Nuffnang Ads

Tuesday, December 29, 2015

1st Meeting

Throwback yang semalam punya. Bermulanya mesyuarat persediaan awal tahun 2016. Kononnya cuti tahun ni kena datang awal seminggu tak sabar nak tunggu 28hb, boring je dok rumah. Dah sampai tarikh tu takde maknanya semangat nak datang sekolah. Cuma ada rasa cuak jugak la sebab tahun ni tak jaga SPM, sebulan asyik dok bangun lewat je. Maunya malam tu tak boleh tidur. Tidur pon asyik terjaga je takot terlajak. Ingatkan Ainn sorang je gini, masing2 dok cite asal terjaga malam je terus cari jam tengok dah pukul berapa.

Datang sekolah ngan status baru, tak ramai yang tahu. 1st dapat wish dari Kak Ain. Dila jugak. Dalam dok meeting tu, tau la dok belakang. Kak Faridah dok tanya je pasal majlis akad nikah hari tu. Nak kena cerita dari A sampai Z! Rehat tu Fatimah pulak dok bertanya. Aduh nak kena ulang cerita yang sama lagi. Yang bestnya, yang buat kembang idung ni sket bila ramai yang dok kata muka berseri2 je. Yang bertambah kembangnya bila yg cakap tu xtau pon Ainn dah nikah. Seri pengantin lettew. Hahaha perasan je lebih.

Nak cite jugak, kantin sekolah pon dah tukar tender. Dewan makan dah cat warna biru, nampak luas. Susunan meja pon diubah. Kat kaunter siap ada banner lagi. Nampak pengurusan macam bagus je. Kantin pon bersih. Yang penting masakan dia sedap! Menambah weh makan. Asal jangan harga pon mahal dah la.

Kelainan lain, meeting kali ni buat kat dewan?! Pelik je kenapa tak buat kat bilik mesyuarat macam tahun2 sebelom ni. Sesi kedua baru tahu rupanya ada buat renovation untuk sistem pendawaian kat blok tu, dan xsiap lagi. That's why buat kat dewan je. Alah dua hari je kot. Esok dah meeting panitia, buat kat merata2 ikut panitia masing2. 2hari je la melepak kat dewan ni.

Bila dah dok dalam dewan camni teringat pulak 11tahun lepas dok jawab soalan SPM. Tapi masa tu takdenya dok ngan partner gini. Jarak ngan meja sebelah pon lagi jauh. Kata Kak Min, 'Dah macam dalam dewan kuliah je,' Aish nak kena present ke jap lagi? Hihihi.

Masuk kelas tengok ada paper bag besar nih kat atas meja. Sape punya pulak ni letak kat meja nih? Bukannya meja orang lain banyak barang pon, nak jugak letak kat meja Ainn yang bersepah tu kan? Hihihi rupanya Kak Ain yang letak, hadiah nikah katanya. Awalnya bagi? Tunggu je la majlis nanti. Dah alang2 dia carikan hadiah untuk Ina yang dapat pindah kira sekali harung je la beli untuk Ainn sekali. Ni kira hadiah pertama la yang dapat ni.

Hikhikhik ingatkan dapat set freezer mate, rupanya dapat set fridge. Oke la boleh guna bawak bekal nanti :-)

Cerita pintu sebelah:
Petang tu pegi ambik Oren balik kerja singgah Econsave jap. Terasa nak makam maggi kari. Nak masak maggi mesti kena ada cili. Masa dok que nak timbang cili Oren siap tanya nak beli barang banyak ke, kaki dia lenguh ni. Ainn paham la dia penat baru balik kerja. Lepas ambik maggi Ainn capai air Sunkist kat rak sebelah. Nak cepat2 la ni nak gi bayar. Eh2 boleh pulak Oren jalan arah lain. Pastu dok main angkat-letak-angkat-letak tin susu kat situ. Ni dah kenapa pulak? Rupanya rak sebelah susu tu rak coklat! Adoii nak coklat cakap je la. Malu la tu nak cakap nak makan coklat. Dah jadi jantu coklat dah kan? Hari2 mesti nak makan coklat :-D

Monday, December 28, 2015

Beauty Mode, Is It Beauty?

Sape guna enpon Oppo? Tak sure la enpon brand lain sama ke tak, yang pasti Oppo je la. Sebab ramai kawan2 Ainn guna Oppo.

Perasan tak, bila kita on front camera je otomatik dia akan jadi jadi beautify mode. Apa nak selfie memang nak kena guna beautify mode ke? Apa cantik sangat ke guna beautify mode nih? Menipu weh! Dan2 je skin jadi melepak gebu gebas gitu. Mata pon besor sket, part ni Ainn suka :-)

 
Ini pic pertama guna Oppo ni. Hahaha Alang siap cakap lagi, 'Uih misai kita pon tak nampak!' Kumis pon boleh hilang ngan beautify mode ni apa lagi jerawat yang penuh kat muka. Dan2 je licin je tanpa cela.

Huhuh punya la tak puas ati ngan front camera Oppo nih, siap post kat moment Wechat lagi. Ala ni kan mula2 guna, baru je beli tak sampai rumah pon lagi. Belom lagi godek2 enpon ni. Tak reti lagi nak tukar mode camera tuh.

Tiap kali nak selfie mesti kena tukar mode secara manual. Bila orang lain yang tukang snap mesti terguna beautify mode dulu. Ahah Ainn mesti nak snap lagi sekali, nak jugak guna normal mode. Takpe la yang nampak jerawat pon dah memang muka tu berjerawat. Dah setahun plus plus guna enpon ni tapi tak reti lagi nak wat otomatik jadik normal mode?

»jgn lupa add me on wechat, id AiNnNatRaH :-P

Saturday, December 26, 2015

Dia Dah Jadi Hantu Coklat


Pisang goreng cheese. Yang takde coklat Ainn punya, yang ada coklat Oren punya.

Dulu2 sebelom kawen Ainn nak pisang goreng cheese coklat takde maknanya nak dapat. Beralah la sebab dia tak suka coklat. Tak kisah la ada coklat ke takde coklat asalkan dapat pisang goreng cheese.

Tapi kat pasar malam tadi dia nak pisang goreng cheese coklat la! Hmm xsemena2 dia dah jadi hantu coklat. Bila tanya kenapa nak coklat, 'Entah, rasa nak yg ada coklat!'. Hihi betul la tu kot hormon dah bertukar.

»asalkan jangan bertukar hormon jerawat dia dah la... oppsss:-!

Thursday, December 24, 2015

'Sy Nak Makan Buah Masam Jah!'

Hari ni terperap je kat rumah, takde ambik udara luar pon. Baru satu hari terperap dah sakit kepala? Setiap orang lain2 kan. Kita ni pulak sedap je tido langsung tak endahkan dia yang sakit kepala. Hihihi..

Bangun tido tadi dia suruh cepat2 bersiap. Nak keluar ambik udara luar. Kononnya la. Ingatkan nak pergi Danga Bay ke, Stulang ke. Bila tanya selamba je dia jawab, 'Sy nak beli buah.' Nak beli buah? Kat Econsave je la yang tau malam2 gini.

Kat Econsave, tanya lagi nak buah apa. 'Sy nak makan buah masam2 jah! Bila dah pening gini ubat dah tak jadi, kena makan buah masam'. Oke, buah masam. Epal hijau, oren, gitu la kan?

Dan inilah hasil tuaian kat Econsave tadi. Cepat je sampai rumah tu terus buah colek, nak makan ngan limau kasturi tu. Buah kasturi je pilihan dia. Strawberi ngan kiwi tu Ainn yang pilih. Ikutkan dia nak limau tu je.

Eh coklat pon ada? Coklat tu buah masam ek? Hihihi boleh pulak masa nak bayar tu Oren tiba2 cakap nak coklat. Pelik pulak bila dia mintak coklat. Setau Ainn dia memang tak suka coklat. Dah la tadi bukan main cakap nak buah masam aje. Coklat ni dah la manis, antara makanan yang dia tak suka pulak tu. Bila tanya kenapa tiba2 nak coklat, terliur yang kat depan tu katanya. Huhu boleh pulak terliur makanan yang tak suka yek? Layankan je la..

Bertambah2 pelik boleh pulak dia habiskan coklat tu satu malam ni aje? Ke mana dah larinya tak suka makan coklat tu? Mungkin ada betulnya Achik kata hormon bertukar. Hormon suka makan coklat tu dah bertukar kat dia pulak. Boleh caya ke tukar2 hormon gini?

Tuesday, December 22, 2015

Photography Services Part 2

Tiba2 je datang angin nak jugak cari photographer untuk majlis bertandang. Ikutkan plan asal nak guna servis photographer ni masa majlis sanding je, pastu nak buat outdoor shoots. Itu je la yang boleh buat kalo nakkan service by Karl Lidz.

Kenapa Karl Lidz? Sebabnya masa akad nikah hari tu kitorang guna servis dia, Karl Lidz dan isteri. Masa majlis akad nikah tu Ainn rasa puas hati ngan servis dia sebab tu la nak dengan dia jugak.

Hihihi mula2 tu bukan sebab servis baik dia tu. Asalnya sebab nak cut cost la, ambik pakej terus akad nikah + sanding + bertandang. Tapi sebab majlisnya nanti tak ditetapkan lagi, dibuatnya majlis tu nanti dia dah ada yang book ke, so terpaksa la asingkan pakej akad nikah ngan majlis nanti.

Dalam banyak2 fotografer yang Ainn dok chat tanya itu tanya ini, dia sorang je yang layan baik. Mula2 je la agak terganggu sikit. Dah la masa tu dok syok chat ngan fotografer lain jugak. Kiranya Karl Lidz ni bukan pilihan la awal2nya. Mana taknya bila send je susah betol nak dapat double ticks. Pastu last seen pulak kadang2 sampai setengah jam ago. Masa dia nak bagi pakej2 yg dia offer, dia bagi via pictures, boleh pulak ada 1 pic tertinggal lambat baru dapat yang tu. Hahahaha rupanya line problem. Hukhukhuk.

Sejujurnya bukan nak bodek dia ke apa, dia bukan bukak pon belog Ainn nih. Cuma nak bagitau je Ainn suka servis dia dari awal2 lagi. Lepas aje masalah line tu oke je dia reply. Makan hari jugak la dok berbalas WhatsApp ngan dia. Kadang2 malam pon ada. Ikut suka Ainn je datang rasa terlintas nak tanga Ainn chat la dia. Hihihi.

Mula2 tu ada rasa berbelah bahagi jugak la nak guna servis fotografer untuk majlis akad nikah ni. Tapi macam nak jugak gambar yang cantik2. Kenangan tu, nak tunjuk anak cucu nanti. Bila pikir setakat nikah pon kat masjid takkan nak berlama2 kat masjid kan? Macam tak perlu je. Lagi pon tak mengaharap sangat ada yang free lagi, sebab majlisnya kurang seminggu kot baru dok cari fotografer!

Ada sebabnya kenapa at last minute, sehari sebelom akad nikah Ainn ambik jugak servis fotografer. Dan semestinya la dengan orang yg bagi servis yg terbaik, dok layan kerenah Ainn yang mengada2 banyak tanya tak kira masa ni. Karl Lidz!

Oke nak sambung cite untuk majlis pulak nanti. Disebabkan servis yang terbaik Ainn dapat dari Karl Lidz so untuk majlis pon nak servis dia jugak la. Dah ada yang baik takkan nak cari lain jugak kan? Sebab dah lewat lagi 3bulan majlisnya ada 14 & 16 Mac je tarikh yang boleh seminggu tu. Sebab nak jugak servis Karl Lidz ni Ainn nak jugak buat majlis 14 Mac. See? Kalau dah bagi good service, customer pulak yang kejar.

Ikutkan untuk bertandang nak buat selang sehari, elok bebenor la kalau bertandang 16 Mac. Tapi Ainn fikirkan family Ainn. Yang kerja nak kena cuti extra, yang tak kerja pon nak kena lama2 dok rumah Ainn. So bincang ngan Oren majlis bertandang buat esoknya je la. Rabu 16 Mac tu boleh buat untuk outdoor shoot je. Kiranya untuk majlis bertandang takde profesional fotografer la :-(

Sebab Ainn ni nak jugak gambar yg cantik, nak jugak guna servis profesional fotografer so Ainn nak jugak cari mana2 fotografer untuk majlis bertandang nanti. Dan semestinya kepeningan bermula!!

Mula2 mesti la ngadu kat group WhatsApp. Tanya member2 fotografer mana suggestions diorang. Dan tak lupa jugak yang Ainn pernah tanya Lieja dulu. Nak kena korek balik semua contacts yang dulu2. Tak sia2 Ainn save maklumat tu dulu kat sini :-)

Apa2 pon nak nak kena servey dulu. Nak kena timbal balik jugak mana patut. Dan hasil perkongsian kat group ada la nama baru; Rosdi Rashid, PKM Solutions.

Taknak pening kepala lagi, wat pelan2. Huh pelan2 lagi ke? Majlisnya cuti sekolah ni, dah ada yang book tarikh tu melepas la. Kalau dah rezeki tak ke mana pon kan?

Malam Berinai Abang Tak Layan

Inai Achik dah pudar, inai Halalan Thoiyyiba pulak meragukan. So kita guna inai yang tak pudar dan tak meragukan la. Apa lagi? Inai daun je la.

Nak pulak malam ni ada final Piala Malaysia. Eh betul ke Piala Malaysia? Lantak la, janji bola. Yang dah semestinya Si Lelaki akan dok hadap benda tu. Termasuk la jugak Oren.

Entahlah Oren ni senyap je malam ni. Mungkin dok syok tengok bola, mungkin jugak dah tido awal2 lagi sebab penat train dia naik malam tadi buat hal kat Kuala Krau. Kesian dia 1'30pm baru sampai kat rumah. 5jam weh lewat!

Konon la sebab abang tak layan kan pakai inai ni. Dah 12malam baru nak berinai. Hekhekhek.


Oke berinai sudah. Kita tengok esok je la macam mana hasilnya. Harap2 merah la jugak.

Dah lewat malam, gud nite ;-)

Update:
Tak tau apa cite, dah banyak ari tak update belog nih. Baru je ada mood nak berbelog tengok2 yg ni xdipost pon lagi?? Tak pe lah, ni cite 2malam sebelom akad nikah. Alah malam Selangor menang lawan ngan Kedah tu :-P


Saturday, December 12, 2015

Macam Mana Nak Kenal Pasti Inai Halal Atau Tak

Banyak sangat iklan yang dok jual inai yang kononnya halalan thoiyyiba. Betul2 halal ke inai tu?

Ainn ada jugak beli sejenis inai ni. Kata Achik ni la namanya inai celup. Celup aje jari kat dalam bekas yang ada inai ni.

Masa Ainn beli inai ni orang yang jual tu cakap sapu je ngan cotton buds. Kalo nak terang pakai lama2, kalo tak nak terang pakai kejap je la.

Masa mula2 nak pakai tu waswas la jugak sebab baunya macam bau inai sabun masa zaman budak2 dulu selalu buat je. Dulu2 buatnya campurkan aje sabun mandi dengan pati sirap, pastu sapu la kat kuku. Kalau betul inai ni pon macam tu jugak, mak ai 15hengget ni weh aku beli!!!

Pastu mula la Mok Ngoh persoalkan boleh bawak sembahyang ke inai ni? Gulp! Menakutkan je soalan tu!

Achik kata ustaz dia cakap kalau inai sabun tu tak boleh bawak sembahyang. Memang la bahan yang digunakan tu halalan thoiyyiba tapi tak boleh bawah sembahyang. Kenapa tu tak dijelaskan la pulak.

Ainn pon nak share jugak la apa yang ustaz Ainn cakap. Ikut kata Ustaz Abdul Wahab, kalau inai tu meresap ke dalam kuku maka bolehlah dibawa solat. Kalau setakat warna kat permukaan kuku aje tak boleh bawak solat. Tu dah macam cat yang halang air wudhuk. Kuku kan sebahagian daripada anggota wudhuk. Nampak macam tak logik je kan? Ye la macam tak logik la sebab lapisan tu nipis je, bukan macam lapisan cat kat dinding tu.

Macam mana nak tahu warna tu menyerap dalam kuku ke tak? Senang je, try toreh sikit kuku kita tu. Kalo nampak putih je macam kuku asal tu maknanya warna tu tak menyerap la.

Sebab nak pakai inai ni pon waswas je try la pakai kat kuku ibu jari kaki dulu. Masa cuci tu la try sambil2 kikis ngan kuku. Hurmm memang tanggal! Terpaksa la lupakan aje inai ni.

Bak kata Achik 'Membazir lagi 15ringgit!'.

Friday, December 11, 2015

Lagi Seminggu Tapi Dah Pakai Inai

Achik la ni xdop keje. Tau la dia ada inai yang Mek beli kat Mekah. Petang tu balik dari buat rawatan kat Sinar Permata dia ambik tangan ni nak pakaikan inai tu. Risau jugak takot tak merah kang. Pastu dia tunjuk inai kat jari dia dah pudar dah lepas 3hari pakai.

Walaupon dah cakap taknak Achik berkeras jugak nak pakaikan jugak inai tu. Takde la Ainn betol2 tak bagi. Dan inilah hasilnya.

 Masa pakai ni pon dah nampak dah comot.

Haa kan betol comot aje. Biarlah Achik kata tangan berkedut macam orang tua pon. Inilah tangan orang rajin buat kerja! Hahaha rajin la sangat...

Oke itu cerita 3hari lepas. Hari ni dah jadi camni dah.

Nak kawen lagi 3hari xtau la pulak jadik camne :'(

Double Beef Special Burger II

Nak beli benang nak jahit langsir je sebenarnya. Disebabkan sebelah kedai runcit tu ada orang jual burger Achik mintak la nak burger. Untuk Achik ngan Alang double beef burger, untuk Kak Chiknya nih semestinya nak double beef special burger. Biarlah baru makan pon, saje je nak compare ngan double beef special yang beli kat rumah my sayam.

Elok aje burger kat sini. Cantik terletak kat dalam polisterin. Tapi sayang ia menyumbang kepada pencemaran alam. Lama tuh nk lupuskn benda alah ni. Sos dan sayur dia pon tak semeriah burger kat rumah my sayam. Cuma yang ni ada extra daun salad.

Achik biasa la ngan komplen dia tu. Tapi ada betulnya jugak yang dia cakap. Tak puas kan makan burger macam ni. Kalo dia wrap ngan kertas burger je kan senang nak makan boleh pegang ngan kertas tu. Nikmat sangat!

Yang lebihnya kat sini harganya lebih murah la. Untuk double beef special ni baru rm3.50, jimat 50¢ berbanding kat rumah my sayam.

Part paling tak best tapi melucukan:
Kakak dan abang jual burger tu suruh Ainn duduk dulu sementara dok tunggu burger dia tu. Elok sangat Ainn pakai dress ngn perut muncit ni. Nak kata Ainn pregnant lettew :-P

Thursday, December 10, 2015

Sinar Permata, Menjadi Ke?

Dah namanya iklan, sebolehnya dia nak tarik perhatian orang. Nak2 pulak iklan kat Kelantan fm. Siaran radio yg paling banyak iklan setakat Ainn dengar. Nak sedap sikit namanya dipanggil Rancangan Tajaan.

Dalam banyak2 Rancangan Tajaan kat Kelantan fm tu ayah Ainn tertarik la dengan Rancangan Tajaan Sinar Permata. Mana taknya anak dia sorang ni kuat betol masalah resdung. So dia suruh la cuba dapatkan rawatan kat situ. Ye la, dah nama pon iklan kan. Mesti la yang dok citenya yang baik2 aje, yang menjadi aje. Bila dok kata rawatan kat situ dia tarik keluarkan semua lendir2 resdung ni macam menarik jugak la kan.

Agak lama jugak la Ainn ambik masa sebelom buat keputusan nak buat rawatan kat situ. Mulanya terpikir nak ajak Oren lepas kawen nanti. Tapi rasa macam tak berbaloi je nak pegi Kota Bharu semata2 nak gi buat rawatan tu aje. Apa salahnya dah alang2 nak balik kampung ni buat je terus, tak payah tunggu lepas kawen.

Pagi sebelom balik kampung Isnin lepas Ainn mula la search kat internet pasal rawatan kat Sinar Permata ni. Ala2 blog walking la konon2. Dari situ Ainn tau la kos rawatan dia berapa, dapat bayangkan la macam mana rawatan tu dibuat. Yang buat Ainn excited sangat2 semua blog yang Ainn baca semua menzahirkan benda yang baik2 aje. Takkan la blog2 tu pon ditaja jugak kot.

Dengan semangatnya malam tu terus chat bagitau Achik mintak dia temankan pegi buat rawatan kat Sinar Permata tu. Alahai dia pulak sibuk nak jugak. Budak baru habis study, kerja pon belom lagi, sah2 la kita yang nak kena 'payung'. Tak kisah lah asalkan boleh buat rawatan tu.

Esoknya lepas Zuhur mula pencarian mencari Pusat Rawatan Sinar Permata tu. Kalau ikutkan kat radio tu dia cakap betol2 depan Masjid Telipot, letaknya di Bangunan Sukimi. Oke dah jumpa dah Masjid Telipot tapi Bangunan Sukimi ni tak nampak pon. Berhenti je la kat tepi jalan dulu col diorang tanya kat mana. Katanya ada bangunan tinggi warna kuning. Depan sikit aje dari tempat kitorang berenti tu.

Oke la jalan je la ke depan lagi. Kita ni pulak 'cerdik' sangat dok cari Bangunan Sukimi. Memang ada bangunan tiga tingkat warna kuning tapi dia buat kat situ 'WISMA DATIN FATMAWATI'. So bukan la kan? Sebab nak jugak Bangunan Sukimi seperti yang dicanang di stesen radio dan laman web rasmi diorang tu. Jalan ke depan je la lagi, sampai kat Wisma Perkeso. Col lagi, then patah balik la.

Dah dekat nak sampai masjid tu berhenti tepi jalan kononnya nak col diorang lagi sekali. Toleh je ke kanan nampak la PUSAT RAWATAN SINAR PERMATA. Alahai kat sini rupanya. Betul2 kat Bangunan Wisma Datin Fatmawati tadi. Kenapalah dok cakap kat Bangunan Sukimi? Kot ye pon nama bangunan tu dah bertukar tak payah la dok canang ngan nama yang belom ditukar pada bangunan tu. Nak buat alamat surat menyurat boleh la. Entah2 posmen pon pening nak cari.

Dah sampai kat sana kena register dulu. Tak payah dua2 orang yang register salah sorang aje. Dah siap register dia bawak masuk ke bilik rawatan. Mula2 kan nak test je dulu ada resdung ke tak. Saje je padahal dah tahu dah memang dah ada resdung, siap wat rawatan kat HSA lagi.

Nak test tu dia bagi 2putik kapas. Kat putik kapas tu dia letak cecair apa entah. Kat belah yang ada cecair tu la dia suruh masukkan ke dalam lubang telinga. Pastu dia bagi serbuk kena sedut ngan hidung. Ain ni bersin2 la lepas sedut tu. Takde la teruk sangat bersin tu 2,3 kali aje. Achik pulak langsung tak bersin mata aje yang berair. Dalam telinga ni ada la bunyi2 sikit.

Dalam 2,3 minit tu kakak tu masuk balik tanya ada bersin ke tak. Kalau bersin ke mata berair ke tu tandanya ada resdung. Pastu dia tanya nak buat rawatan ke tak. So kitorang decided dua2 nak buat la, dah memang pegi situ nak wat rawatan bukan setakat nak check.

Dia masukkan putik kapas yang dia letak cecair apa entah ke dalam lubang hidung. Perit sangat masa tu, dia main jolok aje. Lubang hidung Ainn ni kecik aje, pakar kat HSA pon pelan2 aje masukkan rod masa buat rawatan dulu, dapat ngan dia ni jolok gitu aje. Perit weh. Dan2 aje mata berair. Sekali ngan bersin2 la. Meleleh air hingus keluar. Cecair resdung la tu kot.

Dalam 5minit pastu dia datang lagi dia urut2 kat kening dan hidung dalam 10saat, pastu keluarkan putik kapas tu. Ingatkan tu aje, rupanya lagi sekali kena. Kali kedua ni lagi perit, lagi dalam dia tusuk putik kapas tu. Yang belah kiri aje, belah kanan tak sedalam yang belah kiri.

Dah siap tu dia spray kat mata. Pastu buat urutan mata ngan mesin dalam 3-5minit. Total masa buat rawatan tu ada la 15minit. Oke dah siap!

Pastu nak buat bayaran tu dia suggest la 2jenis ubat. Dia tak paksa pon, kalo nak buat rawatan je pon takpe. Disebabkan Ainn ni kurang berdisipilin dalam bab pemakanan tak payah la nak bazirkan duit beli ubat2 tu.

Apa yang Ainn rasa lepas buat rawatan tu? Memang rasa lega, ada rasa ringan sikit kepala ni. Yang tak bestnya bila ada side effect. Tak pasti ni jadi kat semua orang atau jadi kat Ainn ngan achik je.

Lepas rawatan tu hidung ni rasa gatal sangat2. Achik kata mungkin lendir tu tak keluar habis kot. Dan semestinya kat hidung belah kiri ni terasa sakit yang amat. Sape tak sakit kalau kena jolok gitu? Malam pulak nak tidur jadi susah. Sebelom2 ni elok je bernafas, tiba2 je malam tu kena bernafas kot mulut. Mana taknya hidung dah la sakit, tersumbat pulak tu. Bangun pagi esoknya sah2 la kering tekak 1malam dok bernafas kot mulut je.

Achik dok bebel je tak puas hati ngan servis tu. Membazir aje bayar rm100. Memang la kalo ikutkan ngan servis yang diberikan macam tak berbaloi. Buat kerja sambil lewa aje. Kalau kena bayar rm10 je takpe la pulak ngan servis gitu aje.

Bila ingat balik belog2 yang Ainn dok baca tu rata2 buat rawatan kat Melaka yang dok cerita servis yang baik tu. Takkan nak pergi Melaka pulak kot? Bila cerita kat Oren dia suruh try kat Bandar Baru Uda pulak nanti. Kalau servis macam ni je jugak terpaksa la melupakan nak buat rawatan kat Sinar Permata lagi.

Monday, December 7, 2015

Photography Services

Oke ini last ye. Inshaa Allah ni last entry untuk hari ni. Lepas post entry tadi tiba2 je teringat pasal chat2 ni. Dulu pernah tanya Lieja pasal photographer adik dia kahwin. Pastu baru2 ni je penah delete account WhatsApp so chat tu semua dah takde la. Boleh pulak lupa penah copy chat tu bagi kat Oren. Jenuh jugak nak ingat keyword apa nak cari yang ni. Alhamdulillah jumpa ne ha.

Memang dah lama kalo nak scroll aje memang makan hari jugak la nak jumpa. Ni kira back up je la. Walaupon dah screenshots dibuatnya terdelete ke at least ada save kat sini. Takde la susah2 nak cari kat WeChat tu lagi.

Oke tunggu Oren balik next week boleh bincang pasal ni. Sekarang masa untuk mandi, kemas mana yang patot, nak balik rumah tok ayah. Daaaa...

Bajet Majlis Perkahwinan

Pening bila fikirkan pasal bajet nih. Dah la Si Oren tu baru je kerja. Berapa sen sangat la yang ada. Ainn pulak takde la banyak sangat gaji, hutang aje yang lebih. Tolak tu tolak ni tinggal berapa sen aje lagi. Nak kawen ni perlukan kos yang tinggi.

Oke la kira boleh cut cost la sebab kitorang tak bertunang, terus nikah aje. Tapi bila akadnya hari lain majlisnya dikemudiankan pon sama jugak jadi 2majlis jugak nak kena buat. Rasanya mungkin save sikit la berbanding ngan wat majlis tunang.

Satunya cincin yang ditempah nak buat untuk tunang dah jadi cincin kahwin. So dah save kat situ tak payah nak tempah gelang lagi. Walaupon ada yang cakap nanti majlis mintak la gelang tu. Ainn pulak pikir nakkan gelang tu nanti anniversary la. Mungkin bagi sesetengah orang suka dapat hadiah pada waktu2 yang tak terjangka, Ainn pulak suka kalau dapat hadiah tu dengan simboliknya kenapa dapat hadiah tu. Setakat hari majlis takde makna apa kot bagi Ainn. Rasanya takde orang nak sambut ulang tahun majlis, orang sambut ulang tahun nikahnya tu bila je. So untuk majlis nanti takde la gelangnya.

Duanya boleh save untuk hantaran tunang. Paling2 tidak pon nak kena sediakan jugak 3dulang hantaran masa tunang tu. Mana nak kena gubah lagi. Semua tu kos oke.

Tiganya tak payah sewa baju + mini pelamin. Oke la kalau wat simple2 pakai aje baju sendiri. Baju sendiri pon nak kena beli kainnya jugak, nak kena upah tailor lagi. Sebab nikah terus boleh mintak baju akad nikah sekali ngan pakej pelamin tu. Ikutkan Ainn macam nak ambik jugak mini pelamin untuk akad nikah ni, tapi wan kata tak payah ambik. Kan nak nikah di masjid takkan nak usung mini pelamin tu pegi masjid pulak. Lepas makan2 boleh terus buat outdoor shoot. Amboi berangan kau nak buat outdoor shoot, sape entah nak jadi cameraman nanti. Dah la berangan nak shoot kat Kuala Koh sana nu hah!

So sekarang ni sebab takde majlis tunang boleh fokus untuk majlis akad nikah je. Baju akad nikah ni pon satu hal, susah nak cari. Bila dah last minute plan macam ni nak buat baju sendiri pok dah tak sempat. Nak tak nak kena sewa jugak la baju akad nikah tu. Tapi nak kena cari warna2 pastel je la. Takkan nak pakai kaler striking pulak untuk akad nikah!?

Tapi bila pikir2 balik daripada dok sewa bukan ke lebih baik ambik sekali ngan pakej pelamin je terus. Lagi jimat rasanya. Kalau nak ambik pakej pelamin Ainn berkenan antara Tiey Bridal ngan Rezki Mewah je la. Masalahnya Tiey Bridal tutup last week, minggu ni mana la nak sempat nak buat baju akad nikah tu. Rezki Mewah memang ada sepasang baju putih memang muat la ngan Ainn. Tapi macam tak berkenan la pulak potongan macam ni.

Nampak macam baju kurung je kan? Kalau ikut Ainn suka yang dress je, nampak elegen. Nampak jugak Ainn ni slim dan tinggi sket. Memang la baju ni pon dia sekali harung baju ngan kain tu, tapi bila dia buat potongan lace macam tu nampak macam baju & kain tu berasingan la pulak. Oke la baju ni Kak Jilah kata dia nak touch up manik ngan batu, tengok je la nanti macam mana. Harap2 cantik la. Kalau tak cantik pon nak tak nak kena pakai jugak, abes tu yang ni je yang ada.

Soal baju dah setel, cuma kasut lelaki la tak disediakan. Oren ada ke kasut? Kasut futsal ada la. Ainn suruh dia pakai sandal je, macam cantik je tengok orang lelaki pakai baju melayu ngan sandal tapi dia pulak kata tak pernah orang nikah pakai sandal. Takkan pakai kasut kot!?! Ainn pun risau jugak kot2 takde kasut yang muat ngan kaki Ainn ni. Nak kena pegi ambik sendiri la baju ni nanti, boleh try dulu siap2.

Seperkara lagi photography la. Bagi Ainn part ni la paling penting. Biarlah pelamin tak cantik pon takpe, mekap biasa2 je pon takpe, baju pengantin tak mewah pon takpe, yang penting gambar ni ha nak simpan nak buat kenangan. Memang nak kena ambil profesional punya, biar nampak cantik sket angle nak shoot tu. Edit pon nanti cantik aje gambarnya.

Yang ni memang nak kena book awal2. Diorang ni tak boleh bertindan hari dengan orang lain. Sebelom nak book tu pon nak kena tetapkan hari dulu nak buat majlisnya tu bila. Setakat ni yang Ainn tengok cantik Amin ngan Lock May. Tapi harganya boleh tahan la. Rm2800 untuk dua2 pihak, sekali ngan outdoor. Kalau nak murah kena ambik ngan Anas Photo je la, baru rm1500. Tapi Anas edit macam tak cantik je huhuhu. Ada lebih kurang seminggu je lagi ni nak survey photography mana area Gua Musang ni. Harap2 ada la yang free lagi ngan tarikh kitorang pilih nanti.

Lain2 pon kena pikir jugak. Mana nak buat kad, takkan nak jemput mulut gitu aje. Zaman it sekarang ni pon kad orang tetap nak jugak. Pastu kena sediakan goodies jugak. Takkan tetamu nak balik ngan tangan kosong aje. Hadoi pening2, nak korek mana la nak buat semua ni.

Yang penting kewangan mengizinkan la nak buat semua ni. Inshaa Allah ada rezeki lepas nikah nanti. Inshaa Allah Dia permudahkan majlis tu nanti. Amiin.

Double Beef Special Burger

Wahh 3entries hari ni ye Cik Ainn kita ni kasi! Hihihi jangan marah ya. Sementara in mood nak post ni kita post la kaw2. Biarlah internet slow je pon. Malam ni last la nak kena top up yang lain pulak.

Oke, kali ni nak cite pasal burger. Inilah burgernya.

Alang2 Balqis nak 'payung' ambik la peberet Ainn je terus. Mesti nak double beef special. Memang sedap sangat, sehingga menjilat jari! Sos2 kat wrapping paper tu pon sampai licin!!

Apa yang specialnya burger ni? Entah la Ainn sendiri pon tak tahu. Yang Ainn tahu memang sedap je la. Macam mana dia masak beef tu rasanya dia bakar macam biasa je jugak, roti dia tu pon. Sos dia pon biasa2 je, setakat sos cili, mayo, sos lada hitam. Sayur pon sama, kubis, timun, tomato. Itu aje. Yang pastinya daging dibakar garing, sos dia meleleh2, sayur2 dia pon menimbun. Ada la dalam 3slices timun dia ketak, kira cover habis roti tu, pastu tomato pulak cover timun. Kubis tu memang menggunung. Ni yang Ainn punya, tak nampak sangat sos dia meleleh2. Balqis punya memang nampak, sedap!!! Kiranya ni la the best burger I had.

Kalau dok kat Senai Ainn suka beli burger kat simpang dekat ngan Pasaraya Johan kat Taman Aman tu. Dah rasa yang ni malam tadi memang kalah la burger abang kat Taman Aman tu. Harga pon berpatutan. Untuk double beef special ni rm4 je.

Kalau ikut kata Nad mak dia pesan kalau nak beli makanan, yang nak jadi darah daging kita ni beli dari orang yang baik2. Takkan nak tanya dulu dia tinggal solat ke tak  kan? Tengok pemakaian dia aje pon takpe. Means tengok yang zahir je la. Kalau tudung pon tak pakai reject aje terus kedai tu. Air tangan orang yang membuat tu pon penting jugak. Akak yang buat burger ni malam tadi pakaian Alhamdulillah sopan, siap bertudung walaupon berniaga depan rumah je.

Macam mana Ainn tahu gerai burger ni? Hihihi dari group ni la..

Burger kat rumah Nuar aka Pok Wa tu dah banyak kali Ainn makan. Biasa2 je kot bagi Ainn. Kat rumah Nazirah ni la yang paling sedap. Bukan nak promote sebab dia kawan Ainn, yang berniaga tu kakak dia. Alah yang baca ni pon tahu ke tak Aring ni kat mana pon tak tahu kan? Saja nak share apa yang Ainn rasa. Nak bagi resepi pon gitu aje la yang boleh Ainn bagitau. Kalau nak rasa jugak datang je la ke Felda Aring 1, Gua Musang. Then cari la rumah Pok Him Hitam, gelaran untuk ayah dia :-)

Who's This Guy?

Kak Chik, ini sape?
Ini bukan Abe Chik kan?
Kalau Abe Chik kulit dia cerah siket, tapi orang ni kulit dia coklet!
Kalau Abe Chik ada banyak jerawat, tapi orang ni Akisy tak nampak pon jerawat dia!

Huhuhu.. pic masa balik kampong cuti Deepavali lepas. 1st time jadi passenger je dari Senai sampai Aring. Boring! Ikutkan hati nak je mintak nak drive. Dengan enpon yang tak berapa nak betol masa tuh boleh la snap pic sket2.

Memang pon Oren gelap sikit balik hari tu. Baru 3minggu dok Johor dah gelap dah. Yang peliknya dia kerja dalam econ, bukannya kat bawak terik mentari pon. Alah bukan banyak sangat pon jerawat dia, ada la siket2. Yang banyaknya tu kulit lebih je. Kalo zoom nampak aje. Akisy je yang taknak zoom :-P

HIV Test, Apa Yang Perlu Disediakan?

Takotnya nak buat HIV test!!
Takot bukannya takot dengan result yg bakal kita dapat nanti. Ye la kita tau lifestyle kita macam mana, inshaa Allah kita selamat daripada benda2 negatif sebegini.
Yang takotnya bila ingat tang jarumnya tuh!

Seingat Ainn dah besar tua bangka ni 3kali Ainn 'bermain' ngan jarum. 1st masa nak masuk matrix dulu nak isi form part blood group. Nak tau blood group tu kena la ambik darah kan. 2nd kena inject masa period, senggugut la.. hihihi. Tak pasal kena inject kat bontot masa tuh. 3rd baru2 ni la masa nak wat ujian talasemia. Serik weh kiri kanan kena sebab masa buat belah kanan yg mula2 tu nurse tu buat darah xnak kluar, tepaksa la tukar wat kat belah kiri pulak. Adeh...

Masa Ainn cite kat Oren pasal ketakutan Ainn ngan injection ni dia ketawa je. 'Kena 'tembak' je la, dia nak ambik darah siket je. Bukan kena inject!' Yang tau kena tembak ni la yang buat Ainn makin cuak. 3kali kena yang Ainn cite tadi yang sakitnya masa kena 'tembak' nak tau blood group tu la. Yang kena inject kat bontot ngan kat lengan tu tak rasa apa pon.

Apa yg Ainn buat? Hihihi. Nak gi klinik tu Ainn siap bawak fail lagi. Bukan ada apa pon dalam fail tu, setakat borang nak nikah, sijil kursus kawen, surat pengesahan bujang, surat akuan jabatan aka GL. Masa nak kena 'tembak' Ainn tutup la pandangan Ainn pada jari yang nak kena tembak tu dengan fail tu. Terasa la jugak sakit sikit. Tapi kali ni sakit sikit je la, macam kita cucuk jerawat gitu je. Takde kena 'tembak' kuat2 macam 10tahun lepas tu. Alhamdulillah la part tu, cuma lepas kena tu ada la effect rasa lenguh sket kat tangan belah kiri ni. Balik tu drive ngan sebelah tangan je la. Nasib baik dekat je.

Oke, berbalik kepada tajuk apa yang kita nak kena sediakan nak pegi buat HIV test ni? Huwaaa dah berjela2 cite baru nak cakap pasal topic tu ke? Hikhikhikhik letak tangan kat mulut, ketawa pelan2 je ;-)

Yang ni sebenarnya Ainn tak pasti. Mungkin ianya berbeza mengikut negeri. Sebabnya masa Ainn kat Senai nak buat HIV test ni bukan semudah yang disangka. Kebetulan 22Nov jatuhnya pada hari Ahad, so Oren dapat extra cuti la Isnin tu. Hari Isnin tu la kitorang memulakan misi membuat HIV test ni. Ingatkan kena buat kat spital. Bukan main pegi la ke Hospital Kulai tu, apa entah nama penuh hospital tu panjang berjela. Rupanya kena buat kat Klinik Kesihatan je dik non.

Dah kena pegi ke klinik je pusing2 la cari parking kat Klinik Kesihatan Kulai Besar kat sebelah tu. Dah sampai sana nurse kat kaunter tu cakap kalo kat situ diorang buat hari Rabu je. Aih ada hari2 tertentu jugak ke nak buat HIV test ni? Rasanya nak buat tu pegi aje kat makmal, penjaga makmal yang buatkan. Doktor atau MA just sahkan je, macam gitu je kan? Oke, mungkin prosedur test kat sini tak semudah ni.

Bila tanya hari Isnin ada buat kata mana, kena buat dekat klinik apa entah namanya. Tempatnya dekat ngan MPKu, belakang Balai Bomba Kulai. Dah memang hari ni Oren cuti kena ngan hari klinik bukak kena pegi jugak la ke sana. Padahal baru je balik dari sana tukar tiket train Si Oren tu.

Oke keperluan pertama KENAL PASTI HARI UNTUK BUAT HIV TEST.

Dah sampai sana nurse situ mintak borang nikah pulak. Mana nak dapat borang nikah? Kitorang pon baru je plan nak kawen. Balik cuti Deepavali hari tu bagitau family nak kawen, ikutkan nak tunang je dulu. Tup2 Allah kata dah sampai masa untuk kitorang terus jadi suami isteri tu yang nak terus kawen je. Borang tu pon entah ke mana lagi. Nurse tu cakap kalo takde borang tu macam mana nak buat HIV test? Erkkk? Ingatkan HIV test ni nakkan darah je. Hurmmm... balik gitu je la. Nak kena balik kampung dulu la setelkan borang nikah dulu baru pegi klinik.

Oke, keperluan kedua BORANG NIKAH.

Pagi sebelom nak pegi klinik kat kampung ni saja2 borak2 kat group WhatsApp. Lan kata tak payah bawak borang nikah bawak je sijil kursus nikah. Pulak? Bila Lan kata dia sendiri pon dah ingat2 lupa, almaklum anak pon dah besar. Sebaiknya kita sediakan je la jugak kan. Senang kalo tiba2 kat sana nanti mintak bendanya dah ada, dah tak payah balik rumah nak ambik lagi.

Oke, keperluan ketiga SIJIL KURSUS KAHWIN.

Macam biasa la kalau nak pegi klinik mesti nak kena bawak IC. Dan kalo taknak bayar seringgit tu bawak la GL. Dulu Ainn tak kisah pon nak kena bayar tu, sejak zaman GST ni semua benda naik harga walaupon RM1 kena berkira weh.

Keperluan keempat KAD PENGENALAN.
Keperluan kelima SURAT PENGESAHAN JABATAN aka GL atau WANG RM1.

Bila semua keperluan2 tu dah ada moh le kita ke klinik. Baru je nak turun hujan pulak turun dengan lebatnya. Hish drama betol la. Dah memang musim dia kan nak buat macam mana. Tunggu la hujan reda siket.

Taknak cite pasal hujan, kita skip part hujan tu. Dah sampai kat klinik ada 2,3 orang nurses dok borak2 ngan sorang makcik kat area parking. Mungkin dia perasan Ainn macam dok tercari2 arah dituju dia sapa la nak buat apa, then Ainn just jawab la apa yang ditanya. Huih ceritanya macam besar sangat Klinik Kesihatan Aring ni kan. Hakhakhakhak. Jakun betol!

Masuk dalam letak la IC ngan GL kat bakul depan kaunter tu, tunggu dia panggil. Dia bagi kad, tapi nurse tu cakap 'isi borang tu dulu.' Hah? Borang apa? Hihihi tadi tak cakap kat kaunter tu nak buat HIV test, dia pon tak tanya. Pemalu rupanya orang tu.

Dah siap isi borang bawak borang tu ke bahagian makmal. Bagi je kat orang tu borang tu. Pastu kena 'tembak' sikit, tunggu result kejap. Dia tulis result kat form tadi, nurse ambik bagi kat MA untuk sahkan. Then MA masukkan dalam envelop SULIT, kita memang tak tahu apa resultnya. Then balik je la. Jangan lupa envelop SULIT tu nak kena kepilkan sama2 dengan borang nikah nanti.

Kat sini takde apa pon yang dia mintak. Prosedur biasa je. Hanya dengan IC. Extra la GL tu. Yang lain2? Tak payah!

Tapi kena ada extra yang lain jugak. EMOSI kena stabil. Jangan nak takot2. Takde apa pon setakat kena sikit gitu je. Bukan kena tembak dengan gun pon!

Statement orang yang dah kawen:
"Ni baru HIV test. Ngandung nanti berapa jarum nak kena inject kat lengan tu!"

Huh, yang tu cite laen kali la. Kawen pon belom lagi dah nak cite pasal ngandung ke?

Tuesday, December 1, 2015

Enpon Rosak Part 2

Ishhh geram betol la main ngan internet slow nih. Baru guna tak sampai 2minggu dah habes dah data langgan 2gb. Nak topup ambik pakej baru macam sayang pulak, still boleh guna lagi. Setakat nak main whatsapp, wechat, telegram tuh boleh la. Tapi kalo nak search pape kat google la yang jadik slow. Naseb baik Ainn tak main facebook, kalo tak lagi la menyirap je rasa amarah ni. Hahaha gini la kalo kedekut nak langgan internet baru. Selagi tak cukup sebulan selagi tu la dok guna je internet slow ni. Harapkan signal semata je la H+ tu.

Oke2 taknak cakap panjang pasal keslowan internet ni. See? "Keslowan" oke! Boleh pulak guna imbuhan awalan + akhiran kat English word. Hahaha lantak la. Oke jom sambung cite pagi tadi, pasal enpon kesayangan nih.

Bila tetiba je enpon kesayangan ni meragam, mula2 tu kira oke je la lagi. Cuma kat bagian touch screen yang bawah tu dah mula menunjukkan keegoan dia untuk berfungsi. Susah sket la la touch back, home, apa entah 1lagi function tuh kat belah kiri. Nak kena touch banyak2 kali la baru dia nak ikut arahan ujung jari kita ni. Selang 2,3 ari bagian keypad kat baris bawah pon susah jugak nak berfungsi. Susah la nak nak tukar kepada keypad nombor, nak guna koma, titik, enter, nk main voice, nak wat space pon tak boleh!

Aih selang 2,3 ari lepas tu langsung dia taknak ikut arahan?! Buat derk je. Langsung tak berganjak. Bila kat bagian bawah tu dah tak boleh nak touch susah la nak guna. Nak reply chat la yang paling tak boleh. Orang antar chat kat whatsapp kita hanya boleh give them the blue thicks je la. Nak reply nak kena tekan dulu kat bagian bawah tu.

2minggu jugak la dok guna enpon kesayangan yang dalam nazak tu. Nasib baik jugak ada buat gesture mode untuk wechat, whatsapp, telegram, camera. Boleh jugak guna. Kalo takde gesture mode ni alamatnya takleh guna langsung la. Dah la kat homescreen takde letak pape melainkan untuk nak lock screen je.

Nak diceritakan Ainn ni tak penah beli enpon semahal ni. Masa guna Samsung Galaxy SII dulu pon Ainn beli masa tengah offer je. Takde la terasa sangat membelinya walaupon masa tu harganya tetap 1k++, tapi ++ tu dalam 200 je kot. Disebabkan ni la the 1st time Ainn beli enpon dengan rege 1.5k memang sayang gile2 la. Mungkin murah bagi orang lain, sebab dok guna iphone. I pon memamg tak mampu nak beli iphone. Tak berbaloi weh bagi Ainn nak beli enpon mahal2. 

Disebabkan sayang giler kat enpon nih sanggup nih nak baiki, even masa tu warranty dah abes dah. So search la internet dia punya service center kat area Johor ni. Oke dah tau dah lokasinya kat area Taman Nusa Bestari. Kebetulan pulak petang tu su col, cite la kat dia. Rupanya Nusa Bestari ni dekat ngan Best Mart kat area Bukit Indah sana nu ha. Patut la alamat dia guna poskod Skudai. Area situ aje rupanya. Ingatkan belah JB sana nu. 

Oren balik keje petang tu walaupon tengah penat pegi jugak hala ke sana. Search kat gps kete takde jumpa pulak Jalan Bestari 6/2 tu. Cuba la jugak redah kat area Jalan Bestari 7/4 yang ada kat gps tu. Puas pusing takde jumpa pon. Disebabkan hari pon dah nak Maghrib balik gitu aje la. Takde jumpa tempat yang nak dituju pon. Kalo dah tutup pon at least dah tau tempat senang nak pegi esoknya kan. Dah bukan rezeki nak buat macam mana.

Nak dijadikan cerita, minggu last sekolah tu Ainn cite la masalah enpon kesayangan Ainn kat Wei Jie. Dia pulak bermurah hati bagi pinjam dia punya iPhone. Dapat la jugak merasa guna iPhone kejap. Kebetulan pulak hari tu kitorang buat program kunjungan muhibbah sempena Deepavali, pegi beraya kat rumah Mohan je kat Taman Impian Jaya. Abes program tu ajak anak2 yang boleh diharap temankan Ainn pegi cari lagi Oppo Service Centre ni. Wei Jie semestinya kena ikut. Kali ni ikut maps yang ada kat laman web Oppo tu la. Hasilnya? Memang tak jumpa jugak. Ada ralat sikit ngan lokasi kat maps tu. Dia bawak ke Jalan Bestari 7/2 pulak.

Masa tengah pusing2 ni la Wei Jie try search ngan iPhone dia. Yes, Jalan Bestari 6/2 memang ada! Rupa2nya tempat ni dekat ngan Giant Bukit Indah tu ha. Ke depan sikit je dari Giant tu.

Sebab nak sangat baiki enpon kesayangan ni sanggup ni pusing cari parking. Takpe la park mangosteen jauh sket pon, redah je la ujan yang lebat tu pon takpe! Semuanya kerana enpon kesayangan ni.

Sekali pegi jumpa pekeje kat situ dia kata sebab dah abes warranty period kan kena la bayar rm480. 480? Gulp! Telan air liur kejap. Oke cash ada rm200, Wei Jie pon cakap dia ada rm200 jugak. Still tak cukup, need rm80 more. Dia kata sejam boleh siap. Huh kena tipu je kat orang jual enpon kat Giant IOI Mall, 2minggu baru boleh siap katanya! Tapi disebabkan cash tak cukup + rasa macam banyak jugak tu nak kena modalkan just mintak diri je la, bincang2 dulu macam mana.

Walaupon ramai yang kata better beli yang baru je la kalo mahal cenggitu. Tapi su pulak kata better baiki je yang ni, kalo beli yang baru dengan rm480 takkan dapat yang macam ni. Kalo nak macam ni jugak bukan setakat kena modalkan rm480, kena extra lagi 1k. So Ainn pon pilih la untuk baiki.

Esoknya lepas Oren balik keje pegi la lagi kat Oppo Service Centre tu. Bila dah sampai sana dengan orang lain la pulak. Dia tengok katanya kena bayar rm680. Pulak? Semalam ngan orang lain cakap rm480 je!? Huhuhu dia cakap 'owh Find7a. Ingatkan Find7 je. Kalo Find7a memang rm480 je, Find7 yang rm680 tu.' Huh nasib baik Ainn suarakan jugak pasal tu. Rm200 weh extra nak kena bayar tu.

Dan sebenarnya tak sampai sejam pon. Dalam 15minit je gitu dah siap dah. Pastu dia offer screen protector, yang tempered glass punya la. Dia bagi rm20. Bukan ke tu memang harga dia ke? Bukan offer pon kan? Dah alang2 kat sini ada ambik sini je la terus. Melayang la rm500 untuk enpon kesayangan ni.

And here is the invoice:
Kat sini memang tak dinyatakan pon pasal screen protector tu, just motherboard je ;-)

Enpon Rosak Part 1

Weee dah lama gile tak update belog nih. Punya la lama sampai termimpi2 pasal ni. Haisy tak boleh jadik nih. Nak kena update jugak la ni. So pagi2 lagi ari ni dah ngadap enpon 'kesayangan' ni terus je update. Hihihi takde la betol2 pagi. Dah siap solat Subuh, blog walking dulu kejap, chat ngan MrOren sikit je, barulah update belog ni.

Hahaha tak pasal2 dah panggil enpon kesayangan. Haisy mana boleh xsayang, nak kena sayang betol2 nih, nak kena belai2 selalu. Dibuatnya tetiba je dia wat hal macam dulu naya la. Bukan setakat xleh update belog, nak balas chat sume tak boleh.

Tak taulah apa masalahnya enpon nih. Masa tu sedap dok blog walking sambil2 tunggu Zaid mewarna. Oke pasal Zaid masuk pertandingan mewarna ni kita cite kedian ye. Sekang ni nak cite pasal enpon kesayangan ni aje. Oke sambung.

Masa sedap dok blog walking tu la tetiba je macam dicontrol dia dengan sendirinya go to the next page la, pastu snap pic, rakam video, menaip, sumenya dengan sendirinya. Masa tu memang tak boleh nak buat apa dah. Dan2 aje enpon ni jadi panas. Mana taknya dok on camera brapa lama, siap rakam video lagi. Sebab nak off pon dah xboleh, nak tak nak tepaksa la cabut aje bateri.

Arghhh... ngantuk gile nih, lapar pulak tuh. Sambung tengahari nanti la.

Tuesday, October 27, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan - Selera Darul Bahri vs Fesko UTM

Semalam 2stories Ainn posted, ikutkan nak post lagi tapi simpan la dulu. Dah penat sangat dah tak sempat nak post new story. Lagipon bukan ada yang sibuk nak tau pon, Ainn je yang sibuk nak cite. Elok bebenor la ari ni takde pulak nak menconteng lukisan ngan oil pastel so boleh la cite yang malam tadi punya cite tertangguh tu.

Sebelom ni Ainn penah cite Ainn jalan2 cari makan kat Muha Tomyam. Ainn jugak tanya Oren oke ke tak makan situ, dia geleng je. Lagi sedap kat tempat biasa kita makan tu!

So malam tadi disebabkan Oren belom makan dari pagi Ainn bagi chance kat dia kat mana dia nak makan. Siap bagi kunci mangosteen lagi, biar dia drive sediri nak gi mana. Huh, sini je yang dia nak pegi. Tempat sedap dia ni la, Selera Darul Bahri!

Gelap sikit, ala2 romantik gitu. Ni yang diorder, sikit je. Tomyam campur, daging masak paprik, feveret sayur Oren kailan ikan masin. Ikutkan Ainn nak sup tapi malam tadi ada sup daging ngan sup tulang je. Dah Oren nak jugak daging masak paprik dia tu tepaksa la order yang lain, takkan dua2 daging. So tomyam campur la yang jadik pilihan :-)

Sejak compete ngan Azri nak turunkan berat badan ni Ainn memang makan sikit je. Makan separuh je dah kenyang. Ni ha cik abam kesayangan ni la tolong habiskan. Tak cukup tu mintak nasi tambah lagi! Ni dok makan nasi tambah le tu. Fuhh 2pinggan stengah makan nasi, tak padan ngan keding!

Ikutkan ni memang antara restoran favourite Ainn. Sebabnya? Persekitarannya santai + makanannya sedap + harganya berpatutan + dekat ngan rumah. Kitorang makan tomyam campur + daging masak paprik + kailan ikan masin + 3pinggan nasi + air tembikai + air limau panas = RM20.00.

Nak pegi sini senang je. Tempatnya kat medan selera Taman Beringin. Boleh masuk kot susur ke Taman Aman, susur kiri lepas keluar dari tol Kulai. Masuk susur ke Taman Aman tu ada simpang ke kiri, masuk le simpang tu. Jalan terus ke nanti ada la jumpa signboard Taman Beringin, medan selera tu kat belah kiri dekat ngan signboard tu. Selera Darul Bahri ni kedai yang mula2 paling depan. Kalo dari Kulai kena wat u turn dulu la lepas shell Jaya Sepakat. Kalo tak sempat nak ambik lane kiri terus lepas u-turn tu boleh masuk kot petronas Taman Aman. Belakang petronas tu ada medan selera jugak, tapi tu medan selera lain la. Belakang petronas tu turn kiri, jalan depan sikit je ada simpang ke kanan masuk simpang tu. Then jalan je la ke depan macam direction tadi.

Dah makan kenyang2 pujuk la Oren pegi pesta konvo kat UTM. Dah ari last baru sibuk nak pegi, sah2 la ramai orang. Dah la malam pulak tu baru nak pegi. Untung la Oren nak layankan aje. Tapi yang tak bestnya susah la nak cari parking mangosteen. Kena jalan kaki 15minit! Tapi jalan tu takde la penat pon, setakat 15minit je kot. Yang penatnya  pusing2 kat tapak jualan tu la.

Dah puas pusing, takde apa pon nak beli sebenarnya. Saje nak usha shawl. Tapi tu la nak yang murah2 je kain pulak tak elok. Nak kain yang berkualiti sket mahal la pulak harganya. Shawl Keknis la murah nga kain nampak ada kualiti. Tapi macam boleh wat sediri je shawl macam tu.

Dah puas pusing, kaki pon dah penat, beli ni je lepak jap kat situ sebelom balik. Bukan main susah nak cari parking, pusing2 sampai lenguh kaki, ni je yang dibeli? Huhu.. maybe next year punya fesko la belanja lebih2 sket.

Monday, October 26, 2015

Oil Pastel Again

Yayyy!!! Hari ni Ainn berjaya mewarna 2 lukisan guna oil pastel! Walaupon tak cantik tapi oke la. Not too bad.

 Hasil pertama. Kononnya nak wat ala2 senja. Tapi senja ke macam ni? Awan biru tu yang mengganggu suasana senja tu kan. Alah macam la air kolam tu pon menjadi. Arghh susahnya nak adaptasi suasana senja kat lukisan ni!!!

Oke, taknak stres2. Kita kaler lukisan ni pulak. Hijau oke! Membantu mengurangkan stres yang tadi. Ntah pape jek waterfall tu, tak menarik langsug!

Nampak gaya banyak lagi nak kena belajar guna oil pastel ni. Banyak skill lagi nak kena tau. Sape boleh tolong, angkat tangan plisss...

Lawatan Mengejut Pegawai PPD Kulai & JPN Johor

Nasib baik tak keluar lagi beli sardin. Konon2 nak tunggu murid2 aliran perdana masuk kelas dulu baru nak keluar pegi kedai. Pegi tandas kejap, masuk kelas tengok ada 2pasang kasut orang laki kat muka pintu kelas. Ingatkan kontraktoe ke yang datang, tak pon suppliers ke. Nak simpan kunci toilet tu baru perasan, alamak En. Halim la..

En. Halim datang berdua ngan En. Abdul Rahman. Ada urusan ngan Kak Enon tender kantin, singgah kat kelas PK jap. Huh kejap apanya, dekat 2jam la jugak diorang 'lepak' kat kelas ni. Dah la Ainn sorang je cikgu yang ada.

Takde apa pon yang dibincangkan. Just tengok perkembangan kelas yang dapat peruntukan rm50k ari tu, then dia tanya cikgu2 lain. Diorang banyak 'borak' ngan Ina. Pasal apa tak tau la pulak, Ainn malas nak layan. Ainn just pantau anak2 dok jawab soalan exam yang tak siap lagi. Ada jugak anak2 yang dok wat latihan mewarna untuk Karnival Kesenian nanti.

Asyraf cakap nanti En. Halim nak ambik gambar ngan dia. Ye la tu! Rupanya En.Halim cakap Asyraf tu yang mintak nak ambik gambar sebelom diorang balik nanti. Pandai2 je la kau ek Acap!

En. Halim pulak layankan aje Asyraf Muslem yang sibuk nak ambik gambar tu. Ni je anak2 yang datang ari ni. Ada 2orang lagi. Ji An gi toilet, Azman tukang snap pic ni. Si Wei Jie tu memang macam tu, asal nak bergambar je mesti nak nyorok. Susah betol nak suh bergambar. Patotnya suruh dia je la yang ambik tadi.

Saturday, October 24, 2015

Belanjawan Negara 2016

Belanjawan negara untuk tahun depan dah pon dibentangkam semalam. Mungkin ramai kot yang dok tercongok kat depan tv, tak pon dengar radio nak tau pasal belanjawan tu kan? Ainn berkecuali dalam situasi tu. Tak tau la memang dari dulu lagi macam tak berminat nak tau pasal belanjawan nih. Ada kawan share ringkasan belanjawan kat group whatsapp pon skip je tak baca pon.

Tapi, haa ni la yang nak cite ni. Malam tadi kan ada annual dinner. Tiba2 je Kak Suhaidah persoalkan pasal kenaikan gaji penjawat awam? Gulp, nak nyampuk camno nih? Hihi cepat2 la bukak balik whatsapp apa ringkasan yang dok cite tu.

Aha yang ni la yang dok dibincangkan tu. Gaji kakitangan awam naik kepada 1 gred? Macam mana tu?

Macam2 andaian dok buat. Ada yang kata kenaikan gaji tahunan macam biasa, cuma tahun depan dapat 2kali kenaikan la. Nak kata kenaikan gaji tahunan, kalo belanjawan tahun 2013 dulu memang mention betol2 kenaikan gaji tahunan. Tapi yang ni kenaikan gaji 1gred?

Ada jugak yg dok cakap naik gred dari DG41 kepada DG44. Wahh yang baru naik gred tu untung la ek, naik lagi sekali. Baru je naik DG44 dah nak naik jadi DG48 dah. Tapi dia cakap GAJI.

Kalo macam tu naik gred gaji je la. Contohnya sekarang dah DG41 untuk tahun ke5, tapi gajinya akan dapat macam DG44 untuk tahun kelima. Gitu ek? Macam kalo dulu P1T5 akan dapat gaji P2T5 la. Gaji je la yang berubah, gred tak berubah pon. Hamboi banyak duit kerajaan nak bagi gaji sebegitu. Berapa ramai kakitangan awam.

Tak cukup bincang masa annual dinner tu Ainn tanya pulak kat group whatsapp yang dok share ringkasan belanjawan tuh. Masing2 dok cakap kenaikan gaji tahunan je la. Senang cakap tunggu je pekeliling baru boleh nak confirmkan.

Tak puas ati Ainn search je kat Abam Google 'belanjawan negara 2016'. Siap download dia punya full text lagi. Dan inilah hasilnya.

Haa nampak tak dia cakap apa? Kenaikan gaji tahunan mengikut gred la. Bukannya naik gaji 1 gred seperti yang diringkaskan tu. Maksudnya nilai pergerakan gaji tahunan tu ikut gred masing2. Kalo gred DG41 tu naik la RM225. Kalo DG44 tu naik la RM250. Alahai pergerakan gaji tahunan 2gred ni je yang Ainn tau.

Tapi bila nak dapatnya? Takde cakap pulak yang tu. Januari ke? Ke pada bulan kenaikan gaji tahunan kita jugak? Aduh lama la nak nunggu Oktober tahun depan!

Apa2 pon tunggu orang PPD update la. Puan Akma jangan lupa update info kat group ya.

Glitz & Glam - Annual Dinner SMK Senai 2015

Glitz & Glam gitew!!
Tapi Ainn simple jek, pakai BAJU KURUNG je. Orang lain bukan main ngan lip lap lip lap, Ainn belasah je baju plain. Tak glemer langsung! Tapi ada glitter jugak apa sutera vietnam? Hahaha belasah je la, bukan kena halau pon kalo tak ikut tema! Jom layan pic yang tak seberapa.

Door gift. Puan oke! Aminkan aje, macam doakan je nak Ainn cepat naik pangkat jadik puan.

Sesi bergambar sebelum acara bermula. Walaupon acara tak start lagi tapi lampu dah off, hanya lampu kecik je yang on. Ala2 romantik gitew! Bila dah bergelap + silau ni kena la tukar mode kamera. Adehh photographer pulak jenis tak penyabar, pic tengah loading tu. Kan dah tak jadik apa pic kitorang ni!

Oke, cuba bersabar ye Incik Azri. Kasi dia habis loading dulu. Tapi ni macam tak berapa sabar je jugak, macam begoyang je jugak. Hurmm...

Bukan photographer je nak kena sabar, model pon sama ya. Kekalkan posisi anda.

Dah susah sangat main ngan mode HDR ni selfie je la. Alamak lupa pulak camera oppo ni kalo guna camera depan dia otomatik jadik beautify mode. Melepak gebu gebas gitew. Ainn tak suka la, sangat2 fake!

Haa, guna je normal mode baru la nampak the real face masing2. Tak real sangat la bila dah bermekap, dah kureng sket la natural beauty tu. Tapi oke what? Yang tak bestnya bila nampak bayang2 dok ulur tangan ke depan nak selpi tuh. Spoil betol!

Oke, sesi bergambar kat photo booth! Sepatutnya kena terus ke sini lepas dpt door gift tadi. Tapi disebabkan ramai sangat yang dok que malas la nak menunggu. Tunggu orang takde baru kitorang datang. Macam cantik je pic ni, walaupon tangan Kak Aidil bergerak. Tapi jauh sangat la pulak?! Takpe, boleh crop je nanti :-)

Oke, geng PK pulak. Wahh abam penyelaras dok tengah ye, diapit oleh cikgu2, dan diapit pulak oleh PPM. Kebetulan yang cantik susunannya. Cikgu Dila je takde, susah ngan anak kecik kot. Lagipon dia masih dalam cuti bersalin. Huwaa nampak tak I yang paling 'tinggi'?

Tak tau apa yang specialnya, maybe sebab kitorang geng special education YDP PIBG En Norizan pon nak bergambar bersama! Hiii nampak macam Ainn dok menongkat tangan Ainn kat bahu dia je kan? Serious weh Ainn tak pegang dia langsung! Ainn dok pegang tudung Ainn je tu, jangan pikir bukan2 oke. Mengamuk Oren kalo Ainn wat gitu.

Sesi bergambar di pelamin nan indah pulak. Dah abes dah majlis baru kitorang naik pelamin. Lewat sangat datang tadi tak sempat nak manjat pelamin ni. Dah lupa apa nama sponsornya, yang tau butiknya kat pekan Senai ni je. Bukan pelamin aje yang disponsor, dekorasi dalam dewan majlis ni dari diorang la. Lampu belakang tu silau sangat, tenggelam terus dalam cahaya yang terang itew.

Second take, tolong tutup lampu kat belakang tu ya. Tahan la sikit panas haba lampu tu. Keluar jugak cahaya kat celah2 antara Kak Suhaidah dan Kak Ain. Tapi oke la yang ni kan bebanding ngan yang tadi. Posisi kaki Ainn la pulak yang tak oke.

Ni pulak hadiah cabutan bertuah. Awal2 lagi dah dapat dah. Macam tau2 je Ainn nakkan pendrive, dapat pulak malam ni. Senang la pasni nak gi cuci gambar. Yang bestnya ahli2 meja kitorang sume dapat. Kiranya meja bertuah la tu ya. Ima la sayang, dia dapat grand prize tapi dah balik awal. Azri nak ambik wakilkan pon tak boleh.

Walaupon majlis malam ni hanya buat kat dewan sekolah je, tapi majlis tahun ni la yang paling meletop Ainn rasa sepanjang 5kali merai majlis tahunan macam ni. Macam2 makanan ada. Ada sate, tauhu bakar, kambing golek, nasi beriani, rojak buah, cendol, aiskrim, jelly kelapa, segala macam kuih muih, makanan untuk kanak2 pon ada! Makanannya sedap2. Paling sedap marshmallow salut coklat la. Macam budak2 kan? Hihi..

Apa yang Ainn dapat malam ni, tak kisah buat majlis tu kat mana yang penting majlis tu meriah. Memang happening!

Friday, October 23, 2015

Sesi Mengemas Versi Haruman Lavender Yang Menyegarkan

Cuti sehari hari ni dok umah je. Umah dah bersepah mengalahkan tongkang pecah, kena kemas la sikit2 mana yang patut. Kalo orang lain yang ngemas sari je pon boleh siap kot. Kalo Ainn yang kemas makan ari la baru nak siap. Selalunya kemas tak siap lagi tapi dah selerak yang baru. Hurm macam mana tuh?

Tapi hari ni Ainn nekad nak kemas. Taknak banyak2, ukur baju di badan sendiri. Ain punya misi ari ni nak cuci baju, kemas baju yang dah siap cuci, cuci pinggan+mangkuk+periuk+kuali+sudu+garfu+seangkatan dengannya. Ye, nak wat yang ni je ari ni. Ni pon belom tentu lagi boleh siap!

Nak dijadikan cite dah siap dah asingkan pakaian yang nak dicuci. Baju kurung + tudung, seluar + baju t + blaus, towel + telekung + baju tido, adik2. Sekali nak cuci sabun dah habis dah! Jangan ingat Ainn cancel tugasan yang ni. No no no! Bukak je la stok sabun baru. Haa pasal sabun ni la yang Ainn nak cite.

 Ni dia sabun terkini yang Ainn dok guna. *Picture credits to Abam Google*. Ainn memang suka haruman lavender. Biarlah kak ngah kata bau macam orang tua pon, Ainn tetap suka jugak. Ni produk terbaru dari daia la kiranya. Sebelom ni Ainn guna floral, yang warna pink tu. Abang Omar la cakap ada yang baru. Kebetulan pulak Econsave wat sale 2.5kg punya tak sampai pon RM10. Ainn rembat 4packs terus la. Kalo ikutkan nak beli banyak lagi, tapi masa tu duit ada cukup utk 4packs je. Saje wat stok, walaupon masa tu sabun kat rumah ada banyak lagi. Setelah sekian lama membeli akhirnya guna jugak benda ni.

Tambahkan lagi haruman lavender tu dengan fabric softner brand yang sama. Guna yang refill je, bekas kan dah ada! Pon sama, picture credits to Abam Google jugak. Yang ni dah lama Ainn guna, zaman dok uni lagi dah guna yang ni. Sebelom tu dok guna brand lain. Bila sekali tu hujan lebat roomate Ainn terpaksa sambung jemur pakaian dia yang belom kering sepenuhnya tu kat bilik. Wanginya! Walaupon jemur dalam bilik tetap wangi, tak bau hapak pon! Sejak tu la Ainn tukar kepada Daia.

Bila dah bergabung sabun + softener, semerbak la bau lavender. Suka je angkat kain yang dah kering tadi. Sebelom lipat tadi sempat lagi cium2 baju tu. Wangi sangat! Ainn suka :-)

Tak cukup dengan pakaian, pinggan pon guna haruman ni jugak. Sebabnya? Sebabnya dish wash dah abes! Huhuhu asyik lupa je nak beli. Padahal tiap2 hari dok lalu kat Econsave tu. Nak tak nak terpaksa la guna sabun cuci pakaian wat cuci pinggan?! Lantak la....