Nuffnang Ads

Tuesday, December 12, 2017

Kenangan Di Big Red Strawberry Farm

Masuk hari ke2 kami di Cameron Highland. Pagi2 lagi memang bersemangat. Destinasi pertama kita untuk hari ni ialah Big Red Strawberry Farm. Tempat ni kat atas bukit. Bas tak boleh naik, terpaksa la kami menapak ke atas ni. Kereta agaknya boleh kot. Masa kitorang sedang mendaki tu nampak ada kereta meluncur je ke atas bukit ni.

Penat mendaki akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. Ni baru entrance je, belom masuk ke dalamnya lagi.

Ni pon kat tepi belakang sikit tu je. Kat gambar atas tu pon boleh nampak background ni.

Penat mendaki kan, kita buat pit stop banyak2. Ala pakcik tak sporting la, langsung taknak tengok kamera. Ada pulak cakap pakcik macam tu. Memang style ambik gambar macam tu la.

Oke kat strawberi gergasi pulak. Besar kan strawberi tu. Tengok strawberi tu tau, jangan duk tengok kaki Ainn yang tak cecah lantai pulak.

Punyalah nak jalan2 je, asyik bergambar je. Ngan bunga ni pon nak bergambar.

Horayy kita dah sampai atas. Ada 3kedai rasanya. Ke 2 je? Entahlah. Cafe ni jugak yang menarik perhatian. Asyik makan je kan.

Pilihan Ainn. Sedap! Yang dalam cawan tu siap share ngan anak2 lagi. Sejuk nak gigit strawberi tu.

Masing2 duk berkumpul dah macam apa. Macam dah tak cukup kerusi meja je. Banyak je la kerusi meja lain boleh duduk.

Dah siap makan kita sambung bergambar lagi. Berat betol strawberi2 ni. 2orang angkat pon still tak terangkat. Ooh patutla ada si daebap duk dalam tu sama. Menambah beban la cem.

Takde pon yang nak sua muka kat dalam lubang yang disediakan tu.

Dah turun ambik gambar ramai2 pulak. Sweater masing2 kena bukak ye nak tunjuk baju 'mahal' tu. Cuba cari mana Cikgu Amer?

Alahai budak kecik ni. Nak jugak buat pit stop lagi sekali kat sini. Tak puas hati la tu nak main ngan air + ikan.

Cactus Valley ni letaknya kat bawah Big Red Strawberry Farm. Nak masuk sini kena bayar. Alang2 lalu kita ambik gambar kat depan je la. Jom lompat sama2, sape paling tinggi.

Dah tak payah nak lama2 kat sini. Moh kite ke ladang teh pulak.

Sedikit Perkongsian Di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Nak sambung sikit pengalaman ke MARDI Agrotechnology Park. Memandangkan kami stay kat Apartment MARDI so kami ke sini jalan kaki je la. Kasi abang bas tu rehat cukup2. Anak2 pon tak semua yang ikut.

MARDI ni tutup setiap hari Selasa tau. Kena plan betol2 kalau nak ke sini. Dibuatnya hari yang nak ke sini hari Selasa tak dapat nak masuk. During school holidays tak sure la pulak kot2 bukak setiap hari ke. Sebelom2 ni tutup hari Isnin, nasib baik kitorang buat2 tanya sebelom pergi tu.

Tiket masuk ke sini RM5 untuk dewasa. Kalau pergi rombongan kira 1bas harga lain, jimat sikit. Kalau dah stay kat Apartment MARDI masuk free ye. Kitorang hari tu bukan main pergi ke depan nak bayar fee entrance. Nasib baik kakak kaunter tu tanya, sebab nampak kitorang jalan kaki je dari belakang. Jimat dah kat situ. Boleh cover fee kat Lavender Garden tadi.

Sejujurnya kunjungan Ainn kali ni ke sini macam kurang sikit bestnya tu. Sebabnya Ainn pernah datang sini tumbuhan2 kat sini tengah membesar dengan galaknya. Memang jakun jugak la tengok daun kucai gergasi. Kali ni macam hidup segan mati tak mahu pon ada. Bukan keadaan tumbuhan tu, tapi persekitaran kat situ. Tumbuhan2 tu nampak macam baru ditanam je, so takde la saiz gergasi macam Ainn pergi dulu. Rasa excited nak bergambar tu takde. Biasa2 je.

Mood nak bergambar dah hilang. Layan aje lah beberapa keping gambar yang Ainn share ni.

Masing2 duk tertanya2 ni buah apa. Labu air kan ni? Ke Ainn silap? Hihi. Yang tak sukanya mesti ada je yang nak tunjuk tangan ktetif tu. Aduh kat buah ni pon nak abadikan nama korang ke?

Ini pokok apa? Selalu tengok yang dah kering je kan. Ni yang fresh punya. Ainn pernah tengok pokok rosemary sebelom ni, cuma tak pernah tengok pokok sebesar ni je. Agak jakun jugak.

Masing2 duk pelik pokok apa ni. Itu kan daun salad. Tapi kat tag tu kubis ungu? Kubis ungu kat belakang tu hah.

Ini pon pokok herba jugak. Plan memang nak beli pokok2 herba ni, tapi hubby macam tak support je. Kan sedap kalau masak guna fresh hebs, berbanding ngan duk guna yang dah kering tu. Alahai teringat pulak thyme ummi yang Aisy sepahkan.

Herba lagi? Inilah daun pudina. Buat air detox sedap ni.

Agak2 boleh lawan kubis Cikgu Amer tak?

Rasa menariknya nak bergambar kat sini sebab ada tomato ceri merah dan hijau. Kalau semuanya merah or semuanya hijau takde rasa kot nak bergambar kat sini.

On the way nak balik ke apartment sempat lagi bergambar ngan kincir air ni.

Sebelom masuk bilik bergambar jap ngan pokok teh depan apartment. Nak pergi ladang teh esoknya, kita bergambar dengan pokok teh sini dulu.

Ni esoknya singgah kejap semata2 nak bergambar kat sini. Abadikan namanya.

Nampak gayanya nak kena bukak album lama la nak tengok gambar kat sini yang cantik2.

Bergambar Sepuasnya Di Cameron Lavender Garden

Dah kenyang pekena nasi berlauk pagi ni ambik mood sikit nak share gambar2 kat Lavender Garden. Kat sini boleh dikatakan setiap sudut, setiap inci memang cantik untuk bergambar.

Ni mula2 turun bas. Kat tepi jalan je. Cantik kan pemandangan kat sini. Kita duk tempat tinggi nampak kat bawah tu. Ni masih kat luar, belom masuk Lavender Garden lagi.

Oke, sebelom masuk kita ambik gambar kat sini dulu.

Beratur nak masuk. Ada sedikit salah faham kat sini. Lari budget sikit la, tapi tak melibatkan anak2. Ikutkan nak masuk sini bayarannya RM10 untuk dewasa, kanak2 dah lupa, OKU free je. Bukan main Ainn search contact number nak mintak free entrance. Tapi tak dapat pon. Cuma untuk cikgu2 dia bagi harga tiket kanak2. Dengan syarat kena bawak surat sekolah. Bila dah sampai sini takde pon semua tu?! Silap Ainn jugak lupa nak tanya dengan siapa yang Ainn bercakap tu, dan save phone numbernya jugak. Diorang yang jaga kaunter tu bukannya tahu kalau orang atasannya tak bagitau. At least bila dah ada semua tu boleh jadi bahan bukti. Jadi terpaksa la bayar dengan harga biasa jugak. Takpe kita belajar dari kesilapan.

Ni pon belom masuk lagi ye. Cuma angle dari dalam. Nampak tak pintu masuk dan pintu keluar yang sama aje. Haisy Cikgu Dila dan Kak Mira ni pon, Cikgu Nurul nak ambil gambar anak2 kat belakang tu diorang bukan main posing siap buat ✌️ lagi.

Tarikan pertama anak2. Ni kat pintu masuk je.

Kat dinding rumah lavender atas tadi tu boleh gantung love lock ni. Sape yang pergi dengan pasangan boleh la main gantung2 ni. Tapi kena bayar tau. Berapa entah harganya, Ainn tak gantung pon. Macam budak2 je rasanya. Ops!

Cikgu Amer cakap 'sorang ambik 1 rumah!' Wah berebut diorang ye. Mana yang tak sempat tu memang tak dapat. Tak dapat masuk gambar jugak. Yang belakang2 tu dapat rumah ke?

Boleh nampak kan, bukan lavender je yang ada kat sini. Macam2 jenis bunga ada.

Bila Aisy ada orang yang pegang, masa ni la nak sweet2 ngan hubby. Sweet la sangat!! Sebenarnya nak ambik gambar kat panda tu tapi malas nak menunggu ada 1group tu bukan main gilir2 diorang bergambar kat situ.

Ni dah kat atas. Bukan lavender aje, asal namanya warna ungu Ainn suka je.

Bagi kat model cilik kita posing sorang2 pulak.

Ni kat tengah2 pulak. Nampak tak kiri kanan tu tempat yang sama je ngan 2gambar atas tadi.

Naik atas lagi. Singgah sat ambik gambar kat sini.

Dah sampai atas kita beli desserts dulu ye. Kat sini ada flavour strawberi je.

Mushroom pon ungu oke. Bila hubby selfie bukannya nak tukar mode camera tu. Tak suka la guna beautify mode ni. Memang la muka nampal glowing je, nampak tak betapa fakenya kat situ.

Moh le kita makan2 dulu. Suka Aisy dapat makan strawberi.

Dah siap makan kita sambung bergambar lagi ye. Hati2 prince keluar dari istana tu, ada orang dah ready nak kidnap tu.

Agak2 jam tu hidup ke tak?

Bidadari comel yang dijaga oleh seorang jejaka kacak. Kacak? 🤔🤔🤔

L❤️VE

Kali ni kita duduk dalam ❤️ pulak.

Tolong! Tolong! Saya nak kena makan ngan bunga ni!! Takut ke suka bang? Tengok muka macam suka je.

Kumbang ke rama2 ni? Tak kisah la apa2 pon, jangan jadi S*j*t dah la ye nak.

Oke sambung dengan bunga lagi.

Wah bukan main ye semua duk menikmati keharuman bunga2 tu. Ai Sri, tengok aje ke?

Kolam pon ada jugak. Mesti la ada bunga jugak dalam tu. Bunga apa hidup dalam kolam? Jawab la sendiri.

Dah nak turun sempat lagi ye korang posing kat sini.

Aisy Mikaeil dan 7 Awang Kenit. Aisy pon kenit jugak. 😂😂😂

2anak ini macam tak berminat aje. Duduk aje la kat bench tu.

Ni dah nak keluar. Laluan peniaga yang jual macam2 barangan cenderamata. Strawberi yang dah siap packing pon ada dijual kat sini.

Ummi pon nak jugak ambik gambar dengan view kereta2 kat tempat parking tu. Hihihi. Oh ye jangan lupa ye try aiskrim lavender kat sini. Walaupon rasanya macam tak boleh nak lalu je kat anak tekak ni. Tapi Aisy suka je.

Kalau nak jadi jagungman pon boleh kat sini. Jagungman? Macam tak sedap je. Rosak bahasa duk gabung 2bahasa macam tu. Cornman la. Boleh?

Ni saje nak bagitau, sape ye yang duk kata jam tadi tak hidup? Pandai2 je ek. Cuba tengok jarum jam tu kat gambar ni ngan gambar atas tadi.

Last ye, view dari bawah. Cantik sangat.

Kalau ikutkan tak puas lagi duk pusing2 dalam tu. Dah ikut orang ni je la masalahnya, nak kena ikut masa yang ditetapkan. Kalau pergi sendiri boleh duk sekejap2 je tempat kita tak suka, usha kejap2 je. Kalau tempat kita suka boleh nak berlama2 lagi, explore lagi. Biar berbaloi ngan bayaran nak masuk tu.