Nuffnang Ads

Wednesday, December 27, 2017

Mengenali Rama-Rama Dan Reptilia Lain di Butterfly Farm

Nak sambung cerita lawatan ke Cameron Highland. Hari tu tertangguh sekejap kat Bee Farm. Tak habis lagi ye. Lepas ke makan tengahari kat Bee Farm kami teruskan perjalanan ke Butterfly Farm. Dekat sangat2 je. Naik bas tak rasa pon. Eh2 dah sampai dah. Punyalah dekat, dah sampai Butterfly Farm baru perasan Asyraf Muslem tertinggal. Cikgu Amer jalan kaki je patah balik ke Bee Farm.

Nak masuk Butterfly Farm ni takde masalah macam kat Lavender Garden. Masa nak bayar tu just bagitau je akak yang jaga kaunter tu dah deal by phone, dia pon on aje. Dapat masuk dengan harga murah sikit. Kalau nak pergi Big Red Strawberry Farm kena naik tangga, nak ke Butterfly Farm pulak kena turun tangga. Cuma tangganya tak setinggi tangga nak ke Bee Farm.

Kalau nak tahu kat sini bukan aje ada rama2, banyak lagi reptilia dan haiwan lain. Tak percaya? Tengok la gambar2 ni.

Nampak tak belakang tu banyak rama2. Hihihi rama2 kena kurung nanti terbang entah ke mana. Sape ye yang ambik gambar ni? Tak ready lagi, tak sempat nak pose.

Aisy dengan rama2. Tengok gitu je. Oke, Aisy tak berminat dengan rama2. So tak payah lama2 kat dalam 'sangkar' ni.

Kenal tak ni ular apa? Selalunya warna hijau dikaitkan dengan 'daun'. So ular daun ke ni? Ada ke ular daun?


Bunga pon ada jugak.

Besar weh katak ni. Tengok katak biasa macam geli je. Tengok katak besar ni menakutkan la pulak.

'Ketepilla! Ketepilla!' Teringat lawak Nabil dalam MLM. Boleh pulak dia samakan ' ke tepi lah' dengan 'caterpillar'.

Pipi pau ni pon nak masuk jugak?

Diorang duk tengok apa ramai2 tu? Jom kita ke sana.

Oh.. Tengok itik rupanya.

Eh2 itik kat belakang ada bunyi la.

Tolong! Tolong! Saya pon nak tengok jugak.

Ingatkan nak ambik gambar ngan itik tu tengah berenang. Oke la dapat jugak bergambar ngan itik yang basah kuyup.

Kenal tak ni haiwan apa? Ini la rakun. Dulu2 duk main Farm Ville kat Facebook ada rakun ni kan. Inilah rupannya Encik Rakun tu.

Haa ingat Aisy takut ke? Setakat rakun je kot.

Gambar ni wajib kena masukkan. Hubby kata gambar ni dia nampak sado. Tinggi betol! Alah sebab Ainn dan Aisy duduk. Cuba kitorang semua berdiri takde la nampak sangat hubby tu tinggi.

Ngan kaktus tinggi dah, ngan kaktus bulat pulak. Kena la dengan Aisy. Gelap la pulak gambar ni. Nampak je kan kebulatan Aisy tu.

Yew gambar minah saleh ni pon wajib jugak masukkan. Anak dara ni dah pindah sekolah lepas balik dari Cameron Highland tu.

Tu je la yang Ainn nak share. Kalau ikutkan banyak lagi, macam2 ada kat sini. Nak tahu lebih lanjut kena la datang.

Let Start, Archive Your Goal

Dah 2minggu tertunggak cerita2 Ainn ke Cameron Highland. Semuanya gara2 line internet yang sangat2 teruk. Mood nak update blog pon hilang entah ke mana. Sejak banjir besar 2014 line Celcom kat kampong memang teruk. Tapi kali ni terlebih2 pulak teruknya. Bukan aje line internet, line telefon langsung takde. Siap ada ❌ lg. Nasib baik line Maxis masih oke. Oke la berbanding line Celcom, boleh la Ainn guna line hubby.

Bak kata hubby, sebelom pergi *melancong* bukan main duk update blog. Dah kat sana pon update blog lagi. Dah balik rumah, senyap je. Tapi masa kat Cameron hari tu Ainn takde update apa2 kan. Betol2 menikmati detik2 indah di Cameron Highland. Indah ke? Nanti la Ainn cerita.

Kali ni taknak cerita pasal Cameron Highland dulu. Kejap lagi la Ainn sambung cerita tu. Cuma nak bagitau Ainn dah start misi nak kuruskan badan. Hihihi. Tapi kali ni tak nak struggle dah, nak pelan2 je. Taknak diet mengejut. Berubah pon pelan2 je.

Untuk 1st step Ainn nak tinggalkan air manis dulu. Lepas ni no more air manis ye. Kat kampong hari tu 2minggu duk hadap air manis. Sedap weh teh yang ada flavour macam2 tu. Ainn yang tak suka teh pon minum tiap2 hari. Dah start sekolah mesti mintak nescafe tarik ngan Kak Mimi. Nescafe tarik Kak Mimi memang takde sape boleh lawan. Kalau makan kat luar pon mesti minum air manis jugak. Paling sihat pon limau suam. Still taruk gula jugak.

Hari ni kiranya hari ke2 Ainn tak minum air manis. Minuman bergula la. Duk minum air kosong aje. Dengan cara ni je dulu untuk permulaan. Drastik sangat takot badan terkejut. So pelan2 la.

Oh ye, timbangan Ainn malam semalam 76.7kg. BMI Ainn 34, masih lagi obes. Dalam sejarah Ainn pernah capai obes tahap 2! So sekarang target Ainn nak turun ke overweight je dulu. Dengan ketinggian Ainn yang tak berapa nak tinggi ni, nak capai overweight tu Ainn kena kurangkna at least 9.4kg. Wuu banyak tu!! Agaknya berapa lama nak capai target ni?

Sebelom Chinese New Year boleh tak? Kalau archive the goal kita jalan2 ye cuti tu. Kalau tak archive lagi kita mereput je la kat rumah.

Tuesday, December 12, 2017

Apa Ada Di Bee Farm Cameron Highland

'Apa je yang ada kat sini?'

Boleh dikatakan rata2 mempersoalkan apa yang ada kat ladang lebah ni. Bukannya nothing kat sana, cuma tak banyak je. Mungkin faktor 'usia' jugak kot. Tengok je la gambar2 yang tak seberapa ni.

Antara replika lebah yang ada. Banyak warnanya yang dah kopak. Yang dah 'cacat' pon banyak je.

Banyak tangga ye kat sini.

Dari pandangan atas.

Shi Young sibuk nak suruh ambik gambar dia dan Aisy dengan raja lebah ni.

Orang Kelatan cakap 'takdop aroh'... Sini pon nak ambik gambar.

Berehat la kejap kat pondok yang disediakan.



Kat sini ada jugak mini muzium.

Kaki2 yang kepenatan turun then panjat tangga. Turun oke je, nak naik tu susah sikit la bagi yang bersaiz XXL macam Ainn ni.

Sementara menunggu yang lain. Bukan main posing, gelap rupanya. Takpe view belakang tu boleh nampak kan.

Sementara menunggu makanan tengahari. Dapat jugak bergambar ngan landmark.

Yang kaki shopping boleh je datang sini. Banyak sangat kedai2 cenderahati kat sini. Barangan madu pon semestinya banyak jugak. Rasanya baju2 kat sini lagi berkualiti berbanding baju kat Kea Farm, mengikut harganya.

Cepat makan ya. Sape lambat kena tinggal!

Ke Ladang BOH Pulak


'Tak lengkap trip ke Cameron Highland kalau tak ke Ladang Teh BOH!'

Ingat lagi kata2 Cik Li masa kitorang cakap tak nak pergi Ladang Teh BOH. Bukan apa kita pergi ni bawak anak2 syurga. Dengan jalan ke sana paham2 la macam mana takut jugak kot2 jadi apa2 ke. Tapi nak ke sana bas besar kita tak boleh masuk. Kena sewa bas lain kat sana. Berkira2 jugak. Kerani pon ada jugak cakap2 pasal tu.

Bila ditimbal balik, pikir2 kitorang setuju je nak ke Ladang Teh BOH ni. Dengan syarat abang bas kena join sekali la. 'Mesti la saya kena ikut.' Hahaha bagus abang bas ni.

Kalau bas kita tu tak boleh masuk maksudnya bas kecik je la ye yang boleh ke sana. Makanya abang2 sado sila berdiri ye. Bagi kat adik2 manis ni duduk.

Nak hala ke ladang teh BOH Aisy sedap tidur. Bagi dia tidur dulu la, dah penat tadi bergambar kat Big Red Strawberry Farm. Bas ni ala2 bas lama2 tu. Tengok la seatnya tu. Dah la licin, jalan pulak pusing2. Nasib baik hubby tolong pegang. Kalau tak memang dah tergolek Ainn kat situ.

Yang specialnya pergi dengan bas ni tak payah menapak ke atas, sebab hantar terus ke atas. Kalau pergi ngan kereta kena park kat bawah tu then kena jalan la sikit. Alah tak jauh pon.

Kalau pergi pagi boleh tengok diorang proses teh. Masa kitorang pergi dah siap dah semua tu. Teh yang ada pon baru je lagi tak sesuai lagi nak proses buat teh. Ikut orang tu cakap kalau rombongan macam ni boleh je diorang tunjukkan demo tu, tapi bukan rezeki kami.

Terus je ke deck nak ke ladang teh. Kalau nak tengok tayangan video pon boleh. Ainn macam tak berminat je. Hahaha. Sebabnya dah tahu dah nanti rushing nak kejar masa. Kalau pergi sendiri boleh la nak stay lama2.

Untuk ke ladang teh tu ada info banyak pasal BOH. Hahaha boleh pulak Asyraf Muslem cakap gajah ni namanya BOH. Baca betol2 Cap.

Ada jugak dijual teh macam2 perisa. Ainn bukan penggemar teh so lalu aje la. Lagipon bukan niat Ainn nak shopping pon.

Belom sampai lagi. Cantik kan buat hiasan macam ni.

Bergambar dulu dengan anak2. Diorang yang belom sampai sini lagi mesti singgah beli teh dulu.

One more, view tu cantik sebenarnya. Tapi dalam ni macam tak berapa nak cantiknya.

Jom makan. Hubby pilih strawberry cheese cake, Ainn pulak gatal nak green tea cheese cake. Kek tu oke je, cuma green tea yang ditabur atas tu tak boleh telan la. Bukan penggemar green tea kan. Airnya mana? Takde pulak dalam gambar ni.

Dah siap makan baru berkesempatan nak bergambar kat sini. Tadi penuh orang, sebab tu kitorang pilih untuk makan dulu. Baru snap sekeping abang bas cakap masa dah cukup. Alaa tak sempat nak turun bawah, nak masuk lorong2 dalam kebun teh tu.

Diorang semua dah kalut2 ke bas sempat kitorang posing kat sini. Sebab kitorang buat pit stop kat sini ramai pulak yang sibuk nak ambik gambar kat sini jugak. Nasib baik abang bas tu oke je. Oke je la bukannya lama sangat pon, dan bukannya selalu kitorang buat macam ni.

Yayy Aisy dah bangun boleh bergambar dengan Aisy dalam bas ni. Tu pon kena paksa. Dia nak tengok pemandangan kat luar ummi abi pulak sibuk nak ambik gambar aje.

Inilah bas yang kitorang naik tadi. Tak nampak penuh pon basnya. Tapi boleh nampak kan bas ni kecik je. Kitorang panggil bas biskut. Ada jugak  yang panggil bas kotak.

Bila agaknya ye nak ke sini lagi. Hubby memang surrender nak drive ke sini. Datang dan balik tu macam2 jadi. Ada kereta yang kena reverse sebab nak bagi laluan nak berselisih. Ada jugak bas dah bagi hon masa kat selekoh tapi ada jugak kereta datang laju. Nasib baik dua2 sempat brek. Dan tempat selekoh tu la dia kena reverse. Dengan jalannya macam ular kena palu, gaung pulak bukan main curam. Takot oii. Takde ke service sewa motor je? Kalau dengan motor oke sikit kot.

Kenangan Di Big Red Strawberry Farm

Masuk hari ke2 kami di Cameron Highland. Pagi2 lagi memang bersemangat. Destinasi pertama kita untuk hari ni ialah Big Red Strawberry Farm. Tempat ni kat atas bukit. Bas tak boleh naik, terpaksa la kami menapak ke atas ni. Kereta agaknya boleh kot. Masa kitorang sedang mendaki tu nampak ada kereta meluncur je ke atas bukit ni.

Penat mendaki akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. Ni baru entrance je, belom masuk ke dalamnya lagi.

Ni pon kat tepi belakang sikit tu je. Kat gambar atas tu pon boleh nampak background ni.

Penat mendaki kan, kita buat pit stop banyak2. Ala pakcik tak sporting la, langsung taknak tengok kamera. Ada pulak cakap pakcik macam tu. Memang style ambik gambar macam tu la.

Oke kat strawberi gergasi pulak. Besar kan strawberi tu. Tengok strawberi tu tau, jangan duk tengok kaki Ainn yang tak cecah lantai pulak.

Punyalah nak jalan2 je, asyik bergambar je. Ngan bunga ni pon nak bergambar.

Horayy kita dah sampai atas. Ada 3kedai rasanya. Ke 2 je? Entahlah. Cafe ni jugak yang menarik perhatian. Asyik makan je kan.

Pilihan Ainn. Sedap! Yang dalam cawan tu siap share ngan anak2 lagi. Sejuk nak gigit strawberi tu.

Masing2 duk berkumpul dah macam apa. Macam dah tak cukup kerusi meja je. Banyak je la kerusi meja lain boleh duduk.

Dah siap makan kita sambung bergambar lagi. Berat betol strawberi2 ni. 2orang angkat pon still tak terangkat. Ooh patutla ada si daebap duk dalam tu sama. Menambah beban la cem.

Takde pon yang nak sua muka kat dalam lubang yang disediakan tu.

Dah turun ambik gambar ramai2 pulak. Sweater masing2 kena bukak ye nak tunjuk baju 'mahal' tu. Cuba cari mana Cikgu Amer?

Alahai budak kecik ni. Nak jugak buat pit stop lagi sekali kat sini. Tak puas hati la tu nak main ngan air + ikan.

Cactus Valley ni letaknya kat bawah Big Red Strawberry Farm. Nak masuk sini kena bayar. Alang2 lalu kita ambik gambar kat depan je la. Jom lompat sama2, sape paling tinggi.

Dah tak payah nak lama2 kat sini. Moh kite ke ladang teh pulak.