Nuffnang Ads

Tuesday, July 17, 2018

Gara-Gara Lipstik Pink

Saje tengok2 gambar lama yang selamat save kat google. Tak banyak, gambar2 dari tengah tahun lepas je. Jumpa gambar Aisy yang 'bersolek' dengan lipstik pink ummi. Dah lama sebenarnya Ainn perasan Aisy minat warna pink. Mungkin sebab lipstik tu warna pink itu yang tarik perhatian Aisy nak 'pakai' jugak.


Ingat lagi waktu kejadian ni. Ainn ngan Aisy duk kat hall depan tv, hubby duk kat dapur. Dah lupa dia buat apa, sama ada tengah masak atau cuci pinggan. Yang pastinya hubby memang kat dapur waktu tu. Dalam duk tengok tv tu Ainn terlelap. Kejap je, tak sampai pon 5minit.

Celik je mata terkejut tengok muka Aisy jadi merah2 pink. Kat tangannya ada lipstik. Sah2 la lipstik tu. Ummi terkejut tengok muka Aisy, Aisy pon terkejut tengok reaksi muka terkejut ummi.

Bila ambik je lipstik kat tangan dia terus nangis.

Tak tahulah macam mana Aisy dapat kotak minyak sakit urat abi ni. Pujuk diri sendiri ke ummi yang bagi? Entah la, tengok tarikh kat gambar tu pon dah setahun lebih. Dah lupa la.

Muka tak bersalah dah rosakkan lipstik ummi.

Ni la kotak minyak sakit urat abi tadi. Suka je abi kalau sakit urat urut guna minyak ni.

Geram tengok pipi bambam tu. Bila la Aisy bambam macam ni balik.

Lipstik ni asalnya duk dalam handbag. Aisy dah pandai bukak zip handbag. Ni Ainn dah pusing naikkan lipstik tu. Aisy korek lipstik ngan jari kecik dia tu sampai sini je. Tengok kepada lipstik ni macam separuh jugak dah habis. Agak2 ada masuk mulut tak?

Rehat Sebentar Di Pantai Hiburah @Rompin

Dah kenyang pekena mi udang di Gerai Makan Azizah, hubby ajak jalan2 kat pantai dulu sebelom balik. Kalau nak makan lagi berhenti je la kat mana2 kedai tepi jalan. So kami tengok je la signboard tepi jalan tu yang menunjukkan nak ke pantai. Ada yang pantainya macam tempat jeti nelayan, ada yang jalannya ditutup sebab kes tanah runtuh. Akhirnya kami ke Pantai Hiburan je. Pantai ni dekat je ngan Rompin Beach Resort.

Mula2 turun kereta Ainn dah aim nak bergambar kat sini dulu. Rasanya masa Ainn mula2 datang sini tahun 2014 dulu takde lagi. Mungkin sempena Rompin Fest kot adanya benda alah ni.

Penat berjalan dari kereta. Rehat sekejap. Bangku ni memang tersedia kat bawah2 pokok.

'Atuh...' selalunya itulah trick Aisy. Bila nak turun dia akan jatuhkan apa2 yang boleh dia turun sebab nak ambik barang tu. Dalam kes ni Aisy jatuhkan kasut dia. Tapi abi ambik dan tolong pakaikan. Oke trick tak berjaya.

Dah pakaikan kasut tadi duduk elok2 ngan abi ye.

Kesian punya pasal, bagi kebebasan kat Aisy. Bagi la dia turun.

Dapat main pasir. Oh macam ni rupanya tekstur pasir. Agaknya itu kot yang Aisy pikir.

Dah puas main pasir Aisy ajak turun lagi bawah. Kat atas ni pasirnya kasar. Ada ranting2 kayu lagi. Xselesa nak main pasirnya tu.

Aha, ada teng2 la. Sape tahu main ni 🙋

Abi try skill main teng2. Dah lama xmain ni. Mainan zaman kanak2 dulu ni. Sekarang ni ada lagi ke budak2 main ni?

Abi duk main sorang2 je. Aisy mana la reti nak lompat kaki sebelah macam tu. Dah dekat ni lagi la dia ajak main air.

Musim tengkujuh tak boleh main air. Lari2 kat tepian aje la.

Asyik duk ambik gambar Aisy ngan abi aje. Ummi pon nak jugak. Bila ummi selfie nampak kecik aje diorang ye. Kan jauh tu.

Sebelom balik. Permintaan abi nak bergambar ngan anak jantannya. Waktu ni Aisy baru2 lagi suka didukung macam ni. Dukung ke ni? Tak kisah lah apa pon namanya.

Dalam perjalanan ke kereta jumpa kucing. Jenuh la Aisy mengejar kucing tu. Sampai ke rumah yang nampak separuh dalam gambar ni Aisy kejar. Ikutkan nak kejar sampai dapat. Tapi ummi dapat Aisy dulu.

Dah tak tahu nak ke mana, kami plan nak balik je terus. Ada rezeki boleh jalan2 cari udang galah lagi.

Thursday, July 12, 2018

Pekena Mi Udang Di Gerai Makan Azizah @Rompin

Hari ke2 di Rompin. Masih lagi dengan misi mencari udang galah. Nak breakfast kat mana? Hubby kata kita keluar cari udang galah tu lewat sikit, boleh terus check out. Kiranya makan nanti terus brunch la ye.

Dalam pukul 10 jugak kami check out. Masa lalu kat swimming pool ada lagi yang duk mandi2 kat swimming pool tu. Alahai jeles sangat. Tak puas lagi main2 kat swimming pool tu semalam. Siap cakap kat hubby, kalau nak check in Rompin Beach Resort lagi kena ambik pakej includ ngan breakfast la. Senang, lepas breakfast boleh main2 kat pool tu dulu sebelom check out.

Ok kunci bilik dah dipulangkan. Remote tv pon dah pulangkan jugak. Duit deposit *sebab ambik remote tv* dah dapat balik. Apa lagi? Jom la cari udang galah lagi. Kali ni nak ke mana pulak? Apa kata try ke Medan Selera Leban Chondong. Mana tahu rezeki boleh merasa mi udang kat Gerai Makan Azizah tu.


Alhamdulillah. Kalau dah namanya rezeki. Kami pergi pagi tu Gerai Makan Azizah bukak. Tak pasti kenapa tutup malam tadi. Mungkin gerainya tak beroperasi waktu malam, atau gerainya tak beroperasi hari Jumaat. Atau mungkin jugak ada kecemasan apa2 yang terpaksa ditutup.

Waktu kami sampai gerai ni agak penuh. Sekumpulan abang2 motor besar sedang menikmati hidangan udang galah kat sini. Tapi masih ada lagi meja kosong yang boleh kami join kenikmatan hidangan udang galah tersebut. Ganti yang tak dapat malam tadi, kami mintak mi udang galah!

Sementara duk menunggu hidangan kami siap Aisy duk tunjuk ke arah balang2 jajan. Warna2 menarik perhatian betul. Kanak2 lagi la suka colourful macam ni.

Bila Ainn bawak Aisy ke meja yang ada jajan tu rupanya Aisy nakkan kuih bahulu ni. Nampak macam roti kot. Hihi Aisy memang suka roti. Tengok la dalam gambar tu banyak mana aje yg dimakan. Memang sebanyak itu aje lah yang dimakan. Nampak aje macam roti, tapi tekstur dan rasanya tak sama. Hahaha Aisy tertipu.

Untuk mi udang galah ni kami mintak saiz berbeza. Saje nak tengok macam mana perbezaannya. Kalau ambik udang besar dapat sekor. Kalau udang kecik dapat 3ekor. Waiter dah cakap siap2 pasal ni.

Ini hubby punya. Udang galah sekor. Tengok la saiz udangnya, hampir sama besar dengan mangkuk tu.

Ni Ainn punya. Saiz udang tu memang kecik je. Macam makan dinner malam tadi. Ni udang gred B.

Dapat 3ekor udang. Yang ke3 tu macam kecik sangat la.

Ni ha, sebesar saiz sudu makan je. Ni udang yang paling kecik tadi.

Selain udang ada jugak ayam. Dan semestinya la ada sayur jugak.

Dah sedap dah mi udang ni. Sayangnya it's too hot bagi Ainn. Sejak2 ada gastrik ni memang tak boleh makan pedas lagi. Nak pulak pedas sangat macam ni. Kalau tak memang habis la kuah ni Ainn hirup. Bukan rezeki jugak nak habiskan semangkuk tu.

Sebelom balik moh le kita bergambar kat replika udang galah ni. Replika ni betol2 tepi jalan besar kat Medan Selera Leban Chondong ni. Kot2 la tak terperasan deretan kedai makan tu. Oke2 kami nak jalan2 pantai dulu sebelom balik. Esoknya dah kerja oii.

Wednesday, July 11, 2018

Dinner @Rompin Dengan Udang Galah Mak Ngah

Ingatkan Aisy tidur sampai pagi esoknya. Selalunya kalau dah penat macam tu la. Entah macam mana Aisy boleh terjaga pulak. Mungkin rezeki ummi abi kot nak meneruskan misi mencari udang galah kat Rompin untuk dinner.

Ikut plan untuk dinner nak merasa mi udang yang tengah viral kat facebook. Letaknya di Medan Selera Lebai Chondong. Bila kami sampai restorannya tutup. So kami ambik keputusan untuk ke kedai sebelahnya aje, Restoran Udang Galah Mak Ngah.

Ini set pilihan kami. Nasi putih + udang galah gred B masak telur masin + sayur campur + ulam + telur dadar. Oke telur dadar belom dapat lagi waktu ni. Set ni dapat percuma air buah.

Suka Ainn nak ingatkan, bila pilih gred saiz udang lebih baik pilih saiz udang gred A. Sebabnya beza saiz udang gred A dan gred B sangat2 berbeza. Sedangkan beza harganya tak jauh pon.

Nak cakap pasal rasa agak susah la sebab tekak masing2 kan. Bagi Ainn biasa2 je la. Cuma bila makan udang galah tu terus 'tangkap' kat kepala. Dapat rasa udang galah tu kurang segar. Agak tak boleh diterima jugak la sebabnya Rompin ni kan terkenal dengan udang galah. Mungkin ini 'rezeki' kami.

Perkara yang paling Ainn tak suka bila order makanan, tup2 makanan tu tak ada. Selalunya waiter akan bagitau siap2 kalau menu tu takde. Tapi kat sini dah siap ambik order, beberapa minit kemudian waiter tadi datang balik bagitau menu yang kami order tu takde. Beberapa minit kemudian datang lagi cakap menu tu pon takde jugak. Banyak kali jugak menu bertukar. Daripada udang goreng petai, tukar kepada masam manis, dan last baru dapat masak telur masin. Sayur pon sama. Mula2 order kailan ikan masin. Tukar kepada kacang kot. Sayur campur baru ada.

Dan kat sini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kami mula2 sampai takde customer lain. Nak tunggu satu2 menu tu agak lama. Waktu Ainn ambik gambar ni belom dapat lagi telur dadar. Nak buat telur dadar bukannya lama. Tapi nasi dah habis separuh baru dapat telur dadarnya. Sebelom makan tunggu jugak kejap. Agaknya kalau terus makan dah habis nasi dulu kot baru dapat.

Recommended? Entah la, nilai sendiri je la. Ni pengalaman Ainn. Banyak je Ainn baca review positif dan diorang recommended makan kat sini. Sebab tu la Ainn pilih untuk datang makan kat sini.

Oh ya, kat sini pon sebenarnya ada je jugak mi udang. Tapi nak jugak rasa mi udang kat restoran sebelahnya. So kat sini kami pilih untuk makan nasi la.

Mandi Manda Di Rompin Beach Resort

Banyak2 facilities kat Rompin Beach Resort ni, dia punya swimming pool la yang paling Ainn suka. Bukan Ainn je, Aisy lagi la double triple suka. Bab main air bukan main lagi dia.

Dah lepas jalan2 kat pantai kami terus ke swimming pool. Cuaca masih lagi panas. Tapi dah ada beberapa orang dah mula mandi2 kat sana. Kami pon join sekali la. Tak ramai orang pon waktu tu.

Ada 2bahagian kat pool ni. Bahagian kanak2 yang cetek, sesuai untuk kanak2. Dan bahagian yang dalam. Sesuai untuk dewasa. Dua2 bahagian bercantum, sebelah2 je. Air yang sama.

Bagi Aisy main tepuk2 air je dulu. Aisy memang suka air. Sama je rasanya macam kanak2 lain sebaya Aisy. Ummi temankan, pantau secara dekat.

Bila tengok kakak2 dan abang2 duk main dalam air tu Aisy pon sibuk nak masuk jugak. Makanya dengan ummi sekali la masuk dalam tu. Orang tak ramai lagi boleh je kot orang dewasa gemok gedempol ni masuk dalam kawasan kids punya pool. Suka je Aisy bila dah masuk dalam.

Oke ummi tak pandai berenang. So boleh main kat kawasan kids je la. Hah pergi ngan abi boleh main kawasan dalam. Kawasan ni lebih besar. Sama je macam pool lain yang pernah Ainn masuk, hujungnya kawasan cetek, hujung sebelah lagi kawasan dalam. Ainn dapat masuk kat kawasan cetek je. Jalan2 dalam tu. Nak berenang tak reti.

Aisy dah asyik terbersin je, hidung berair je. Sejuk sangat agaknya. Tak payah tunggu lama2, dah2 la tu main air lagi. Ikutkan Aisy memang taknak naik lagi. Tak puas lagi main air. Lepas mandi pool bilas balik ngan air paip.

Masa kitorang check in memang dah perasan kat resort ni ada sekumpulan murid sekolah. Tak tahulah ada kem apa ke. Teringat la hai zaman sekolah dulu. Suka je kalau terpilih ke kem apa2. Dah petang sikit meriah la dengan diorang. Waktu untuk riadah.

Nak tambah sikit lagi. Kat pool kanak2 ada jugak gelongsor air. Suka tengok diorang duk main tadi. Aisy kecik lagi tak boleh main lagi. Nak main gelongsor pon tak reti apa lagi nak main gelongsor air.

Hasil setengah jam mandi pool. Kaki dah macam ni masih taknak naik lagi? Nak tunggu jadi macama mana lagi? Anak2 tahu seronok je la.

Waktu tengah main air rasa seronok je. Lepas main air baru terasa penatnya yang amat. Aisy bukan main lena lagi tidur. Nampak gaya kena cari makan yang boleh delivery je la untuk dinner.

Oh ya. Kat resort ni ada servis dobi jugak. Baju dah basah2 mandi pool tadi boleh la guna servis dobi tu. Tapi kitorang tak guna pon. Hihi. Nak jugak balik cuci sendiri.

Tuesday, July 10, 2018

Jalan-Jalan Sekitar Pantai Rompin Beach Resort

Dah puas geledah bilik kat Rompin Beach Resort yang kami dapat rehat2 la kejap. Lunch kan already taken kat Udang Galah LC, boleh la golek2 kat katil kejap.

Petang tu kami ambik keputusan nak jalan2 ke pantai, sebelom mandi kolam. Kat Rompin Beach Resort ni ada swimming pool tau. Nak terus mandi rasanya masih awal lagi, so kita jalan2 sekitar dulu.

Aisy dah siap2 nak jalan2. Waktu ni Aisy belom pandai pakai kasut sendiri lagi. Takpe abi tolong pakaikan ye sayang.

Nak ke pantai tak jauh pon dari chalet kami. Ada laluan denai ke pantai. Ikut je laluan tu. Sebelom sampai pantai ada beberapa court. Nak main badminton ke, sepak takraw ke, bola tampar ke boleh je. Alang2 kat pantai ni rasanya lagi best kalau main bola tampar pantai.

Canoe bar. Tak sure ini disewakan untuk pengunjung buat any activities atau memang ala2 stall jual makanan. Nampak tak belakang bar ni ada buaian dibuat dari tayar.

Akhirnya dah masuk kawasan pantai. Dari jauh nampak pintu ni tertutup. Nak jugak pergi dekat, eh tak kunci rupanya. Boleh la masuk ye.

Masuk je kawasan pantai terus nampak tanda amaran ni. Tipu la kalau tak nampak. Masuk pintu tadi jalan je ke pantai terus nampak benda ni terpacak. Memang la kitorang pergi masih lagi musim tengkujuh. Takpe la kitorang ke Rompin kan sebab nak makan udang galah.

Jalan2 kat pantai tu ada nampak benda alah ni. Macam sayap tapi keras. Macam shell tapi nipis sangat dan mudah pecah. Apa ya?

Meh zoom sikit. Sayap ke shell?

Oke tinggalkan persoalannya di siti. Ada buaian jugak kat sini. Aisy nak main buaian. Tak lama pon kitorang kat pantai ni. Sebab takde orang kan. Tak terasa sangat bestnya duk sini.

Oke ini buktinya ya pantai ni Rompin Beach Resort punya. Kalau datang ramai2, adakan family day ke macam best je kat sini.

Ini dekat ngan canoe bar tadi. Yang minat adventure ada servis sewa ATV. Spa pon ada kat resort ni. Tapi Ainn tak sempat nak merasa. Dah la jom mandi kolam!!