Nuffnang Ads

Tuesday, December 12, 2017

Ke Ladang BOH Pulak


'Tak lengkap trip ke Cameron Highland kalau tak ke Ladang Teh BOH!'

Ingat lagi kata2 Cik Li masa kitorang cakap tak nak pergi Ladang Teh BOH. Bukan apa kita pergi ni bawak anak2 syurga. Dengan jalan ke sana paham2 la macam mana takut jugak kot2 jadi apa2 ke. Tapi nak ke sana bas besar kita tak boleh masuk. Kena sewa bas lain kat sana. Berkira2 jugak. Kerani pon ada jugak cakap2 pasal tu.

Bila ditimbal balik, pikir2 kitorang setuju je nak ke Ladang Teh BOH ni. Dengan syarat abang bas kena join sekali la. 'Mesti la saya kena ikut.' Hahaha bagus abang bas ni.

Kalau bas kita tu tak boleh masuk maksudnya bas kecik je la ye yang boleh ke sana. Makanya abang2 sado sila berdiri ye. Bagi kat adik2 manis ni duduk.

Nak hala ke ladang teh BOH Aisy sedap tidur. Bagi dia tidur dulu la, dah penat tadi bergambar kat Big Red Strawberry Farm. Bas ni ala2 bas lama2 tu. Tengok la seatnya tu. Dah la licin, jalan pulak pusing2. Nasib baik hubby tolong pegang. Kalau tak memang dah tergolek Ainn kat situ.

Yang specialnya pergi dengan bas ni tak payah menapak ke atas, sebab hantar terus ke atas. Kalau pergi ngan kereta kena park kat bawah tu then kena jalan la sikit. Alah tak jauh pon.

Kalau pergi pagi boleh tengok diorang proses teh. Masa kitorang pergi dah siap dah semua tu. Teh yang ada pon baru je lagi tak sesuai lagi nak proses buat teh. Ikut orang tu cakap kalau rombongan macam ni boleh je diorang tunjukkan demo tu, tapi bukan rezeki kami.

Terus je ke deck nak ke ladang teh. Kalau nak tengok tayangan video pon boleh. Ainn macam tak berminat je. Hahaha. Sebabnya dah tahu dah nanti rushing nak kejar masa. Kalau pergi sendiri boleh la nak stay lama2.

Untuk ke ladang teh tu ada info banyak pasal BOH. Hahaha boleh pulak Asyraf Muslem cakap gajah ni namanya BOH. Baca betol2 Cap.

Ada jugak dijual teh macam2 perisa. Ainn bukan penggemar teh so lalu aje la. Lagipon bukan niat Ainn nak shopping pon.

Belom sampai lagi. Cantik kan buat hiasan macam ni.

Bergambar dulu dengan anak2. Diorang yang belom sampai sini lagi mesti singgah beli teh dulu.

One more, view tu cantik sebenarnya. Tapi dalam ni macam tak berapa nak cantiknya.

Jom makan. Hubby pilih strawberry cheese cake, Ainn pulak gatal nak green tea cheese cake. Kek tu oke je, cuma green tea yang ditabur atas tu tak boleh telan la. Bukan penggemar green tea kan. Airnya mana? Takde pulak dalam gambar ni.

Dah siap makan baru berkesempatan nak bergambar kat sini. Tadi penuh orang, sebab tu kitorang pilih untuk makan dulu. Baru snap sekeping abang bas cakap masa dah cukup. Alaa tak sempat nak turun bawah, nak masuk lorong2 dalam kebun teh tu.

Diorang semua dah kalut2 ke bas sempat kitorang posing kat sini. Sebab kitorang buat pit stop kat sini ramai pulak yang sibuk nak ambik gambar kat sini jugak. Nasib baik abang bas tu oke je. Oke je la bukannya lama sangat pon, dan bukannya selalu kitorang buat macam ni.

Yayy Aisy dah bangun boleh bergambar dengan Aisy dalam bas ni. Tu pon kena paksa. Dia nak tengok pemandangan kat luar ummi abi pulak sibuk nak ambik gambar aje.

Inilah bas yang kitorang naik tadi. Tak nampak penuh pon basnya. Tapi boleh nampak kan bas ni kecik je. Kitorang panggil bas biskut. Ada jugak  yang panggil bas kotak.

Bila agaknya ye nak ke sini lagi. Hubby memang surrender nak drive ke sini. Datang dan balik tu macam2 jadi. Ada kereta yang kena reverse sebab nak bagi laluan nak berselisih. Ada jugak bas dah bagi hon masa kat selekoh tapi ada jugak kereta datang laju. Nasib baik dua2 sempat brek. Dan tempat selekoh tu la dia kena reverse. Dengan jalannya macam ular kena palu, gaung pulak bukan main curam. Takot oii. Takde ke service sewa motor je? Kalau dengan motor oke sikit kot.

No comments:

Post a Comment