Nuffnang Ads

Saturday, September 10, 2016

Bila Tarikh Lahir Suami Saya?

Confuse sekejap bila semalam rata2 adik beradik hubby wish happy birthday utk dia kat group WhatsApp family. Ingatkan salah tengok kalendar. Ainn yakin sangat2 10hb jatuhnya hari Sabtu. Sebabnya dah berapa lama duk menunggu tarikh 9hb(Jumaat). Tak sabar nak balik kampung, itu yang duk menunggu aje. Hihihi.

Bila family hubby pakat duk wish tu cuak la jugak. Ingatkan nak jadi orang pertama yang wish kat dia tahun ni. Tapi dah berderet abang, kakak dan adik2 dia dah wish. Huh tak dapatlah jadi yang pertama.

Tak puas hati, Ainn tengok kalendar. Eh, betul la 10hb jatuhnya hari Sabtu, bukan Jumaat oke. Hari ni *semalam* baru 9hb! Tak mungkin kalendar kat hp Ainn ni salah kan. Ke Ainn yang salah save the date? Hah tu la zaman bercinta dulu taknak ambik pot benda2 ni sume. Dah kahwin boleh salah2 tarikh pulak.

Ic number dia! Weh betol la 900910 means 10 September kan? Ma ngan abah pon siap join lagi duk kata 9hb birthday uda. Ish pelik nih. Ke jadi macam kak long? Mak lahirkan dia 20dis1984, tapi kat surat beranak buatnya 1jan1985. Sorry ye syg sy tak tahu cerita kalau syg pon kes macam ni jugak. So wish ikut ic syg je ye. Terpulang la syg nak merajuk ke apa, lantak la.

Dan petang tadi terjawablah keconfusan semalam. Wahh English word bila diletakkan imbulan awalan dan akhiran jadik macam tu ye. Hahhahhah. Pergi umah abah tadi baru diorang duk cerita pasal silap wish semalam. Baca moment WeChat Ainn la tu. Fuhh nasib baik Ainn tak silap. Nasib baik jugak Ainn tak wish semalam. Dibuatnya Ainn ikut wish sekali semalam maunya dia merajuk berbakul2, betol2 tak ingat birthday dia. Dan sehingga saat itu Ainn masih simpan lagi my wish untuk dia, walaupon dah petang. Hahahah *gelak jahat oke!*

Happy Birthday syg! Surprise tak?

Hihihi punyalah lama simpan wish ni, buat2 tak tahu je. Langsung tak sentuh pasal birthday dia. Plan baik punya dah buat. Tapi plan sendiri je la. Macam tak nak jalan je plan tadi asalnya, puas ajak pergi Secret Recipe dia tak nak, alasannya 'Kan baru je pergi?' Hah tu la buat alasan nak minum cafe latte, tak sampai pon seminggu pekena cafe latte kat Kenny Rogers hari tu memang tak terima alasan tu. Tapi bila kata kita nak payung boleh pulak pusing pergi situ ye syg. Takpe sy paham syg tengah kering. Nak guna banyak untuk baby nanti.

Dan credit untuk adik manis kat Secret Recipe Gua Musang tadi. Lepas order makan dan minum, Ainn pergi kat kaunter kek konon nak tengok kek apa je yang ada. Bisik kat adik tu keknya nak kemudian, lepas makan. Siap mintak tag Happy Birthday untuk kek durian cheese. Dia siap bagi sekali dengan lilin lagi!

Walaupon kecik je celebration ni tapi Ainn puas hati sangat2. Satunya sebab berjaya seperti yang dah diplan. Hubby siap cakap lagi 'Ingatkan lupa..' Hihi mana boleh lupa. Tapi syg tak merajuk pon dah petang tak wish lagi. Alasannya? 'Merajuk pon bukannya nak pujuk...' Hahaha tahu takpe. Oke, keduanya sebab dapat penuhi keinginan dia nakkan kek durian. Dah banyak cafe Secret Recipe yang kitorang masuk kat sini baru ada. Dan rasanya? Wallaweii seimbang rasa durian dan cheese tu!