Dah kenyang pekena mi udang di Gerai Makan Azizah, hubby ajak jalan2 kat pantai dulu sebelom balik. Kalau nak makan lagi berhenti je la kat mana2 kedai tepi jalan. So kami tengok je la signboard tepi jalan tu yang menunjukkan nak ke pantai. Ada yang pantainya macam tempat jeti nelayan, ada yang jalannya ditutup sebab kes tanah runtuh. Akhirnya kami ke Pantai Hiburan je. Pantai ni dekat je ngan Rompin Beach Resort.
Mula2 turun kereta Ainn dah aim nak bergambar kat sini dulu. Rasanya masa Ainn mula2 datang sini tahun 2014 dulu takde lagi. Mungkin sempena Rompin Fest kot adanya benda alah ni.
Penat berjalan dari kereta. Rehat sekejap. Bangku ni memang tersedia kat bawah2 pokok.
'Atuh...' selalunya itulah trick Aisy. Bila nak turun dia akan jatuhkan apa2 yang boleh dia turun sebab nak ambik barang tu. Dalam kes ni Aisy jatuhkan kasut dia. Tapi abi ambik dan tolong pakaikan. Oke trick tak berjaya.
Dah pakaikan kasut tadi duduk elok2 ngan abi ye.
Kesian punya pasal, bagi kebebasan kat Aisy. Bagi la dia turun.
Dapat main pasir. Oh macam ni rupanya tekstur pasir. Agaknya itu kot yang Aisy pikir.
Dah puas main pasir Aisy ajak turun lagi bawah. Kat atas ni pasirnya kasar. Ada ranting2 kayu lagi. Xselesa nak main pasirnya tu.
Aha, ada teng2 la. Sape tahu main ni 🙋
Abi try skill main teng2. Dah lama xmain ni. Mainan zaman kanak2 dulu ni. Sekarang ni ada lagi ke budak2 main ni?
Abi duk main sorang2 je. Aisy mana la reti nak lompat kaki sebelah macam tu. Dah dekat ni lagi la dia ajak main air.
Musim tengkujuh tak boleh main air. Lari2 kat tepian aje la.
Asyik duk ambik gambar Aisy ngan abi aje. Ummi pon nak jugak. Bila ummi selfie nampak kecik aje diorang ye. Kan jauh tu.
Sebelom balik. Permintaan abi nak bergambar ngan anak jantannya. Waktu ni Aisy baru2 lagi suka didukung macam ni. Dukung ke ni? Tak kisah lah apa pon namanya.
Dalam perjalanan ke kereta jumpa kucing. Jenuh la Aisy mengejar kucing tu. Sampai ke rumah yang nampak separuh dalam gambar ni Aisy kejar. Ikutkan nak kejar sampai dapat. Tapi ummi dapat Aisy dulu.
Dah tak tahu nak ke mana, kami plan nak balik je terus. Ada rezeki boleh jalan2 cari udang galah lagi.
No comments:
Post a Comment