Nuffnang Ads

Thursday, August 13, 2020

Goreng Keropok Menggunakan Air Fryer, Sedap Ke?

Terliur tengok keropok lekor yang su share kat status whatsapp dia, terus mintak beli. Petang ni akak yang jual keropok tu datang COD kat rumah. Kebetulan dah petang, terus potong dan goreng. Tanya Aisy na keropok ke tak, dijawabnya 'taknak'! Pelik jugak budak yang suka keropok ni taknak. Takpelah, Ainn goreng sebatang je la.

Awal2 lagi dah berkira malas nak goreng dalam kuali. Nak senang campak je dalam air fryer. Cukup masa boleh hidang. Sambil2 tu boleh buat kerja lain.

Setelah 15minit, ting! 'Hah, masok doh kepok ummi!' Aik dia pulak yang beria bila keropok dah masak.

Pernah ada sorang kawan tanya, 'sedap ke goreng guna air fryer?' Bagi Ainn sedap la. Lebih sedap dari deepfry. Kalau deep fry kan berminyak je, nak pegang pun rasa semacam. Kadang2 siap sediakan tisu nak 'perah' minyak tu dulu.

'Kenapa aku buat tak menjadi je? Mula2 je sedap. Bila dah sejum dah xsedap dah.' Ainn rasa Ainn tahu kenapa. Sebabnya Ainn pun pernah jugak alaminya masa mula2 guna air fryer ni 3tahun lepas. Masa tu Ainn goreng fries. Tak tahulah boleh dikelaskan sebagai goreng ke tak, sebab langsung tak letak minyak. Mula2 makan masa masih panas memang sedap, bila dah sejuk je macam biskut lemau pun ada.

Belajar dari situ, Ainn mula guna minyak. Macam hari ni Ainn goreng sebatang keropok lekor Ainn guna dalam ½tbs minyak. Caranya, lepas potong keropok tu Ainn gaul je dengan minyak. Lepas tu baru masukkan dalam air fryer. Sama jugak kalau nak goreng ikan ke, ayam ke. Perap dulu ayam ikan tu, bila time nak goreng lumur dulu dengan minyak. Kalau tak lumur minyak rasa macam ayam ikan bakar la pulak.

Kalau guna minyak jugak sama je la macam goreng kat dapur biasa! Eh, sape yang cakap tu? Kalau goreng kat dapur biasa kita akan guna minyak yang banyak. Dan masa menggoreng tu entah berapa banyak minyak yang diserap. Kalau guna air fryer kita boleh control penggunaan minyak. Lagipun masa proses menggoreng tu, minyak2 yang berlebihan akan menitis kebawah. Menitis dalam bucket air fryer tu la. Kalau goreng ayam pon, minyak2 dari ayam tu sendiri pun ada yang menitis keluar. Jimat banyak minyak guna air fryer ni. Dan semestinya kita takkan ulang guna minyak yang dah digunakan. Kalau goreng kat dapur at least 2kali guna jugak minyak tu. Dah 2kali guna nak buang rasa sayang. Tapi memang kena buang jugak. Dah membazir kat situ.

Kalau guna air fryer, bil letrik la pulak melambung! Dari segi penggunaan letrik Ainn tak tahulah sejauh mana. Tiap2 bulan lebih kurang je bil letrik. Lagipun dapur pun Ainn guna dapur letrik. Setakat air fryer macam takde beza sangat, sama ada setiap hari guna ke atau kadang2 je guna. Kakau dapur ke air cond ke memang ketara la bezanya bil letrik tu. Kalau yang guna dapur gas, tak guna air fryer penggunaan gas pulak banyak kan?

Yang paling best guna air fryer ni sebab boleh tinggal gitu je. Dah masukkan bahan dalam tu, set temperature dan timer, boleh buat kerja lain. Kalau masak atas dapur pun boleh jugak sambil2 nak cuci pinggan, lap meja, lap dapur. Tapi tak boleh tinggal jauh2 kan? Ambik contoh situasi pagi2 berkejar nak pergi kerja. Masukkan je bahan dalam air fryer, boleh siap2 kat bilik je. Kalau tak mandi lagi pun boleh je tinggal pergi mandi. As long as set temperature dan timer betul.

Lagi satu, yang jenis penakut macam Ainn ni sesuai sangat2 guna air fryer. Penakut macam mana? Penakut dengan minyak panas! Kalau minyak dah panas tu, nak masukkan ayam, ikan, keropok, fries, nugget, apa2 aje lah memang takut. Takut minyak tu terpercik ke muka. Kalau kat kampung Ainn guna bantuan pinggan. Ainn guna pinggan kaca yang lutsinar tu untuk tutup muka masa nak masukkan apa yang nak digoreng tu. Kat rumah sendiri takde pinggan macam tu, air fryer ni la penyelamatnya.

Oke, berbalik kepada keropok goreng tadi. Ainn goreng dengan temperature 180° selama 15minit. Temperature dan masa tu bergantung kepada makanannya apa, saiz, kuantiti. Selain lauk2 dan 'jajan' ni Ainn pernah guna air fryer ni untuk bakar kek dan roti. Oven ada, tapi tak reti guna. Hihi.

Tak paham dengan Aisy Mikaeil. Makan keropok makanan Melayu ni pun nak cicah mayonis?

Tuesday, August 11, 2020

Main Masak2: Kek Marble Yang Sangat Gebu

 Sejak dah beranak 2 ni antara hobi Ainn adalah buat kek atau kuih. Suka sangat bila buat kek kuih ni sebab anak2 suka. Nak pulak Aisy yang acah mat salleh susah makan nasi, bila buat kek kuih ni dia suka la. Tapi tu la ummi dia ni bukannya pandai pon bab2 masak memasak ni. Semuanya nak kena google dulu.


Masa PKP hari tu lama duk kat kampung. Nak balik Kulai ni Chik Ana ada bekalkan kek marble. Dia memang buat bisnes kek marble ni. Si adik makan 1hari je habis kek tu. Isyy tak boleh jadi ni. Nampak gaya nak kena buat la kek tu. Kalau bab google resipi ni Ainn suka tengok Azie Kitchen, tak pun Azlita punya resipi. Tapi Ainn lebih kepada Azie Kitchen la. Dah dapat resipi mana yang berkenan save dulu.


Bahan2 bak buat kek tu dah ada. Mana yang takde dah beli dah. Tapi tu la, 'terperangkap' pulak dengan kes Ainn ada cyst. Terperap la dulu resipi tu kat hp ni. Tak tahu bila la tu baru boleh buat.


08/08/2020

Memandangkan bahan2 semua dah ada, Ainn pun rasanya boleh je kot nak buat kerja2 tu semua. Bukannya nak kena guna kudrat berlebih2 pun. Maka bermulalah my 1st ever marble cake. Dalam pikiran dh bayangkan dah nak buat corak cantik2. Selalu duk kutuk Nazahiyah je kan buat corak tak cantik, takkan sendiri punya pun tak cantik jugak.


Punyalah berpenat lelah kat dapur. Ye lah nak kena ayak tepung, nak kena asingkan telur kuning dengan yang putihnya, 2 kerja ni paling rumit bagi Ainn yang tak pandai masak ni. Ikutkan dah tinggal last step je. Tinggal nak masukkan tepung je. Sedang Ainn duk lap spatula dengan kertas tisu, gedegang bunyi mixer jatuh. Maka berterabur jugak la bahan2 adunan tadi. Dah la telur ngam2 je ada 5biji. Maka berhuhu je la. Takde reziki nak makan kek marble.


10/08/2020

Hubby bagitau tadi dia nak gi Tesco. Ainn kirim bahan2 nak buat vietnamese spring roll. Dah lama tak makan. Nak cari rice paper yang susahnya. Lama duk tunggu hubby tak balik lagi, teringat pasal kek yang belum jadi ni. So mintak dia belikan telur dan ovalet. Hubby balik, dia dah siap masak *lauk* turn Ainn pulak masuk dapur. Suka la Aisy bila tahu ummi nak buat kek. Siap pesan lagi jangan tumpah2, jangan jatuh.


Untuk kali ni Ainn buat separuh je, sebabnya butter tak cukup. Lupa pulak pasal butter. Hubby dah sampai rumah baru ingat butter yang ada tak cukup pun seketul. Sebab hubby kata 'guna je mana ada', kita buat separuh je la. Jom sediakan bahan2 dulu.


85g tepung gandum dan ½tsp baking powder yang dah diayak. Ainn pernah tengok 1tv show pasal masakan ni, chef tu cakap ayak dulu baru timbang. Kalau timbang dulu nanti yang dapatnya berkurang sebab dah berterbangan sikit2, tambah pulak ada yang dibuang sikit. Yang last ketul2 tu kan, yang tu Ainn buang aje. Ikutkan yang nak buat 2hari lepas dah ada, tapi kuantitinya tak sama. Nak main ambik separuh je tak boleh sebab dah bercampur tepung gandum dan baking powder tu. Yang tu masih elok lagi dalam mangkuk, siap wrapped lagi biar je la kat situ dulu. Oke, 2bahan ni dah siap ayak boleh ketepikan dulu.

113g butter *sukatan asal 227g, tapi penimbang Ainn paling kecik 1g je tak boleh ambik setengah lagi*, 1½tbs susu pekat, ½tsp esen vanila. Pukul sampai kembang. Nak kembang macam mana? Ainn agak2 je, tak reti sangat maksud 'kembang' tu. Bila adunan tu dah cantik kira kembang la tu. Dah kembang ketepikan dulu.

Sebab Ainn guna stand mixer, sambil2 tunggu adunan tadi kembang Ainn timbang gula dan asingkan telur kuning dan putihnya. Ikutkan resipi asal 5biji telur. Yang Ainn tahu Azie Kitchen ni suka guna telur gred A. Tadi hubby beli telur gred C. So Ainn guna 3biji telur. Kalau telur gred A jugak Ainn akan timbang, ambik separuh. Nampak tak betapa gigihnya kat situ. Haha takut tak menjadi je sebenarnya. Macam Ainn cakap tadi bab asingkan telur kuning dengan putihnya agak struggle bagi Ainn so 1je yang tak pecah. Takpe pecah, asalkan tak bercampur. Hihi iyo lah tu. Dan jugak 85g gula.

Mula2 pukul putih telur tu dulu. Dalam bekas lain ye. Jangan pulak campak dalam adunan butter tadi. Pukul sampai kembang.  Part ni terpaksa pegang mixer tu ala2 hand mixer, sebab kuantiti sikit sangat so kena tonggeng bekasnya. Bila dah kembang dah berbuih2 ala2 icing tu masukkan gula sikit2. 3kali masuk ke 4kali masuk tadi. Sebab resipi asal cakap masukkan sikit2 kan, so Ainn ikut je la masukkan sikit2. Mixer tu jangan stop tau, dari pukul putih telur tu biar je dia buat kerja dia. Dah habis masukkan gula lepas tu masukkan kuning telur pulak, satu persatu.

Sambil2 duk tunggu mixer buat kerja dia, sambil2 duk tunggu nak masukkan gula sikit2 dan kuning telur sebiji2 tadi, sambil2 tu boleh ayak serbuk koko. Ainn guna 2tbs. 

Ovalet guna ½tbs. Ovalet ni tak pasti la nak kena bancuh dengan air dulu ke tak. Ainn tengok Chik Ana buat dia bancuh dengan air. Resipi yang Ainn tengok ni tak cakap la pulak kena bancuh. Ke memang basic knowledge ovalet ni kena bancuh? So Ainn bancuh dengan air yang sangat sikit. Chik Ana buat guna banyak air.

Bila telur2 dan gula tadi dah sebati, masukkan ovalet dan adunan butter tadi. Pukul lagi sampai sebati. Agak2 dah sebati baru boleh offkan mixer.

Lepas tu masukkan tepung gandum tadi sikit2. Gaul guna spatula je. Tepung gandum dengan baking powder tadi la. Masukkan sikit2 sehingga tepung habis.

Bila dah habis masukkan adunan tadi, dah pun gaul rata, ambik sikit adunan tu masukkan dalam mangkuk lain. Masukkan serbuk koko tadi, gaul rata. Ainn buat lebih kurang je. Separuh adunan untuk dimasukkan serbuk koko, separuh lagi dibiarkan macam tu je. Chik Ana buat kalerful, dia buat 2 ke 3 pewarna. Ainn tak suka pewarna so Ainn guna serbuk koko ni. Next time la kalau bua lagi try guna pewarna pulak.

Lepas tu boleh masukkan dalam acuan. Ainn guna acuan bulat 7". Yang ni je yang jumpa. Almaklum anak2 suka buat mainan. Kadang2 main masak2 diorang 2beradik, kadang2 duk buat kompang. Mula2 masukkan yang takde serbuk koko dulu. Dah masukkan semua adunan, lorek2 la guna chop stick atau apa2 je yang boleh. Nak guna lidi sate pun boleh. Pastu bakar.

Ainn bakar dalam pressure cooker. Mula2 guna pressure cooker Sugawa. Tekan je button cake, 30minit. Bila dah cukup masa, nak buang dia punya wap tak ada! Boleh terus bukak je penutup dia. Tengok kek tu macam xmasak lagi.  Ke periuk ni dah rosak?

Gigih weh tukar guna Primada pulak. Ambik periuk dalam tu terus takut adunan kek tu tumpah. Guna Primada jadi 35minit pulak. Tak kisahlah asalkan menjadi. Tapi bila dah cukup masa, pun sama jugak. Tak ada wap air yang perlu dikeluarkan. Tapi keknya dah masak!

Inilah keknya yang dah dikeluarkan dari acuan. Buruk jugak meloreknya. Tu la suka sangat mengata Nazahiyah kan. Sendiri punya lagi teruk. Belum keluarkan dari acuan lagi Aisy nak mintak2 dah keknya. Sabar sayang, tunggu sejuk dulu. Nampak tak macam ada bubble pecah kat bahagian atas kek tu, kenapa ek?

Bahagian dalam bila dah dipotong. Aqif tengah tidur, belom makan lagi. Nak buat kek ni tadi hubby dah pesan Ainn tak boleh makan sebab ada telur. Ye lah, kita buat untuk anak2. Eh, semalam makan donut dan roti boleh je?! Sebab hubby pun tengah sedap jugak dibuai mimpi dengan anak keduanya tu Ainn curi2 la makan. Ya ampun, serius gebu giler! Dan rasanya pun tak manis sangat. Sedang elok je rasanya. Memang tak menyesal la ikut resipi ni. Aisy pun cakap sedap. Haha Aisy asal kuih kek semuanya sedap. Siap bertambah2 lagi. Ada je jugak yang Ainn buat tak sedap hihi. Makan semulut je terus taknak.


Berbalik kepada pressure cooker tadi, kenapa ye dia jadi macam tu? Ke sebab masak kek, takde air. Sebab tu takde wap air yang nak dikeluarkan dulu. Masalahnya ni separuh adunan je, kenapa tak masak masa mula2 tu? Periuknya elok je panas. Atau pun sebab Ainn masak dalam acuan lain, pastu Ainn alaskan pulak dengan tunku. Kat Go Shop kan dia masukkan je terus adunan tu dalam periuk. Sebab tu sekali tekan je button tu terus masak.


Nanti2 la godek2 pasal pressure cooker ni. nampak sangat baru guna untuk bakar kek walaupun bendanya dah 4tahun. Yang penting keknya menjadi. Dan yang paling penting anak2 suka 😉

Thursday, August 6, 2020

Jalan2 Cari Makan Kuala Krai @Kedarotippaye

02/08/2020
Buat pertama kalinya nak servis kereta hubby. Yang susahnya Proton ni pusat servis dia xsebanyak Perodua. Alang2 kat kampung kami decided nak servis kat kampung je. Nak pulak diorang cuti 2hari je. Kami servis hari Ahad, Isnin boleh la rehat dulu sebelum balik Kulai.

Lepas servis kereta pusing2 cari tempat makan. Beberapa kedai makan yang ada dalam list *Ainn dah google sehari sebelumnya* semuanya tutup. Musim2 raya ni barangkali masih beraya. Nak pulak raya puasa hari tu tak beraya sangat kan. Pusing punya pusing, cari punya cari, kami singgah Kedarotippaye Kuala Krai.

Kalau tahu, tak susah pun nak cari kedai makan ni. Kedai ni letaknya kat belakang pasaraya Pantai Timor Kuala Krai. Pusing je ke belakang pasaraya tu kedai tu yang mula2, corner lot. Jalan belakang tu jalan sehala.

Yang tak tahu apa tu roti ppaye, berasal dari perkataan 'roti tempayan'. Hah tak pernah dengar jugak nama roti tempayan? Roti apa yang dimasak dalam 'tempayan'? Bila disebut 'roti tempayan' ni teringat pulak ada kawan dari kampung order kat kedai mamak kat Bangi. Adui pening kepala mamak tu tak tahu apa tu roti tempayan.

Roti tempayan tu roti naan. Kalau kat Kelantan kitorang panggil roti ppaye. Kalau disebut roti naan tu mungkin akan ada yang tahu, mungkin jugak ada yang tak tahu.

Panjang pulak mukadimah pasal roti ppaye ni. Oke sambung pasal kedai yang kitorang singgah. Roti ppaye kat situ ada yang biasa, cheese, cheese + nutella. Macam nak try yang ada nutella, tapi dah agak dah hubby mesti tak nak punya. So kitorang order roti ppaye cheese. Untuk kuahnya pulak kami pilih kari kambing. Pilihan lain kari ayam dan kari daging lembu.
Part best bermain dengan cheese ni bila main tarik2 macam ni. Sedap, xmuak macam Ainn pernah makan kat kedai roti ppaye femes kat Kota Bharu suatu ketika dahulu. Harga yang ni tak tahu sebab masa hubby bayar sorang2, Ainn takde masa bayar tu.
Selain roti naan aka roti ppaye, ada jugak side dish lain. Sementara menunggu roti ppaye Ainn order meatball ni. Meatball tu rasanya beli siap proses je. Sos black pepper tu walaupon sedikit cair tapi sedap. Brokoli tu pun masih rasa crunchy lagi. Yang ni harganya RM7. Selain meatball ada chicken chop, fries. Nampak macam ada stall burger tapi tak bukak hari tu.Overall untuk kedua2 menu ni Ainn suka. Air dia pun sedap. Ainn order air asam boi limau, hubby pulak air oren. Untuk makan santai2 Ainn recommend kedai ni.

Selera Kita Berbeza

29/07/2020
Selepas jumpa pakar untuk tengok perkembangan selepas operation, sempat singgah Skudai untuk pasang tinted kereta hubby. Kebetulan kedai tu ada buat promotion sempena pembukaan kedainya yang ke4 tahun. Ainn habis check up lebih kurang 12.15pm terus ke kedai tu. Appointment pukul 1, nasib baik sempat sampai.

Sambil2 duk tunggu tinted dipasang kitorang pergi makan dulu. 2, 3hari sebelum dah usha2 jugak kedai makan area situ. Kebetulan sebaris dengan kedai tinted tu ada satu kedai makan, yang mana bila tengok kat google memang ramai la makan kat situ. Daripada review yang Ainn baca pakat duk kata makanan kat situ sedap. Kalau dah sampai tahap beratur tu confirm sedap la kan? Nak pulak ada 1laman web tu cakap customers beratur sebelum kedai bukak lagi.

Disebabkan kami nak elakkan crowded, nak2 pulak musim covid ni pukul2 baru pergi ke kedai tu. Masa kitorang sampai tu semua meja dah 'berpenghuni' tapi akak cashier tu cakap ada kosong. Terjenguk2 jugak, macam takde. Tapi masuk jugak la. Bila dah ambik nasi dan lauk pauk semua abang yang bubuh nasi tadi tunjuk meja yang ada sorang lelaki makan sorang2. Boleh la kami bertiga nak menumpang kat meja tu. Rasa bersalah pulak.

Lepas cuci tangan abang tadi cakap ada meja kosong. Dah ada yang dah siap makan. Maka bertukar meja lah kami dari meja paling belakang ke meja paling depan. Bila kita2 je yang kat meja tu selesa la sikit.

Ni Ainn punya. Kalau sebelum ni Ainn pernah cakap nasi kat Jatujak Tomyam & Seafood tu banyak, nasi kat sini lagi banyak. Hampir penuh pinggan tu dengan nasi. Sotong tu bukan main tamak ambik 3ekor. Ainn tekan2 sotong tu rasa macam keras, ingatkan telur sotong rupanya kepala dimasukkan ke dalam perut sotong tu. Hahah nampak sangat jakun tak pernah jumpa orang goreng sotong macam tu. Taugeh goreng dan kaki ayam tu Ainn ambik sebab baca review ramai yang cakap sedap.

Ini review ikhlas dari Ainn pulak. Sotong tu tak besar pon. Kalau ikut jari Ainn 2jari je. Sotong sambal tu dari segi rasa biasa2 je. Bukan dalam kategori sedap tapi masih boleh dimakan. Tapi yang bestnya sotong tu dimasak sempurna, tak liat pun. Ngam2 je masaknya. Sama jugak dengan taugeh goreng tu. Dari segi rasa biasa2 je *dalam kategori sedap*, tapi skill masak tu memang sempurna. Ngam2. Masih rasa crunchy tapi tak mentah.

Kaki ayam tu ambik semata nak rasa je. Ramai kot yang syorkan ambik kari kaki ayam tu. Tapi bagi Ainn tetap sama, dalam kategori tak sedap. Macam muak puan ada karinya tu. Memang agak frust jugak la bila suap ke mulut je rasa tak sedap tu. Nasib baik ambik sambal belacan. Inilah yang menyelamatkan. Habis je sambal belacan dah tak boleh nak habiskan nasi tu.

Hubby pulak ambik lauk ayam goreng, sayur taugeh dan kari kaki ayam. Kari kaki ayam dia lebih la, 4 ke 5. Nasi dah habis separuh tambah seketul lagi ayam goreng. Mana taknya, Aisy taknak makan nasi nak makan ayam goreng je. Hubby pun cakap taksedap makan kat sini.

So bagi kami sangat2 tak recommend la kedai ni. Tak tahulah, selera masing2 kan. Bagi orang lain sedap sangat2, bagi kami pulak tak sedap. Rasanya ni la kedai pertama yang kami pergi yang orang ramai cakap sedap sangat2 kami pulak cakap tak sedap. Sebelum2 ni paling teruk pon orang lain bagi 5bintang kami bagi 3bintang. Untuk yang ni orang bagi 5bintang kami nak bagi 1bintang pun agak banyak rasanya tu.

Dah patah balik ke kedai tinted tadi hubby tanya, berapa semua makan tadi? Ainn punya makan + hubby punya makan + teh ais + neslo ais. Cuba teka berapa? Hubby jawab macam biasa la rm20++. Oh tidak ye, kat sini total semua tu rm43! Bayar mahal kalau rasa sedap tak berkira pon, tapi sebab makan tak sedap tu yang rasa lain macam sikit.