Nuffnang Ads

Friday, July 29, 2016

Pengalaman Sakit Perut Ketika Hamil 31minggu

Dari lepas Asar rasa sakit kat dalam perut. Tak boleh nak describe sakit tu macam mana. Rasa sakit cirit-birit pon ada, rasa sakit memulas macam nak buang air besar yang bila dah keluar sebesar penumbuk anda akan rasa arghh lega rasanya pon ada, rasa sakit menyucuk2 macam berangin pon ada, rasa sakit macam ada beban menekan kat situ pon ada. Bayangkan rasa sakit tu bersatu.

Tak boleh nak dibayangkan macam mana sakitnya. Kadang2 rasa perut mengeras. Biasanya kalau mengeras setakat mengeras je takde rasa sakit pon. Kali ni mengeras pon rasa sakit yang amat. Yang pasti rasa sakit, dan tempat rasa sakit tu berubah2. Kadang2 sakitnya kat bahagian bawah. Kadang2 sakitnya kat bahagian atas. Kadang2 sakitnya kat seluruh dalam perut. Cuma sakit kat belah kiri je berterusan nonstop.

Petang tu tahan je. Oren ajak pergi klinik pon tak nak pergi. Bila dah malam nak tidur tu memang tak boleh tidur. Sakitnya makin tak tertahan. Dah lewat malam baru pergi klinik.

Masa nak register kat bahagian kecemasan nurse suruh pergi ke wad bersalin terus. Cuak jugak masa tu. Takkan dah nak bersalin kot, baru 31minggu. Due date 24September kot. Bila nurse cakap tak semestinya kena terus bersalin lega sikit rasanya. Tapi tengok Oren macam menggeletar je. Hihihi.

Pergi ke wad bersalin tu nurse terus cakap kena admid ward. Aik belom pape dah kena admid ward ke? At least check la dulu. Sebab anak sulong katanya. Hurmm terima je la.

Dah siap tukar pakaian *nurse bagi sepersalinan pink colour!* nurse suruh baring kat katil yang disediakan. Spender jangan lupa bukak ye, nak check macam mana kalau tak bukak. Hihihi.

Mula2 nurse check blood pressure. As usual its ok. Pastu nurse kata nak check jalan. Nak check jalan buat apa? Bukannya dah nak bersalin pon. Tapi masa tu diamkan aje. Dah sakit kan.

Nak tau macam mana check jalan? Selalu dengar kawan2 duk bercerita sakitnya kena jolok masa nak check jalan, kali ni sendiri dah boleh rasa macam mana sakitnya tu.

Mula2 nurse sapu air kat bahagian tutt tu. Lepas tu dia ambik benda apa entah, bercabang macam bentuk y. Dia masukkan ke dalam. Sakit la jugak masa nak masukkan tu. Tindakan luar kawalan kan, sampai terkepit2 la tahan sakit. Tapi nurse tu tenangkan, sakit sikit je. Rasanya lagi sakit masa mula2 'bersama' dulu.

Lepas tu dia masukkan apa tak tahulah nak check jalan tu. Ainn dah pejam mata awal2 lagi tak sanggup nak tengok. Sebelom dia masukkan dia mintak Ainn bertenang, tahan sikit sebab sakit. Oke redha je la. Pastu dia masukkan ke dalam. Rasanya takde la sakit sangat pon. Lagi sakit masa dia masukkan benda bentuk y tadi.

Hasil 'jolokan' tu nurse cakap jalan tak terbukak lagi. Lega rasanya, belom masa nak bersalin lagi. Tapi ada cairan putih sikit. Mungkin keputihan kot nurse cakap. Rasanya Ainn takde keputihan. Ada jugak la sikit2, tapi bukan tiap2 hari yang keluar. Time penat je, keluar pon sikit je.

Lepas tu nurse check jantung baby pulak. Dia sambungkan mesin ngan wayar, letak kat perut. Bunyi agak bising jugak la. Dan ikatan tu buat perut bertambah sakit. Dah la lama. Sabar je la, nak buat macam mana.

Bila check takde masalah pape ingatkan dah boleh balik, rupanya memang nak kena tahan kat wad jugak. Alahai sedihnya nak kena berjauhan dengan suami. Kalau suami boleh temankan takpe la jugak. Sedih je nak berpisah ngan Oren malam tu. Huhuhu.

Hampir jam 1pagi Ainn melangkah masuk ke wad yang disediakan. Wad tu sepatutnya khas untuk 6katil tapi diletakkan 8katil. So tak payah nak berangan la nak tutup langsir tu. Tak sampai 15minit ada 2orang lagi masuk memenuhi wad tu.

Lebih kurang 3.30am nurse kejutkan nak check jantung baby. Ngantuk2 pon tahan je la.

Baru je nak lena balik nurse kejutkan lagi, nak check jantung baby lagi. Kadang2 terlelap jugak masa dok check jantung baby tu. Tengah2 duk check tu dengar bunyi azan. Hihihi dah dekat 5.30 rupanya nurse kejutkan tadi ya.

Pagi2 lagi diorang yang lain semua dah mandi. Ainn je takde bawak pape tak boleh mandi lagi. Bagitau Oren suruh antar barang2 mandi senang je dia cakap mandi je tengahari nanti. Huhuhu dah la duk dalam econ, tak selesa kalau tak mandi. Sabar je la.

Sebelom breakfast nurse bagi ubat dan vitamin. Ubat apa, vitamin apa Ainn tak tahu. Yang pasti dalam 4bijik tu ada 1 acid folic. Huh nak telan macam mana air takde ni! Macam2 tahu2 je nurse cakap sape2 yang takde air boleh ambik kat water dispenser kat depan kaunter. Ingatkan Ainn sorang je yang takde, ye la masing2 tak tau nak kena admid ward kan. Datang pon melenggang je la.

Breakfast tu Ainn dapat nasi goreng dengan teh. Teh? Ya, teh! Bukan ke teh tak bagus untuk ibu2 mengandung? Boleh kot, setakat secawan sehari. Lagi pon bukannya tiap2 hari minum teh ni.

Oke, tak nak cerita pasal teh tu. Mula2 Ainn rasa nasi goreng tu, suapan pertama dah dapat detect tekak Ainn tak boleh terima. Kalau makan jugak nasi tu confirm Ainn akan muntah kejap lagi. Kalau tak makan takot lapar pulak. Ambik jalan tengah Ainn makan jugak separuh. Dan seperti yang dijangka tak sampai setengah jam lepas tu terus muntah. Dengan ubat2 yang makan tadi pon keluar jugak. Busuk sangat bau ubat tu!

Lepas makan doktor datang. Just tanya ada sakit2 lagi ke tak. Apa lagi Ainn ambik peluang ni la mintak balik. Hihihi tengahari tu boleh terus balik, sebab dah tak sakit lagi. Yang bestnya doktor cakap pasni dah tak payah makan ubat apa2 lagi, tak guna makan ubat kalau muntah. Lagi menyeksa diri je.

Sabar je tunggu 12.30. Oren datang awal, ingatkan waktu melawat pukul 12. Hihihi. Masa tu nurse baru bagi2 makan untuk lunch. Wahh lunch? Tak sabar ni nak makan, perut dah bekeroncong sejak tadi lagi. Tengok lauk macam tak menyelerakan. Sekali try makan ermm sedap! Licin makan. Hihihi.

Oren datang bawak barang2 mandi, dan jugak jajan. Huh orang dah kenyang dah pon. Orang suruh antar pagi2 tadi taknak. Tak kisahlah, mandi, tukar baju, dah boleh balik. Yeayyy!!

Oke, Oren dah siap goreng keropok. Have a breakfast. Sambung nanti ye.

Saturday, July 23, 2016

Masakan Pertama di Bulan Syawal

Masa bulan puasa lepas bukan main lagi Oren 'dera' Ainn masak sorang2. Menu untuk berbuka Ainn yang masak, menu untuk sahur pon Ainn jugak yang masak. Hihihi sebenarnya Ainn pernah suarakan niat Ainn nak belajar masak masa tu. Itu yang Oren langsung tak masuk dapur. Takde la langsung tak masuk dapur, kerja menumbuk tu Oren la yang buat. Kalau Ainn mintak tolong dia buat tak layan je barulah Ainn tumbuk sendiri.

Balik kampung tu lagi la Ainn tak masak. Duk rumah mak mertua pon just tolong sikit2 je. Lagi pon 2hari je kot duk rumah dia. Lepas raya pon sama, tolong mana patut je.

Balik Senai mak mertua Ainn ikut sekali dengan 2orang adik ipar dan sorang anak saudara. Mak mertua ada sini senang la tak payah masak, tiap2 hari ma yang masak. Sabtu lepas baru diorang balik. Dan tugas memasak tu Oren la yang ambik alih. Hihihi.

Pagi ni mood rajin sikit. Bangun pagi Oren sedap berbungkus dalam selimut lagi Ainn dah ktung ktang ktung ktang kat dapor. Dah 3minggu tak masak, rasa rindu pulak nak masak.

Taraa!! Inilah hasil masakan Ainn pagi ni. Hahahah nasi goreng kampong je pon. Hihihi nasi goreng kampong je pon tetap kena masak jugak kan? Kalau tak masak tak jadi makanan ni. Beli kat kedai pon diorang kena masak jugak.

Walaupon menu tak seberapa Ainn nak share jugak resipi nasi goreng kampong Ainn ni. So check it out baby!

Resipi Nasi Goreng Kampong

Bahan2:
2pinggan nasi putih
*2ulas bawang putih
*3ulas bawang merah
*2biji cili padi
Seketul ayam dipotong dadu
Seekor sotong dipotong bulat
Segenggam ikan bilis digoreng garing
Sebiji telur
3tangkai kangkung
Sedikit carrot
Sos ikan
Serbuk Knorr
Sedikit minyak

Cara memasak:
1. Bahan bertanda * ditumbuk, kemudian ditumis sehingga naik bau.
2. Percikkan sedikit sos ikan.
3. Masukkan ayam. Kacau seketika.
4. Masukkan sotong. Kacau.
5. Masukkan carrot. Kacau.
6. Ketepikan semua bahan dalam kuali. Pecahkan telur. Tunggu keras sedikit dan kacau bersama bahan2 lain.
7. Masukkan nasi yang telah diperoi. Kacau rata.
8. Masukkan kangkung dan kacau rata.
9. Tutup api. Taburkan serbuk Knorr dan ikan bilis. Kacau lagi sehingga rata. Siap!

Oren kata tak cukup pedas. Nak kena tambah lagi cili padi kalau nak pedas. Dan walaupon dah taruk telur siap2 tetap jugak nak telur mata. Selalunya Ainn tak taruk siap2 sebab dah tahu dia nak jugak telur asing tu. Lagi sedap kalau ada keropok.

Hurmm part ayam, sotong dan carrot tu Ainn kacau 2,3 saat je. Kasi bahan tumis tu rata kat bahan yang baru dimasukkan. Tak payah tunggu masak, nanti nak tunggu sotong masak ayam dah terlebih masak. Pastu nak tunggu carrot dan telur sotong pulak dah meliat.

Ini cara Ainn. Masing2 ada cara sendiri kan.

Wednesday, July 20, 2016

Rahsia Hilangkan Sakit Badan

Baru je tengahari tadi duk mengadu tak larat. Mungkin sebab kuat sangat berjalan. Kena drive sendiri pulak tu. 

Petang ni Ainn nak share rasa penat tu dah hilang dah. Horayyy!!! Rasa ringan je badan ni. Balik tengahari tadi siap mintak Oren bukakkan gate, barang2 pon semua Oren bawakkan masuk ke dalam rumah. Tapi balik petang ni boleh turun kereta sendiri, boleh bukak gate sendiri. Tak payah susahkan Oren lagi sepatutnya. Tapi suamiku yang prihatin tu tetap jugak bukakkan gate, sorang bukak sebelah. Hihihi. Malam ni pulak siap boleh pusing2 kat pasar malam lagi.

Apa rahsianya? Hihihi senang aje. Urut. Urut? Ya, URUT!

Sepatutnya petang semalam Ainn urut. Tapi tukang urut Ainn tu ada kerja terpaksa tunda ke hari ni.

Setakat ni memang puas hati dapat berurut dengan Kak Amy ni. Mula2 dulu memang sakit dia urut. Banyak sangat urat tersimpul, tu yang sampai sakit. Dia akan urut tempat tu sampai hilang rasa sakit. Maknanya urat tu dah tak tersimpul lagi lah.

Yang lainnya jugak urut dengan Kak Amy ni tahan lama. Selalunya bila berurut 3, 4bulan lepas tu dah lenguh2 balik badan ni. Dengan Kak Amy ni Ainn urut setahun je sekali. Tu pon uratnya takde la berbelit2 macam yang sebelomnya.

Cuma dah kawen ni la Ainn plan nak urut kerap sikit. Maklumlah kerjanya bertambah. Nak pulak bawak baby dalam perut ni. Saja nak urut biar mudah nak bersalin nanti. Inshaa Allah.

Masuk ni 2kali Ainn urut. 1st masa kandungan Ainn 3bulan. Masa tu boleh meniarap lagi. Urut masa tu pon bukan nak fokus pada kandungan pon, masa tu rasa lenguh sangat tangan. Kak Amy cakap mungkin banyak main komputer. Tangan duk pegang mouse lama2. Ada kemungkinan betul apa yang Kak Amy cakapkan tu. Masa tu Ainn tengah busy buat SKT. Tangan tak biasa main komputer tiba2 duk pegang mouse, duk menaip lama2. Kejung tangan dibuatnya. Sampai lebam lengan ni Kak Amy nak betulkan balik urat2 yang tersimpul tu.

Kak Amy urut mula dengan urut kat bahagian belakang. Bila perut dah besar ni dah tak boleh meniarap, boleh pilih sama ada nak baring mengiring atau nak duduk, ikut keselesaan kita. Yang bestnya bila Kak Amy urut perut. Pelan je dia urut tapi rasa selesa sangat, Baby tengah tidur masa tu, makin lena gamaknya dapat belaian lembut sebegitu. Tak lupa jugak kat breast, kasi susu lancar je nak keluar nanti.

Sambil2 urut sambil2 Kak Amy bercerita. Dah ngandung banyak cerita pasal baby dalam kandungan la. Kat mana baby tu selalu duduk, macam mana kedudukan baby. Cakap pon yang baik2 je. Mintak baby sihat, lahir dengan mudah, macam2 lagi la. Kata2 ni kan doa. Mana tahu kot2 doa dia yang Allah makbulkan. Kita tak tahu kan?

Ainn plan nak urut lagi 2kali sebelom balik cuti bersalin nanti. Ikut pengalaman kawan Ainn urut dengan Kak Amy ni senang bersalin. Meneran tak sampai 5minit baby dah keluar. Mungkin ramai yang tak percaya, tapi tak salah kan kalau kita berusaha.

Selain mengurut ibu mengandung Kak Amy jugak buat urutan untuk ibu2 selepas melahirkan. Siap pakej urutan untuk anak dan mandikan anak sekali. Dan semestinya untuk urutan badan biasa dia buat jugak, macam yang Ainn duk urut tiap2 tahun tu la.

Untuk sape2 yang duk area Senai dan Kulai ni memang Ainn suggest urut dengan Kak Amy ni. Bayaran berpatutan. Kalau nak dia datang ke rumah pon boleh, cuma ada caj duit minyak la sikit. Nak pergi rumah dia pon boleh.

Oke, try buat ala2 iklan jap.
Sakit2 badan? Mengandung? Lepas bersalin?
Anda mencari tukang urut wanita?
Hubungi Kak Amy: Tukang urut kawasan Senai & Kulai

Huh, buruk betol iklannya. Hahahaha. Iklan tak berbayar macam ni la. Hihihi.

Bila Dah Lama Tak Drive

Boleh dikira dengan jari berapa kali je Ainn drive sendiri lepas kawen. Kalau ada program kelas yang nak kena bawak anak2 berjalan keluar je Ainn drive. Tu pon program lawatan ke zoo Ainn tumpang Kak Wahida je, anak2 dan cikgu2 lain naik bas. Esoknya pergi Eco Floral pon Oren yang drive. Program mana lagi ye yang ada? Kunjungan muhibbah masa Tahun Baru Cina je la kot, dan program yang tengah berlangsung sekarang ni. Oh ada lagi, pernah drive pergi library kat JB. Kiranya ke library ni la paling jauh Ainn drive lepas kawen ni.

Jauh tak jauh, berapa kali je Ainn drive sendiri. Program minggu ni seminggu kena drive nak bawak anak2 beraya. Seminggu tu!

Hari Ahad, 1st day beraya. Tak jauh pon, pergi Taman Senai Baru je. Pastu pusing2 kat Taman Senai Utama then balik ke Taman Dawani sebelom balik sekolah. Excited sangat dapat drive. Dah lama kan tak drive. Tapi takde la sampai tahap gila stereng macam lepas accident tahun lepas. Cuma rasa excited je la dapat pegang and pulas stereng tu.

Excited tak excited, esoknya balik dari rumah Suhada nak buat u turn ambik kau, tak reti nak agak jarak dan kelajuan kereta belakang masa nak masuk lorong. Ambik masa jugak la kat situ. Nasib baik tak kena lencong terus masuk ke Taman Aman.

Semalam rehat sehari, kena minum air gula terpaksa jugak pergi klinik belah pagi. So dapat la rehat sehari, tak payah drive.

Hari ni baru je masuk hari ke3, belom pon seminggu drive, penat weh drive nih. Tak larat sangat2 rasanya badan ni. Dah la stereng dah kena perut, terpaksa seat ditolak ke belakang sikit. Sikit je la ke belakang, tak boleh banyak2 kang tak sampai pulak dan tekan minyak. Ikutkan hati nak rebahkan sikit seat tu baru rasa selesa. Nak tak nak terpaksa la duduk dengan keadaan tak selesa macam tu. Tambah pulak kena pakai seat belt! Ni yang menambah sesak di perut nih. Tak pakai pulak asyik bunyi je tettt tettt tettt, sampai la driver pakai seat belt.

Memang tak tipu la, pelan je Ainn drive. Even kat jalan raya, maintain je 60km/j. Kalau terlajak 70-80 tu pon sebab nak motong lori je la. Kalau lori tu 60 jugak follow je la lori tu. Hihihi.

Sabar2, tinggal esok sehari je lagi. Pasni hubby sambung tugas ye hantar dan jemput wife kerja. Tak sanggup dah rasanya nak drive lama2 lagi.

Marmaid? Atau Mermaid?

Hasil perbincangan Ainn dengan kawan2 kat group WhatsApp, dapat istilah baru. Marmaid!

Hihihi selalu dengar mermaid aje. Marmaid ni la 1st time dengar istilah ni. Rupanya teknik nak perah susu secara manual, guna tangan. Itu yang dinamakan marmaid. Salah eja 1huruf je dah lain maknanya. Mermaid tu tau la cik duyung kita yang seksi tu. Marmaid ni ha dah tua baru tau. Hihihi.

Nak tau lebih lanjut pasal marmaid ni kononnya nak study la pulak ngan Abang Google. Maka dengan yakinnya Ainn taip keyword 'MARMAID'. Apa yang keluar?
Showing result for mermaid
Search instead for marmaid

Aik, salah ke apa ni? Berusaha Ainn scroll balik cari istilah yang kawan Ainn bagi ni. Hah betol la ni MARMAID.  Takkan takde kot kat Google?

Oke, jangan putus asa. Kita try lagi. Kali ni cuba try TEKNIK MARMAID pulak. Belom pon habis eja MARMAID dah keluar dah suggested keyword. TEKNIK MERMET, TEKNIK MERMAID, TEKNIK MERMER, TEKNIK MERMER KAYSERI.

Kita cuba TEKNIK MERMET dulu. Dan hasilnya,
Did you mean: TEKNIK MARMET

Dan diikuti tajuk2 artikel ke arah apa yang Ainn cari. Termasuk jugak Images for teknik marmet yang menunjukkan cara/teknik memerah susu menggunakan tangan.

Lah, marmaid tu pon salah istilah rupanya. Marmet ye istilah untuk kaedah memerah susu menggunakan tangan ni. Bukan marmaid tau, apa lagi mermaid.

Teknik marmet ni nurse pernah ajar sikit2 di awal kandungan dulu. Rasa macam nak kena study lagi, sebelom buat praktikal. Inshaa Allah kalau teknik ni berjaya tak payah susah2 beli breast pump. Guna je teknik yang menjimatkan ni.

Tak sempat nak study betol2 lagi dengan Abang Google. Nanti ye Ainn study dulu, inshaa Allah Ainn share apa yang Ainn paham dengan teknik ni. Inshaa Allah boleh praktikkannya sama2 nanti.

Oke dah lewat sangat dah ni. Esok nak pergi beraya lagi. Tak habis lagi program marhaban sama2 dengan anak2.

Ingat ye, marmet tau. Bukan marmaid, bukan mermaid. MARMET!

Cara Mengira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

"Next appointment saya akan ajar macam mana nak kira baby bergerak,"

Nak kira baby gerak pon nak kena ajar ke? Persoalan yang timbul daripada manusia bodoh sombong. Mesti la ada term & condition dia nak kira pergerakan tu. Bukan semua gerak baby boleh dikira. Kalau tak takde la nurse tu pon susah2 nak ajar kalau boleh kira sebarang aje. Dia pon ada banyak kerja lain nak kena buat.

Oke, sebelom kita belajar nak kira gerak baby, sejak bila sebenarnya kita dah dapat rasa baby kita dah start gerak?
Selalunya bila kandungan dah masuk 4 bulan ibu dah rasa bayi bergerak. Ini fakta yang nurse share kat Ainn. Tapi selalunya for the 1st pregnancy macam Ainn ni dah masuk 7bulan baru rasa baby tu bergerak. Nak pulak yang jenis perut 'tebal' macam Ainn ni, lagi la lambat nak rasa semua tu.

Tapi tu cakap2 orang je. Rezeki tu semua dari Dia. Kalau Dia nak bagi nikmat tu awal so awal la yang kita dapat. Kalau Dia hold dulu so lambat la kita dapat. Dan Alhamdulillah Ainn antara insan yang terpilih untuk rasa nikmat tu awal, walau pon on my 1st pregnancy, walau pon perut tebal!

Baru masuk 4bulan setengah Ainn dah start rasa baby bergerak. Memang pelan je. Macam orang jentik2 manja gitu kat dalam perut ni. Bila kandungan dah masuk 5bulan baru rasa baby ni gerak kuat sikit. Setiap hari la rasa baby ni gerak. Tapi bila abi dia sentuh perut ummi dia terus dia berhenti gerak. Tak suka betul dengan tangan panas abi dia. Hihihi.

Yang bestnya bila dah masuk bulan puasa lepas. Masa tu kandungan dah masuk 6bulan. Apa yang bestnya bukan aje boleh rasa baby tu gerak tapi jugak boleh nampak! Aktif betol anak ummi ni ya. Takde la tiap kali baby gerak boleh nampak perut ni gerak. Bila baby tendang kuat je la.

So macam mana nak kira pergerakan baby ni?
1st tetapkan masa sehari 12jam untuk tempoh mengira pergerakan baby kita. Tadi nurse bagi tempoh 9pagi sampai 9 malam. Sempat la breakfast dulu pagi tu sebelom pukul 9. Nak bagi baby kita aktif kena la bagi tenaga dulu, ye dok. Kira pergerakan baby hanya dalam tempoh 12 jam ni aje. Kalau sebelom pukul 9 baby dah gerak tak dikira ya.

Pergerakan macam mana je yang boleh dikira? Hah kalau setakat gerak sikit2 tu tak dikira ya. Nak kena yang betul2 aktif je. Yang terasa kuat, ataupon rasa kat seluruh dalam perut baru dikira. Sekali rasa dikira 1 la ye. Pastu lepas 2,3 minit kalau rasa lagi dikira 2 la pulak. Dan so on. Tidak semestinya lepas gerak yang pertama akan selang 2,3 minit je nak gerak untuk kali kedua.

Kira sampai 10 kali gerak je sehari. Tak payah kira betul2 sampai pukul 9malam. Bila dah cukup 10 kali gerak tengok jam, then tulis pukul berapa gerakan ke10 tu.

Ini carta yang kita gunakan, ada dalam buku merah. Macam yang Ainn bagitau tadi nak kena kira pergerakan baby ni setiap hari. So kat column tarikh tu kena tulis day by day la ye. 1st row hari ni, 19/7/16, 2nd row untuk esok, 20/7/16, 3rd row pulak lusa, 21/7/16, and so on. Masa mula pon sama macam Ainn bagitau awal2 tadi, mula setiap hari pukul 9pagi. So yang ni tak payah tukar2, setiap hari tulis je 9pagi.

Untuk pergerakan janin tu la pergerakan baby kita. Ikut bahasa betul anak yang dalam kandungan dipanggil janin. Bahasa mudahnya bila kita bercakap panggil baby atau bayi je la, walaupon belom deliver lagi. Setiap kali kita rasa baby kita gerak kita tanda tick, cukupkan hingga 10ticks means cukup 10 kali gerak. Ainn tadi tak terus tick sebab buku ni bukan 24jam duk kat tangan Ainn. So Ainn kira je.

Bila dah cukup 10kali gerak atau dah tick for the last column boleh la tengok jam. Hah pukul berapa gerakan ke10 tu? Contohnya Ainn tadi tengah jalan2 kat Aeon Mall Kulai dah cukup gerak 10kali untuk hari ni. Masanya pukul 3.19pm. Nanti jangan lupa tulis ya kat column last tu. Macam tu je hari2 nak kena buat. Bukan susah pon.

Dah cukup 10 kali gerak boleh rehat, sambung kira esok pulak walaupon tak sampai pukul 9malam pon lagi. Limit sampai pukul 9malam tu sebab takot2 ada yang gerak tak sampai 10 kali pon dalam tempoh 12 jam tu. Ini yang bahayanya. Bila baby gerak tak sampai 10 kali dalam tempoh 12 jam ni takot baby kita tak aktif. Takot jugak apa2 jadi kat baby kita. Bukannya kita tahu apa yang jadi, bendanya bukan boleh nampak pon.

So apa nak kena buat kalau pergerakan baby tak cukup 10kali? Cepat2 la pergi jumpa doktor. Bagi doktor check. Takot2 baby aktif sangat sampai terbelit tali pusat ke, apa ke. Kalau doktor cakap baby oke, aktif, bergerak dengan elok, cuma mungkin kita je yang tak rasa baby tu gerak boleh la tarik nafas lega ye. Tapi jangan pulak buat andaian sendiri tanpa jumpa doktor terlebih dahulu. Kalau jadi pape kat kandungan tu macam mana? Sendiri jawab la ye.

Untuk yang bodoh sombong tadi, kalau nurse tak ajar macam mana nak kira agaknya macam mana ye awak kira? Agaknya sehari suntuk kira, 24jam diambil kira. Pastu kira berapa kali baby gerak, tak kira dah lebih 10kali ke tak. Mungkin la kan. Sebab tu kena belajar, bukan main ikut pikiran sendiri je.

Tuesday, July 19, 2016

Spaghetti Keras Macam Kayu

Dah nak masuk 2minggu balik sini baru berkesempatan beraya kat rumah Kak Ina. Ni pon sebab dia buat open house hari ni. Orang lain beraya di siang hari, kita pulak malam2 buta baru nak pergi beraya.

Macam tahun2 sebelom ni menu utama Kak Ina serve semestinya laksa Johor. Ainn sebenarnya tak suka Laksa Johor, tapi Kak Ina punya Ainn suka. Kena dengan selera Ainn. Yang risaunya Oren la, sebab satu2nya menu Kak Ina buat hari ni Laksa Johor je. Ada la biskut raya jugak, dah nama pon raya kan. Almaklum Encik Suami saya ni tak makan mi, apa lagi pasta.

Mungkin nak ambik hati tuan rumah, mungkin la, sebab Ainn tak tanya pon. Dia makan la jugak. Dah nak habis tu siap mintak tambah lagi. Aik biar betul abang aku sorang nih. Sebelom ni bukan main susah nak makan mi, malam ni siap mintak tambah? Sedap katanya. Hihihi kan dah kata Laksa Johor Kak Ina punya memang sedap. Buktinya abangku yang tak makan 'mi' ni pon siap menambah lagi.

Hahaha dia duk kata tadi tu laksa. Macam tak kenal laksa je. Laksa kan putih. Dia memang tak tahu pon yang dia makan tadi spaghetti. Tak macam spaghetti pon. Laksa Johor kan memang guna spaghetti, tak macam laksa negeri2 lain.

"Kalau spaghetti gini sy boleh makan la.."

Lah, pastu spaghetti lain tu makan macam mana? Cuma kuah/sos je la lain. Yang ni kuah laksa. Selalunya kita makan spaghetti dengan sos pasta. Sama je jugak kan?

"Sokmo sy tengok spaghetti keras macam kayu jah!"

Spaghetti yang belom dimasak. Memang nampak keras macam kayu. Picture ihsan daripada Abang Google. Masa duk search gambar ni Oren tegor, 'Nak mengata sy la tu!' Hahaha tahu pon.

Dan ini contoh spaghetti yang dah siap dimasak/dicelur. Hah siap ngan sos lagi. Kan dah tak nampak keras macam kayu. Pon sama jugak, picture ihsan daripada Abang Google.

Hari2 duk ajak makan cafe latte, pasni boleh la ajar Oren makan spaghetti pulak ;)

Allah Pilih Dia

Semalam berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang anak murid Ainn, Suhada. Rumahnya nun jauh lebih 20km dari sekolah. Nak pergi rumah dia pon masing2 tak tahu jalan. Search kat waze pon tak jumpa alamat yang dia bagi.

Pagi sebelomnya sempat tanya ayah dia macam mana nak pergi rumah dia. Masa register awal tahun hari tu Ainn pernah tanya rumahnya kat mana, sebab alamatnya Skudai. Katanya dekat dengan Seelong, tapi ke depan lagi. Oh depan sikit la ye dari Seelong. Itu yang Ainn paham.

Tapi kelmarin ayah dia cakap masuk simpang yang nak ke rumah Mohan. Simpang jalan besar tu, bukan simpang antara kilang2 kat tepi jalan. Rumah Mohan? Maksudnya Rumah Mohan yang kat Taman Impian Jaya tu, kena ke depan lagi?

Ya, dekat dengan Kg Maju Jaya. Alah tempat Darussyifa tu la. Tak tahu jugak? Jalan nak hala ke Sekolah Islam Hidayah. Hah, dah nak ke Kempas tu! Tapi takde la sampai sekolah tu. Sebelom sekolah tu lagi. Ayah Suhada siap pesan, 'Cikgu tunggu kat kilang tin, nanti saya ambik kat situ. Rumah saya masuk lagi ke dalam.' Huisy jauh betul nampak gaya tu.

Bila dah sampai rumahnya memang cantik. Cantik pemandangan kampungnya. Cantik udara segar kat kampungnya. Rumah kampung, kombinasi kayu dan konkrit. Tapi bukan pasal rumahnya yang Ainn nak cerita, bukan pasal kampungnya yang Ainn nak cerita.

Huh, dah berjela2 baru nak masuk cerita sebenar ke? Hihihi.

Sembang2 pasal sekolah. Ye lah rumahnya agak jauh dari perumahan lain. Rumahnya di tanah persendirian seluas 10ekar, paham2 la sejauh mana jiran terdekat dia. Sekolah untuk Suhada *yang ada Program Pendidikan Khas* yang terdekat kat SMK Senai ke? Ye la jauh tu kalau nak diikutkan nak berulang alik dari rumah ke sekolah. Ada, sekolah lain. Jaraknya lebih kurang je ngan nak pergi SMK Senai. Cuma jalan nak ke SMK Senai tak sesibuk jalan nak ke sekolah tu. Kan lebih baik kalau hantar ke SMK Senai je.

Anak2 yang lain macam mana? Diorang sekolah dekat sekolah yang nak hala ke Kempas sana la. Walaupon banyak traffic light yang nak kena tempuh tapi jaraknya agak dekat la sikit. "Cuma Suhada je Allah pilih untuk ke SMK Senai."

Ya, semuanya pilihan Allah. Dia yang atur semuanya. Bila kita terima ketentuanNya dengan redha, pikir positif, Inshaa Allah positif jugak yang Dia bagi sebagai balasan.

Kadar Hb Rendah, Apa Risikonya dan Apa Nasihat Nurse?

Antara perkara yang menakutkan terjadi akhirnya terjadi jugak hari ni. Sudah menjadi adat kebanyakan ibu2 mengandung sangat risau bila kadar Hb rendah. Risikonya bukan saja pada diri sendiri, tapi jugak pada anak yang dikandung.

Tak boleh nak salahkan orang lain, sebab salahnya pada diri sendiri. Dah la ubatan dan vitamin yang nurse bagi tiap kali check up simpan je, kurma dan air limau yang jadi santapan harian asyik skip je. Kalau dulu tiap pagi sebelom pergi sekolah memang wajib makan kurma dulu. Kalau tengahari atau petang tak makan pon, malam sebelom tidur mesti makan. At least 2bijik sehari makan kurma. Sama jugak la dengan limau kasturi. Sebelom2 ni setiap kali lepas makan mesti minum air limau kasturi. Lepas muntah WAJIB minum air limau kasturi sebab tekak rasa pahit.

Kalau pasal limau kasturi tu boleh la nak dimaafkan, sebab kadang2 stok kat rumah dah habis. Bila nak beli stok kat kedai/pasaraya pon takde. Yang hairannya kurma tu la. Bulan puasa hari tu dah beli sekilo, banyak lagi. Tapi kenapa tak makan? Marah ni, marah. Memang rasa nak bebel kat diri sendiri.

Memang la Hb Ainn takde la rendah sangat. Pagi tadi check 10.9. Alah kurang 0.1 je. 0.1 je pon nurse tulis guna pen merah dah tau. Cantik ke bila nampak ada warna merah? Sebelom2 ni part berat ibu je nurse guna pen merah, dari awal lagi memang berat dah 80kg huhu. Hari ni tambah lagi 1 kolum guna pen merah. Hb!

Nurse pon terkejut tadi bila Hb Ainn rendah. Almaklum sebelom2 ni elok je, cantik je. Bukan nak berlagak. Takde gunanya nak berlagak, hari ni dah turun dah Hb tu! Tapi nurse2 kat sini semuanya baik2. Tak pernah lagi Ainn kena marah macam kawan2 yang lain duk bercerita. Berat naik banyak ke, berat turun ke, Hb rendah ke, diorang cakap elok2 je. Just explain risikonya, pastu ajar macam mana nak atasi masalah tu. Kan bagus macam tu.Takde maerah2 pon.

Macam Ainn tadi nurse explain risikonya bila Hb rendah. Bukannya Ainn tak tahu. Dalam buku merah ada cerita pasal tu. Kat Abang Google pon banyak jugak duk cerita. Tak salahkan kalau nak remind, hangatkan balik sebelom basi.

Bila Hb rendah means kandungan oksigen dalam darah kita pon kurang jugak la. Bila oksigen dalam darah kita kurang means anak dalam kandungan pon kurang jugak la dapat oksigen. Oksigen yang sedikit tu la nak kena share antara ibu dan anak. Dah la bendanya dah sikit, kena share pulak tu. Bila duk share benda sikit paham2 la, mesti la tak cukup masing2 dapat.

Apa akan jadi? Ibu mungkin rasa lemah, asyik nak pitam je. Anak pon mungkin akan terbantut tumbesarannya. Mungkin jugak boleh jadi kelahiran bayi pramatang sebab tali pusat kecik. Yang menakutkan bila anak berisiko untuk jadi abnormal. Memang semuanya kerja Dia, tak salah kan sebagai hambaNya kita berusaha menjaga amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Oke, Hb dah rendah dah ni. So nak kena buat apa? Consume zat besi banyak2. Makan la sumber makanan yang ada banyak zat besi.

 Tadi nurse suggest makan kerang. Sebaiknya kerang tu rebus guna air sikit je. Sebabnya nanti zat yang kita nak tu banyak buang kat air tu je. Kita nak makan isi kerang bukannya nak minum air rebusan kerang. Nak elok lagi makan kerang bakar. Sedap pon sedap.

Selain kerang boleh jugak makan hati lembu. Tapi nurse tak suggest sangat makan hati lembu ni. Ramai yang kata makan hati lembu ni takot otak jadi slow. Lagi pon Nabi Saw pon memang tak bagi makan organ dalaman kan. Banyak lagi pilihan lain yang boleh kita makan.

Nak kasi zat tu menyerap dengan elok kat badan kita, jangan lupa ambik Vitamin C. Makan buah jambu batu ke, limau kasturi ke. Hah kalau makan kerang bakar tu perah sikit limau kasturi, mabeles! Kecur air liur weh. Makan sedap, khasiat pon baik.

Saja2 Ainn nak bermanja2 dengan Abang Google Ainn  search la makanan yang kaya dengan zat besi ni. Dapat la extra sikit2. Antaranya sotong gurita, hati lembu, telur ikan, ketam, tiram, biri2, sardin, kambing, telur, ikan kembung, asparagus, bayam, tomato, pis, kentang, bit, labu, soya, kacang merah, kacang parang, kacang hitam, markisa, avokado, sukun, kurma.

See? Kurma dah ada dalam list untuk sumber zat besi. Pastu consume sama2 dengan limau kasturi. Oke, done. Boleh ikut formula sebelom2 ni je. Just kurma + limau kasturi. Smile :)

Saturday, July 16, 2016

Kesilapan Dalam Penyedian Barangan Keperluan Menyambut Bayi

Lagi 10minggu kalau ikutkan due yang nurse bagi baby ni nak deliver baru sibuk nak cari barang2 keperluan untuk baby and ummi. Bukannya saja lengah2kan, sebelom ni kan puasa, so tak larat nak berjalan. Masuk petang je badan dah lembik, mesti kena tidur. Pernah tertidur sampai 6'30pm! Abes tu bila masa nak pergi beli barang baby. Lagi pon ramai yang nasihatkan tunggu kandungan 7bulan dulu baru beli. Ada la tu pantang larang orang dulu2. Ainn pulak takut jugak kot2 terberanak awal, kononnya nak sediakan awal la barang2 ni sume. Sudahnya memang dah 7bulan baru nak carik.

Masa nak beli barang untuk baby ni memang tak plan pon. Walaupon dah pernah baca list keperluan baby dah tak ingat dah apa barang yang nak kena beli tu. Nasib baik masa balik raya hari tu Oren dah tanya ma nak kena beli apa, so ikut list yang ma bagi je la.

Balik dari cuti raya Ahad lepas ma, moknik, poksu n dikwa ikut kitorang balik Senai. Lepas balik dari melawat Hakim kat HSI Rabu lepas terus hantar diorang kat rumah Kak Sida kat Kempas. Esoknya berdating berdua la ngan Oren. Alang2 dah kat Aeon Oren ajak beli barang baby. Tak survey mana2 pon, beli je kat kedai Anakku.

Tak banyak yang kitorang beli. Baju 3pasang, mitten & booties 2pasang, baby bath kitorang pilih yang top to toe so dah tak payah beli baby syampoo, baby powder, baby lotion, cotton ball, napkin, kain barut, wet tissue, set tilam.

Bila ma tengok bajunya tak sesuai untuk newborn baby. Nak kena beli yang berbutang kat depan. Dalam 3helai baju yang kitorang beli tu sehelai baju sarung, sehelai baju berbutang separuh, sehelai je berbutang penuh sampai bawah. Tapi baju tu lengan panjang la pulak. Ma kata tak payah beli beli yang lengan panjang nanti baby tu nak dibedung. Nak kena beli baju lain la ni. Seluar pon sama. Beli seluar pendek je.

3pasang je baju kitorang beli. Cukup ke? Takkan baju baby tu tak dicuci? Hahaha ma kata tengok baby nanti, besarnya macam mana. Yang ni prepare untuk bawak pergi hospital masa nak deliver je. Bila baby dah selamat deliver baru la pergi beli baju lain. Lagi pon baby cepat besar. Takot baby langsung tak sempat pakai baju tu dah tak muat.

Baby lotion and baby powder pulak kitorang beli yang double pack 500ml. Hah ambik kau besar terus kitorang beli. Dua botol pulak tu! Huhuhu rupanya nak kena beli yang kecik je. Satunya senang nak bawak gi hospital. Keduanya kena try and error dulu dengan kulit baby. Almaklum kulit baby ni sensitipnya terlebih2. Dibuatnya yang kita beli besar and banyak2 tu tak sesuai dengan kulit dia macam mana? Tak ke membazir nanti? Harap2 anak ummi nanti dapat terima la ye brand yang ummi and abi belikan tu. Hihihi. Nak bawak gi hospital ngan bekas besar gitu abi dia kata lantak la bawak je la besar2 tu pon! Hahaha.

Oke, esok nak sambung shopping lagi. Kali ni dah buat list apa yang nak dibeli. Basic needs je dulu kitorang fokuskan. Mana yang boleh beli kemudian tu kita kemudiankan je la ya.