Ikut plan nak lunch kat Udang Galah LC nampaknya tercapai. Sebelom pergi Rompin dah set siap2 nak makan kat mana, nak makan hari apa, waktu bila. Disebabkan dari rumah ni akan jumpa Udang Galah LC dulu sebelom jumpa tempat penginapan, so Ainn set makan lunch dulu sebelom check in. Lagipon banyak belog2 yang Ainn baca diorang suggest makan tengahari kat sini.
Agak berpusing2 jugak la kami nak mencari restoran ni. Guna Google Maps ada ke patut dia suruh masuk ikut jalan yang tak boleh masuk. Kalau setakat melawan arus tu boleh je bedal, tapi ni siap ada penghadang jalan. Memang nampak jalan tu baru ditukar. Means baru je tak boleh masuk ikut situ. Kiranya kat Google Maps belom update lagi. 2,3 kali pusing agak boleh redah sendiri kami redah sendiri je la.
Yayy akhirnya jumpa jugak Udang Galah LC. Perut dah lapar ni, jom masuk.
Dah namanya nak makan udang galah, wajib ambik udang galah. Bukannya takde lauk lain ye kat sini. Banyak lagi pilihan lauk lain. Udang galah masak lemak cili api ni pilihan hubby. Ainn rasa macam nak try jugak ambik 2 la.
Dan 1 lagi extra untuk Ainn. Udang ni dalam gambar je nampak kecik. Ikutkan memang besar. Sorang makan sekor pon siap boleh ratah lagi. Apa lagi Ainn ambik 2ekor. Besar2 pon Aisy macam tak cukup je. Mana taknya, makan udang aje. Nasi tak nak makan.
Selain lauk2 udang ni Ainn ambik ulam. Maaf ye gambar ulam takde. Dan jugak 2gelas air. Total semua agak2 berapa?
Sebab udangnya tu memang besar Ainn budget dalam RM100. Bila bayar, harganya tak sampai pon RM70. Murah kan? Udangnya bukan aje besar, fresh lagi.
Oke perut dah kenyang. Jom kita check in dulu.
No comments:
Post a Comment