Saya dah lama kenal dia. Sejak kecik lagi. Kami sama2 join kiwanis. Mummy ngan mama Ji An pon kawan rapat. Walau pon Ji An suka kacau saya tapi saya suka Ji An. Dia kawan saya. Hari ni dia bagi hadiah birthday saya. Kawan2 yang lain tak tahu pon saya nak celebrate birthday kat kelas hari ni. Mama Ji An kan kawan mummy. Mesti la Ji An tahu.

Aik? Cikgu Ain pon ada bagi hadiah? Bila Cikgu Ain beli?

Ini kawan2 saya kelas Pendidikan Khas Mutiara 1. Walaupon tak ada hadiah, mereka buatkan kad untuk saya. Cantik2 kad tu. Pandai Cikgu Wahida ajar buat kad.

Ini pulak kawan2 saya kelas Pendidikan Khas Mutiara 2. Murid kelas ni tak buat kad sebab tadi mereka masak. Buat pancake. Tak sabar nak tunggu hari Rabu nak masak pancake jugak. Hihihi Tiben ngan Param tiru Eric. Mula2 Eric la pergi ambik pancake tu kat dapur. Lepas tu Tiben ngan Param pun ikut jugak. Ji An ngan Luqman je tak pergi ambik.

:-):-):-) Dulu mereka sekelas ngan saya. Sekarang tak lagi.

Ha, inilah kawan2 sekelas saya. Eh2 bergerak pulak gambar saya, baru je nak posing. Takpe, saya tetap cantik kan.

Ini kawan2 kelas Pendidikan Khas Mutiara 5. Kesian Cikgu Nurul nak susun murid kelas ni. Nampak je sikit tapi kelas ni paling susah nak susun nak ambik gambar ni. Ini Yoke Ling sekelas ngan saya masa sekolah rendah. Saya sayang Yoke Ling. Kawan2 lain pon sayang jugak.

Mama lambat bagitau cikgu nak celebrate birthday hari ni. Ni je yang sempat nak bagi kawan2 makan. Mi telur ngan kek. Kek tu sedap!

Suka kawan2 semua makan. Saya happy bila kawan2 semua happy.

Inilah cerita saya, Tey Wan Xuan yang cantik, yang comel, yang so cute! Sekian, terima kasih.

Happy birthday Wan Xuan sayang. Sorry tau Cikgu Nurul tak ada hadiah untuk Wan Xuan. Nak buat macam mana, pagi ni baru tau Wan Xuan nak celebrate birthday kat kelas hari ni. Tapi Cikgu Nurul dah buat yang cantik ni khas untuk Wan Xuan. Kira cantik la ni ye sayang, kurang sejam nak celebrate baru Cikgu Nurul berkesempatan nak buat.

Sekali lagi HAPPY BIRTHDAY TEY WAN XUAN. Cikgu Nurul doakan semoga Wan Xuan sihat selalu, dimurahkan rezeki, panjang umur, dapat apa yang Wan Xuan nak, bahagia ke akhir hayat. Cikgu Nurul sayang Wan Xuan sangat2. Tahun ni last Wan Xuan kat sekolah, nanti mesti Cikgu Nurul rindukan Wan Xuan.

Saturday, April 2, 2016

Menu Pembuka Selera

 Ni je yang dok canang menu pembuka selera? Hihi ni lah selera kami suami isteri. Makan simple macam ni la yang sampai menambah-nambah. Nak pulak makan tu kena ngan nasi panas, ikan goreng pon panas. Ikan rebus goreng tu goreng garing2. Ulam tu pulak semestinya la kena segar. Budu? Mesti la kena pedas. Setakat cili sebijik je mana la cukup  mesti la kena 2bijik. Cili tu pulak kalo potong ngan pisau memang tak berapa nak sangkut. Lenyek2 je ngan tangan. Nak lebih nyangkut? Perah limau kerat lintang. Hahaha limau kerat lintang tu limau apa? Tak tahulah apa nama kalo ikut Bahasa Malaysia, kalo orang Kelantan panggil 'lima kerat lete' la. Ala2 limau purut jugak, tapi bukan limau purut ye. Disebabkan kat sini memang tak pernah jumpa limau tu so makan mana ada je la. Ada jugak yang suka perah limau kasturi, ikut selera masing2 la. Kalo ikutkan selera Ainn taruk jugak hirisan bawang kecik, tapi sebab nak makan sama2 ngan laki yang tak suka bawang tu terpaksa la beralah. Takde bawang pon menambah jugak makannya.

Walaupon kita ni rasa kenyang lagi, bila dah hidang lauk kampong simple ni boleh terliur. Yang elok dah kenyang pon nak makan lagi. Kadang2 tahan jugak, mintak suap 2,3mulut je. Yang banyaknya tak tahan godaan la, makan sama2 lagi syok.

Siapa kata makanan murah tak sedap?

Welcome Back

Bukak Chrome kat enpon tengok belog nih, elok aje dok kat 'rumah' dia. Takde pon menyibuk kat rumah orang tengahari ni. Rupanya Oren bukak, nak baca belog katanya.

Alahai syg, isteri syg ni dah lama tak update belog. Sejak2 bawak manusia lain dalam perut nih, walaupon belom jadi manusia lagi macam takde masa je nak main2 belog lagi. Tak larat asyik muntah aje, pastu penat tido je la.

Bila tanya dia takde update pape ke kat belog nih? Tak reti nak cite apa. Hahaha buat je la yang cite pape pon. Bukan ada orang baca pon, kita berdua je yang dok bacanya.

Bukannya dah lupa kat belog ni. Bila ada hari2 yang sihat elok aje teringin jugak nak mengarang kat sini hilangkan bosan. Tapi dah lupa dah apa nama belog ni, apa lagi nak ingat laman web dia. Hakhakhak teruk betol!

Alang2 dah boleh bukak ni boleh la update cecite yang tertangguh. Tapi macam nak wat triffle pasni, kalau betol2 jadik buat Ainn share pasal triffle dulu la pasni.

By the way, welcome back ;-)