Nuffnang Ads

Thursday, January 7, 2016

Supplements Tak Perlukan Kelulusan KKM?

Iklan shake shake uols kat tv:
Ainn: Yang! Iklan feveret syg!!
Oren: Huh, iklan feveret sy QuPuteh la! Qu Puteh Qu Puteh barulah putih.. mmmuahh hahhahha
Ainn: Yang, sy nak try Qu Puteh bulih dop?
Oren: Bakpo tiba2 nak QuPuteh pulak ni?
Ainn: Alaa boleh la. Sy tengok Gegar Vaganza male Jamal Abdillah kata dia pengguna tegar Qu Puteh. Kan putih doh tu dia loni. Sebelom2 ni saya xkenal Dato Vida tu lagu mana, memang putih jak dulu lagi ko. Ni Jamal Abdillah, yang! Tau kan dia dulu lagu mana, loni putih doh!
Oren: Qu Puteh berapa?
Ainn: Loni promosi, 168.
Oren: Mahalnya yang?! Promosi 168 doh!
Ainn: Kira murah la tu yang. Padan ngan harga asal 268 tau!? Tahan 2bulan.
Oren: Ye lah. Tapi dengan syarat, bo beli Beauty Secret lagi!
Ainn: *senyum* oke syg!

Dah dapat green light excited la ni nak dapatkan Qu Puteh. Godek punya godek rupanya Qu Puteh takde kelulusan KKM! Alamak, betol ke takde KKM? Achik siap cakap lagi, takkan takde KKM siap masuk tv, taja rancangan tu rancangan ni. Entah la, alasannya Qu Puteh bukan ubat, so tak payah kelulusan KKM. Pulak..

Sebab Qu Puteh takde KKM tukar kepada Aurawhite la pulak. Oke ape Aurawhite? Dulu kak long pernah consume Aurawhite sebelom dia tunang. Nampak la kesan dia lagi glowing, muka berseri je. Jeragat2 dah takde, garis2 penuaan pon dah takde. Yang tak bestnya bila stop consume tu nampak la 'tua' balik. Tu la yang tak bestnya. Kalo nak consume jugak nak kena berterusan la. Tak kisah la kan? Daripada dok consume produk yang langsung takde perubahan pape.

Nak dijadikan cerita dalam dok menggodek tu jumpa belog sorang kakak ni. Dia ajar macam mana nak tau produk yang kita guna tu ada kelulusan KKM ke tak. Dia bagi LINK untuk check. Check punya check rupanya Aurawhite pon takde KKM jugak! Adeh macam mana ni? Beauty Secret pon takde? Yang geramnya masa mula2 beli dulu beria2 dia cakap ada kelulusan KKM, rupanya non hado! Aku ni pon bodoh, walaupon dah sah2 kat kotak tu takde tulis pon, bila dia kata ada kat kotak besar je aku percaya aje. Lagi la laki aku ni ngarok2 sebab dok consume produk yang takde kelulusan KKM.

Stress weh dapat laki muda. Walaupon dia tak pernah complaint, ye la Ainn ni takde la tua sangat. Cuma mungkin sebab azali kita ni perempuan kan, sifat seorang isteri, nak cantik untuk suami. Tak kira la suami tua ke muda ke memang nak kita nampak cantik di mata dia.

Kiranya ikhtiar terakhir la ni. Tanya kat group SK Aring ngan group Special Edu UKM, mintak diorang suggest collagen apa yang bagus nak consume. Macam2 la diorang dok suggest. QuPuteh, Shaklee, BBPlus, Aurawhite, Kawai Collagen, K Colly, Jemaima Whitening Pils Collagen. Semua ni Ainn check takde kelulusan KKM. Tak tau la kot2 pasni diorang dah mohon.

Ha ni lagi satu yang geram sangat2 nih. Satunya memang Ainn tak pernah dengar nama Jemaima Whitening Pils Collagen tu. Pastu ada sorang member tu dia cakap produk tu produk Fasha Sandha. Tapi member yang suggest tu nafikan, kata nama je seakan2 produk Fasha Sandha, tapi yang ni bukan produk Fasha Sandha. Produk adik dia katanya. Oke takpe lagi. Yang geramnya dia siap cakap ada kelulusan KKM! Tak kisah la kan kalo nama tak glemer pon, produk baru nak naik macam tu la. Nak2 pulak Ainn ni bukan ambik port pon benda2 macam ni. Dah kawen ni je rasa nak melawa. Kebetulan pulak Ainn tak delete lagi link nak cek KKM tadi, terus la chek. Takde pon! Ainn siap screenshot tunjuk Jemaima tu takde kelulusan KKM. Tau la nak promote produk adik sendiri, tapi tak payah la sampai nak menipu. Qu Puteh tu terang2 je bagitau takde kelulusan KKM laku keras je produk dia!

Bila Safwan kata supplements tak perlukan kelulusan KKM. Lah kenapa pulak tak perlukan kelulusan KKM? Yang peliknya, Ainn ambik contoh produk Vida Beauty ye. Qu Puteh takde kelulusan KKM, tapi Pamoga ada pulak kelulusan KKM? Bukan ke dua2 tu supplements? Ke sebab Pamoga tu supplements kesihatan that's why dia perlukan kelulusan KKM, tapi Qu Puteh pulak supplements untuk kecantikan so xpayah KKM bagai. Macam tu ke? Oke, let say untuk kecantikan tak payah kelulusan KKM, Qu Puteh Kosmetik ada pulak kelulusan KKM? Ikutkan Qu Puteh tu kegunaan dalaman, jadi darah daging. Qu Puteh Kosmetik pulak untuk kegunaan luaran je. Bukan ke Qu Puteh tu yang lebih diutamakan untuk dapatkan kelukusan KKM berbanding Qu Puteh Kosmetik? Kompius, kompius. Mungkin dari segi bahan pulak. Ye la skin care products ni kan selalunya guna bahan kimia. Bak kata Safwan produk yang tak guna drug, atau bahan kimia yang dipantau tak perlukan kelulusan KKM. Kebanyakan supplements untuk kecantikan mana guna benda2 macam tu.

Oo gitu ek? Kalo macam tu boleh la grab Qu Puteh ye syg? Dan ini jawapan daripada suamiku yang tercinta:
"Tak payah la ambik hok xdop KKM tu. Kita xtau bahan gapo dia guna. Yakin ke bahan dia guna tu xdop bahan bahaya? Ngan pengesahan KKM pon xdop. Mungkin effect tu xnapok loni, lama2 nanti kita xtau. Ambik hak mana ada KKM je la, lagi terjamin..."

Betol la kata Safwan, yang ada kelulusan KKM ni dia ada kelebihan kat bahagian marketing. Customers lebih percaya. So kita consume yang ada KKM je la ya. Murah ke mahal ke tu nombor 2. Yang penting kesihatan kita terjamin.

»yang penting jugak hubby yang bayarkan :-)

***tak dapat link kat atas? Try link ni pulak ye :)

11 comments:

  1. Salam..Mungkin saya boleh berkongsi maklumat sikit berkenaan produk kesihatan yang ada di Malaysia ni. Secara umumnya produk kesihatan yang dimakan boleh dikategorikan kepada 2 iaitu makanan dan ubat.

    Bagi produk kesihatan yang telah dikategorikan kepada ubat, produk tersebut perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah atau biasanya disebut KKM. Produk ubat kebiasaannya mempunyai bentuk dosej farmaeutikal seperti tablet, kapsul, suntikan. Kelulusan produk ubat adalah sangat ketat yang mana keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk adalah terjamin. Produk ubat yang berdaftar diwajibkan mempamerkan hologram KKM dan juga no pendaftaran yang dimulakan dengan MAL dan diikuti dgn 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf X, T, NC dan A (merujuk kepada jenis ubat).

    Bagi produk makanan (umumnya berbentuk serbuk, cecair) pendaftaran adalah tidak diwajibkan. Ini adalah kerana makanan sepatutnya tidak mempunyai dosej dan juga boleh diambil oleh sesiapa dan seberapa banyak yang kita mahu. Lambakan produk kesihatan yang terdapat di pasaran yang mengaku produk mereka telah mendapat kelulusan KKM adlaah tidak tepat. Kerana apa yang mereka dapat hanyalah keputsan pengkelasan yang mana produk mereka telah dikelaskan sebagai makanan dan seterusnya dinasihatkan untuk membuat semakan label dengan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. Namun begitu, pengusaha produk makanan kebiasaanya akan menjaja surat pengkelasan ini sebagai surat kelulusan KKM. Ramai juga pengusaha yang setelah mendapat pengesahan status pengkelasan, menukar formula produk yang menyebabkan surat pengkelasan berkenaan tidak lagi boleh diguanakan (kerana formulasi produk telah berubah). Maklumat tambahan, produk makanan juga tidak dijamin keselamatan dan keberkesanannya kerana tiada kewajipan untuk mendaftar produk dan keputusan pengekelasan adalah hanya berdasarkan maklumat yang dihantar oleh syarikat. Sehingga kini terdapat pengusaha makanan kesihatan yang menghantar dokumen palsu kepada pihak berkuasa dan tidak menghantar dokumen yang sebenar dengan produk yg dijual.

    Nasihat saya, ambillah ubat-ubatan yang telah berdaftar dengan KKM. Sekiranya pihak syarikat katakan yg produk mereka telah mendapat kelulusan, minta bukti daripada mereka. Sekiranya masih ragu2, kita boleh telefon pihak yang berkenaan (KKM) untuk dapatkan pengesahan atau maklumat lanjut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... time ksh ats pkongsian ilmu ini. Sy mohon share ye comment ni utk next post kat blog ni. Tq... slamat bbuka puasa ;-)

      Delete
  2. assalam..blog bagus,,,,,informative..cuma tulisan tu..memerlukan tenaga lebih nak translate.,,hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu macam ni la bila menulis ikut syok sendiri. Btw thanx ye sudi singgah sini :-)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Akhirnya ada juga blog yg membincangkan topik ini. Puas juga sy mencari.. Yela sape yg x nak jadi cantik. Nak juga try aurawhite, k colly, qu puteh semua tu tapi tu la, takut juga. Terima kasih berkongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih kembali krn sudi singgah sini. Sy share apa yg sy tau & pendapat sy je. Jugak utk rujukan hari kemudian.

      Delete
  4. Replies
    1. Hihihi. Guna hp ye? Dah lama hubby complaint pasal font ni, sejak mula2 tukar font ni lagi. Katanya susah nak baca kalau org bukak guna hp. Nanti la ye sy tukar. Btw thanx sudi singgah *walaupon xtau baca ke idok :-D*

      Delete
  5. Replies
    1. So far takde consume pape. Lepas post entry ni Ainn ada beli glutacaps, ad klulusn KKM. Tapi Ainn tak sempat consume sebab tahu Ainn pregnant, glutacaps preggy mother xblh consume. Hubby yg consume xhbs sbotol pon dh nmpk +ve effect. Tp tu la lelaki takdenya nk disiplin bab2 mcm ni, dh kmbali asl la skin dia skang ni :p

      Delete
  6. terbuKAK PULAK BLOG... SO SAYA SHARE APER YG SAYA TAU SEMOGA PAHAM TENTANG KEKELIRUAN ADA KKM NGAN XADA KKM

    Produk yg ad KKM merupakan produk wujudnya RACUN BERJADUAL..... sekali lagi RACUN BERJADUAL.... sebab tuh lerr Quputih & AURA WITE x ada KKM coz produk minuman bukan kesihatan P@&0&@ (XBULEH TULIS NNTI KENA SAMAN) ada KKM coz ADA campuran bahan kimia@dadah dlm produk sebab tuh lerr kena ada KKM pastuh nak guna ada sukatan 1 sudu pagi 1 sudu malam. Kalu ikutkan produk yg ada KKM lerrr "tidak mesra tubuh" sebab ada racun berjadual.... racun berjadual biada dalam supliment/minuman kesihatan TADALAFI @ SIBUTRAMINE 2 contoh racun berjadual ini perlu pemantauan KKM penggunaannya dlm produk kesihatan/supliment. Nak amik supliment yg ada KKM ngan ubat hospital perlu jarak pengambilan 3-5 jam so antara qu putih.., aura white ngan P@&0&@ yg kurang mesra tubuh adalah P@*0&@ sebab dia ada KKM... sama jugak ngan semua produk ada KKM ia ada campuran bahan kimia/dadah/RACUN BERJADUAL ..produk jamu pulak paling susah nak dapat KKM coz "SAKIT" nak lepas so tuh mostly jamu x ada KKM....

    #kenapa coca**la x ada KKM coz ia pruduk minuman.....
    sekian

    ReplyDelete