Nuffnang Ads

Tuesday, July 10, 2018

Check In Check Out Rompin Beach Resort

Cerita yang sangat2 dah lama. Alang2 dah upload gambarnya kat sini so Ainn cerita jugak la.

Masa plan nak makan2 udang galah kat Rompin terpikir jugak nak stay kat mana la nanti. 2, 3hari jugak duk survey hotel kat google. Kami dah biasa stay hotel je kalau berjalan ke mana2. Kali ni saja2 nak try chalet pulak. Last stay chalet masa lawatan ke Selangor tahun 2011. Dah lama sangat dah tu.

Rompin Beach Resort jadi pilihan. Selain daripada harganya, Ainn ada baca review pasal resort ni jugak. Kak Linda pon pernah stay kat resort ni. Tapi dia stay bilik hotel, yang dekat ngan swimming pool.

Dah lepas check in, kunci dah dapat. Sementara tunggu hubby ambik beg kat kereta kononnya nak la ambik gambar kat sini. Kan ada namanya tu ROMPIN BEACH RESORT. Pulak tu ada kolam ikan ni, lagi cantik berbanding depan kaunter tadi. Biasalah Aisy jadi model. Baru je nak snap dia dah terkam air dulu. Aduhai anak, cepat aje kalau air ya.

Inilah bilik kami. Agak ke belakang. Chalet ni semi D. Bukan rumah je tau ada semi D. Tak silap semi D kluster. Gambar ni ambik hari last, dah nak check out dah.

Ada jugak bangunan 2tingkat macam ni. Sebelah je. Rasanya bangunan ni paling belakang.

Bila masuk bilik katil la jadi tumpuan dulu. Nampak katil ni biasa2 je. Takde apa yang pelik, takde apa yang special. Bila dah landing kat katil ni baru rasa kelainannya. Apesal goyang2 ek? Macam tak sama tinggi pulak kakinya. Ainn turun katil, intai tang mana yang buat rasa kurang selesa katil ni.

Dah tahu dah. Inilah puncanya. Bila Ainn ambik gambar tunjuk kat hubby dia tak paham. Adoi la.

Bila dah letak thumb macam ni boleh nampak tak? Tak nampak jugak lagi apa masalahnya ngan katil ni?

Angle lain pulak, dari atas sikit. Dah nampak kan? Tak nampak jugak tak dapat nak tolong la. Sebenarnya kaki belah sini siap boleh masukkan thumb kat bawahnya. Memang kakinya tak sama. Itu yang buat katil tu goyang2.

Kat sisi katil ada meja kecik. Disediakan jugak telefon. Kat meja kecik ni la letaknya suis lampu. Biasanya suis2 ni melekap kat dinding. Agak2 berapa berat meja ni?

Masa kami ke sini Aisy baru 1tahun 4bulan dengan berat 10kg. Bayangkan budak usia Aisy ni boleh alihkan meja ni. Pulak tu dengan menarik meja tu, bukannya menolak. Dan disebabkan suisnya pada meja ni so banyak la wayar2 elektrik kat belakang meja ni. Agak bahaya bagi Ainn. Rasanya lebih baik kalau suis2 tu dilekapkan terus pada dinding tu. Dan meja ni boleh diletakkan di sisi katil yang sebelah lagi.

Masuk bilik air. Shower siap ngan heater. Tengok kepada heater tu macam dah lama. Brand apa entah dah lupa. Rasanya bagus brand ni, sebab tu tahan lama. Tak penting baru atau lama, yang penting dapat berfungsi dengan baik. Disediakan jugak tempat letak towel. Towelnya diletakkan dalam alamari.

Ini satu lagi pujian untuk resort ni. Mungkin button untuk flush tu dah rosak, mungkin jugak penutupnya tu dah pecah. Inisiatifnya tutup je ngan papan. Potongan ngam2 je ikut bentuk. Kreatif! Cuma air paip ni kecik sangat la. Xpuas.

Dalam bilik ni jugak disediakan alamari, siap ngan hanger. Dalam alamari tu ada towel dan sejadah. So tak payah risau la kalau tertinggal sejadah. Dan ada jugak meja kopi yang bulat tu, dengan 2kerusi. Dan yang bestnya sebelah tv ada cermin besar! Oke semua ni Ainn tak ambik gambar pon.

Oke sikit lagi complaint. Ni laluan nak ke chalet. Tak tahu kenapa diletakkan kerusi plastik tu kat situ. Dari kami check in, nak check out pon masih ada kat situ. Ikutkan boleh je lalu ikut bawah tu je, tapi disebabkan adanya kerusi plastik tu kami perlu lalu ikut 'jambatan' ni. Masa turun hubby tergelincir sebab licin. Nasib baik tak jatuh.

Oke dah selamat 1malam bermalam kat Rompin Beach Resort ni. Nak kata recommended bagi Ainn so2 je. Kalau berjodoh lagi dengan resort ni nak try bilik hotelnya pulak.

No comments:

Post a Comment